January 12, 2024

Doa Bulan Rejab

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء




اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ

Allahumma baarik lana fii rajabi wasya’ban wa ballighna ramadhan.


Ya Allah.. Berkatkanlah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.




Malam pertama bulan Rejab jangan biar terlepas. Malam ini. Jumaat malam Sabtu.


Baginda ingatkan kita ada 5 malam doa kita tidak ditolak oleh Allah.


Malam pertama bulan Rejab. Usah terlalu meminta dunia, tapi minta yang nilainya mahal disisi Allah, minta yang kekal selamanya, yang abadi.

Bukan yang sementara.


Bismillah,


📝. Minta mudahkan sakaratul maut.

📝. Minta dijemput Allah dalam keadaan Iman.

📝. Minta peluang pulang dalam keadaan Husnol Khotimah.

📝. Minta ketika dimandikan, kita dimandikan dengan kasih sayang Allah.

📝. Minta Ketika di alam kubur kita mendapat Rahmat.

📝. Minta dimudahkan untuk menjawab pertanyaan malaikat Munkar & Nakir.

📝. Minta kita terhindar dari siksa kubur.

📝. Minta dikurniakan kubur kita menjadi kebun daripada kebun Syurga Allah.

📝. Minta Allah perkenankan kita menerima buku amal catatan dengan tangan kanan

📝. Minta kepada Allah s.w.t Ketika melintasi sirat kita mendapat kemuliaan tidak terjatuh ke dalam Neraka.

📝. Minta kita dikurniakan peluang nanti berdampingan dengan Baginda Nabi Muhammad s.a.w.

📝. Minta supaya kita tidak dipisahkan dengan keluarga kita sebagaimana kita dikumpulkan di dunia, sebumbung dengan keluarga kita di dalam syurga.


Untuk dunia, minta yang terbaik dari Allah dan selamatkan kita dunia akhirat. Doa Saidina Ali pun boleh, tadah tangan dan minta.


Hidupkan malam pertama bulan Rejab sebagaimana Saidina Ali, sekurang-kurangnya paling minima Maghrib, Isyak dan Subuh bersama sama dengan jemaah lain.


Insyaa Allah, nahh.




Doa Saidina Ali


اَللَّهُمَّ إِنْ كَانَ أَجَلِيْ قَدْ حَضَرَ فَأَرِحْنِيْ، وَإِنْ كَانَ مُتَأَخِّرًا فَارْفَعْهُ عَنِّيْ، وَإِنْ كَانَ بَلَاءً فَصَبِّرْنِيْ


Allohumma in kaana ajalii qod hadhoro fa-arikh nii, wa in kaana mutaakhkhiron farfa’hu ‘annii, wa in kaana balaa-an fa shobbirnii.


Ya Allah, jika ajalku telah dekat maka istirahatkanlah aku. Jika ajalku masih jauh, sembuhkanlah sakit ini dariku. Dan jika ini musibah, berikanlah aku kesabaran.











Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


January 11, 2024

Majlis Tahlil Orang Kampung Ulu Tawar / malam ketujuh.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء


Majlis Tahlil Orang Kampung Ulu Tawar Kuala Ketil, Baling Kedah. / malam ketujuh.


Alhamdulillah selesai sudah Majlis Tahlil Arwah, buat saorang saudara juga sahabat.


Ya Allah, ampunilah, rahmatilah, bebaskanlah dan lepaskanlah dia. dan muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah dia, dan muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah jalan masuknya, cucilah dia dengan air yang jernih lagi sejuk, dan bersihkanlah dia dari segala kesalahan.










Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆