October 11, 2023

Kenapa Hamas Menyerang Yahudi Israel

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Kali ini kita bercerita pasal kes luar negara pulak, pasal Hamas Palestin menyerang Yahudi Israel, ada apa sebenarnya disebalik serangan Hamas ini!

Hamas Menyerang Israel dengan melancarkan ribuan peluru rocket dengan menyebabkan kerosakan besar diwilayah yang ditakluki Israel. Serangan Hamas itu mengorbankan ratusan tentera serta rakyat awam Israel. Tentera Hamas juga melakukan serangan darat serta merobohkan pagar-pagar sempadan yang didirikan Israel untuk menyekat pegerakan rakyat Palestin selama ini.

Tentera Hamas menggunakan jentolak merobohkan tembok-tembok kongkerit bagi memudahkan pegerakan mereka masuk dan menyerang tentera Israel, membunuh ramai tentera Israel serta mengeledah rumah-rumah dalam wilayah Israel juga merampas senjata berat tentera Israel.

Rakyat Palestin bersorak gembira kerana kejayaan Hamas menyerang Israel, mereka beramai-ramai mengikuti tentera Hamas kedalam wilayah Israel. Mereka ikut merampas kereta kebal Israel dan membelasah tentera Israel yang ditawan. Mereka menggunakan talipon masing-masing untuk merakam kejadian yang berlaku.

Maka banyaklah tersebarnya video-video keseluruh dunia perihal penyerangan Palestin terhadap Israel.
Tanpa mereka ketahui bahawa ini semua adalah perancangan Tentera Israel bagi melumpukan sepenuhnya kedudukan Hamas serta akan merampas lebih banyak wilayah Palestin bahkan mereka merancang untuk melancarkan pengeboman sekala besar dengan menghancurkan keseluruhan wilayah Palestin yang masih ada.

Taktik ini telah digunakan berkali-kali sehingga 80% wilayah Palestin mereka rampas telah menjadi Negara Yahudi Israel. Hanya taktik atau strategi Tentera Yahudi berbeza mengikut keadaan. Serangan Hamas kali ini pun berkemungkinan besar adalah strategi Yahudi Israel memperluaskan lagi wilayah rampasan mereka.

Seperti biasa setiap kali selepas berlaku peperangan Israel - Palestin, Negara yang kita namakan Negara Palestin akan segera mengecil. Ini kerana PBB akan mengadakan zon penampan, kawasan yang saolah-olah sempadan besar antara kedua Negara. Zon penampan ini sudah tentu melebar kedalam Wilayah Palestin bukan diwilayah Israel, lalu diakhirnya zon penampan ini dikuasai penuh olih Tentera Yahudi Israel.

Taktik ini sama seperti berlakunya peperangan di Iraq suatu ketika dahulu yang diterjui sebuah kuasa besar. Jadi jangan gembira sangatlah serangan Hamas kali ini.

Tidak mustahil selepas ini tiada lagi Gaza! apa pendapat anda?








Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


October 10, 2023

Professor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Bila bercakap yang benar 
selalu tidak disukai, 
didalam FB beliu, ramai orang 
berkoment nagetif terhadap beliu.

Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah berkata didalan FB miliknya.

Kenapa speaker tidak perbetulkan di Parlimen penggunaan kata-kata, Kerajaan Madani, Kerajaan Muhyiddin, Kerajaan PH, Kerajaan PN dll….

Penggunaan kata-kata di atas, ternyata amat salah dan bercanggah dengan undang-undang. Istilah pun bukan, konsep pun, apa nama yang perlu diberikan pun tidak tahu.

Seperti yang saya katakan minggu lalu, Kerajaan adalah Kerajaan, kita hanya ada satu Kerajaan, sama ada ia dikatakan dengan negara, negeri atau tempatan, Kerajaan Malaysia, Kerajaaan Negeri, Kerajaan Tempatan. Semua kerajaan berdaulat ini, ia mempunyai kuasa, dan boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap orang lain atau mempertahankan haknya.

Sebab itu, penggunaan konsep kerajaan mesti digunakan dengan betul, jangan sampai ia bertentangan dan bercanggah dengan undang-undang.

Kerajaan Malaysia tetap Kerajaan Malaysia, ianya berdaulat. Tidak adalah ada istilah Kerajaan Muhyiddin seperti yang disebut oleh seorang ahli parlimen ultra kiasu semalam. Hari ini, wakil rakyat Tanjung Malim, sebut Kerajaan Madani.

Peliknya, speaker pun tidak menegur. Speaker juga tidak faham asas ilmu politik. Inilah akibatnya apabila orang politik atau wakil rakyat tidak mengikuti kursus asas sains politik. Justeru, sudah sampai masanya, wakil rakyat diberikan kursus asas politik, supaya perkataan yang digunakan, betul dan tepat, tidak menjadi bahan ketawa dunia.

Bila sebut Kerajaan, sebutlah Kerajaan Malaysia. Jika dirujuk kepada PM yang memerintah ketika itu, sebutlah Kerajaan Malaysia ketika dipimpin oleh PM Muhyiddin misalnya, atau dipimpin oleh parti yang memerintah atau ruling partu seperti PH atau PN atau BN.

Dalam konteks hari ini, oleh Madani itu adalah tag line kerajaan hari ini, maka sebutlah, Kerajaan Malaysia Madani atau kerajaan Malaysia yang menjunjung Madani.

Sebutlah nama Kerajaan Malaysia, kerana ia berjalan seiringan. Tidak boleh dipisahkan, walau apa pun sekali terjadi. Tidak ada yang akan mempertikaikannya. Jika hendak ditambah juga, sebutlah Kerajaan Malaysia madani. Jangan langsung tidak menyebut Malaysia. Kita hanya satu kerajaan iaitu kerajaan Malaysia, bukan kerajaan Madani. Jika terlalu obsess sangat sebutlah kerajaan Malaysia Madani.

Ketika Najib memerintah dahulu, tag line 1Malaysia digunakan, saya tidak pernah dengar ada wakil rakyat sebut, kerajaan 1Malaysia. Lagu 1Malaysia pun, kita 1bangsa, 1negara, kita 1Malaysia. Jika disebut ketika itu kerajaan 1Malaysia, pasti saya tegur. Begitu juga ketika zaman Pak Lah, membawa tag line, Islam Hadhari, saya tidak pernah dengar dia sebut Kerajaan Islam Hadhari. Justeru, gunalah apa juga perkataan dengan betul. Kerajaan Malaysia, selepas itu tambahlah apa kamu mahu.

Saya mohon kepada speaker, tegurlah perkara asas ini jika kamu benar-benar seorang speaker. Jika tidak, jawatan itu tidak mencermin jawattan kamu sebenar.

Apa pula pendapat anda berkenaan isu ini?








Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆