October 19, 2023

Hamas Berperang Dengan Israel

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء


Apa yang berlaku di Timur Tengah dapat kita ketahui dengan cepat dengan adanya berita melalui tv dan media tiktok yang setiap hari mengupload video-video terbaru peperangan Israel dengan Palestin.

Penduduk Palestin juga penduduk Israel masing-masing memuat naik video-video berita kejadian yang berlaku dikawasan mereka. Jadinya ramai penduduk dunia tahu apa perkembangan yang berlaku disana. Cerita yang mereka dapati dan diterima dunia hanya dalam masa kurang dari 24 jam.

Begitu juga ramai penduduk dunia merasa ingin membantu Palestin berperang, tidak kurang rakyat Malaysia terutama orang Melayu sangat kuat semanggat untuk pergi berperang melawan tentera israel, ramai yang sembang dikedai kopi untuk mahu memikul senjata pergi berperang bersama tentera Hamas melawan israel.



Tanpa mereka ketahui peperangan bukan seperti pergi berkelah, cukup bawak sardin dua tiga tin sudah cukup. senjata yang hendak digunakan bukanya senapang patah yang ada dirumah ketua kampung! senjata perang tidak sama dengan senapang patah, kalau dengar cakap kedai kopi memang kita tabik hormat dengan semanggat mereka hendak berperang dengan Israel.

Dengar berita punca air kegunaan harian di Gaza pun datangnya dari kawasan Israel, sekarang israel sudah sekat air dikawasan Gaza hanya ada air catuan daripada lori tangki. (walaupun semua wilayah Israel adalah tanah hak rakyat Palestin yang dirampas) Air tidak ada, rumah sudah roboh, makanan sudah susah didapati, ramai yang lari kearah barat Gaza, kerana Israel akan menyerang melalui darat kebahagian utara Gaza.

Elok sangat sesiapa yang bersemanggat hendak pergi ke Palestin berperang itu, banyakkan ibadah, solat jangan tinggal, selalu solat subuh berjemaah dimasjid-masjid, berdoalah untuk keselamatan dan kesejahteraan rakyat Palestin.



Lagi berita terbaru, Amarika Syarikat atau US telah menambah lagi bala tentera kelaut berdekatan Israel. Mereka menghantar sebuah Armada kapal perang besar yang penuh dengan senjata dan jet pejuang moden, kalau sudah US ada disana, memang nampak sangat US berat sebelah dalam hal kemanusian. Memang hidup di rakyat Palestin di Gaza akan semakin sulit. Bukan US hendak hantar bantuan perubatan ke Gaza , tapi US hantar tentera untuk berperang dengan Hamas.








Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


October 18, 2023

Kampung Ulu Tawar - Kuala Ketil

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء


Hari ini kita mai pantau sikit kawasan pendalaman, kawasan ini dahulunya meamang sangat pendalaman, orang lama menyebut ini tempat komunis, ya.. masa dahulu la.. sebab kawasan ini berdekatan dengan pergunungan, banyak aktiviti komunis disini ketika itu.

Mungkin menjadi laluan komunis PKM untuk ke Baling bersempadan dengan siam (Thailand). Bahagian belakang kampung sekitar sini adalah gunung ganang yang luas. Kawasan hutan gunung inilah dahulunya sering dibom olih Tentera kita.

Tentera darat melancarkan bom menggunakan meriam kereta kebal yang berpengkalan sementara diatas bukit Balai Polis Pekan Malau. Pada masa itu jalan raya hanya sampai dipekan malau sahaja. Kawasan kampung Ulu Tawar ini belun ada jalan raya.


Maps Lokasi berdekatan Sek. Ulu Tawar, Kuala Ketil.








Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆