August 27, 2012

Berbakti Buat Siapa Yang Mampu

Assalamualaikum. Selamat Hari Raya semua ya...
ee.. lewat cikit ye..! tak sempat nak pergi cc..
Macam mana beraya tahun ini?
Adakah anda beraya sakan..? yelah ada yang punya baju raya sampai tiga pasang, itu belum masuk baju melayu lagi.
Bertuahlah anda yang mempunyai kemampuan yang begitu ye..

Saya bab pakaian ini, tiada perubahan.. sedih-nya sebab masih guna baju melayu tahun lepas juga. Almaklum lah.. keperluan anak-anak yang perlu saya utamakan! Lagipun pakaian itu masih baik lagi kan..kan..

Ada orang tu kan.. saya perhatikan, masa saya sebuk melayan anak-anak kat pusat membeli belah, diaorang ini sebuk memilih iPhone, Samsung, Nokia dan bermacam jenis 'handpon' yang bukan murah pulak tu..!

Saya ini bukan nak jaga tepi kain orang, cuma gatal je tangan ni nak kondem orang! Tapipun cuba lah kita perhatikan insan lain, yang lebih bahagia jika kita hadiahkan wang itu!
Hendak pula dihari dan bulan yang mulia ini. Bantu jiran kita yang Janda miskin ke, dengan belikan set dapur gas yang harga tidak sampai rm200, atau anak jiran yang memang kita tahu miskin, apa kata jika kita hadiahkan basikal untuk dia kesekolah? Pun lebih kurang rm200.

Betapa gembira-nya mereka...! Ya.. ampun...! kata neng pembantu rumah. Berapa ramaikah jiran yang kita ketahui selama ini miskin, dapat anda gembirakan dan bahagiakan dihari mulia ini dengan rm800 rm1000 rm1800 malahan ada yang lebih hanya untuk sebuah 'handpon'? erm.. jangan marah ye... saya cuma cakap saja.. semua-nya terpulang kepada anda yang empunya diri.

Atau berikan hadiahkan rm itu kepada kedua orang tua kita kat kampung yang lebih memerlukan. Nak beli sebegitu, belilah dibulan-bulan yang lain. Okey.... jangan ambik hati ye.. sekadar cadangan je..

"SELAMAT HARI RAYA' MAAF ZAHIR DAN BATIN"



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




August 08, 2012

Sayang Aku Rindu Kamu

Salam Ramadhan.
Selamat berpuasa semua.
Sudah agak lama saya tidak kemari, bukan apa.. cuma seharian berkerja sampai tak ada apa idea nak diketengahkan.. ewah..
Jadi saya gagahi juga hari ini untuk meneruskan lagi cerita hati saya yang kelmarin terbantut..., harapan saya anda semua segar dan sihat walau pun kita dibulan puasa ini.

Kali ini saya berada di Sungai Rengit, siapa biasa kat sini? Agak jauh juga dari Bandar Kota Tinggi, Johor.

Jambatan dilebuhraya menuju ke Sg. Rengit dari Johor Bahru.


Dataran Sg. Rengit.

Baiklah, jom kita teruskan cerita yang dinanti-nantikan selama ini..!

ermm... okey lah.. jumpa lagi! Jaga diri baik-baik...

Siapa hendak jaga diri anda kalau bukan anda sendiri ye tak..? ha.. ha..


Namun Aku Tidak Pasti

Aku memerhati jam yang sedang berdetik detik mengerakan jarumnya. Suasana malam yang agak hening membuatkan bunyi detiknya makin jelas kedengaran. Hari sudah agak lewat ni.. kenapa Nenek aku masih belum pulang lagi? Jangan jangan kereta Pakcik aku buat hal tak..?

Aku berharap sangat supaya Nenek dan mereka semua selamat pulang kerumah, aku kasihan pada Nenek ku yang dah tua dan selalu uzur tu.. kalau tidak kerana urusan aku disini, mungkin Nenek aku malas nak datang kesini sebab jauh dari rumah Nenek dan keadaan kesihatan Nenek yang tak menentu.

Ani dengan Intan sudah tiada dihadapan aku, mereka telah kedapur entah apa yang mereka sedang lakukan didapur, cuma sesekali mereka bergurau senda disana. Bunyi sudu jatuh kelantai diikuti ketawa kecil mereka. Mungkin mereka sedang menyediakan resepi untuk sarapan pagi besok.

Tinggal aku kesaorangan... Aku jadi sedikit runsing memikirkan hal hal Aku dengan Ani.. apa lagi aku bersaorangan diruang tengah ni..

Aku bangun dan melangkah keruang tamu aku ingin membuka talivision tetapi tidak jadi, sebaliknya aku membuka pintu hadapan dan turun kebawah rumah, aku duduk dikerusi panjang disitu.

Cahaya lampu luar diatas tangga terang menerangi halaman rumah. Aku memerhati sekeliling didalam kegelapan malam yang berbalam dek sedikit sangat sinaran sang bulan, yang terang hanya dihadapan rumah sahaja. Aku duduk bersandar diatas bangku kayu dibawah rumah, takala itu hanya bunyi cenkerek dan sang kodok berselang-seli memecah keheningan malam.

Antara dengar dengan tidak, suara kedua gadis dari atas rumah masih menerjah kependengaran ku. Ada-ada saja gurau senda diantara mereka. Lagak seperti dua sahabat yang baru bertemu melepas rindu. Aku memerhati sekeliling.. cuma samar-samar kelihatan segala benda dibawah rumah ini.

Kemudian aku memandang kearah jalan diseberang, kalau-kalau kelibat lampu kereta Pakcik ku telah kembali, namun tiada tanda-tanda mereka akan muncul ketika ini.

Mungkin mereka singgah kerumah saudara-saudara yang berdekatan jalan agaknya. Aku harap mereka pulang dengan selamat secepat mungkin.

Nyayian sang unggas masih galak bersaing sesama sendiri. Gema sang kodok bersahutan antara yang jauh dan dekat, melahirkan satu irama yang cukup sentimental bagi yang berjiwa mulus dan menghayati alam.

Irama yang benar mengasyikan buat insan lara yang lemas dilautan cinta. Aku menarik nafas panjang, besok aku akan berangkat pulang, apa keputusan yang aku akan beri pada Ibu aku kali ini.

Rasanya tak sampai hati hendak mengecewakan hati kedua orang tuaku. Keduanya sangat berharap yang aku pulang dengan berita gembira serta mengakhiri penantian mereka selama ini.

Aku bagai mendengar suara ibuku mendesak aku supaya datang kesini bersama nenek. Emak menasihat aku supaya datang dan lihat dulu calun yang dicadangkan untuk aku.

"Mak rasa kau tidak sepatutnya membujang lagi..!" kata ibu. "Ala.. mak ni..! relek la.. ada jodoh, kawin la saya nanti.." kata aku melayan ibuku. "Nak relek apa lagi..? kau tu bukannya muda lagi.." tambah ibuku tak puas hati.

Sebenarnya aku pun dah rasa nak tamatkan zaman bujang aku.. tapi sejak semua rencana aku dengan tunangan ku Fidah itu tidak menjadi, telah membuatkan aku kecewa dan tiada punya semangat lagi nak memikirkan masaalah hendak berumahtangga. Cukuplah sekali aku merana kerana dia, dan tidak terlintas langsung nak cari yang lain sebagai peganti.

Biasanya aku sekadar pemerhati riwayat kehidupan insan lain yang terlebih dahulu merasai kepahitan kesah silam mereka, hanya kelucuan bermain difikiran kenapa masih memikirkan orang yang sudah tiada disisi? kenapa tidak dilupakan saja..! bunga bukan-nya sekuntum dan kumbang juga bukan seekor! Malah ada yang lebih teruk, sehingga tidak mengenal lagi kehidupan yang dilalui. Mungkin hanya tuhan saja yang mengatahui penderitaan mereka itu.

Namun ternyata teragedi pahit mereka telah terpalit dan tertusuk keatas diriku sendiri. Hendak dikata apa.? mungkin sudah suratan takdir hidup yang mesti aku lalui.

Memang sangat mengecewakan.. kerana harapan yang aku impikan hancur begitu sahaja. Sejak itu fikiran ku jadi sangat keliru, tidak tahu hendak mentafsirkan apa yang telah berlaku keatas diriku.

Yang kekadang seperti kata orang, sesuatu musibah itu tanda Allah sayangkan nya, dia hendak menduga kesabaran umat Muhammad yang mana lebih kuat keimanan mereka. Dan mungkin juga musibah yang terjadi keatasku ada hikmatnya, yang barangkali aku sendiri yang tidak nampak kebaikan-nya.

Aku sebenarnya tidak ingin mengsangsikan apa yang berlaku semuanya atas kehendak Allah. Sebagai orang yang pernah sedikit sebanyak mempelajari hal yang berkaitan dengan ugama, aku redha.! Namun aku tak pasti samaada aku begitu pasti dengan hal ini.

"Engkau pergi dengan nenek, lihat dulu orangnya lepas tu baru buat keputusan." Desak ibu aku lagi. "Adik-adik kau semua dah berkahwin, Mak takut kami tak sempat pula nak tengok kau bersanding!" Begitulah alasan ibuku dia beria-ia menyuruh aku kemari seolah-olah kali ini, memang menjadilah calun pilihan mereka.

Aku kekadang kasihan juga dengan kedua orang tua aku tu, kerana sebelum ini pun sudah beberapa calun yang aku tolak, dengan memberi berbagai alasan. Ada seorang tu, aku pergi juga berjumpa.. setelah pulang, aku khabarkan kepada orang tuaku, aku bagi tempuh setahun.. kalau tak ada orang ambil, aku ambil..!



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




June 06, 2012

Selamat Tinggal Sayang.

Salam Sayang Buat Kamu. Memang aku sayang dia, tapi apakan daya masa dan keadaan tidak dapat menyatukan hidup kita didunia ini. Mungkin kau akan mengerti jua suatu hari nanti,. Ingatlah, bukan sengaja aku membuat keputusan ini.

Apapun yang bakal terjadi, kau tetap dalam ingatanku untuk selamanya....! Andai kau tahu betapa sakitnya hati ini untuk melepaskan kamu. Jadi jangan menyalahkan diriku.

Menara Jam.



Jabatan Kastam Kelantan.


Bayang Fidah Menjelma

Seketika kemudian Intan bersuara "Bila Abang nak datang lagi kat Merbuk ni.." sambil matanya mengerling kearah Ani. Ku lihat Ani hanya diam dan tunduk memandang kemeja makan sambil tangannya mencarik carikan kertas tisu.

"Abang bila dah balik jangan pulak lupa nak datang sini lagi tau.." tambah Intan lagi seperti mahu mengatahui apa kah yang bakal aku lakukan seterusnya dengan hubungan aku dengan Ani.

"Insyaallah.. kalau tak ada apa apa aral abang akan datang secepat mungkin.." kataku untuk menyedapkan perasaan Ani yang masih lagi membisu. Aku hanya masih keliru dengan ingatanku terhadap Fidah, jadi aku tidak mempunyai apa apa keputusan yang jelas mengenai kehadiran Ani yang dicadangkan oleh keluargaku.

Bahkan ini juga cadangan dan rangcangan Nenek dan semua ahli keluarga kami agar kami bersatu. Tapi apakandaya.. dalam aku menyukai Ani, dan seperti aku mula jatuh cinta dengannya.. bayangan Fidah menjelma serta membuatkan hatiku jadi luntur pada semuanya. Terasa seperti tiada apa lagi rangcangan hidupku untuk seterusnya. Sebab itu aku hanya mengungkap perkataan "Insyaallah" sahaja.

Intan senyum lebar kearah Ani sambil memegang tangan Ani. Mungkin Intan berpuashati dengan jawapan aku itu. Dan dia berharap sesuatu yang terbaik buat rakan karibnya itu. Harapan Intan tentu sama juga seperti harapan Nenekku dan Makcikku juga. Mereka sangat mengharapkan agar aku membuat keputusan yang sama sepertimana keinginan mereka juga.

Aku menarik nafas panjang kerana aku sebenarnya belum pasti samaada aku akan kembali lagi kesini. Buat seketika aku merenung kearah Ani yang ketika itu sedang memerhati Intan mengisi minyak moto dikedai yang tidak jauh dari kami. Menyedari aku merenung kearahnya Ani segera menoleh kearahku seraya bersuara dengan nada perlahan "Pukul berapa abang nak balik besok.." aku terdiam sebentar.

"Tengok pada Neneklah.. mungkin sebelah pagi, sebab kata Nenek kalau lewat sangat, panas pulak.." Kulihat Ani cuma mengangok perlahan.. seperti memikirkan sesuatu. Perhatianku beralih kearah pelanggan warong di meja hujung sana yang ketawa agak kuat sesama mereka.

Bau masakakan mula membuat aku berselera, tapi makanan yang dinanti masih belum sampai lagi. Makcik warong masih sibuk menyediakan tiga pingan mee yang kami pesan. Gelak tawa pelanggan dimeja hujung sana tidak lagi menarik perhatianku.
Aku memerhati sekeliling pekan, dari satu kedai kesatu kedai aku perhatikan. Keadaan tenang saja dipekan itu hanya sesekali deruan lori tanah yang memasuki jalan besar sedikit membingitkan suasana. Entah jalan kampung mana yang mereka sedang betulkan.



Perhentian Bas





Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




June 02, 2012

Bayang Fidah Menjelma.

S eketika kemudian Intan bersuara "Bila Abang nak datang lagi kat Merbuk ni.." sambil matanya mengerling kearah Ani. Ku lihat Ani hanya diam dan tunduk memandang kemeja makan sambil tangannya mencarik-carikan kertas tisu.

"Abang bila dah balik jangan pulak lupa nak datang sini lagi tau.." tambah Intan lagi seperti mahu mengatahui apa kah yang bakal aku lakukan seterusnya dengan hubungan aku dengan Ani.

"Insyaallah.. kalau tak ada apa-apa aral abang akan datang secepat mungkin.." kataku untuk menyedapkan perasaan Ani yang masih lagi membisu.

Aku hanya masih keliru dengan ingatanku terhadap Fidah, jadi aku tidak mempunyai apa-apa keputusan yang jelas mengenai kehadiran Ani yang dicadangkan oleh keluargaku.

Bahkan ini juga cadangan dan rangcangan Nenek dan semua ahli keluarga kami agar kami bersatu. Tapi apakandaya.. dalam aku menyukai Ani, dan seperti aku mula jatuh cinta dengannya.. bayangan Fidah juga menjelma serta membuatkan hatiku jadi luntur pada semuanya.

Terasa seperti tiada apa lagi rangcangan hidupku untuk seterusnya. Sebab itu aku hanya mengungkap perkataan "Insyaallah" sahaja.
Intan senyum lebar kearah Ani sambil memegang tangan Ani. Mungkin Intan berpuashati dengan jawapan aku itu. Dan dia berharap sesuatu yang terbaik buat rakan karibnya itu. Intan bangun dan minta diri untuk kekedai runcit disana, dia begitu cergas menghidupkan moto. Mungkin moto itu masih elok jadi tidak ada masaalah untuk menghidupkanya.

Melihat Intan membawa moto, aku terkenangkan Fidah.., Fidah juga pandai naik moto.. tapi moto Ayah Fidah agak lama, jadi kalau hendak menghidupkanya tidak bolih hanya sekali tendang.. dua atau tiga kali baru bolih hidup.. namun Fidah tidak pernah merunggut, dia tahu mereka orang susah. Aku bila teringatkan Fidah.. mulalah aku jadi sebak.. aku sangat kasihkan dia, aku sangat sayangkan dia!

Aku sentiasa berharap Fidah sekarang ini hidup berbahagia disamping keluarganya, aku harap Fidah dapat tabah menghadapi hidup dengan pilihan orang tuanya. Mungkin pilihan orang tuanya lebih baik daripada aku ini, aku rela dia pergi.. tapi aku tak mungkin dapat melupakan dia.

Kelibat Intan sudah tiada dalam pandangan ku, aku meninjau dimana Intan menghilang, dari jauh aku dapat lihat Intan berada disebuah kedai jahit, mungkin dia membeli barangan jahitan agaknya.

Intan juga sangat baik dengan Ani, dia sangat gembira atas kedatangn aku kesini, kerana sangkanya aku dapat memberi kebahagian hidup baru kepada teman baiknya Ani.

Nampak sangat dia sayangkan Ani keikhlasan Intan untuk melihat Ani gembira terpancar dari riak wajah dan percakapannya. Begitu juga dangan Ani, Ani pun ku lihat sangat sanyangkan Intan, sehingga sanggup mencadangkan rakan baiknya itu kepada aku dahulu, hanya kerana ingin menduga sikap aku.

Aku menolih kearah Ani, sekilas pandang aku lihat Ani pun jauh lamunanya.. entah apa yang bermain difikiranya. Ani.. kasihan kamu Ani.. Sayang aku pada mu masih belum kuat untuk melupakan Fidah!

Aku harap Intan dapat memahami, dan memaafkan aku kerana mungkin selepas ini aku menghampakan harapan dia, harapan ikhlas seorang sahabat baik sejak dari kecil.

Harapan Intan tentu sama juga seperti harapan Nenekku dan Makcikku juga. Mereka sangat mengharapkan agar aku membuat keputusan yang sama sepertimana keinginan mereka juga. Keinginan mereka untuk aku menyunting Ani sebagai teman hidupku.

Aku menarik nafas panjang kerana aku sebenarnya belum pasti samaada aku akan kembali lagi kesini. Buat seketika aku merenung kearah Ani yang ketika itu dia sedang memerhati Intan dikedai yang tidak jauh dari kami.

Menyedari aku merenung kearahnya Ani segera menoleh kearahku seraya bersuara dengan nada perlahan.. "Pukul berapa abang nak balik besok.." aku terdiam sebentar.

"Tengok pada Neneklah.. mungkin sebelah pagi, sebab kata Nenek kalau lewat sangat, panas pulak.." Ketika itu kulihat Ani cuma mengangok perlahan.. seperti memikirkan sesuatu. Perhatianku beralih kearah pelanggan warong di meja hujung sana yang ketawa agak kuat sesama mereka.

Bau masakakan mula membuat aku berselera, tapi makanan yang dinanti masih belum sampai lagi. Makcik warong masih sibuk menyediakan tiga pingan mee yang kami pesan.

Gelak tawa pelanggan dimeja hujung sana tidak lagi menarik perhatianku. Aku memerhati sekeliling pekan, dari satu kedai kesatu kedai aku perhatikan.

Keadaan tenang saja dipekan itu, hanya sesekali deruan lori tanah yang memasuki jalan kecil sedikit membingitkan suasana. Entah jalan kampung mana yang mereka sedang betulkan.

Aduh.. bingung aku dibuatnya.. bagaimana harus aku melalui semua ini. Aku jadi serba salah untuk memberitahu hal yang sebenar apa yang aku fikirkan ini kepada Ani! Apakah aku hanya pergi besok tanpa memberitahu apa-apa? Atau hanya berjanji kosong untuk menjaga hatinya..?










Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


March 06, 2012

Mengikut Perasaan.

Belum sempat Ani menjawab pertanyaan aku, Intan kembali kearah kami dengan diiringgi keluarga Makcik nya. Wajah Intan ceria sekali sambil memperkenalkan mereka kepada kami.
"wah.. sudah sampai mana cerita ni.. " kata Intan bergurau kepada kami.
Ani pura-pura bersahaja cuba melinduggi dirinya yang tadi telah menanggis, namun Intan dapat melihat perubahan mata Ani yang hampir merah itu.

"Apa hal pulak dengan kau ni Ani..? " tanya Intan.
"Kau menanggis ye Ani..?" kata Intan lagi kepada sahabat baiknya.
"Tak adalah... " jawab Ani ringkas. Intan belum berpuas hati dengan jawapan Ani. Lalu dia menoleh kearahku sambil berkata.

"Abang.. apa yang Abang buat sampai Ani menanggis ni..?" aku diam sahaja sambil senyum pada Intan. Intan kembali menoleh kearah Ani, kemudian mula menjeling kearah ku.
"ooo... Ani takut kena tinggal dengan abang kut..!" kata Intan lagi kearah Ani, dan mula tersenyum kepada Ani dan hampir ketawa kecil.
Makcik Intan turut tersenyum melihat gelagat Intan mengusik Ani, lalu meminta diri untuk membawa anak anaknya melihat kawasan Candi dari sudut lain pula.

"Bye.. bye.. adik.. nanti jumpa lagi..." kata Intan kearah anak anak kecil yang sedang mengekuri dibelakang Ibu mereka. Ani senyum dan turut melambai.
"Kau ni.. ada ada sajalah Intan..!" dengan cepat Ani membalas kata kata Intan tadi.
Sambil matanya memandang padaku dengan sekilas pandagan yang menyimpan seribu makna. Mata aku juga secepat dan sekilas itu.., kami bertentang mata.. namun tidak dapat aku membaca makna dari dalam matanya.

Apakah yang tersirat dengan pandangan Ani itu hanya dia sahaja yang tahu ertinya.
Intan masih lagi melayan lambaian anak-anak Makciknya yang masih menoleh kearah kami. Mungkin mereka masih belum puas bermesra dengan Intan, dengan wajah yang cantik molek, lemah lembut serta ramah mesra pandai pulak membuat suasana menjadi ceria. Akan membuatkan kanak kanak malah orang dewasa pun tak jemu bersama Intan.

Yang jelas padaku sekarang, Ani sangat senang dipandang.. cantik manis, bak kata orang sedap dipandang. erm.. memang wanita yang saorang ini sedap dipandang.
"aah.. aku ini terlalu sangat mengikut perasaan.." baru saja bertemu dan berkenalan aku sudah boleh jatuh cinta dengan kamu Ani.

Aku merasakan seperti ada kelainan bila aku berjalan diiringgi oleh kamu. Terasa ringan saja diri ini memijak bumi, terasa kegembiraan menyelinap serta meremang diseluruh anggota badanku ini. Walaupun pada ketika itu Intan turut menemani kami, hanya aku merasai sangat gembira.

Intan tidakku ambil hal sangat, tetapi Intan seolah olah memahami keadaan kami berdua, Intan sangat merestui perhubunggan kami.. dia selalu saja membuat sesuatu yang boleh menceriakan suasana, tak habis habis dia mengusik Ani. Ada kalanya aku sendiri turut ketawa hingga tidak tertahan.

Ahkirnya kami menjamu selera disatu warung dipekan semasa dalam perjalanan pulang. Suasana pekan itu tidaklah sesibuk mana maklumlah hanya pekan dipersimpangan saja. Adalah lima enam kedai yang berniaga, aku dapati ada beberapa kedai yang seperti sudah lama tidak berniaga. Dalam selingan antara kedai itulah warung yang kami sedang memesan air dan mee goreng.

Usia Makcik warung yang lewat empat puluhan tidak menghalang dia begitu cergas melayan kami serta beberapa pelanggan lagi disitu. Sangat ramah dengan pelanggannya, aku perasan yang dia yang menggambil pesanan dan dia juga yang menyediakan pesanan. Wah hebat sungguh Makcik ini, berhempas pulas membantu kehidupan keluarganya.

Hatiku jadi kasihan bila Ani memberitahu kepadaku yang Makcik itu sebenarnya seorang Janda, suami Makcik itu meninggal semasa berkerja sebagai pengawal keselamatan di Kuala Lumpur. Mungkin ajal Pakcik itu dikedai emas yang sanggat jauh dari tempat kelahirannya.

"Nak buat macam mana... " kata ku pada Ani.
"Ajal maut, jodoh pertemuan, hanya Tuhan saja yang tahu..." pandai pulak Ani menambah.
"Walaupun tuhan yang menentukan tapi kita harus berusaha mengelak yang buruk dan mencari yang baik..!" sampuk pulak suara Intan.
"Jangan kita hanya berserah pada tuhan semata mata, sebelum berusaha mencari yang terbaik dalam hidup kita kan..." tambah Intan lagi sambil memandang tegak kehadapan. Ani memandang kearah kawan baiknya itu dengan pandangan yang sedikit keliru.
Seketika kami bertiga diam sahaja sambil menanti makanan yang kami pesan. Masing-masing diam melayan perasaan.


edited09/11/20





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!