Kecoh betul.. tidak semena-mena manusia islam mati begitu saja.
Kesian pun ada juga dengan Orang sulu ini. Mereka seolah-olah baru terbangun dari tidur, mereka tidak tahu apa yang mereka lakukan.
Pencerobohan mereka di Sabah itu betul-betul cari sakit saja... tidak bolihkah mereka ini menumpukan kepada kebangkitan kekayaan mereka dahulu, sebelum hendak menceroboh dan dengan niat hendak memiliki sebahagian dari Sabah itu.
Dengan kekuatan yang tidak sekuat mana, tidak usahlah bermimpi hendak melawan sebuah Negara yang lebih besar!
Yang lepas itu biarkanlah terlepas, janganlah dikenang lagi! nasi sudah jadi bubur..
Walaupun satu ketika dahulu memang wujud Kesultanan Sulu, tapi itu dahulu.. sekarang jika mereka berminat hendak mendirikan negara sekalipun tidak perlulah.
Ini kerana mereka secara sengaja mrncari penyakit! mereka terpaksa berdepan dengan Kerajaan Filipina, Indonesia dan Melaysia.
Sayanglah nyawa mereka hilang begitu saja tanpa ada keperluan yang pasti.
Sudah ramai juga anggota polis malaysia yang menjadi mangsa, dan ini membuatkan mereka tidak mungkin bolih dimaafkan lagi!
Saya ingin berpesan kepada orang melayu semua, ambillah kejadian ini sebagai satu pengajaran kepada kita semua, supaya jangan pekara begini berlaku kepada generasi bangsa melayu akan datang.
Bermaufakatlah dengan secara bijak untuk orang melayu di Malaysia.. janganlah kita berpecah-belah sesama sendiri! berkemungkinan kamu akan menerima nasib yang sama seperti bangsa Sulu ini.
Jangan Bangsa Melayu disini jadi seperti itu. Bersatulah demi anak cucu bangsa akan datang.
Untuk Bangsa Sulu ini seperti kata..
Asal kapas menjadi benang.
Dari benang dibuat kain
Barang yang sudah terlepas jangan dikenang
Kerana sudah menjadi hak orang lain..!
Al-fatihah kepada semua muslim yang sudah meninggal. Tuhan saja yang mengatahui segalanya.
sekian. wassalam.
Baca Lagi Kesah Fidah!
No comments:
Post a Comment