March 10, 2013

Kembara Mencari Janda.

Assalamualaikum...
Kembara Mencari Janda! Kota Baru ramai janda, oooo.. no! okey mai terus baca apa yang menarik atau yang tertarik! Mula-mula mohon maaf bebanyak kaum Janda semua ye, yelah.. bila saya tulis janda, mungkin ada yang terasa.

Ada Janda Muda ada Janda Kaya ada Janda Panas, Janda tidur malam, Janda Tidur Malam??? yelah kalau sudah malam. siapa pulak nak celik sampai pagi.. kan, kan..?

Nak dijadikan cerita, adalah kenal dengan beberapa orang Janda Cantik Molek! maaflah cakap, sebenarnya saya tulis ni tak ada apa-apa pun..

kerja orang tak ade keje, saja-saja buat nak gempak sikit, tak ada lebih dari itu pun, keh. keh. keh.! jangan marah la.. kalau marah cepat merana..?

Macam manapun hidup menjanda ini sangat susah, semua hal keluarga kena buat sendiri. Lebih-lebih lagi yang memang tiada harta apa-apa, rumah pun sewa sahaja.
Samada menjanda kerana suami meninggal dunia atau bercerai.
Rumahtangga hancur separuh jalan ini bukanlah mereka suka, mana ada orang yang suka susah dan tidak bahagia, mereka sendiri tidak bermimpi untuk jadi sebegitu.
dan hidup mereka akan lebih malang lagi jika tiada pekerjaan yang tetap. Malah kalau yang berkerja terpaksa pula memandu atau menunggang moto dengan jarak yang agak jauh ketempat kerja. Keadaan ini sangat-sangat membebankan kehidupan mereka.

Hal anak-anak yang seramai tiga atau enam orang itu terpaksa diserahkan kepada Abang dan Kakak anak yang lebih besar dirumah.

Memang tidak tentu hala penjagaanya kerana mereka juga masih belum faham kehidupan. Mereka juga sebenarnya masih perlu dijaga. Jadi yang masih kecil yang terbiar sehingga ibu mereka kembali dari tempat kerja.

Dan kebimbangan sentiasa menghatui fikiran ibu-ibu tunggal ini bilamana anak-anak mereka terpaksa diserahkan dibawah jagaan jiran-jiran.

Mana tidak risau ibu-ibu tunggal ini, setiap hari ada saja kes penginayaan kanak-kanak bila berada dibawah jagaan orang lain.

Tetapi apakan daya mereka, mereka ini harus meninggalkan rumah seawal pagi untuk mencari rezeki dan pulang petang setiap hari.

Mungkin kita sering bersua dengan senyum dan keceriaan mereka para janda ini, namun hakikat keperitan hidup menjanda sangatlah berat dan susah.

Andai ada dikalangan kejiranan kita yang menjanda cuba bantu meringankan beban hidup mereka semampu kita. Jika kita memang berkemampuan apasalahnya sedekah sedikit secara tetap setiap bulan, insyaallah mereka akan mendoakan kebahagian hidup anda.

Allah sentiasa nampak apa yang kita lakukan, berikan dengan seiklas hati, jangan risau ada berkatnya sedekah anda! Bayangkan kita yang berkerja bergaji besar ini pun kekadang semput, apa lagi mereka ibu tunggal beranak lima!

okey... okey.. cukup dulu pasal janda, anda bagaimana? harap anda berbahagia ye...

emm.. saya macam biasa juga.. tidak ada apa yang menarik yang berlaku didalam kehidupan saya, cuma usia saja yang semakin meningkat! meningkat dan akan terus naik.. gaji saja yang payah hendak naik.. dalam pada itu, masih lagi buat macam biasa saja.

Yang menariknya saya ada berkenalan dengan gwe Kelate yang come dan sangat menarik perhatian saya. Masaalahnya kami dipisahkan dengan jurang usia yang sangat ketara. Sesekali jalan-jalan cari makan, jadi pandangan orang pulak..!

Setelah saya keluar dari kb dia pun tak bolih tahan.. dia pun keluar kerja kat luar kb, ermm..

So.. ermm... okeh.. tak mau cerita banyak kang kena marahlah pulak..
Bulan sembilan nanti nak pergi Kuala Kerai, ada sahabat hendak bertunang, tapi masih jauh lagi kan...
Pada sahabat tu.. jangan risau nanti aku mesti pergi...

Menara Jam Baru. Berlatarkan Pelangi Mall tempat tinggal saya.



Jabatan Kastam Kelantan.


Sekian. wassalam semoga jumpa lagi.









Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen


Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


March 09, 2013

Aku Jatuh Cinta Lagi.

Assalamualaikum...

Salam semua, semoga ceria selalu.
Malam semakin lewat.. sejak dari tadi saya melihat-lihat YouTube, sebab hari ini saya pulang kerja awal.

Besokpun kerja sudah tidak berapa banyak lagi.. jadi kita orang duduk-duduk saja.. cukup time makan, cukup time balik..
Jika semasa banyak kerja, tak laratlah saya hendak berjaga malam macam ini.. besok kalau datang kerja pun hanya memenuhkan syarat saja, kalau tidak datang tentu bos tidak berapa suka..
Ada kerja ke tidak ada, kita mesti ada kat site juga...

Okeh... kali ini saya tidak mahu bercerita yang berat-berat, pasal politik ke.. pasal pencerobohan di Lahat Datu ke.. Itu semua biarlah polis tentera yang uruskan, cuma saya nak mengajak selepas solat tu, doakanlah keselamatan untuk mereka yang bertugas di Lahat Datu sekarang.

Doakan supaya mereka dapt menjalankan tugas dengan baik dan pulang dengan selamat kepada keluarga. Mereka semua berjuang bergadai nyawa demi negara Malaysia ini.

Kejadian ini juga mungkin memberi pengajaran kepada kita semua betapa pentingnya pasukan keselamatan kepada kita, merekalah yang menjaga keamanan Negara, jadi saya ingin menasihatkan kepada empunya page YouTube yang ada gambar atau video yang mencela anggota keselamatan.. sila dengan rela hati membuang atau remove segala bentuk video yang memperlekehkan anggota keselamatan kita.

Jika anda kekalkan video-video tersebut pun bukanya bolih meguntungkan kita, adalah lebih baik kita buang saja.. ok.
Ingatlah jika keburukan orang kita dedahkan bermakna kita mengumpul dosa tiap-tiap hari secara sengaja, sebab menghebahkan keburukan orang lain adalah fitnah!

Sedangkan kita hari-hari hidup adalah bergantung kepada pasukan keselamatan, kerana itu sudah memang tugas mereka.

Okeys... jangan cerita banyak lagi nanti lari tajuk kat atas tu..,

Siapa yang pernah jatuh cinta? saya rasa semua orang pernah jatuh cintakan...?
Apalagi bila orang yang kita jatuh cinta itu pun terima cinta kita, tentulah suke kan..? tentulah sangat sukenye... tapi ada juga cinta tidak berbalas!

Sampai menangis meraung mintak dicintai namun cintanya tidak berbalas juga..... kesian... sudah berbagai cara dilakukan tapi masih gagal menambat hati orang yang dicintai, jika seperti itu, bermakna orang itu bukan pasangan cinta kita... carilah orang lain yang dapat menerima cinta kita.

Masih ramai lagi diluar sana yang mencari-cari cinta... carilah mereka itu, mungkin mereka pasangan anda. Tidak cari manakan dapat, jangan harap sangat pada yang satu itu.. kecuali sesetengah manusia lebih bernasib baik, senang dapat kekasih, bercinta dan kahwin, ada yang susah sangat hendak dapat pasangan cinta dan berkahwin.

Dalam pada ghairah mencari cinta, kita kena awas dengan kasanova yang mempermainkan cinta untuk kepentingan diri. Kelak cinta hilang kemana, semua barang pun turut hilang..!!

Tidak kurang juga wanita yang mempermainkan cinta hanya untuk kepentingan diri sendiri juga! Orang yang tengah cinta tengah sayang sesaorang, dia tidak bolih berfikir yang waras, jadi dia tidak dapat mengecam adakah pasanganya benar-benar cinta kepada dia.

Adakalanya sahabat handai menasihatkan dia pun, dia tidak bolih terima. Bila sudah kena.. duit sudah kena kikis.. body dah kena terjah.. baru menyesal...

Jadi saya syorkan tidak menjadi kesalahan jika kita bertanya kepada beberapa orang yang rapat dengan kita atau kedua ibu bapa, jika mereka mengatahui hubungan anda.
Tanyakan pendapat mereka tengtang pasangan kita itu.

Lepas itu anda bolihlah mempertimbangkan pendapat mereka semua dan membuat keputusan yang terbaik untuk hidup anda!
Kebanyakan, kebanyakan.. bukan semua! jika orang yang betul-betul sayangkan kita, dia tidak sesekali mendorong kita kepada membuat pekara-pekara yang tidak baik terhadap kita.

Bak kata orang, nyamuk pun dia tidak benarkan gigit.. apalagi dia sendiri yang hendak gigit...!!?
Walaupun kebanyakan begitu... namun hal ini tidak sama untuk dibuat ukuran.. seperti kata orang, rambut sama hitam, tapi hati lain-lain.

Lain padi lain belalang, lain negeri lainlah juga orangnya... akhirnya bergantung jugalah kepada diri sendiri, untuk menguruskan hal peribadi sendiri,

Perbanyakanlah koleksi bacaan anda, semoga dengan banyak membaca akan dapat membantu mengenali kejujuran manusia.

errmm...
Yang lebih menarik ialah ada orang jatuh cinta walaupun sedang bercinta.
"Aku jatuh cinta lagi.. walaupun kita sama-sama dimiliki...."

Dari pengamatan saya pekara sebegini sering sangat berlaku, sebab apa? sebab orang lagi satu itu mungkin lebih baik dari kita...

Saya ada sepuluh cara untuk mengenal kesetian pasangan kita atau tip untuk menganalisa seberapa jauhkah sidia mencintai anda! saya akan turunkan lain kali saja.. malam sudah lewat ni...

So.. mari layan lagu ini, pandai dia menghiburkan, walaupun masih kecil namun bakatnya hebat! tidak puas saya medengarnya...

Jika anda suka bemakna anda sedang bercinta lah ni...

sekian jumpa lagi...

Ada yang baik dan elok itu dari Allah, yang buruk dari saya sendiri.

wassalam.









Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


March 07, 2013

Gugur Demi Keamanan Negara Ini.

Assalamualaikum...

Salam hormat dan salam berbahagia semua.

Kita bersimpati dan turut berasa bersedih diatas kehilangan Perwira Negara yang tewas semasa menjalankan tugas menjaga maruah Negara.

Apapun marilah kita sama-sama berdoa semoga yang masih menyabung nyawa demi negara akan selamat menjalankan tugas mereka.
Kepada keluarga yang kehilangan keluarga tercinta, kita harap mereka banyak bersabar kerana mereka tidak terkorban sia-sia tetapi dengan penuh terhormat dan bermaruah.

Dalam pada itu masih ada lagi manusia yang langsung hidup tidak bermaruah kerana sanggup mengeluarkan kenyataan yang sangat menyakitkan hati dan perasaan keluarga yang terlibat.

Kenyataan pembangkang itu bukan saja dibenci olih mereka yang terlibat, malah menguris hati Rakyat Malaysia yang ada hati dan perasaan terutama bangsa melayu, kerana yang terkorban itu adalah manusia Melayu kecuali seorang.

Kalau hendak putar alam atau putar belit cakap hanya untuk politik, berfikirlah sedikit dengan manusia lain terutama kepada bangsa yang kebanyakan terlibat mempertahankan Negara.

Jangan nanti sebab mulut anda yang biadap itu, umpama seekor Kerbau membawa lumpur, habis semua kerbau-kerbau lain turut terpalit.

Jika suara sumbang itu datang bangsa sama seperti dia, tetapi rakyat negara lain bolih dikira lagi, ini datang dari rakyat malaysia sendiri, memang seperti 'Sakai' yang tinnggal didalam hutan.

Saya percaya bangsa 'Sakai' pun mungkin tidak berperangai seperti itu...!

Maaf saya berkata 'bangsa' tetapi jika bangsa terlibat tidak suka perangai 'Kerbau' yang saekor itu mereka kenalah berjaga-jaga sedikit bila bercakap, jangan main sedap mulut saja..!

Jikalau benarlah dan terbukti 'kerbau' pembangkang pernah berkata seperti tersebut, [kejadian yang berlaku dan telah mengorbankan anggota tentera itu agenda UMNO] dia sepatutnya dihukum "Penjara 20 tahun" tanpa pengampunan kerana dia sebenar tidak layak hidup dan bebas bercakap sesuka hati dengan biadap.

Apakah hak dia sesuka hati berbuat begitu? Sedangkan Manusia yang terkorban itu semata-mata mempertahankan Negara Malaysia supaya tidak dicerobuh musuh serta aman tenteram, dan ini akan memberi keselamatan kepada 'Kerbau' itu juga!

Orang-orang yang begini sebenarnya sangat "bodoh sombong, walaupun pada hakikatnya dia berpelajaran".
'Sakai Kurap' yang tinggal dalam hutan, kalau bercakap seperti itu, sudah tentu tiada siapa yang pedulikan! sebab manusia lain sudah faham siapa mereka.

Sedangkan dia 'Kerbau' ini hidup senang lenang, menarik nafas hari-hari, makan minum senang...! memandu kereta besar! yang penting dia berpelajaran..!

Saudara mara diapun turut hidup dan mati akan ditimbus atau dibakar dan ditanda didalam Tanah Malaysia ini juga..!
Dia ini hanya "ulat yang memakan buah epal, tempat asal dia melihat dunia" jika buah epal rosak dan busuk buah itu akan jatuh ketanah, dan dia juga turut terbunuh.

"Ulat" seperti ini sepatutnya dari awal lagi disembur racun serangga, supaya jangan dia menetas dan hidup berbahagia didalam buah, tetapi dalam masa yang sama khianat, sombong bongkak tidak memperdulikan kenyataan yang dia hiduppun kerana buah itu juga..!

Dia ini kalau menyertai kumpulan samseng, dan tidak hormat bos dia sendiri, tentu sudah lama dia mati ditangan orang-orang dia sendiri!

Kebanyakan yang bermulut biadap seperti ini, mereka ini lemak.. sebab merasa tidak ada siapa hendak ambil tindakan.
Kebebasan bercakap pun agak-agak lah sedikit! jaga sikit akan melibatkan siapa?
Sila pergi jadi rakyat mana-mana negara yang menyenangkan hidup kamu, yang kamu rasa lebih adil, lebih kemanusiaan, yang lebih aman, lebih bersih dari rahsuah, yang lebih bebas buat apa saja.. jangan "Hidup dan Bernafas dan Mati" dikambus disini, jangan menyakitkan hati ramai manusia lain diMalaysia ini.

Bercakap pasal rasuah, siapa yang bagi..? orang yang ada duit lah... sebab itu banyak rumah kos rendah dapat pada mereka, sebab tangan yang kutuk itu jugalah yang memberi...!

Jadi apani..? mintak tolong nak dapat hajat sendiri, bagi duit.. bila dapat barang kutuk dibelakang ini/itu orang tidak bagus...!

Siapa sebenarnya yang tidak bagus...?
Perangai ini sama juga dengan mengutuk atau memperlekekan orang yang berkorban demi kesejahteraan kehidupan dia serta anak cucu dia juga..!

Bila dia kata sandiwara UNMO, bermaksud mati ditangan ahli politik UMNO, bukannya sebenarnya apa yang berlaku di Lahat Datu.


Petikan dari Roketkini.com

http://roketkini.com/2013/02/23/najib-perlu-selesai-segera-isu-pencerobohan-di-lahad-datu/

Kata Kit Siang: “Bolehkah Najib menjelaskan kepada penduduk Lahad Datu, Sabah dan Malaysia bagaimana 150 penceroboh Sulu mampu melepasi kawalan tentera laut, askar dan polis sehingga mereka bertahan di Kg Tanduo di Felda Sabahat 17 sejak 9 Febuari lalu,” ujarnya.

Saya kata:

Dia biadap menyalahkan Perdana Menteri[Najib Razak]

Dia sengaja membodohkan diri sendiri semata-mata mencari peluang politik, dia agak pengikut dia bodoh juga! semua akan anggok kepala membenarkan cakap dia[Kit Siang]. Yang sebenarnya dia[Kit Siang] tahu, budak darjah tiga pun tahu, yang sempadan Negara kita hampir 85% adalah Lautan Luas.

Dan tentulah penganas yang menceroboh ini pun bukannya bodoh, walaupun mingong! [membuat kerja bodoh] mereka tentu juga tidak mendarat serentak...! dan ramai juga pengganas yang memang sudah lama menetap disana [Lahat Datu]!

Dan dia{Kit Siang] membabitkan perhimpunan 'Bersih' dan Anggota Polis Tidak Cekap!
Memperlekekan anggota Polis, Secara tidak langsung dia mengakui perhimpunan 'Bersih' tidak sepatutnya diadakan. Sebab tujuan perhimpunan sama ganas, bezanya hanya "penganas bersih" tidak mempunyai senjata saja.

Pergilah baca.. kebanyakan tulisan bolih mempengaruhi ahli tegar saja.. mereka akan anggok melulu saja tanpa terfikir mereka telah dipermainkan ketua mereka[Kit Siang], Kit Siang pun tidak bercakap secara jujur, walaupun dia tahu, dia menipu pengikutnya sendiri! tetapi beliu sendiri menipu! [putar belit mengalahkan ular]


Jika saya sokong Najib Razak itu pun berbaloi... sebab sememang nya dia itu Perdana Menteri, dan anak bekas Perdana Menteri.
Hendak mintak kerja pun, orang hendak yang berpengalaman kan.. Najib Razak ada pengalaman, tidak usah terpengaruh dengan suara lain, sokong Najib Razak sudah habis cerita! Kita tetap kerja kuli juga! jangan seronok hina bangsa sendiri.!

Memang siapa pun yang naik memerintah, mesti suku-sakat mereka penuhkan poket sendiri juga! tidak usah cakap siapa lah..! apa lagi yang baru memerintah.. masih miskin peribadi..

Jangan bermodal "Bersih Rahsuah" untuk meraih sokongan politik!


sekian..

semoga mereka ["Kerbau yang membawa lumpur"] yang kita tidak perlu ini, segera sedar diri, dimana Bumi yang mereka bernyawa beranak hidup mewah dan akan mati ditimbus disini juga. apakah.. sedikitpun tidak rasa malu pada "Bumi" negara ini..?
wassalam.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




March 04, 2013

Orang Sulu Sudah Terlambat.

Assalamualaikum...

Kecoh betul.. tidak semena-mena manusia islam mati begitu saja.

Kesian pun ada juga dengan Orang sulu ini. Mereka seolah-olah baru terbangun dari tidur, mereka tidak tahu apa yang mereka lakukan.

Pencerobohan mereka di Sabah itu betul-betul cari sakit saja... tidak bolihkah mereka ini menumpukan kepada kebangkitan kekayaan mereka dahulu, sebelum hendak menceroboh dan dengan niat hendak memiliki sebahagian dari Sabah itu.

Dengan kekuatan yang tidak sekuat mana, tidak usahlah bermimpi hendak melawan sebuah Negara yang lebih besar!

Yang lepas itu biarkanlah terlepas, janganlah dikenang lagi! nasi sudah jadi bubur..

Walaupun satu ketika dahulu memang wujud Kesultanan Sulu, tapi itu dahulu.. sekarang jika mereka berminat hendak mendirikan negara sekalipun tidak perlulah.

Ini kerana mereka secara sengaja mrncari penyakit! mereka terpaksa berdepan dengan Kerajaan Filipina, Indonesia dan Melaysia.

Sayanglah nyawa mereka hilang begitu saja tanpa ada keperluan yang pasti.
Sudah ramai juga anggota polis malaysia yang menjadi mangsa, dan ini membuatkan mereka tidak mungkin bolih dimaafkan lagi!

Saya ingin berpesan kepada orang melayu semua, ambillah kejadian ini sebagai satu pengajaran kepada kita semua, supaya jangan pekara begini berlaku kepada generasi bangsa melayu akan datang.

Bermaufakatlah dengan secara bijak untuk orang melayu di Malaysia.. janganlah kita berpecah-belah sesama sendiri! berkemungkinan kamu akan menerima nasib yang sama seperti bangsa Sulu ini.

Jangan Bangsa Melayu disini jadi seperti itu. Bersatulah demi anak cucu bangsa akan datang.

Untuk Bangsa Sulu ini seperti kata..

Asal kapas menjadi benang.
Dari benang dibuat kain
Barang yang sudah terlepas jangan dikenang
Kerana sudah menjadi hak orang lain..!

Al-fatihah kepada semua muslim yang sudah meninggal. Tuhan saja yang mengatahui segalanya.

sekian. wassalam.

Baca Lagi Hal Sulu



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!