June 21, 2013

Janda Yang Setia Menanti Bekas Suami.

Assalamualaikum... salam ceria selalu.

Haa... kali ada cerita sedih!

Kesah Janda Yang Setia Menanti

ini adalah kesah benar! Ianya mungkin juga berlaku didalam kalangan dikalangan orang sekeliling kita atau didalam kejiranan kita.

Bagaimana hendak dimulakan cerita

yang diceritakan kepada kawan saya dan saya berada disebelahnya? dan saya cuba mengigati kembali perbualan mereka dan memaparkan disini, semoga anda faham dengan penulisan saya ini.. ha. ha. ha...

Sebenarnya kawan saya ini

lebih berumur dari saya, kami pun sudah lama kenal.. satu kampung... dia saorang duda, dan dalam rencangan untuk mengenali bakal isterinya, yang akan diperkenalkan olih janda yang jadi cerita ini. Saya temankan duda, dan Makcik janda itu dengan wanita yang hendak disatukan dengan duda kawan saya, kami berempatlah..

Ok, nama Makcik ini Salbiah,

orangnya pun sudah berumur.. sudah pencen pun, dulu dia bekerja sebagai saorang Guru atau Pendidik dibanyak tempat dan akhirnya dia bertemu jodoh dengan seorang Pendidik juga.

Pada awal perkahwinan dia

dengan suaminya keadaan masih lagi aman dan tenteram. Namun setelah mereka dikurniakan dua orang cahayamata perubahan didalam kerukunan rumah tangga mereka telah melanda.

Bagaimana perubahan bolih berlaku?

Makcik itu bersuara dengan perlahan dengan menyalahkan diri dia sendiri juga, dahulu semasa masih lagi muda dan bertenaga dia kurang memahami erti kesunyian, sekarang dia sudah pencen serta kedua anak-anaknya sudah berkeluarga sendiri. Dia kesaorangan meniti hari yang tersisa!

Ketika inilah dia merasakan

sangat sunyi kehidupannya, masa bersama suami dikala itu dia kurang memberi perhatian kepada suaminya, dia juga sering mengarahkan bekas suaminya membuat itu dan ini. Walhal suaminya dahulu tidak berapa suka cara yang dilakukan olih isterinya, namun suami dia itu hanya bersabar.

Walau bagaimanapun sampai bila kah seorang suami yang mempunyai banyak ruang bergaul dengan ramai wanita itu, bolih bersabar?

Tidak lama selepas berpisah

suaminya kawin lain, juga dengan seorang Guru, dan mereka telah berpindah ke-utara tanah air dan menetap disana. Pulang ke kampung suami.

Sebenarnya Makcik Salbiah

masih sayang dan sangat sayangkan bekas suaminya sejak dari dahulu sampai sekarang, buktinya dia masih menjanda sampai saat ini! dan dia sejak dari mula berpisah sentiasa berdoa kepada Allah supaya suaminya 'sejuk hati' dan kembali kepadanya semula.

Dia juga berasa sangat menyesal

kerana menurutkan rasa hatinya ketika itu, iaitu tidak sekali-kali berusaha bersemuka kembali dengan bekas suaminya dan bermohon kemaafan dan supaya mereka dapat hidup bersama kembali. Katanya dia tidak kesah ditinggalkan suami, kerana dia bolih hidup tanpa lelaki iaitu dia bolih berdikari kerana dia mempunyai pekerjaan tetap sebagai Pendidik serta mampu menyara kehidupan sendiri.

Dik kerana tumpuan kepada pekerjaan

serta keluarga, masa bergerak pantas tanpa disedari! alih-alih sedar sekarang usia semakin lanjut, dan dia benar-benar kesunyian dan sangat merindukan bekas suaminya. Memang katanya dia tidak pernah membenci Suaminya, malah masih sayang sejak dulu lagi.. mungkin kerana ego-nya berlebihan dia tidak berusaha untuk memujuk suaminya satu ketika dahulu.

Kiranya sekarang dia

mempunyai segala keperluan, rumah, kereta serta sedikit tanah kebun dan beberapa buah rumah sewa, namun itu semua tidak memberi apa-apa erti kerana dia merindukan bekas suaminya.

Dalam usia yang begini

dia tidak terniat untuk kawin lain melainkan jika bekas suami sudi kembali kepadanya dan dia sangat bersyukur dan itulah harapannya sehingga akhir nanti.

Sedihlah saya mendengar cerita dia, terasa ingin mencari bekas suaminya untuk ditemukan mereka berdua walau cuma sebentar.

Saya terfikir apakah masih ada lagi bekas suaminya diutara sana? atau bagaimana?

Sekian, wassalam.








Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


No comments: