April 15, 2011

Jangan Kita Pilih Kasih Semasa Memandu.

Assalamualaikum...
Salam kasih sayang selalu.. hehe..
Betul anda tak salah baca .. memang salam sayang buat anda!
Bloger dan Blogis semua.. adaka blogis ni ha..? buat tak tau sudah la..
err..alkesah jangan perangsangka yang bukan bukan ye.. sayang menyayang ni memang digalakan kepada sesama kita umat Islam dan juga kepada umat manusia keseluruhan nya..

Jangan kita pilih kasih atau pilih bulu jika nak berkasih sayang sesama insan kat dunia ini.. sebabnya jika kita tak ada sikit punya kasih pada manusia lain.. akibatnya sangat buruk dan mengharukan.

Seperti semua anda tahu.. kat akhbar hari ini ada memaparkan tentang berita kemalangan yang sangat menyedihkan!
Lima anak gadis terlibat dalam kemalangan tersebut.. haru.. cubalah anda bayangkan bagaimanlah hancur luluh hati Ibu Bapa mereka semua?

Pada pendapat saya andailah.. andailah... pemandu yang dihadapan tersebut (prmandu kereta yang sedang dipotong) ada mempunyai sedikit kasih sayang.. nercaya kemalangan tersebut tidak akan tragis dan parah seperti yang telah berlaku, yang telah mengorbankan tiga orang anak gadis!
Manakala yang cerdera patah tidak tahu, setakat mana lagi kekuatan hidup yang mereka ada..

Memang ajal maut ditangan tuhan.. tetapi inilah yang saya kata, kita mesti ada sikap menyayagi sesama insan yang bergelar manusia..
Jika kita langsung tidak peduli keselamatan atau nyawa orang lain semasa memandu, ertinya kita ini tidak mempunyai perasaan, hanya yang bukan manusia saja tidak ada hati dan perasaan, kalau manusia memang ada perasaan!

Ok.. kepada sesiapa yang memandu.. tentu faham apa yang saya cuba maksudkan.. kan.. takkan lah kita memandu macam tunggul buruk..! kaku macam tok pekong cina yang kat bawah pokok tu..! tidak ada hati tidak bernyawa!

Cuba lah pikir.. tak bolihkah bagi ruang sikit pada kenderaan yang memotong kita.. ataupun bagi muka lah sikit.. pada yang memotong tu.. tak rugi apa-apa pun pada anda.. sedangkan kita tahu dengan jelas ada pemandu lain dalam bahaya..!

Mereka memotong digarisan kembar itu salah mereka dan kebodohan mereka, tergamakah anda menghukum mati mereka hanya kerana mereka salah sebab bodoh?

Ada sedikit kasih sayang pada mereka, iaitu mereka yang sedang memotong anda! tidak bolihkah memberi ruang supaya keadaan tidak menjadi begitu parah dan maut.?
Menyesal kemudian tidak ada gunanya lagi.. anda merintih dalam hidup sampai kemati, kerana anda lah penyebab utama kemalangan itu berlaku dan telah membunuh tiga orang remaja yang baru nak mengenal erti kehidupan!
Kesalahan anda kerana menjadi punca kematian mereka tetap akan menghantui hidup anda selamanya, kerana anda manusia yang punya hati dan perasaan.
Sebab itulah pentingnya kasih sayang sesama umat islam, sesama insan manusia, sesama rakyat malaysia. Supaya kecelakaan dapat dielakan daripada menjadi lebih menyayat hati, supaya kemalangan tidak meragut nyawa!

Sikap sombong anda tidak bolih menjatuhkan jongkong emas kedalam bonet kereta anda kan?
Salahkah mereka, jelekkah mereka yang memotong kita.., buat apa nak menjadi manusia kejam sebabkan pekara itu.. apakah itu cara nak mengajar mereka? anda belum tahu siapa yang sedang memotong kenderaan anda!
Mungkin saudara mara anda, sahabat anda, bah kan mungkin anak anda sendiri, anda tidak akan berfikir banyak sebab anda tidak ada kasih sayang sesama insan, pentingnya kasih sayang dan tidak bolih pilih kasih. Mereka sama seperti kita, ada anak, ada ibu bapa, ada suami, ada isteri.!

Peristiwa sama pernah terjadi kepada saya sendiri, dan saya telah terlanggar penunggang basikal, nasib baik hanya cedera ringan, itu pun saya sedaya upaya mengelak. dan jika ada lori dihadapan.. saya tak dapatlah menulis atau berbelog lagi kat sini.!

Sebabnya saya terus diasak tanpa memberi peluang mengelak.. malah pemandu tersebut makin melajukan kenderaanya, tanpa ada sedikit belas kasihan atau memberi ruang walau sedikit!
Mungkin dalam hati manusia tersebut telah bersarang dengan berbagai jenis jin dan hantu jembalang dan beranak pinak kat situ.. sebabtu dia jadi bongkak sesangat.. jika saya ada sikit saja ruang, tentu saya dapat mengelak kemalangan, tentu penunggang basikal dihadapan, tentu tidak mendapat sakit..!!









Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


April 14, 2011

Jangan Salahkan Orang Lain, Atas Kecuian Anda!

Assalamualaikum...

Salam hormat semua.. erm.. hari ni tak banyak yang saya nak kata.. cuma saya harap pada sesiapa yang memandu kereta ke lori ke bas ke... ambik lah perhatian sedikit dengan pengguna lain.. terutama penunggang motosikal... hendaknya jangan le terlalu dekat sangat motosikal kat depan tu..
bukan apa.. kesian dengan anak anak dia orang kat rumah tu.. dok tunggu Abah dengan Emak balik dari pasar ke.. kerja ke..
Tetiba saja anda lanyak mereka kat jalan... aduss..

Kenderaan empat roda memang le tak de masaalah kalu hemtam moto.. kekadang moto ni ditunggang tepi sebelah kiri.. dan dengan cermat.. tetapi mereka akan menukar arah dengan tetiba sebab mengelak lubang atau benda kat tepi jalan... selalunya mereka akan kearah kanan jalan iaitu kearah tengah jalan..
Kendraan empat roda jangan selalu menyalahkan mereka kenapa mengelak ketengah.! sebabnya tepi sebelah kiri.. biasanya lebih rendah dari tar.. so secara semulajadi mereka akan menggelak ketengah..
Dan ketika itu anda mengekuri terlalu rapat sehingga anda tidak sempat mengelak.. DUM..! kasihan... mati katak kat tengah jalan..! pemandu kereta yang bunuh mereka itu sebenarnya... sebab kalau anda semak semula buku undang undang jalan raya, anda akan tahu jarak selamat dengan kenderaan dihadapan.. tul tak..?


Cuba lah bertimbang rasa sesama manusia apabila memandu..! Ingat lah satu ungkapan ini baik baik..! iaitu.. Jika Anda Tidak Menghargai Nyawa Orang Lain! Nercaya Nyawa Anda Juga Tidak Berharga!
Betulkan..kan..? percaya tak.. kenapa kereta yang kukuh dan kuat dari jenama popular pun bolih remuk redam.. dan pemandu nya kojol.. sebabnya,.. berkemungkinan besar dia tidak menghargai nyawa orang atau apa saja makluk bernyawa! Kita digalakkan menghargai nyawa, walau pun nyawa binatang liar sebagainya..
Sebab mereka semua juga dimiliki olih yang tersayang! sebagaimana anda menyayangi kaum keluarga anda juga.
Haru...aih..



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




April 13, 2011

Lawak Pengantin Baru.

Assalamualaikum...
I wish..aaa Harapan saya sedara saudari semua senantiasa sihat sejahtera hendaknya..
Tak lupa pada Pak cik Mak cik yang ada kesempatan, ataupun dok curi curi main laptop anak.. pastu dok pi baca blog semua ini... Pak cik Mak cik jangan dok leka sangat dengan laptop anak tu.. karang meletup karang.. haa.. sapa susah.. Mak cik Pak cik juga susah kan.. kan..?

Apa lagi ha..? ok pada adik-adik yang masih belajar tu.. kurangkan sikit activity berblogging ni semua ye.. bolih berblog tak da masaalah.. cuma dikurangkan sikit.. macam minum air kurang gula gitu.. bab nanti kalu lebih gula senang dapat sakit kencing manis.. lepas tu berkudis, langsung koo lu in..na..
Sama juga sama juga dengan ini semua.. pelajaran di utamakan.. wakaka.. ceramah orang macam le dia tu ok sangat.. akeh..keh..

Ha... ini ada satu lawak yang tersangat la lawaknya... sampai saya ni dok tersenyum senyum sorang sorang! Cuba lah hangpa pikiag tenggok.. mana dia ni dapat idea ni pun tak tau la.. haru..! saya balik dari Medan Selera Buluh Kubu sambil bawak tapau bolih sengih-sengih sendiri.. nasib baik malam, kalu siang hari.. eee... sah orang kata mingong!


Projek Tambak Benteng Sungai Kota Bahru

Nak tau ceritanya.. ha.. macam ni..
----------

Lawak pengantin baru!
Tau tak beza kereta baru dengan pengantin baru????
tau??? tak tau???
ish takkan tak tau..
Saja buat-buat tak tau je kan? kan? kan?
eleh sajala nak eksyen lebih kan?? geleng-geleng kepala pulak..
Pada hal tau dah kan jawapan dia???
Kalau korang beli kereta baru, bila korang nampak lubang korang elak tak??
Mesti la elak kan??? nak jaga kereta baru punya pasal kan???
Tapi pengantin baru lain pulak..
Diorang tak elak tapi.....JENG ...JENG ..JENG... ngeeee~~~
ooppssss hehe~~
----------
Lawak..lawak..! bab yang buat lawak ni pompuan...
Kalau nak baca lebih lanjut lagi tekan sini! atau pun read more aa.. ceh.. ceh..




Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




April 12, 2011

Dijemput Hadir Beramai-Ramai

Assalamualaikum...
Semoga anda semua cihat cihat saja ye.. semalam saya cuba masuk.. tapi internet pulak buat hal.. penat penat naip tak bolih save la pulak..!
Aduh.. memula tu ada lagi dia punya line.. lepas tu tak perati lagi.. bila nak publish saja, eh.. kut tak bolih, tekan lagi.. pun tak bolih juga.. sekali pi jenguk kat bawah.. alamak tak de line...
geram juga tau.. tah apa kena dengan server atau pun laptop congkak saya ni.. adeh..
Last boring naik bedenkur lagi bagus kan..kan..!

Malam ini pun rupa nya tak bolih juga tau.. pi buat macam macam tak dapat line juga..! last last pi buat system restore.! keh..keh.. sekali siap bolih pulak.. tak tahulah kenapa, mungkin ada virus yang kejam ni.. erm..

Ok..hari ni saya nak bagi peromosi percuma! saja nak tolong panjang panjangkan maklumat yang istimewa ni.. khas untuk bakal bakal pengantin..!
Sesiapa yang nak kawin dan nak cari cari bunga ke, baju hantaran.. eh mak..! baju hantaran pulak! barangan hantaran ke, gubahan bunga ke, lampu picit ke... ermm.. lampu picit.!? atau apa apa saja tentang hari perkahwinan anda nanti sila datang jenguk kut kut ada yang sesuai dengan bajet... sila datang dan pilih mana yang sesuai di...

KARNIVAL PENGANTI PENGANTIN 2011
pada: 13/14&15 April.. eh.. bermula besuk le ni..!
Bertempat di: RUANG LEGAR, ARAS BAWAH, KB MALL.
dan dapatkan promosi promosi hebat sempena karnival ini..
anda di jemput hadir beramai ramai.. budak kecik tak yah datang.. nak datang juga duduk dalam keta je.. wakaka..

Bukan apa.. teringat saya bila nak kawin dulu.. erm.. olih kerana saya nikah jauh.. makanya semua urusan, saya urus sendiri dan dibantu rakan rakan yang hebat..!

Dari sedia baju melayu dan sebagainya, Berbanyak terima kasih kepada rakan teristimewa..
iaitu Manan Bin Selamat serta isterinya Maznah Binti Lip dan kedua dua belah keluarga mereka yang teramat baik dengan saya ini..

ermm.. semoga hidup anda diberkati Allah, amin.. sebenarnya ramai lagi yang turut membantu saya pada masa itu.. yang lain jangan kecik hati ye.. nanti saya senaraikan lain kali.. akeh..keh..

Ok.. semua kamu.. jasa mu ku kenang!

wassalam.


sunting17/11/20





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



April 11, 2011

Celoteh malam senin.!

Assalamualaikum...
Apa khabar hari ni..? semoga anda semua berada dalam keadaan yang sihat dan menyenangkan lah ye..
bak kata orang dulu dulu.. kalau tak sihat makan lah ubat..! jangan salah makan ubat dah le..


Tadi pagi (pagi tadi ka semalam ey.. haru..!) saya baca surat khabar.. cerita kat muka depan metro tu.. bolih tahan juga kes nya.. ada ka patut Mak mentua pi curi suami anak dia..he.he... tapi tak kesah le.. kan cuma emak tiri je.. apa salah nye.. walaubagaimana pun si isteri tidak bolihlah salahkan emak mentua dia bulat bulat... bak kata orang tua tua, tepuk sebelah tangan takkan berbunyi.. so awas lah kaum hawa... isteri lebih muda pun depa dok pi cari yang tua jugak.. aduiii..! berkemungkinan besar ada kealpaan dalam menjaga sang suami.. akeh..keh.. jadi pandai pandai lah jaga suami masing masing ye.. yang anak dara belum kawin tu pi masuk kelas belajar jadi isteri... bukan setakat tahu masak, mekup.. banyak lagi menda menda lain yang harus anda tahu.. mana bolih nak ikat suami pakai tali kan.. kan..? Tambat monyet bolih lepakai tali.. ini orang.. haru...

Dalam pada itu banyak juga yang isteri lari ikut jantan lain.. itu hal lain lah.. kes sekarang tentang suami anda..! bukan nak bandingkan kes jantina mana paling banyak curang atau seleweng... cuma nak pastikan suami anda tetap yang itu sampai kemati.. itu bagi yang nak kekal cam tu.. so pandai pandailah jaga suami... bukan pulak nak ikut semua cakap dia.. atau jadi hamba dia.. sampai kena sepak terajang, bengkak lebam pun diam juga..! tak mati tak, kalau kena cerai pun.. asal hak anda sebagai isteri dijaga.. buat aduan kat mana mana pun kalau suami sudah gila ba**... jangan dok rela sepak terajang kat tonggeng tu.. he..he.. adu kat polis ke.. mahkamah syariah ke.. kat bombapun bolih.. sat lagi depa bawak air pi pancut laki hangpa tu..

Akhir kata anda suami atau isteri harus bijak.. BIJAK... tentu selesai segala masaalah.. senang cakap.. bak kata hikayat, jangan lari kalau jumpa harimau.. tapi lari kalau ada semut... pikir pikirkan lah.