July 09, 2010

Hidup, cuba menulis dan keinginan untuk dendami masa.



Salam Sejahtera sahabat-sahabat semua..!
Bagaimana corak kehidupan anda hari ini?  semoga, semuanya berjalan didalam keadaan yang baik serta memuaskan hati anda semua ye.. andai ada sikit-sikit yang kurang memuaskan dah berlaku dan terpaksa dilalui pada hari ini... anggaplah ia nya sebagai dugaan dan pengajaran kepada kita supaya lebih berhati-hati dilain ketika! belajar dari pengalaman... dan kesakitan!

Janganlah terlalu difikirkan sangat sehingga menambah beban kat dalam fikiran tu... hanya perlu di analisa kenapa dan mengapa sesuatu pekara itu terjadi..! cuba cari penyebabnya.. dengan iklas...
tidak usah lah cuba nak menyalah kan sesiapa bila dah berlaku pekaran tersebut..! jika saya.. ermm.. tak mau nak kecikan hati sesiape, jika saya menyalahkan orang lain diatas apa yang berlaku, akan membuatkan hati saya jadi semakin jadi tak tenang! gundah gulana.. dan ini akan mempengaruhi sikap luaran diri saya!


Ceriakan wajah... kuatkan semangat dan cergas! anda akan mendapat reaksi yang serupa dari orang-orang disekeliling  anda juga. dengan ini akan banyak membantu anda melupakan kesakitan hidup. Tidak perlulah kita bersusah hati mengenangkan sesuatu yang telah berlaku, kelak akan mempengaruhi jiwa.. dan akan membuatkan lebih banyak kemudaratan.
Cuba dengan memberi maaf kepada yang menyakiti anda..!
..begini.!
"Ya Allah! kau ampunilah kesalahan sahabat ku itu, kerana dia lemah, dan dia tidak mengatahui yang perbuatannya telah memudaratkan serta melukakan hati ku.! amin.."
wassalam..

No comments: