جزاكم الله خيراالجزاء
"Penduduk Raub PANIK! Siapa Dalang Pencerobohan Ini?"
Pehak Berkuasa Tebang Pokok Musang King Ditanah Kerajaan Yang Diceroboh. Jangan Bagi Muka Penceroboh Tanah Kerajaan.
Isu Penebangan 200 Pokok Durian Haram di Raub, Pahang
Tidak patut sama sekali menanam durian Musang King di tanah kerajaan yang diceroboh kerana ia melanggar undang-undang dan boleh mendatangkan risiko serius seperti kerugian dimasa hadapan.
Baru-baru ini, pihak berkuasa (Pejabat Tanah & Galian Pahang) menebang 200 pokok durian (termasuk Musang King) yang ditanam secara haram di tanah kerajaan di Raub. Tindakan ini mencetuskan reaksi bercampur, terutama dari penanam yang mendakwa mereka "tidak diberi amaran" sebelum pokok ditebang.
Isu penebangan pokok durian haram di Raub, Pahang menjadi lebih rumit dengan penglibatan DAP Raub, yang dilihat oleh sesetengah pihak sebagai cubaan "mencari publisiti" atau "politikkan isu".
Mungkin selama ini berlaku salah laku dalam pentakbiran Negeri Pahang sehingga beribu ekar hutan dapat diteroka secara haram. Adalah tidak manasabah ladang haram bolih beroperasi lebih dari 40 tahun tanpa disedari pehak berwajib.
AP Raub Menghalang Pejawat Awam Menjalankan Tugas, Mesti Diambil Tindakan Tegas.Risiko isu pertanian dijadikan alat politik murahan olih AP Raub ini.
Walau pun hanya 200 pokok ditebang kerana ditanam ditanah haram, sebenarnya masih ada beribu ekar dan beribu pokok lagi musang king ditanam disana. Harap kerajaan segera membenteras pengusaha haram dan menghikum pegawai yang terlibat bersekongkol dengan pengusaha haram ini.
Realiti Semasa Pencerobohan Durian Musang King Skala Besar & Terancang
Penceroboh bukan lagi pekebun tradisional, tetapi syarikat atau individu berpengaruh dengan:
Modal berjuta-juta ringgit (untuk benih, baja, pengurusan tanah).
Kawasan beratus-ratus ekar (ada kes mencecah 500-1,000 ekar).
Penggunaan jentera dan jurutera pertanian serta teknologi moden.
Modus Operandi mereka adalah.
Menggaji mengupah orang tempatan sebagai 'straw man' (atas nama petani kecil).
Menebang hutan simpan/ladang getah lama untuk ditanam durian.
Realiti Semasa Pencerobohan Durian Musang King Skala Besar & Terancang
Mereka
Dengan sengaja menambah atau melebarkan kawasan tanah yang mereka dapat secara sah atau berpermit, kepada kawasan yang lebih luas tanpa melalui jalan yang sah.
Atau dengan sengaja tidak mahu menamatkan tempoh permit atau kelulusan yang sedia ada. Tetap meneruskan permit walauoun sudah tamat. Misalnya permit untuk kegunaan 30 atau 40 tahun. Malah meneruskan penanaman semula bagi pokok-pokok yang sudah mati.
Rasuah atau jaringan politik untuk elak tindakan undang-undang.
Kesan Buruk
Kerugian kerajaan: Tanah rizab hilang, pendapatan cukai bocor.
Kerosakan alam sekitar: Penebangan haram, hakisan tanah, pencemaran air.
Bacaan Al'quran Al'karim 30 Juz Lengkap

Terima kasih! Jumpa lagi
Baca Lagi Kesah Fidah!


Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik
⬆ scroll keatas ⬆
Kembara Bersama Royal Enfield Classic

Fakhirah Khairuddin

Takdir Tragedi Elmina

Kapal Terbang Kecil Terhempas! 10 Dikhuatiri Tekorban.

Keras Tangan Orang Kampung

Bercuti Di Royal Belum Gerik

Scammer Mencari Mangsa Melalui Akaun Telegram

Kembara Mencari Janda

Khasiat Ulam Pucuk Ubi Kayu Yang Diamalkan Orang Dulu Dulu Ramai Dari Kita Tidak Tahu

YAYASAN PATRIOT NEGARA PATRIOT 1437 I Love You Forever

Malaysia Akan Menjadi Seperti Singapura, dengan mempunyai PM bukan Melayu - Kata Tun Mahathir

Jangan Pernah Menyakitkan Hati Orang

Bercinta Dengan Awang Hitam

RICH MAN BUYS A HOMELESS GIRLS

Janda Janda GRO

McLaren Artura

Batam, Demontrasi Aman Bertukar Ganas

Komtar Banjir Kilat 4 SEP 2023

Pantau Keadaan Ternakan Kerang

Hat Yai - Jom Kita Pantau Sikit

Penoreh Getah Dipatuk Ular Tedung Selar

Kemalangan Jalan Raya Tiga Maut Berapa Lagi Cedera

2 ulasan:
Tengok asasnya dulu....tanam tu legal ke tak....kalau mulanya memang tak legal....salah ke pihak berkuasa menebang pokok tersebut?. Kes macam ni ada juga berlaku di Cameron Highland. Petani tanam kat tanah yang diteroka secara haram / tanah bukan hak milik mereka.
Jika kita lihat cerita tersebar sekarang, memang tanah itu diceroboh, masaalahnya bukan baru tapi sudah berpuluh tahun. Bagaimana hal seperti ini bolih berlaku?
Catat Ulasan