January 20, 2024

Hutan Pinggir Kampung - (dua)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء


Bersambung dari yang semalam, setelah mencari dipelbagai kawasan didalam hutan dan kebun sawit penduduk kampung masih juga tidak bertemu dengan sarang ayam hutan bertelur.

Ada kalanya memang terdengar jelas ibu ayam hutan berketok, iaitu ibu ayam akan berbunyi setelah bertelur namun setelah kami pergi kekawasan tersebut ibu ayam telah berhenti berbunyi, kami mencari cari dikawasan yang kami kira ibu ayam tadi bertelur namun tidak juga kami temui sarangnya.

Sungguh pandai pulak ibu ayam tersebut membuat sarangnya hingga susah untuk ditemui, kami berpusing pusing mencari dikawasan yang sama masih juga tidak dijumpai.

Olih kerana hari sudah tinggi sanggat kami pun mengambil keputusan untuk pulang saja dan akan menyambung mencari lagi dilain hari, kami bercadang untuk mendengar sekali lagi ibu ayam berbunyi dan akan memastikan kami benar-benar mendapat lokasi yang tepat dimana sarangnya.

Semoga dilain kali kami berhasil menemui sarangnya.

Mungkin ada yang hendak tahu kenapa kami mencari telur ayam hutan kan? sebenarnya kami akan netaskan dengan ibu ayam kampung dan akan pelihara hingga matang dan akan dikacukan atau dikawinkan dengan baka ayam hutan kacuk yang sedia ada, ini akan membuatkan ayam yang bakal tiba nanti lebih jinak dari yang asli hutan.

Generasi kedua nanti sangat diminati olih penggemar atau peminat ayam pikat terutama generasi kedua yang jantan. Peminat atau mereka yang hobi memikat ayam rela berbelanja besar untuk saekor ayam pikat yang cantik.









Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


January 19, 2024

Hutan Pinggir Kampung - (satu)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء


Kemarin kita ada pergi meredah semak belukar dan kawasan sawit dipinggir hutan kampung, tujuan meredah hanyalah untuk mencari sarang ayam hutan bertelur.

Cuaca dua tiga hari ini memang panas, sudah seminggu tidak turun hujan, jadinya memamg panas olih kerana banyak pokok-pokok jadi tidak terasa sangat panasnya.


Kami hanya mencuba nasib ambil kesempatan musim ayam hutan bertelur, jika nasib baik kami akan jumpa sarangnya, namun sudah dua kali berpeluh apa pun tak dapat, bunyi ayam hutan memang ada, tapi susah nk jumpa sarangnya.
Akhirnya kami masuk kedalam hutan pinggir kampung tapi masih tidak jumpa apa yang kami cari..









Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆