January 04, 2024

Hujan Terus Menerus

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء


Hari ini tidak bolih pergi mana-mana rasa mahu pergi Kukup pagi tadi untuk sarapan disana dan ambil sekeping dua gambar pun sudah terkensel sebab hujan.

Hujan tidaklah lebat sangat hanya dia turun berterusan, sejak dari subuh pagi tadi hingga sekarang, sekarang jam sudahpun menunjukan kepukul dua belas tengah hari hujan masih rek-rek lagi.



Tidak tahulah bagaimana keadaan ayam peliharaan saya di Kulim sana, sebab tiada siapa yang menjaganya, kalau makanan tidak masaalah, sebab mereka berada dikebun sawit saya. Inilah sebelum balik sana ingat mahu ambik sekeping dua gambar Pekan Kukup untuk kongsikan disini. Tapi hari masih hujan lagi.





titisan hujan membuai jatuh, membasahi bumi.
di balik awan kelabu, air mengalir membasahi jiwa yang pilu.
setiap butir mu membawa harapan baru,


titisanmu melodi indah, menyemai kesejukan di malam gelap.
setiap titisan merayu, menggamit kenangan manis.
suaramu lebih indah, seperti sair cinta yang tak terlupakan antara aku dan fidah.


dalam hujan, rindu berkisar.
tetes mengalir, menggamit jiwa.
kesejukan mencipta damai, menyemai cinta kita.
melebur dalam tinta kasih, segala sair berpadu indah.

dalam hujan, aku rindu pada mu fidah. hati terus membara, kenangan padamu tak pernah pudar.

kala titisan hujan, aku merinduimu, fidah.
tetesan air basahi pipi mu, kerinduan tak terungkapkan.
ingin suatu hari kita bersama, dalam damai cinta yang abadi.

menyatu dengan hujan, perasaan terhanyut.
hujan, benarkanlah rasa ini mengalir ulang sepertimu.












Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


January 03, 2024

Sarapan Roti Canai Di Pekan Nanas

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء


Kesempatan yang ada sebelum balik ke Kulim, saya kembali datang kekedai Assalam di Pekan Nanas untuk bersarapan pagi. Dengan cuaca yang baik pada hari itu, tidak ada tanda-tanda hari akan hujan. Sesampai disana saya terus memesan roti perata dua keping dengan teh tarik satu. Ketika itu keadaan tidak ramai pelanggan. Jadi bolih sarapan dengan santai.

Retauran Assalam ini terletak berhampiran Balai Polis Pekan Nanas. Mungkin satu dua hari lagi saya akan balik semula ke Kulim. Itulah bila datang sini seperti malas mahu balik ke Kulim, tapi apa bolih buat, masih banyak kerja menunggu di Kulim.









Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆