April 15, 2011

Jangan Kita Pilih Kasih Semasa Memandu.

Assalamualaikum...
Salam kasih sayang selalu.. hehe..
Betul anda tak salah baca .. memang salam sayang buat anda!
Bloger dan Blogis semua.. adaka blogis ni ha..? buat tak tau sudah la..
err..alkesah jangan perangsangka yang bukan bukan ye.. sayang menyayang ni memang digalakan kepada sesama kita umat Islam dan juga kepada umat manusia keseluruhan nya..

Jangan kita pilih kasih atau pilih bulu jika nak berkasih sayang sesama insan kat dunia ini.. sebabnya jika kita tak ada sikit punya kasih pada manusia lain.. akibatnya sangat buruk dan mengharukan.

Seperti semua anda tahu.. kat akhbar hari ini ada memaparkan tentang berita kemalangan yang sangat menyedihkan!
Lima anak gadis terlibat dalam kemalangan tersebut.. haru.. cubalah anda bayangkan bagaimanlah hancur luluh hati Ibu Bapa mereka semua?

Pada pendapat saya andailah.. andailah... pemandu yang dihadapan tersebut (prmandu kereta yang sedang dipotong) ada mempunyai sedikit kasih sayang.. nercaya kemalangan tersebut tidak akan tragis dan parah seperti yang telah berlaku, yang telah mengorbankan tiga orang anak gadis!
Manakala yang cerdera patah tidak tahu, setakat mana lagi kekuatan hidup yang mereka ada..

Memang ajal maut ditangan tuhan.. tetapi inilah yang saya kata, kita mesti ada sikap menyayagi sesama insan yang bergelar manusia..
Jika kita langsung tidak peduli keselamatan atau nyawa orang lain semasa memandu, ertinya kita ini tidak mempunyai perasaan, hanya yang bukan manusia saja tidak ada hati dan perasaan, kalau manusia memang ada perasaan!

Ok.. kepada sesiapa yang memandu.. tentu faham apa yang saya cuba maksudkan.. kan.. takkan lah kita memandu macam tunggul buruk..! kaku macam tok pekong cina yang kat bawah pokok tu..! tidak ada hati tidak bernyawa!

Cuba lah pikir.. tak bolihkah bagi ruang sikit pada kenderaan yang memotong kita.. ataupun bagi muka lah sikit.. pada yang memotong tu.. tak rugi apa-apa pun pada anda.. sedangkan kita tahu dengan jelas ada pemandu lain dalam bahaya..!

Mereka memotong digarisan kembar itu salah mereka dan kebodohan mereka, tergamakah anda menghukum mati mereka hanya kerana mereka salah sebab bodoh?

Ada sedikit kasih sayang pada mereka, iaitu mereka yang sedang memotong anda! tidak bolihkah memberi ruang supaya keadaan tidak menjadi begitu parah dan maut.?
Menyesal kemudian tidak ada gunanya lagi.. anda merintih dalam hidup sampai kemati, kerana anda lah penyebab utama kemalangan itu berlaku dan telah membunuh tiga orang remaja yang baru nak mengenal erti kehidupan!
Kesalahan anda kerana menjadi punca kematian mereka tetap akan menghantui hidup anda selamanya, kerana anda manusia yang punya hati dan perasaan.
Sebab itulah pentingnya kasih sayang sesama umat islam, sesama insan manusia, sesama rakyat malaysia. Supaya kecelakaan dapat dielakan daripada menjadi lebih menyayat hati, supaya kemalangan tidak meragut nyawa!

Sikap sombong anda tidak bolih menjatuhkan jongkong emas kedalam bonet kereta anda kan?
Salahkah mereka, jelekkah mereka yang memotong kita.., buat apa nak menjadi manusia kejam sebabkan pekara itu.. apakah itu cara nak mengajar mereka? anda belum tahu siapa yang sedang memotong kenderaan anda!
Mungkin saudara mara anda, sahabat anda, bah kan mungkin anak anda sendiri, anda tidak akan berfikir banyak sebab anda tidak ada kasih sayang sesama insan, pentingnya kasih sayang dan tidak bolih pilih kasih. Mereka sama seperti kita, ada anak, ada ibu bapa, ada suami, ada isteri.!

Peristiwa sama pernah terjadi kepada saya sendiri, dan saya telah terlanggar penunggang basikal, nasib baik hanya cedera ringan, itu pun saya sedaya upaya mengelak. dan jika ada lori dihadapan.. saya tak dapatlah menulis atau berbelog lagi kat sini.!

Sebabnya saya terus diasak tanpa memberi peluang mengelak.. malah pemandu tersebut makin melajukan kenderaanya, tanpa ada sedikit belas kasihan atau memberi ruang walau sedikit!
Mungkin dalam hati manusia tersebut telah bersarang dengan berbagai jenis jin dan hantu jembalang dan beranak pinak kat situ.. sebabtu dia jadi bongkak sesangat.. jika saya ada sikit saja ruang, tentu saya dapat mengelak kemalangan, tentu penunggang basikal dihadapan, tentu tidak mendapat sakit..!!









Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


No comments: