Wooo.. wooo... harap maaf, ini bukan iklan menipu....ini hanya saranan keras nih.. so.. anda boleh datang cuba sendiri dahulu, bukan kena beli apa-apa pun! Tidak ada paksaan, cuma elok kalu buat percubaan dahulu..! kalu tak sesuai, boleh delete saja!
July 23, 2010
Dapatkan duit USD secara berdikit-dikit sekarang.
Wooo.. wooo... harap maaf, ini bukan iklan menipu....ini hanya saranan keras nih.. so.. anda boleh datang cuba sendiri dahulu, bukan kena beli apa-apa pun! Tidak ada paksaan, cuma elok kalu buat percubaan dahulu..! kalu tak sesuai, boleh delete saja!
Patut kah kita ada halaman blog ni?
Salam sejahtera semua.
Hari ini saya dok pikir satu hal, setelah melawat kesatu laman blog yang dikira popular sangat tu..
Tuan blog tu tanya apa nikmatnya ada laman blog? saya jadi pegun sejenak.. memikirkan apa sangat lah nikmat mempunyai laman blog ni.. betul ke berblog ni ada nikmat?
Setahu saya, setakat dua bulan kebelakangan ini.. iaitu setelah mula berbelog tidoq saya pun dah selalu lewat tu..
pas tu kepala pun makin berpusing ligat memerah otak nak buat yang terbaik untuk blog ni...
Maklumlah... dah lama pi tinggal buat kerja penulisan ni... tetiba saja nak guna otak yang hampir tumpul ni nak berkarya semula.... perh... punya lah susah! Ini semua pasal kesah hidup seoarang blogger kat dalam sebuah Akhbar tak lama dulu... saya tertarik dengan kesah hidup dia sebagai blogger!
Sebagai orang baru berblog, munkin banyak kelemahan dalam blog ini, banyak pertanyaan berlegar kat kepala ni... cantik ke blog ni, berat kah pelawat nak masuk dan berbagai persoalan lagi..
dan apakah rasional nya saya meneruskan blog xaturen ni ha..?
Baca Lagi Kesah Fidah!
July 22, 2010
Ditipu Rakan Internet
Kastam dedah 25 mangsa rugi beratus ribu diperdaya sindiket
Berhati-hati apabila membuat kenalan menerusi internet kerana satu sindiket antarabangsa dikesan menggunakan taktik itu untuk menipu mangsanya supaya memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun bank kononnya sebagai bayaran cukai atau denda ke atas bungkusan yang dihantar menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.
Sejak Jun lalu, Kastam Diraja Malaysia (KDRM) KLIA merekodkan lebih 25 kes penipuan membabitkan kenalan internet sindiket itu, sebahagian besarnya wanita Melayu dan Cina. Pengarah KDRM KLIA, Datuk Azizah Idris, berkata kes itu termasuk membabitkan seorang wanita tempatan yang ditipu sindiket itu sejumlah RM300,000, bulan lalu.
Beliau berkata, wanita itu dihubungi seorang lelaki mendakwa kenalan internetnya dari United Kingdom yang meminta mangsa memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun sebuah bank tempatan untuk membolehkannya mengambil bungkusan yang dikatakan mengandungi wang tunai RM2.5 juta dan komputer riba yang ditahan KDRM KLIA.
"Wanita terbabit hanya mengetahui ditipu selepas menghubungi KDRM KLIA apabila diminta sindiket berkenaan memasukkan RM15,000 lagi ke dalam akaun itu," katanya kepada Berita Harian.
Azizah berkata, siasatan awal mendapati sindiket terbabit menggunakan jaringan internet, seperti Facebook untuk berkenalan sebelum memperdayakan mangsa selepas beberapa bulan berkomunikasi.
Beliau berkata, sindiket terbabit yang dipercayai turut dianggotai rakyat Malaysia, dikatakan mencari mangsa sehingga ke Thailand, Singapura dan Australia berdasarkan aduan yang diterima KDRM KLIA.Katanya, semua kes itu diserahkan kepada polis kerana KDRM tidak mempunyai kuasa untuk menyiasatnya.
Beliau berkata, ada juga mangsa ditipu kononnya kenalan internet mereka ditahan pegawai KDRM kerana gagal menjelaskan cukai barang atau membawa masuk wang tunai melebihi had dan tidak mengisytiharkannya dalam Borang Kastam 22 (pengisytiharan wang tunai).Azizah berkata, KDRM tidak pernah meminta wang apabila menahan sesiapa atau merampas barang.
Terima kasih! Jumpa lagi
Baca Lagi Kesah Fidah!
Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik⬆ scroll keatas ⬆
Kembara Bersama Royal Enfield Classic
Fakhirah Khairuddin
Takdir Tragedi Elmina
Kapal Terbang Kecil Terhempas! 10 Dikhuatiri Tekorban.
Keras Tangan Orang Kampung
Bercuti Di Royal Belum Gerik
Scammer Mencari Mangsa Melalui Akaun Telegram
Kembara Mencari Janda
Khasiat Ulam Pucuk Ubi Kayu Yang Diamalkan Orang Dulu Dulu Ramai Dari Kita Tidak Tahu
YAYASAN PATRIOT NEGARA PATRIOT 1437 I Love You Forever
Malaysia Akan Menjadi Seperti Singapura, dengan mempunyai PM bukan Melayu - Kata Tun Mahathir
Jangan Pernah Menyakitkan Hati Orang
Bercinta Dengan Awang Hitam
RICH MAN BUYS A HOMELESS GIRLS
Janda Janda GRO
McLaren Artura
Batam, Demontrasi Aman Bertukar Ganas
Komtar Banjir Kilat 4 SEP 2023
Pantau Keadaan Ternakan Kerang
Hat Yai - Jom Kita Pantau Sikit
Penoreh Getah Dipatuk Ular Tedung Selar
Kemalangan Jalan Raya Tiga Maut Berapa Lagi Cedera
July 21, 2010
Wanita cantik sempurna pada usia 31 tahun.
serta salam sejahtera, untuk anda yang sudi kemari!
Hari ni kita terjah London geng dengan mat saleh pi buat kaji selidik sikit pasal wanita, kita nak pi pereksa tengok bila masa diaorang betul-betul masak dan jadi cantik..!
Kebanyakan orang lelaki selalu sebut anak dara baru cantik, maksud anak dara di sini dalam lingkungan umur 17 ke 20 tahun serta belum nikah, belum kahwin dan belum seangkatan dengan nya lah...
Walhal anggapan kita itu selama ini salah belaka.. nampak nya kita tidak sama pendapat dengan pakar penyelidik kat sana!
Pakar penyelidik kecantikan berpendapat wanita berusia akhir 20-an dan awal 30-an berada di garis puncak kesempurnaan dan lebih menawan berbanding gadis berusia 18 atau 19 tahun.
Hasil tinjauan pendapat 2,000 lelaki dan wanita, baru-baru ini mendapati kecantikan seseorang itu ditafsir berdasarkan kepada personaliti dan penampilannya.
Saintis juga pernah berkata kecantikan itu sebenarnya bergantung kepada mata yang melihat.
Lebih ramai berpendapat wanita mencapai kecantikan sempurna pada usia 31 tahun.
70 peratus responden mentafsirkan seseorang itu cantik apabila dia berkeyakinan, 67 peratus pula mengatakan kecantikan itu mempunyai wajah yang menawan sementara 47 peratus mentafsir kecantikan dengan tampil bergaya.
Pada saya bagus sekali jika wanita yang mempunyai tiga huruf c,
pakeg tiga c .. cerdik, cergas, cekal.
betul ke ni..?
July 20, 2010
Penantian 7 tahun berbaloi
Kalu kurang ceria tu.. buat-buat ceria lah, kerana ia akan melindungi
diri kita dari kelihatan masam.. saja! so.. orang lain akan mempamerkan keceriaan juga. begitulah tindak balas semula jadi manusia,.. dengan sendirinya kita akan ceria untuk seharian ini.
Penantian 7 tahun berbaloi!
JITRA: Penantian sepasang suami isteri dari Kampung Sungai Batu, Bayan Lepas, Pulau Pinang, selama tujuh tahun untuk menimang cahaya mata menjadi kenyataan apabila dikurniakan bayi perempuan kembar empat di Hospital Pulau Pinang (HPP), Mei lalu.
Tuuu diaaa..! sekali keluaq empat tu..! mana nak pi cari..
Memang berbaloi pun hidup kalau dapat Anugrah yang Hebat macam ini..!
Ingat woo.. orang lain hendak dapat satu pun susah, terkial-kial pagi petang siang malam, cari bomoh burubat sana sini, sampai ada terjumpa dan terkena bomoh musang berjangut pun ada!
Khas Buat
Mohd Rizal dan Norhayu
Putri Nur Adlina, Putri Nur Adriana, Putri Nur Afina dan Putri Nur Aina.
“Kami bersyukur semua kembar sihat dan tidak menang tangan melayan kerenah mereka,” katanya.Mohd Rizal, juruteknik di sebuah kilang plastik di Pulau Pinang berkata, keempat-empat anak kembar seiras itu diberi nama Putri Nur Adlina seberat 1.2 kilogram (kg), Putri Nur Adriana (900 gram), Putri Nur Afina (1kg) dan Putri Nur Aina (1.1kg).
“Penantian kami selama tujuh tahun untuk mendapat zuriat berbaloi apabila dikurniakan empat anak kembar perempuan yang comel,” katanya yang mahu menambah lagi zuriat pada masa depan.
Saya ni bukan apa.. cuma tumpang gembira la.. sebab diaorang ni pun tinggal tak jauh dari eria Kampung Nenek saya ni.. Jitra.. ramai sedare den kat sana tu... apa habaq orang kampung.?
Dengan ini saya dengan sukacitanya ingin mengucapkan Tahniah dan Berbahagia selalu. Semoga kebahagian kalian akan berkekalan selamanya 'amin'..