May 20, 2010

Kecut perut

Assalamualaikum,
Dan apa khabar? Semoga anda semua sihat-sihat semua nya disamping keluarga serta rakan-rakan tersayang..
..macam menulis surat pulak ye.. Biasalah kan, kita mesti mengharapkan yang terbaik untuk rakan-rakan bloger semuakan.. Jika anda berkeadaan baik dan gembira saya pun turut gembira juga, nanti leh la datang singah cini lagi..
Sebenar nya..
Saya tiap hari masuk edit kat blog ni.. cuma tak buat post je.. bukan ape.. enternet slow.. dah tu kat rest ni selalu pulak blackout, tambah-tambah la menyirap.. tengah-tengah tekun.. Blap.!.. senyap sunyi..
Kalau anda perasan.. saya tengah dok edit java script.. fuh.. dua tiga kali save.. tah apa-apa jadi nya.. tapi tak mengapa aku cuba edit sampai dapat..
Ok lah macam selalu aku nak cerita sikit pasal tempat keja aku.
eh.. awak ni sekejap saya, sekejap aku ni..apahal..!
Aku dengan saya tu kan sama saja kan..
emm.. macam ni, selalu kalau kita lihat orang bawak bot yang injen nya pakai sangkut je tu.. kita lihat macam senang je kan.. sebenar nya tak la sesenang yang kita lihat tu, ni ha orang nya yang dah cuba, dah la nampak air laut dalam.. terpusing-pusing terasa macam nak terbalik bot tu.. bebudak India (India mari) kat atas pantoon dah jerit kat aku.. tarik sana bang, sini mari bang, last last gedeguum.. aku langgar bot lain yang lebih besar.
hoi... kata Apek yang bawak bot tu.. nasib la apek tu kira geng aku juga, kalau tidak..
Alamak.. buat malu dengan bebudak tu je.. kecut perut aku.. tapi aku control... buat macam tak ada ape-ape.. tapi dalam hati macam nak lompat naik kat tebing saja, takut bot terbalik.. kalau terbalik punah aku.. dah la jeket keselamatan tak pakai. kalu lemas.. cam mana? tak berbelog la jawab nya.
Aku perasan bebudak tu ketawa kat aku.. aku buat tak tahu je..
Sampai kat tebing, fuh lega.. aku tak bohong ni, mengigil jugak badan aku, betul.. aku bukak cerita lain lah dengan bebudak tu.. hampeh betul.. Tak apa dua tiga hari aku bawak lagi.. siap aku speedy lagi, tengok la nanti.. aku nak merempit dengan bot tu.. bot tu belum kenal siapa aku ni..
emm.. tak ingat pulak nak take picture bot tu.. ewah. kalau aku ambil gambar aku tunjukan betapa besar bot yang aku cerita ni kat anda semua.
Tunggu ye.. oh ye itu hari saya cakap nak upload gambar Air Terjun kan.. maaf la.. hari tu hujan.. kami mandi dalam hujan.! sejuk habis atas bawah!
Oh ya sesiapa yang nak gambar, logo atau icon tertera pada gambar yang berpusing kat blog saya ni.. kirim lah gambar anda kat saya nanti saya masukan.
Begitu juga dalam 'Halaman Pilihan' yang follow akan masuk kat situ. Hantar je suka-suka..
wokey lah... Saya sudahi dengan ucapan semoga berbahagia dengan keluarga tercinta,
salah silap harap maaf.
Wassalam.
...??

No comments: