October 03, 2023

Ternakan Kambin Orang Kampung

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Kali ini kita melihat ternakan kambin Tuan Haji Din pula, sebagai orang kampung, kebangyakan mereka termasuk Haji Din, memelihara ternakan bagi memenuhi masa lapang dan akan mendapat hasil sampingan selain daripada pekerjaan utama mereka.

Pekerjaan utama Haji Din ialah berkebun sawit dan berkebun getah, hasil buah sawit atau pekerjaan memetik buah sawit selalunya dilakukan hanya 15 ke 20 hari selepas memetik, ertinya selepas memetik, pekebun sawit akan menunggu selama 15 ke 20 hari sebelum dapat memetik lagi.

Dalam masa terluang itulah orang kampung akan membersihkan kebun sendiri dan juga bekerja mengambil upah dikebun orang lain sebagai menambah hasil sampingan. Ada yang mengambil upah meracun rumput dan ada juga yang mengambil upah memetik buah sawit dikebun orang lain.

Jika masih ada kemahuan sesetengah dari mereka itulah yang memelihara lembu atau kambin, ramai yang memelihara lembu dan ada yang memelihara kambin. Terserahlah kepada minat dan kesanggupan masing-masing.

Dimana-mana kampung memang seperti itu, jika kita melalui kawasan kampung kita akan melihat banyak lembu dan kambing berkeliaran mencari makan, jika kebetulan berada berhampiran ladang sawit yang besar, lembu-lembu ini dilepaskan kedalam ladang sawit untuk meragut rumput dan membawa lembu pulang kekandang setelah hari petang.

Tapi Haji Din memelihara kambin didalam kurungan besar dan diberi makan daun sawit dan dedak makanan kambin yang ada dijual. Memelihara cara mengurung didalam kurungan besar adalah lebih selamat, kerana terlepas dari bahaya memakan tanaman jiran-jiran.

Jika ternakan yang dilepas memakan rumput yang baru diracun atau baja sawit bolih mengakibatkan ternakan sakit dan mati.








Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


October 02, 2023

Harga Beras Dan Barang Harian Naik Sangat Membebankan Pengguna

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Ketika harga beras dan barangan harian atau keperluan dapur semakin naik, ramai pula menteri-menteri dalam pentakbiran kerajaan cuba membela pehak kerajaan diatas kenaikan harga barang-barang tersebut.

Mereka mengeluarkan pandangan atau kata-kata atau alasan yang tidak begitu benar atau tidak tepat juga tidak mewakili pengguna bawahan, terutama orang-orang kampung.

Kesan kenaikan harga beras dengan harga barangan harian turut menjejaskan para peniaga kecil makanan, peniaga-peniaga pasar malam, terutamanya peniaga pasar malam, mereka sudah beberapa tahun lalu sudah mula terjejas keungtungan jualan harian, disebabkan kenaikan harga gula harga tepung dan harga minyak.

Dan sekarang ditambah lagi dengan kenaikan harga beras yang mengejut, bagaimana nasib mereka, walaupun menaikan sedikit harga barang jualan mereka, mereka masih belum dapat pulangan yang memadai.

Kebanyakan peniaga kecil juga peniaga pasar malam sebenarnya sudah mengalami penurunan hampir 50% hasil pendapatan mereka. Ditambah dengan kerenah sesetengah Majlis Daerah yang mengenakan cukai atau sewa tapak pasar malam yang tidak berperi kemanusiaan, sedangkan tapak pesar hanya dikiri kanan jalan sahaja.

Menceritakan keperitan peniaga kecil juga peniaga pasar malam, sangat menyedihkan ini namun tidak dimegerti olih pegawai kerajaan menteri-menteri yang bergaji bulan, peniaga-peniaga kecil pasar malam ini, sudahlah barang keperluan mahal, hendak mendapatkan minyak gula pun susah.

Terpaksa tawaf keliling untuk dapatkan minyak masak, berapa kedai runcit harus mereka pergi, itu pun jika kedai tersebut masih ada stok minyak masak, jika bernasib baik mereka hanya dibenarkan membeli dua peket sahaja, sedangkan keperluan mereka sebagai peniaga kecil pasar malam memerlukan setidaknya 15 peket minyak masak setiap hari.

Cuba bayangkan berapa susahnya mereka buang masa berkeliling hanya mencari minyak masak, sedangkan banyak kerja perlu dibuat untuk penyediaan berniaga setiap hari. Dengan kuasa membeli orang ramai sudah berkurang, pekerja pembantu untuk berniaga sudah tidak sesuai lagi. Tidak relevant lagi buat mengajikan pekerja pebantu.

Semua kerja terpaksa dilakukan sendiri, penat tak penat lah, sakit tak sakit lah, hanya itu sahaja cara bagi mengurangkan kos belanja kerja.

Pegawai kerajaan, orang politik dan Majlis Daerah mereka bergaji ribuan setiap bulan, tidak ada masa hendak menyelami keperitan hidup rakyat yang lemah!

Jangan cakap kita hanya pandai cakap, media masa sekarang tersimpan gelagat mereka bertahun, terserah sama ada kita bersimpati dengan orang bawahan yang susah atau bergembira dengan kesenangan orang atasan.

Kekadang rasa sayu dihati bila melalui lorong-lorong pasar malam, sebab kita sangat menyelami perasaan sebenar mereka disebalik senyuman mesra.








Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆