April 21, 2011

Antara Dua Gadis Ku.

Aku memandang disekeliling ruang antara dapur dan ruang tamu, sebenarnya aku berada diruang tengah, ruang tamu rumah bolih dinaiki melalui tangga bahagian hadapan, ruang tengah juga ada tangga sendiri.. dibahagian dapur sebelah belakang juga ada tangga juga.. rumah makcik aku tu agak besar juga.. maklum lah orang bendang, harta pusaka suami isteri ada bahagian..anak pulak cuma dua orang saja..

Mata ku terpandang gambar gambar keluarga yang digangtung pada dinding ruang tenggah.. Ibu, Ayah, budak comel serta bayi yang masih dipangkuan ibu.. "erm... budak comel tu sekarang ini tenggah sibuk kat dapur sana tu.." kata hati ku sendirian.. ada juga gambar yang aku tak kenali, mungkin saudara mara sebelah pak cik ku.. dan sekeping gambar orang tua hitam putih.. gambar tu cukup aku kenal.. itu lah gambar Atok aku.

Sedang aku asyik memerhati.. terdengar suara nenek ku "sudah la tu.. pergi mandi sana..kejaplagi nak makan..!" aku mencapai kain dan tuala yang telah Ani sediakan awal tadi.. dan terus turun dari rumah untuk mandi, bilik mandi dan bilik air diluar rumah berdekatan sepohon mempelam..

Selesai mandi aku naik semula, bahagian belakang situ ada banyak pokok pokok sayuran yang ditanam.. termasuk juga cili dan pokok seperti keladi, tapi keladi tu tidak gatal seperti jenis keladi lain, kat rumah aku pun ada keladi sperti itu, siapalah yang rajin menanam semua ni.. Mak dia ke atau anak dara dia.. kalau anak dara dia yang tanam.. memanglah betuah siapa dapat! sebab suami jadi sihat kerana makan sayuran yang ditanam sendiri, sebab kita tanam tak banyak guna bahan kimia.. tidak sperti yang dibeli kat pasar..

Ketika kaki melangkah menaiki tangga ruang tengah aku terserempak dengan Ani yang sedang menghidangkan makanan bersama sama makcik dan nenek, wajahnya sedikit berpeluh, kepanasan kat dapur agaknya.. tapi Ani sempat membalas senyuman ku, aku lah yang senyum dahulu.. kan mesti bersopan kat rumah orang.. tak kan nak masam je.. ye tak? Balasan senyumannya sangat memukau dalam jiwa ini.. Aku sudah mula jadi takut sendiri, takut aku menampakan sanggat suka ku padanya. Atau senyuman sidia juga sekadar untuk seorang tetamu saja.. kiranya kemesraan yang ada hanya untuk tetamu.. mana nak letak aku punya hati..? Terus terang, aku sebenarnya sangat pemilih, susah untuk aku menyukai sesaorang gadis.. ada saja yang tak kena..,

Seperti kata ibu aku.. "hang ni.. yang orang pilih, hang tak mau.. yang orang tak mau hang endak..!"
dan aku teringat juga kata kata Pak Mail jiran kat kampung aku.."perempuan semua sama saja.. pokok pamgkal nya kita yang jadi suami yang mesti kena betul betul membela dan memjaganya"

Aku tidak berapa faham apa maksud Pak Mail yang kata perempuan sama saja.. sama tang mana tak tau la.. mungkin dia orang tua.. dia lebih tahu dari aku ni.. "hang tok sah lah dok ingat la kat depa lagi.." tambah Pak Mail ketika kami berbual selepas berehat ketika kami sama sama gotong royong membetulkan jambatan dikampung ku.

Pak Mail memang tahu yang aku telah putus pertunangan dengan Faridah anak Pak cik Aziz jiran sekampung aku juga. Faridah gadis yang telah menambat hati dan membuka niat pertama untuk mengakhiri zaman bujang ku. oh.. Faridah.. sehingga kini aku masih sayang pada mu..! kau yang ku panggil fidah, sungguh syahdu nama mu!

Aku tidak tahu dimana silapnya hingga kita terpisah.. Ani yang kukenali sekarang tidak seperti kamu, kamu agak pendiam dan pemalu.. wajahmu sentisa masam sebelum aku menjadi kekasihmu.. keadaan pendiam dan masam itulah yang membuat aku ingin memiliki kamu.

Agak payah juga untuk mencairkan hati kamu, sebenarnya bukan kebetulan bila kita sering terserampak dimana mana didalam kampung, aku yang selalu membuat rancangan begitu.. sehinggalah kau rapat dengan aku seterusnya.. kau menjadi kekasih hatiku. Dari situ.. Fidah, kau sebenarnya mempunyai hati yang cekal dan tabah penuh kasih sayang.. tidak juga seperti Ani.. kau Fidah membanting tulang menolong ibu dan ayahmu dikebun mencari rezeki seharian.

Itulah kesah dirimu yang kukenal, kau juga agak kuat beragama seperti kedua orang tua mu.
Kita berkasih tidak diketahui ramai orang.. hanya adikmu, rakanmu perempuanmu juga rakanku, rakan lelakiku juga rakanmu, setahu aku mereka ini saja yang tahu rahsia cinta kita.
Sehinggalah aku berdagang diperantauan hanya surat penghubung hubungan kita.. semua suratku beralamatkan adik lelakimu.

Bukan juga seperti Ani... Ani sangat mesra.. ceria.. aku tak perlu usaha seperti kamu Fidah.. dalam sehari aku jatuh cinta pada Ani, inilah yang merisaukan aku. Apakah Ani juga berperasaan seperti aku? Mungkinkah Ani bijak dari aku.. hanya sekadar tidak mahu mengguris perasaan tetamu, tetamu yang telah lebih dahulu diberituhu kedatangannya untuk merisik kamu!

Ani.. tak sabar rasanya ku mengatahui apa yang ada didalam hati mu.!
Fidah begitu setia padaku.. setia pada kedua orang tuanya.. walau kita dipisahkan kau masih mengenang jasa orangtua mu, tidak mahu menjadi sitenggang! dan kau juga tidak mahu menjadi mahsuri!
Kau katakan padaku.. bahawa hanya aku lah satu satunya tunangan mu.. dan pertunangan ini tidak akan putus walau apapun terjadi.. payah aku hendak menerimanya!
Baru sekarang aku memahami.. didunia kita terpisah diakhirat juga kau nantikan aku...



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




5 comments:

jaya jr said...

hehe..cerpen nih..bagus2

Anonymous said...

jom kita keroyok dia.....
terok kawan aku ni....
1. ani ni sepupu la ngn ko?.... macam mana dah besar baru kenal?
2.dah kenalkan anak2 ko ngan dia?
3. tgk pada cerita ko ingatkan dia lg ek? ingt sebagai apa tu?

♥xaturen♥ said...

@jaya jr
thanks

erm...anonymous
u ok ke hari ni? bila nak upload ko main keybord tu..?
Ko tak call Zahid ke?

1 tinggal berjauhan.
2 semakin jauh dgn pontian ni.!
3 ingat..? dapat peluk sekali pun jadi lah.. hehehe........
just for fun!

dyea irdina said...

ani oh ani....dlm deman akak merangkak mai sini..

♥xaturen♥ said...

@dyea irdina
u r welcome akak!