November 24, 2020

Jangan Pernah Menyakitkan Hati Orang

Sakit Hati.

Pernahkah anda menyakiti hati orang lain, atau anda memang selalu mebuat orang sakit hati. Atau memang selalu atau suka membuat hati orang lain sakit?

Harapan-nya kita janganlah menjadi orang yang seperti itu, sebab tidak baik untuk kehidupan dan pergaulan kita sehari-hari. Kekadang, orang yang kita sakiti hatinya itu, tiba-tiba datang menolong kita pula bila kita didalam kesusahan.

Bagaimana kita hendak tahu perbuatan atau kata-kata kita bolih menyakiti hati orang lain?
Sebenarnya ini senang sahaja hendak diketahui, iaitu dengan pertanyaan adakah kita pernah disakiti hati kita? atau kita merasa sakit hati atas kata-kata atau perbuatan orang terhadap kita?

Kalau jawapannya, ia, pernah! Kalau pernah, apakah kata-kata atau perbuatan mereka itu yang telah membuatkan hati kita sakit?

Kalau kita pernah disakiti dengan kata-kata atau perbuatan, makanya awasilah kata-kata kita dan perbuatan kita agar tidak menyakiti hati orang lain. Pehatikan apa yang menyebabkan hati kita sakit, jadi pekara yang sama jangan kita lakukan kepada orang lain.

Mudah kan?

Kemungkinan kita tidak dapat lari dari orang yang suka menyakiti hati orang lain, sebab kita hidup berkumpulan, samada di kampung, di taman perumahan atau ditempat kerja atau dimana-mana saja kita berada.
Kanapa kita tidak bolih elak? Ini disebabkan perangai orang ada bermacam-macam jenis. Perangai manusia berbagai ragam.

Kita jangan elak orang yang macam ini, macam mana hendak elak sebab dia memang berada didalam lingkungan kehidupan kita sehari-hari? Mereka ada dikiri dan kanan kita. Makin kita cuba hendak mengelak makin sakit hati kita nanti.

Jadi carilah cara yang terbaik untuk mengatasi pekara ini. [ Anda bolih ambil sikap yang dilakukan olih orang "besar" dalam politik. Mereka bijak dalam pergaulan, mereka bijak berkawan dengan musuh politik, masa dipentas ceramah atau temubual bukan main bergegar! Malam talipon makan roti canai di vvip. Mereka tidak terpengaruh tapi mereka menpengaruhi orang ramai! ]

Lagi pun bila kita terlalu memikirkan atau merasakan sangat sakit hati - ini sangat tidak baik untuk kesihatan!

Kekadang ada juga orang yang baharu sahaja kita temui dia sudah menyakiti hati kita, dan kemudian dia hilang dan kita tidak berjumpa lagi, apa yang dia tinggalkan hanya perbuatan atau kata-kata dia yang menyakiti hati.



Ada sesetengah orang dia tidak tahu yang perbuatan atau kata-katanya telah membuatkan hati orang lain sakit, sebab mungkin dia dilahirkan dengan sikap yang sebegini atau dia atau sesaorang itu telah terbiasa dengan sikapnya yang begitu dan dia tidak merasa bersalah jika dia telah dengan sengaja menyakiti hati orang lain.

Malahan ada sesetengah orang dia merasa seronok atau bahagia bila dia telah berjaya menyakiti hati orang lain, seolah-olah dia menang dan merasa puas! kalau sampai tahap ini, bermakna orang tersebut sebenarnya sakit atau mengalami ganguan jiwa, atau sakit jiwa!

Jika ada beribu cara bagi kita untuk menyenangkan hati orang sekeliling, begitu juga ada dengan beribu frasa atau cara samada kita sedar atau tidak ianya bolih menyakiti hati orang lain. Kata-kata adalah satu cara mudah untuk menghiburkan orang sekeliling kita dan kata-kata juga yang sangat mudah membuat hati orang lain sakit!

Jadi awasilah sangat-sangat dengan kata-kata kita bila bercakap didalam lingkungan pergaulan kita sehari-hari.

Sebab bila kita sudah menyakiti hati orang lain, sudah tiada cara lagi bagi kita menarik balik apa yang telah menyakiti hati orang lain tersebut!

Walaupun kita telah bersujud dikakinya bermohon maaf, dan dia menganggok serta membalasnya dengan kata manis, itu semua sudah tiada ertinya lagi, senang cerita sudah tiada maaf bagi mu, ini adalah kenyataan!

Walau bagaimana pun, hal ini bukan dikalangan orang yang kita sayang, kalau orang yang kita sayang atau masing-masing sayang menyayang, sakit hati itu ada, tapi sekejap sahaja dan akan lupus dan tidak ambil peduli lagi.
Tetapi hal ini tidak dengan orang luar atau bukan dikalangan individu ini (saling menyayangi).



Sebab itu kita sering lihat bagaimana orang ini bolih kekal berkawan dengan sikap orang yang satu lagi, sedangkan kita tidak ingin orang seperti itu didalam hidup kita!

Sebenarnya kasih sayang ini tidak hanya kepada suami isteri, adik kakak tetapi juga terhadap rakan-rakan terpilih tidak kira sesama lelaki atau rakan sesama perempuan dan orang-orang ini memang insan terpilih!

Disakiti atau sama-sama menyakiti pun tiada istilah dosa, sebab mereka tidak pernah tersakiti hati mereka, kerana kasih sayang dan mereka ini adalah orang terpilih didalam hidup mereka. Biasanya hanya ada seorang sahaja dalam hidup mereka ada sesetengah orang ada lebih dari saorang.

Malahan jika orang ini bila sudah pergi dahulu dari dunia ini, mereka akan menangisi pemergian tersebut hingga begitu lama.

Yang kita hendak tekankan ini adalah kita telah menyakiti hati orang yang dia bukan tergolong didalam kalangan orang yang terpilih, maka susahlah anda hendak bermohon maaf lagi.



Ini ada satu contoh perangai orang yang suka menyakiti hati orang lain, ada sesaorang telah terlibat didalam kemalangan, kemalangan ini tidak melibatkan kematian hanya kerosakan kepada kedua-dua kenderaan tersebut. Olih kerana pehak 'A' yang tidak mahu mengaku kesalahan dia, orang ini mengambil berbagai cara untuk memenangkan diri dia, dia menggunakan kemahiran dan pengalaman dia untuk mempengaruhi anggota polis yang membuat siasatan.

Sedangkan orang yang satu lagi 'B' tidak bersalah sangat, lebih berat kesalahan kepada orang yang berpura-pura baik dengan onggota polis tersebut, orang ini 'B' telah tersakiti hatinya disebabkan perangai orang tadi 'A' yang bermuka-muka dihadapan anggota polis supaya tidak memberatkan kesalahan keatas dirinya, cara orang ini 'A' menyakiti hati orang yang satu lagi itu 'B' adalah dengan menyakiti hati dengan sengaja.

Kemalangan itu berlaku dipersimpangan lampu merah, sebenarnya senang juga hendak memilih siapa yang bena-benar bersalah ditempat seperti ini.
Kerana setiap penukaran warna lampu ada jarak masa yang diberikan, jika mengikut cara ini pehak 'A' adalah yang paling bersalah namun olih kerana dia 'A' sengaja mempengaruhi anggota polis dengan kemahiran berkata-kata dan bersikap berpura-pura baik dihadapan anggota polis tersebut, maka tenggelamlah kesalahan dia (si'A').

Walaupun si'A' menang dihadapan anggota polis, tetapi dia tetap bersalah pada pendapat si'B' dan si'B' tidak sesekali dapat memaafkan si'A', lebih-lebih lagi si'B' kena perli atau buli atau marah dengan anggota polis tersebut disebabkan anggota tersebut telah dipenggaruhi si'A'.

Dan banyak lagi pelakuan harian kita sebenarnya bolih menyakiti hati orang lain. Olih itu berhati-hatilah dengan sikap kata-kata operangai anda seharian, lebih malang lagi jika kita bukan dikalangan orang-orang yang terpilih!
Dosa menyakiti hati orang tersebut bawalah sampai kemati,
jika anda berkata tidak peduli dengan dosa atau suka menyakiti hati orang lain, tidak ada apa-apa, dan tidak meninggalkan kesan apa-apa, anda salah besar.

Fikir-fikirkan lah. Dan perlu kita ingat, kita tidak tahu adakah kita berada didalam lingkungan orang-orang terpilih atau tidak!

Sekian. Jumpa lagi.








Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


November 23, 2020

Orang Tamak Selalu Rugi.

Orang Tamak Selalu Rugi.

Peribahasa ini sudah lama kita tahu dan faham, kerana sejak dari sekolah rendah lagi kita telah biasa baca dan dengar.

Tapi kali ini kita dapat melihat sendiri atau mengalami sendiri pekara tersebut telah berlaku dalam lingkongan ahli masyarakat kita sekarang ini.

Walaupun sebelum ini telah banyak terdapat kes orang tamak selalu rugi, tapi kita selalu lupa bahawa ada ramai lagi orang tamak didalam Negara kita ini. Dan mereka ini tidak mahu mengambil iktibar atau contoh dari kes-kes yang berlaku sebelum ini.

Pada akhirnya mereka tertangkap dan kemungkinan besar akan menghuni penjara, menangis siang dan malam sudah tidak berguna lagi. Harta benda semua sudah dirampas, sanak saudara dikampung yang mendapat malu, sudah lah selama ini harta tersebut tidak pernah mendapat bahagian.!

Inilah kalau orang sudah lupa diri dan tamak! bukan mereka tidak tahu bahawa pelakuan mereka itu salah, salah dari segi undang-undang negara! bila sudah terbiasa membuat salah dan sering terlepas atau memang terlepas sahaja, mereka ingat pekerjaan mereka itu benar dan tidak salah!

Mereka sudah lupa sebab sudah berpuluh kali melakukan pekara salah tapi masih terlepas, dan mereka ingat selama-lamanya akan terlepas. Jadi mereka tanpa segan silu melaram dengan kereta mewah hingga empat buah rumah-rumah besar dan harta tanah.

Mengikut lapuran semua harta tersebut sudah dirampas, sudah tidak ada apa lagi yang tertinggal, akhirnya nanti jika sabit kesalahan dan dipenjara sesudah tamat penjara balik kampung jadi orang yang mungkin papa kedana!

Itulah bila sudah kaya banyak duit walaupun datangnya duit dengan cara salah, tapi tidak mahu berkongsi dengan adik beradik atau saudara mara, bah kan mungkin berlaku sombong semasa masih belum tertangkap menerima rahsuah. Pandai mencari duit dengan merahsuah.. tetapi bodoh menjaga tuah!

Bukan kita hendak membenarkan merahsuah, tetapi mereka ini tamak! walaupun sudah mengaut untung berjuta ringgit setiap saorang! masih lagi meneruskan kegiatan mereka seolah mereka akan selamat selamanya! elok sangat gelaran Bodoh sebelum nama mereka, Bodoh Piang Bin Tamak.

Untuk pengajaran kepada saya sendiri dan anda semua, ingatlah kata-kata ini "Orang Tamak Selalu Rugi"

Teruskan Membaca Berita Dibawah Ini.

Gelap mata dengan tawaran puluhan ribu ringgit sebulan menyebabkan seorang pegawai kanan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berpangkat Timbalan Pengarah didakwa bersekongkol dengan sindiket urusan cap palsu di pintu masuk antarabangsa negara.

Menurut sumber, pegawai kanan dengan gred KP48 itu bertugas di Ibu Pejabat JIM itu adalah tiga lagi individu terbaharu ditahan semalam termasuk dua lagi anggota gred KP19 dan KP22 bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2.

"Mereka berusia 38 hingga 54 tahun itu ditahan selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan.

"Setakat ini siasatan awal mendapati Timbalan Pengarah terbabit menerima wang rasuah puluhan ribu ringgit sebulan dan mampu hidup mewah," katanya. Sumber berkata, setakat ini seramai 53 individu sudah ditahan bagi membantu siasatan kes sindiket rasuah dalam urusan cap palsu di pintu masuk antarabangsa negara menerusi Ops Selat.

"Penahanan itu membabitkan 31 anggota dan pegawai JIM, 17 ejen pekerja asing serta lima orang awam. "Kita tidak menolak akan ada lagi penahanan lain jika siasatan mendapati terdapat individu lain yang bersekongkol dengan sindiket terbabit," katanya.

Katanya, ketiga-tiga mereka yang ditahan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya, untuk permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah semalam.

"Selain itu, SPRM turut mengemukakan permohonan untuk menyambung perintah reman 10 suspek lain dan membebaskan dengan jaminan dua orang awam yang terbabit membenarkan akaun mereka digunakan untuk transaksi rasuah.

"Sindiket ini membabitkan rangkaian aktiviti jenayah penyeludupan antarabangsa dari China, Vietnam, Indonesia dan Bangladesh," katanya. SPRM sebelum ini mendedahkan, lebih 30,000 warga asing bolos dan RM14.5 juta wang sogokan diagihkan dalam kalangan kakitangan JIM sepanjang tempoh empat tahun.

Angka itu diperoleh hasil penahanan 27 anggota dan pegawai JIM yang mendedahkan aktiviti rasuah menerusi proses penyediaan kaunter khas sejak 2017. Wang tunai RM800,000, 26 kereta mewah dan empat motosikal berkuasa tinggi turut dirampas yang mana jumlah berkenaan tidak termasuk rumah, tanah, barangan kemas dan sebagainya yang turut dirampas.

Secara purata, setiap tahun sejak empat tahun lalu, RM3.6 juta diagih sesama anggota dan pegawai JIM yang terbabit dengan sindiket ini. Kemewahan kakitangan JIM yang terbabit dengan sindiket juga amat ketara berikutan mereka menggunakan wang rasuah diterima untuk membeli rumah, kereta, beg tangan berjenama, barangan kemas dan tanah.

Sekarang mereka-mereka ini semua tidur berselimut duka bertilamkan air mata!


mylink





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!


November 22, 2020

Siapa Tun Dr Mahathir Mohamad Dari Pandangan Datok Seri Najib Razak.

Siapa Tun Dr Mahathir Mohamad Dari Pandangan Datok Seri Najib Razak.

Pada satu wawancara dengan Datok Seri Najib Razak pada lapan August 2019 yang lalu, Datok Seri Najib Razak apabila diajukan soalan siapakah Tun Dr Mahathir Mohamad, secara berseloroh mengatakan bahawa soalan ini adalah soalan prowokasi, ye lah sebab kita semua sedia maklum bahawa sekarang ini Datok Seri Najib Razak adalah seteru politik kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Datok Seri Najib Razak adalah orang lama dalam politik, pernah bersama Tun Dr Mahathir Mohamad samada sebagai kawan dan sebagai lawan didalam politik negara. Dan paling ketara menjadi musuh politik pada PRU 14 yang lalu. Jadi eloklah kita tahu sendiri pandangan Datok Seri Najib Razak tentang siapakah Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebenarnya, bolih dikatakan bahawa Datok Seri Najib Razak ini sangat rapat hubungan keduanya.

Apabila ditanya apakah pelajaran yang dapat diambil setelah sekian lama bergaul dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, dan bagaimana sikap Tun Dr Mahathir Mohamad dari pengalaman beliu sendiri selama ini.

Datok Seri Najib Razak berkata bahawa "Tun Dr Mahathir Mohamad ini saorang ahli politik yang tahu menggunakan kuasa untuk mengekalkan kuasa dan apabila beliu tiada kuasa dia tahu menggunakan politik untuk cari dan mendapatkan kuasa"

"Apa sahaja ruang dan peluang Tun Dr Mahathir Mohamad akan gunakan untuk berpolitik, atau sesetengah orang mengatakan 'Matlamat Menghalalkan Cara' itulah praktik yang digunakan olih Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Kalau kita lihat semula semasa PRU 14, siapa bolih sangka Tun Dr Mahathir Mohamad bolih bersama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datin Seri Wan Azizah, dan siapa dapat bayangkan Tun Dr Mahathir Mohamad bolih bekerjasama dengan DAP?"

"Seperti semua orang tahu, apa yang Tun Dr Mahathir Mohamad tidak buat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim? apa yang Tun Dr Mahathir Mohamad tidak kata kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim? sampai saya sendiri pun tidak sanggup hendak ulang apa yang Tun Dr Mahathir Mohamad kata kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim!" katanya.

"Tetapi Tun Dr Mahathir Mohamad bolih pulak bekerja sama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan DAP!" tambah Datok Seri Najib Razak.

"Semasa saya menjadi ketua pemuda UMNO memang ada banyak perbincangan dan kerusus, Datuk Seri Tajudin juga ada ketika itu bersama menghadiri kerusus Perdana, dan Tun Dr Mahathir Mohamad sering sangat atau sebahgian besar ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad ditujukan kepada Parti DAP, dengan mengatakan parti DAP ini musuh utama orang melayu dan islam!"

"Tun Dr Mahathir Mohamad juga berkata parti DAP ini parti resis parti anti islam, itu lah ucapan yang Tun Dr Mahathir Mohamad ulang tiap-tiap kali bila berucap" dan berkata Pemuda UMNO ada rakaman ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad tersebut.

"Tapi orang atau parti yang dianggap musuh islam musuh orang melayu, lihat apa yang Tun Dr Mahathir Mohamad buat semasa PRU 14?

"Akhirnya apa yang sudah berlaku sekarang ini? pada orang melayu islam dinegara kita? jika ditanya kepada orang melayu orang islam, orang melayu orang islam berkata mereka terancam sekarang ini!" (era pemerentahan PH) "islam melayu terancam!"

"Akan tetapi Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup buat! jadi dari situ sajalah kita bolih buat kesimpulannya tentang Tun Dr Mahathir Mohamad ini"

"Maknanya pada Tun Dr Mahathir Mohamad adalah kuasa! macam mana hendak cari dapat kuasa atau kemaruk kuasa ini tidak kira apa cara sekalipun harga yang kena bayar untuk mendapatkan kuasa!"

Seperti yang kita semua ketahui yang Tun Dr Mahathir Mohamad mendesak Datok Seri Najib Razak melepaskan jawatan PM ketika itu, namun Datok Seri Najib Razak terpaksa mepertahankan jawatan beliu, dan akhirnya pada PRU 14 Datok Seri Najib Razak gagal mengekalkan jawatan PM atas sebab taktik Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu taktik 'Matlamat Menghalalkan Cara'

Kata Datok Seri Najib Razak lagi atas syor daripada Lim Kt Siang lah tertubuhnya 'Parti Bersatu' mereka ada bukti yang mengatakan Lim Kit Siang meminta Tun Dr Mahathir Mohamad menubuhkan parti 'Bersatu' Dan ada orang yang bersama semasa perbincangan Lim Kit Siang dengan Tun Dr Mahathir Mohamad tersebut,

Dan orang itu sudah mengaku secara terbuka sekarang ini, dan orang itu kita bolih sebut namanya iaitu Datok Hamidah, Dato Hamidah kata yang Lim Kit Siang mencadangkan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya segera menubuhkan parti Orang Melayu yang baru, tujuan dan matlamatnya adalah untuk menarik separuh ahli UMNO untuk menyertai Parti baru itu nanti.

Sekarang ini bagaimana pula pandangan anda tentang Tun Dr Mahathir Mohamad ini? Datok Seri Najib Razak sudah bagi tahu pendapat beliu, lagipun mereka dulu sangat akrab, sudah tentu pandangan beliu agak bolih dipercayai.

Bagaimana pula pada pandangan kita orang biasa ini, mungkin berlainan agaknya, kita banyak dipengaruhi surat khabar dan berita dalam dan luar negara serta sosial media saja.

Sekian jumpa lagi.


mylink





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



November 21, 2020

COVID - 19 Angkara Siapa | Jangan Percaya Penamatan PKPB

Semalam telah diumumkan bahawa penamatam perentah PKPB ditamatkan dibanyak Negeri

kecuali hanya dibeberapa daerah sahaja yang masih kekal didalam perentah PKPB.

Walau pun perentah PKPB telah ditamatkan, tidak semestinya anda terlalu gembira dan bolih terlalu bebas berkunjung ketempat tumpuan orang ramai.

PKPB adalah usaha kerajaan untuk menangani penularan virus covid-19, jika kerajaan umumkan penamatannya, bukanlah bermakna virus covid-19 imi telah hapus sepenuhnya.

Mungkin ada penilaian dari pehak kerajaan yang telah dibuat, dan keputusannya penamatan PKPB sudah bolih diumumkan, walau bagaimanapun untuk kebaikan diri sendiri, adalah perlu anda semua berhati-hati dan jangan terlalu gembira dan terlalu bebas melakukan apa saja aktiviti yang disertai olih ramai orang.

Virus covid-19 ini masih ada, dan masih tertinggal bersembunyi dimana-mana. Masih ada saki baki virus corona ini didalam komoniti anda, masih ada disamping rakan-rakan anda samada rakan jauh atau yang dekat, jadi untuk kebaikan diri anda dan keluarga anda terutama anak-anak kecil dan warga tua, sebaik-baiknya sila elak dari menghadiri perkumpulan ramai orang.

Jangan menghadiri jemaah kenduri kendara bersalam atau berpelukan dengan rakan-rakan saudara mara kononnya melepas rindu sebab lama sudah tidak bertemu disebabkan PKPB yang lepas. Anda mungkin kecewa bila sesuatu jangkitan akan berlaku dan disebarkan kepada isi rumah anda sendiri.

Jangan terlalu bebas kepasaraya yang ramai orang

dan besesak membeli barang hingga bersentuhan dengan orang yang selama ini anda tidak pernah bersentuhan, jangan terlalu bebas bahu membahu dipasar malam, pasar pagi, pasar ikan semua tempat ini anda sendiri mesti curigai keselamatnya jika anda turut sertai mereka.

kekalkan pemakaian mask untuk kebaikan sendiri
Setiap kebaikan atau keburukan ada keuntungan terhadap diri anda, ini memang benar terjadi dan nyata, walau bagaimanapun anda bolih mengelak keburukkan jika anda bijak menilai, memikirkan sesuatu pekara sebelum anda melakukan. Sentiasa membiar kebaikan sahaja yang memehak kepada anda.

Saya sangat bimbang dan sangat risau mengalahkan ahli politik yang sedang dalam pilihanraya! saya bimbang penularan corona ini makin bertambah teruk jika kita tidak bijak menggunakan peluang penamatan PKPB ini.

Yang saya bimbang adalah kepada rakyat yang tergolong dibawah ketogeri D, E, F

dari segi kesihatan, mereka sangat mudah dijangkiti apa-apa saja virus. Anda perlu perihatin jika ada ahli keluarga yang berada didalam golongan D, E, F.

Apa yang diketahui gejala atau sintom terjangkitnya virus covid akan mengambil masa lima atau enam hari baru kelihatan, ada sesetengah kes memerlukan waktu hingga empat belas hari. Jadi kita harus sentiasa berwaspada dan tidak mendedahkan diri ditempat ramai. Dan mengambil masa empat belas hari juga untuk musnah dibadan individu yang sihat, sekiranya kita terjangkit, virus ini ada masa yang lama untuk menyebar kepada individu lain.

Saya sarankan sangat-sangat, untuk sementara ini atau sebulan dua ini SOP mesti diteruskan demi kebaikan bersama, apa salahnya terus menjaga kesihata sendiri dan keluarga? Paling kurang pun pemakaian penutup hidung mesti diteruskan bila berada ditempat awam atau ditempat keramaian.

Dan bila tiba semula dirumah, segeralah bersihkan diri salin pakaian dan basuh gunakan pakaian lain bila tiba dirumah, jangan terus menggunakan pakaian yang sama.

Siapa yang hendak menjaga anda serta keluarga tersayang, jika bukan anda sendiri yang menjaganya.

Kerajaan adalah satu kelompok pemerentahan, bekerja untuk kepentingan semua rakyat tapi diri kita dan keluarga kita, kita yang menjaganya.

Kekal Sihat Elak Virus!


21/11/2020





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



November 20, 2020

Jangan Percaya Pendapat Ini.

Jangan Percaya Pendapat Ini.
Masa masih awal, aku masih muda, enjoy dulu!

Masa muda remaja jangan sesekali kita abaikan atau biarkan berlalu begitu sahaja, jika anda dengan usia yang masih muda tidak melakukan sesuatu yang terbaik untuk diri keluarga anda! anda berada dalam keadaan yang sangat rugi.

Semua orang tahu, termasuk orang-orang muda itu sendiri! kenapa pekara ini bolih terjadi?

Jika kita masih muda dan tidak berbuat sesuatu pekerjaan atau pekara baik sekarang, masa tua anda sangat malang! kerana apa yang anda lakukan sekarang ini dianya bakal membantu anda dikemudian hari.

Jadi buatlah sesuatu perkerjaan baik atau pekara baik untuk menolong hidup anda dimasa depan dengan lebih baik. Anda tahukah bahawa apa yang anda lakukan sekarang itu lah yang anda dapat dua puluh tahun lagi!

Jika anda ingin mengubah nasib anda dua puluh tahun besok, anda mesti memulakan perubahan itu dari sekarang! sebagai contohnya jika anda ingin membeli rumah misal nya, anda mesti memulakan mulai sekarang juga, jangan nanti dan nanti bila ada duit baru hendak simpan.

Ini untuk orang muda remaja, sekarang anda berusia 18, 20, 25, 30 tahun? ini usia dikira masih remaja lagi! okay, anda mesti punya rumah suatu hari lagi kan..? sudah tentu! simpan didalam fikiran, tidak selamnya anda hendak tinggal dangan Ibu Bapa anda!

Lihat ibu ayah anda sekarang! adakah mereka tinggal dengan ibu ayah mereka? sudah tentu tidak bukan? anda pun besoknya tidak mungkin masih duduk serumah dan mengharapkan semua pekara daripada kedua orang tua.

Jika hendak memiliki rumah sendiri anda remaja mesti berkerja dengan lebih rajin dan kuat, tambahkan atau tingkatkan kebolihan diri untuk meningkatkan punca keuwanga anda.

Jangan sesekali membuang uwang kepada benda-benda yang tidak berfaedah! misalnya zaman sekarang, anak muda sering berlumba menghabiskan uwang dengan sering menukar talipon bimbit, menukar motosikal atau kereta. Jika pekara ini anda lakukan, duit atau uwang anda tidak mungkin tersimpan.

Gunakan barangan tersebut sehingga ianya benar-benar perlu ditukar, dengan keuwangan yang lain, bukannya dari uwang simpanan untuk pekara yang lebih penting.

Anda mesti asingkan beberapa peratus pendapatan anda untuk simpanan bagi membeli rumah, misalnya gaji anda satu ribu sebulan, anda mesti simpan tetap sebanyak tiga ratus setiap bulan.

Untuk pebelanjaan atau pekara lain hanya gunakan yang tujuh ratus sahaja, yang tujuh ratus itu anda buat perangcangan kegunaan anda sebulan, tidak bolih sama sekali mengambil dari uwang tiga ratus tadi.

Jika anda pekerja biasa bergaji bulan seribu, tiada cara lain melainkan dengan mula menyimpan dari gaji bulan depan untuk membeli rumah atau membayar diposit rumah. Jangan tunggu duit tiga puluh ribu.! tidak akan ada sama sekali duit itu, jika anda tidak memaksa mengasingkan pendapatan bulanan anda setiap bulan!

Jika anda ingin memakan buah epal sendiri anda mesti menanam epal, jika tidak, anda sampai tua akan hanya membeli buah epal untuk dimakan, bukan makan buah dari hasil titik peluh anda yang menanam.

Jangan ikut orang luar menukar barang yang tidak perlu! dan jangan pulak anda sesuka hati membazir duit tanpa ada simpanan anda sendiri setiap bualan.

Dan jangan menunggu bila gaji sudah besar baru hendak mula simpan, gaji sikit pun mesti memulakan menyimpan dari sekarang!

Semua didalam tangan anda, didalam kuasa anda, hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih, ada.!

Jangan ikut nafsu, jangan ikut rasa, jangan ikut hati, tapi ikutlah ilmu dan fikiran yang baik.

Jika kau fikir kau bolih, kau bolih melakukan, jika kau ragu-ragu, usahamu tak menentu! Okay, selamat berusaha dan selamat maju jaya. Semua kehidupan anda adalah ditangan anda sendiri.!
Jumpa lagi.


mylink





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!