May 28, 2010

MENGEJUTKAN

Salam.

Selamat malam.. aduhai.. ini ada satu cerita menarik dan sedikit mengejutkan.. kerana saya dapat sms dari geng kat luar sini yang ceramah kat saya kenapa saya bolih guna nickname 'papashy', pada member kita tu adalah tak sesuai samasekali..
so.. macam mana? maka terpaksalah saya membatalkan menggunakan nickname papashy.. sedih pun ada gak.. terperanjat pun ada gak.. daripada penerangan dia yang panjang lebar menyokong pendapat dia tu.
Jadi dengan ini saya tidak menggunakan lagi 'papashy',
Bila saya tanya sebagai ganti, dia cakap tak tahu! ko cari sendiri lah.. aku cuma bagitahu pendapat aku saja, pasal nickname tu.. kami berbalas-balas sms.. macam orang bercinta pulak, kejap-kejap tiit.. tiit.. tiit..
Sampaikan my house wife jeling semacam je.. bro..
Tentu dia terkucir perasaan nya tu.. Aku mohon maaflah kat blog aku ni.. pasal dah nak tukar pulak nickname ni..
Logo tu biar dulu bab lum dapat ganti lagi.
ermmm... ada juga orang nak jaga tepi kain aku eey..!
Terimakasih lah zpHD.. atas nasihat ko tu..
see you.. tq.

PAPASHY

Salam..
olih kerana ni hari cuti.. saya ada banyak masa dok tenet ni.. rehat kejap ja no.. pukul dua sambung lagi...
Saya pi merantau web yang dapat dicapai, tu dia... bloger..
you all lebih advance la..
Saya dok pi 'follow' tak kira sapa no.. nak bagi jadi kawan la..
Tapi sayang sedikit.. ada yang tak mahu 'follow' me back! yala.. saya pun tak berapa paham la pulak 'follow' tu pungsi dia apa? tapi dok ingat-ingat balik diaorang tak follow back sebab saya punya cerita kat blog ni merapu kot.. he...
Tak mengapa lah bloger semua.. maaf lah kalau aku salah faham no..
konon dikenali weh... saya naik syok lak dok pi baca blog you all semua tu.. hebat-hebat weh... pagi tadi saya kata nak tukar nickname iaitu 'papashy' dah kira jadi lah pakai pakai nickname itu 'papashy' saya pi la cari logo untuk papashy..
Search punya search ada la du tiga keping gambar... ini dia papashy upload kat you all.. cuba teka mana satu yang sesuai? Tapi dalam you all tenung-tenung tu bab nak pilih mana yang sesuai ngan 'papashy'... jangan pulok dok pi tenung tang lain lak... keh.. keh..
dah dapat pic nak buat logo ni, nak guna lah secara resmi sampai satu waktu yang disuatu masa yang di tentukan kelak! apamacam setuju? pic ni papashy dapat kat 'google search' dalam bebanyak cuma lima ni saja di senarai pendek. fuh.. ape.? oo..yang satu tu cuma nak wat gimik je.. tapi kat search yang sama ge..
so.. papashy hope you all takde komen ey.. kalu ada.. ge! feel free to coment ok.
see on top!

PENYELESAIAN

Assalamualaikum.

Hai.. apa khabar kekawan semua? Ada apa-apa perubahan yang memeningkan kepala hari ini? Harap-harap tak ada lah ye.. Kalau ada pun cool! je lah ye.. cuba cari jalan penyelesaian nya,..ok. bak kata perpatah, bumi mana yang tidak kena hujan.. mesti tak lari daripada poblem.. jangan kata kita-kita yang biasa ni.. orang yang dah senanag lenang dari segi material, wang ringgit melimpah ruah.. pun yak lepas dari problem! Seperti yang kita lihat kat VIP Negeri Pantai Timur tu. Harta, pangkat dah sedia ada.. masaalah lain pulak yang timbul.. Jadi ambillah kejadian yang seperti itu' dan di bandingkan dengan kita sendiri punya masaalah kan.. dengan itu ianya bolih mengurangkan kita punya stress betul tak? Macam saya ni.. banyak saya punya masaalah.. tapi disebab kan saya ada you all semua.. kuranglah, malah hampir menjadi ubat penawar yang mengurangkan stress saya. Tima kasih you all semua yang sudi mendegar nya.
emm.. lainje mukadhimah pagi ni! bukan pe sejak berjinak berbelog ni dapat saya luahkan isi hati saya yang terpendam ini, hampir dah nak jadi 'perkasam'. You all tahu apa itu pekasam? Ikan jeruk, yang baunya mak datok.. tetapi sodap dimakan.. itupun kalu kena cara masak nya. kalu tdak tak 'dap' ge! masak-masak ni kena tanya mamymerah, mamyputih ke.. saya memang 'zero' kalau bab masak memasak he.. he.. kalau main masukan kedalam kuali tu aebolih la.. masak juga, tapi tak ikut dia punya procedures lah kan..
Saya lelaki tulin.. tak tahu masak.. kalau nak tested orang punya masak no 1.. comment sedap taksedap nilah orangnya.. akan tetapi i always compromise with my wife.. cos', i have lots of variety delicious restaurant out there! just pilih jela.. isteri pun penat juga nak melayan seisi rumah kan..
oh ya...saya ingat nak guna nikname baru lah.. sebab nama lama tu saya dari nama url saya je..yela.. orang baru blog.. keh.. keh..
Apa kata saya nak guna nickname 'papashy' gelemer tak nickname tu? basically.. ermm.. ada tak sesiapa nak adjust atau nak cadangkan nickname kat saya? i'm vary menghargainya
jadi feel free to drop the komen, eyy.. malu la..
Ok, saya nak rehat jap.. ..aapenat la..nak g kedai.
see u..

May 27, 2010

SELAMAT PAGI MALAYSIA

Assalamualaikum.

Pagi ini terpikir nak edit sikit halaman saya ni..
Adala.. sikit-sikit yang dibetulkan..
You all nak tahu gambar boy tu.. itu lah Anakda i, gambar terbaru.. siap tarikh lagitu.. emm.. Nickname dia wira.. sebab saya mahu dia jadi Wira! Wira dalam segala hal yang positive.. Abang! kau belajarlah rajin-rajin ye.. nanti besar bolih tolong dady. Kalau Abang tak tolong, siapa lagi nak tengok2kan dady besuk kan.. betul tak sayang.. (biasa nya saya kat rumah dipanggil Bapak! Pak... oo.Pak. duit Sekolah mana?)
Ok lah.. saya ada keje sikit.. ada worker call pulak, potong setim tul..
bye jumpa lagi nanti eey.
ermm.. kalau tersalah ejaan tu.. maaf lah ye. saya ni rabun keladi!
.??

May 26, 2010

My Boy

Assalamualaikum.

Hari berganti hari, Bulan berganti Tahun, rupa-rupanya tarikh yang ditentukan sudah pun akan tiba tak berapa lama lagi! 12 haribulan 6 tahun 2010, Kakak nak buat keje kahwin Anak Perempuan nya, fuh.. dah lama gak aku tak berjumpa diaorang ni.. maklum la sejak tinggal berjauhan ni..
Nak balik jauh.. kalau cuti nak seminggu.. paling tidak pun empat hari.. dah tu keje, tahu saja lah.. Bos nak kaya cepat.. Aku juga tak terlayan.. sampai gaduh.. emm..
Ok.. Biar lah nanti aku buat keputusan nya.. Ini aku nak cerita cikit yang kelakar gak ni.. Tapi sakit pada empunya cerita..
Pagi tadi, seperti bisa, transport anak aku pergi sekolah la.. ye la... Bapak misali.
Sesudah bersalam my boy go to kelas dia la. Aku masih lagi seperti bisa menaikan semula cermin tingkap belakang tu, ye la... Bapak misali... Anak masuk duduk sampai jalan, lain semua aku buat.
Kotengok.. tak baik lagi aku ni? masa aku dok pusing cermin tingkap kereta tu aku terdengar... shereett.. gedeguup.. peerrr..
..automatic aku tertoleh kearah bunyi tersebut.. mak datuk tebongkang aku cakap.. moto dah langgar budak sekolah, kedua-dua berselerak kat tepi jalan tu..
Tapi bukan jalan besar.. Jalan Kampung, sebuk la waktu pagi.. jaraknya kurang lebih satu tiang dari tempat aku parking ni.
Aku memanjang kan leherlah tenggok.. orang dah mula serbu.. Aku melangkah juga nak tenggok teruk sangat ka? Orang makin ramai kat penunggang moto, Budak sekolah tu lalu saje.. depan aku, moto langgar Adik ke? aku tanya. aaa.. kata nya sambil mengesat kiri kanan lengan bajunya, dia jalan terus masuk kesekolah.
Adik tak ada apa-apa ka? tak kan lah.. bunyi macam tu kuat kau tak ada apa-apa dik?
Orang masih mengerumuni penunggang moto, dia yang masih belum bangun lagi..terbaring tepi jalan.. aku nampak macam sakit betul.. dia tu...
Aku nampak ada yang ketawa..
Ada yang tanya mana budak yang kena langgar tadi? dah tak ada kat situ..

emm... kelekar tak? ish.. ish.. tak kelakar?
entah lah.. keh.. keh.. sekian.
Terima kasih.








Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆