Showing posts with label sukacitanya. Show all posts
Showing posts with label sukacitanya. Show all posts

July 20, 2010

Penantian 7 tahun berbaloi

Salam Isnin Yang Ceria!
Kalu kurang ceria tu.. buat-buat ceria lah, kerana ia akan melindungi
diri kita dari kelihatan masam.. saja! so.. orang lain akan mempamerkan keceriaan juga. begitulah tindak balas semula jadi manusia,.. dengan sendirinya kita akan ceria untuk seharian ini.

Penantian 7 tahun berbaloi!
JITRA: Penantian sepasang suami isteri dari Kampung Sungai Batu, Bayan Lepas, Pulau Pinang, selama tujuh tahun untuk menimang cahaya mata menjadi kenyataan apabila dikurniakan bayi perempuan kembar empat di Hospital Pulau Pinang (HPP), Mei lalu.

Tuuu diaaa..! sekali keluaq empat tu..! mana nak pi cari..
Memang berbaloi pun hidup kalau dapat Anugrah yang Hebat macam ini..!
Ingat woo.. orang lain hendak dapat satu pun susah, terkial-kial pagi petang siang malam, cari bomoh burubat sana sini, sampai ada terjumpa dan terkena bomoh musang berjangut pun ada!

TAHNIAH DAN BERBAHAGIA SELALU
Khas Buat
Mohd Rizal dan Norhayu
serta putri-putri mereka
Putri Nur Adlina,  Putri Nur Adriana,  Putri Nur Afina  dan  Putri Nur Aina.

“Kami bersyukur semua kembar sihat dan tidak menang tangan melayan kerenah mereka,” katanya.Mohd Rizal, juruteknik di sebuah kilang plastik di Pulau Pinang berkata, keempat-empat anak kembar seiras itu diberi nama Putri Nur Adlina seberat 1.2 kilogram (kg), Putri Nur Adriana (900 gram), Putri Nur Afina (1kg) dan Putri Nur Aina (1.1kg).
“Penantian kami selama tujuh tahun untuk mendapat zuriat berbaloi apabila dikurniakan empat anak kembar perempuan yang comel,” katanya yang mahu menambah lagi zuriat pada masa depan.

Saya ni bukan apa.. cuma tumpang gembira la.. sebab diaorang ni pun tinggal tak jauh dari eria Kampung Nenek saya ni.. Jitra.. ramai sedare den kat sana tu... apa habaq orang kampung.?
Dengan ini saya dengan sukacitanya ingin mengucapkan Tahniah dan Berbahagia selalu. Semoga kebahagian kalian akan berkekalan selamanya 'amin'..