November 23, 2023

Al-Thawra Al-Arabiyya Al-Kubra

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء


Lagi 8 tahun (2024), maka genaplah satu abad umat Islam hidup tanpa naungan khalifah. Keadaan ini berpunca daripada peristiwa yang berlaku 100 tahun yang lalu: peristiwa Al-Thawra Al-Arabiyya Al-Kubra atau dalam Bahasa Inggeris “The Great Arab Revolt”. Oktober 2016 ialah masa yang paling sesuai untuk memperingati peristiwa ini.


Sekitar Oktober 1916, Kapten T. E. Lawrence atau “Lawrence of Arabia” tiba di Madinah dan bertemu dengan Amir Faisal, putera sulung kepada Sharif Hussein, pemerintah Haramain (“Penjaga Dua Kota Suci” lantikan Khalifah) yang berketurunan Banu Hashim. Misi Lawrence sebagai wakil Empayar Britain adalah untuk merancang strategi bersama keluarga Sharif untuk menyerang kubu Madinah yang dipertahankan oleh Fakhri Pasha, seorang jeneral Khilafah Turki Uthmaniyyah (“Ottoman”) yang handal. Kehadiran Lawrence menyusuli persetujuan Sharif Hussein dan Henry McMahon, Pesuruhjaya Tinggi Britain di Mesir, untuk bersama-sama menentang Khilafah Uthmaniyyah.


Ketika itu Perang Dunia Pertama (WW1) telah berlangsung dua tahun lebih di antara Pakatan Britain-Perancis-Russia dan Pakatan Jerman-Austria. Kerajaan Khilafah Turki Uthmaniyyah yang ketika itu dikuasai oleh “Tiga Pasha” (Talaat Pasha, Enver Pasha, Djemal Pasha) telah menyertai pakatan Jerman, walaupun tidak dipersetujui oleh Khalifah Mahmud V (Mehmed V). Keluarga Sharif yang telah lama tidak berpuas hati dengan pemerintahan Turki, membuat keputusan untuk berpakat dengan Britain demi membebaskan bangsa Arab daripada pemerintahan Turki (sebenarnya, tak ramai pun Arab yang sokong keluarga Sharif). Britain telah memberi janji yang lumayan bahawa Britain akan menyokong Sharif untuk menjadi khalifah kepada dunia Arab.


Namun, apa yang tidak diketahui oleh Sharif ialah perjanjian rahsia di antara Britain dan Perancis yang bernama Perjanjian Sykes-Picot. Al-maklum lah waktu itu tiada WikiLeaks. Menurut perjanjian tersebut, wilayah Uthmaniyah selepas perang akan dibahagikan di antara Britain dan Perancis. Setahun kemudian (1917), Britain juga mengadakan Perjanjian Balfour dengan keluarga Rothschild, penaja gerakan Zionisme bahawa Britain akan mewujudkan sebuah negara Yahudi (“Jewish national home”) di Palestin.


Selepas tamatnya WW1, wilayah Turki Uthmaniyyah dibelah bahagi menurut Perjanjian Sykes-Picot. Perancis mendapat Syria dan Lebanon; Britain mendapat Palestin, Jordan dan Iraq. Britain tidak mengotakan janji McMahon terhadap Sharif. Malah, Britain memberi bantuan senjata kepada musuh Banu Hashim iaitu Bani As-Saud untuk memerangi Sharif. Belum sempat lagi Sharif menubuhkan khilafah, keluarga As-Saud telah pun menawan Makkah dan Madinah pada tahun 1924 dan keluarga Sharif terpaksa meninggalkan Haramain. Keluarga As-Saud menubuhkan kerajaan yang bernama Arab Saudi.


Manakala di Turki, para pemenang WW1 (Britain, Itali, Greece) cuba menguasai Turki. Mustafa Kemal telah bangkit menentang penceroboh-penceroboh asing. Mustafa Kemal menubuhkan Republik Turki dan dihormati sebagai Ataturk (“Bapa Bangsa Turki”). Pada 3 Mac 1924, Khilafah dimansuhkan. Khalifah ke-101, Sultan Abdul Majid II (Abdulmecid II) dibuang negeri. Apa yang berlaku di Turki selepas itu, semua dah sedia maklum.


Tentu ada pengajaran (ibrah) di sebalik sejarah. Kedua-dua Turki Uthmaniyyah dan keluarga Sharif, dan umat Islam secara keseluruhan ialah “mangsa geopolitik” yang kena “game” dengan percaturan kuasa-kuasa besar dunia. Britain sebenarnya hanya menganggap keluarga Sharif sebagai satu anak catur untuk menjatuhkan Uthmaniyyah dan membolehkan Britain menguasai Mashriq (kawasan di antara Laut Mediterranean dan Sungai Euphrates) yang strategik.


Begitu juga dengan Jerman. Bukannya Jerman nak buat pakatan dengan Turki sebab pro-Islam. Sebab-sebabnya hanya: kerana ada musuh yang sama dengan Turki iaitu Russia; dan kerana nak cari titik “pivot” di Teluk Parsi untuk melancarkan kuasa (“projecting power”) ke Lautan Hindi yang dikuasai Britain. Begitu juga dengan Hitler semasa Perang Dunia Kedua. Bukannya Hitler anti Yahudi sebab dia sokong perjuangan Palestin, tapi Hitler hanya menggunakan anti-Semitisme untuk mencari sokongan di kalangan negara-negara Arab.


Sudahkah kita mengambil pengajaran?



Dalam gambar: Amir Faisal ibn Hussein menghadiri Persidangan Keamanan Paris (Paris Peace Conference) di mana pemenang-pemenang WW1 mengadakan rundingan. Lelaki ke-3 dari kanan (sebelah bahu kiri Faisal) ialah T. E. Lawrence. Lawrence agak bersimpati dengan keluarga Sharif dan telah mendapatkan hak memerintah Jordan dan Iraq untuk keluarga Sharif. Pemerintahan keluarga Faisal di Iraq digulingkan dalam kudeta berdarah pada tahun 1958, manakala keturunan Amir Abdullah, putera kedua Sharif masih memerintah Jordan sehingga pada hari ini.


Sumber: Firas Alkhateeb (2014), Lost Islamic History: Reclaiming Muslim Civilisation from the Past Eugene Rogan (2015), The Fall of the Ottomans: the Great War in the Middle East, 1914-1920 Ian Rutledge (2015), Enemy on the Euphrates: the British Occupation of Iraq and the Great Arab Revolt, 1914-1921








Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


November 22, 2023

Murtad Dan Kafir Penghina Islam

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء


Saya hendak sebut macam inilah mudah cerita kepada puak-puak ini. Puak yang menimbulkan, Yang menhina Islam secara terbuka dan menimbulkan probokasi secara jelas yang bolih menimbulkan ketidak tenteraman dan tindakan-tindakan yang mungkin berlaku diluar daripada kawalan sesiapa pun.


Mereka ini terbahagi kepada dua golongan, yang pertama ialah, Muslim yang mengaku muslim, yang menghina agama, mereka sudah kafir, mereka murtad, kerana menghina agama mereka.


Yang kedua ialah orang yang sememangnya asalnya bukan Muslim dalam Negara ini, yang mengambil ruang ataupun kesempatan atau melakukan hal yang sama untuk menghina Islam secara terbuka.


Yang pertama seperti mereka faham, bahawa Negara ini mejoritinya adalah orang Islam, orang Islam yang menghormati agama mereka, dan orang islam mempercayai pekara-pekara yang sekret agama, Allah dan Rasul ialah pekara-pekara suci, yang tidak bolih disentuh olih orang Islam dengan penghinaan, dan sangat sensitif.


Orang yang menghina Islam ini sebenarnya mereka ada mengidap sejenis penyakit hati. Baik orang biasa atau orang berpangkat dalam Politik dalam kerajaan tidak kira mereka golongan pertama iaitu murtad atau memang saorang kafir. Mereka tidak merasa malu berada didalam negara melayu Islam tetapi masih sanggup menghina Islam.


Kita akui bukan semua yang berkelakuan begitu, tapi yang sedikit inilah yang menjadi barah yang kotor didalam masyarakat Malaysia yang berbilang agama dan mejoritinya adalah Islam. Penghinaan agama ini berlaku secara tertutup ditempat kerja atau secara terbuka dalam masyarakat olih individu atau ketua sesuatu pertubuhan.


Ada kalanya kesalahan yang dilakukan pekerja bawahan, mereka terus memetik Nama Islam, Islam begitu dan begini tentulah dengan masa menghina, sehingga mereka lupa itu hanya kesalahan yang dilakukan olih individu Islam, itu bukan pekara yang ajarkan dalam Islam, dan komen yang dilontarkan bolih menyakitkan mejoriti pekerja Islam yang lain.


Orang yang menghina Islam dari golongan pertama ini, iaitu Islam murtad juga adalah perbuatan individu, mungkin kecewa dalam hidup atau terlalu mewah dalam hidup sehingga hati mereka kosong atau hanya sedikit iman nya. Dan orang bukan Islam tidak bolih melebelkan perbuatan mereka sebagai perbuatan agama Islam.



Begitu juga penghinaan Islam olih golongan kedua iaitu mereka ini memang kafir, mereka tidak mewakili semua orang kafir dalam gerak geri mereka. Malah ramai orang kafir tidak bersetuju atau menyokong perbuatan individu yang menghina Islam.


Walaupun semua dilakukan olih individu tetapi pekara ini menjadi barah yang merbahaya didalam sesuatu masyarakat. Apalagi dizaman sekarang pekara ini mudah tersebar dikalangan masyarakat berbilang agama dinegara ini. Dan ini juga bolih melemahkan perpaduan yang susah payah yang cuba dibina selama ini.


Semoga pekara penghinaan Islam ini tidak terus berkelanjutan dimasa hadapan, kerana sangat merugikan perpaduan yang diharap antara rakyat berbilang banggsa dan berbilang agama.


Harap kepada yang suka mengadu domba masyarakat dengan menggunakan agama, jangan kita buang masa dengan terpaksa menguruskan hal perbuatan yang kamu lakukan, ingatlah dibumi ini kamu lahir dan dibumi ini juga kamu akan ditanam, berterima kasihlah kepada bumi Islam ini yang menampung hidup kamu.


Tinggalkan bumi yang bersih ini kepada generasi kamu yang akan menyusul, jangan tinggalkan noda kotor untuk diwarisi. Sama-sama lah menjaga kejahatan lidah dan perbuatan kamu terhadap agama Islam dibumi Malaysia ini.


Tiada untung apa pun bagi penhina Islam samaada dilakukan olih orang yang murtad atau yang memang kafir, jika ada untung sekalipun itu tidak memadai untuk kamu wariskan kepada keturunan kamu.


Jadilah resmi padi, semakin berisi semakin tunduk, jangan ikut resmi lalang! sudahlah kosong, walaupun menegak tetapi menjadi perosak!








Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆