جزاكم الله خيراالجزاء
Israel Gentar Dengan Pejuang Hamas?
Benarkah US dan Israel takut dan gentar dengan tentera Hamas?
Hamas menyerang Israel dengan gagah berani hingga mereka berjaya memasuki wilayah yang dikuasai Israel. Tentera Hamas juga berjaya membunuh ratusan tentera Israel dan merosakkan jentera serta kelengkapan perang di kem-kem tentera Israel yang mereka serang dan dapat dikuasai.
Sebagaimana keadaan dimedan peperangan tentu tidak dapat dielak kematian orang awam dipehak Israel, ramai juga orang awam Israel menjadi manggsa peluru-peluru tentera Hamas sama ada tentera Israel berselindung disebalik orang awam atau orang awam Israel cuba menyerang tentera Hamas.
Penyerangan tentera Hamas keatas Israel mendapat sokongan rakyat Palestin, mereka berasak-asak mengikuti pejuang-pejuang Hamas memasukki wilayah Israel setelah tembok batu dan pagar-pagar berduri berjaya mereka robohkan. Bertempiaran lah rakyat Israel melarikan diri dari serangan roket-roket serta tembakkan pejuang Hamas.
Namun kegembiraan orang Palestin tidak kekal lama, kerana serangan balas tentera Zionis Israel lebih dahsyat dah lebih parah. Tentera Zionis Israel melancar serangan peluru roket yang lebih kuat dan berkuasa. Serangan bom rejim Zionis Israel dengan sekelip mata merobohkan banggunan-banggunan diwilayah Palestin iaitu Gaza.
Serangan Hamas keatas Israel berasal dari Gaza, maka Gaza diserang dan bom semahunya olih tentera Israel, hingga kehari ini serangan bom terus dilancarkan, yang memusnahkan banggunan-banggunan yang disyaki milik tentera Hamas. Tidak terkecuali banggunan penempatan penduduk berhampiran juga hancur lebur olih rudal tentera Israel.
Sebagai sekutu kuat Israel, Amarika Syarikat telah mengatakan sokongan terhadap Israel. Dengan mengelar tentera Hamas Palestin sebagai tentera teroris, sebagai langkah memperkuat kedudukan Israel ditengah-tengah Negara Arab, Amarika Syarikat menkerahkan armada perangnya menuju kelaut Medeterranean.
Banyak jenis kapal perang yang terlibat antaranya ialah Strike Carrier USS Gerald R. Ford termasuk kapal pengangkut pesawat USS Gerald R. Ford, yang merupakan kapal pengangkut pesawat (aircraft carrier) terbesar di dunia.
Ia dijadikan sebagai tambahan kepada kapal penjelajah peluru berpandu kelas Ticonderoga USS Normandy.
Selain itu, turut terlibat sama ialah empat kapal pemusnah peluru berpandu kelas Arleigh-Burke, iaitu USS Thomas Hudner, USS Ramage, USS Carney dan USS Roosevelt.
Kenapa US menghantar begitu banyak kapal perang kelaut Medeterranean? Apakah US takut kepada Tentera Hamas Dari Gaza? atau US takut sekutunya Israel kalah melawan Tentera Hamas? Jika kita mengatakan ya, US Israel takutkan Hamas, kita salah sama sekali!
Ada apa pada Hamas dari Gaza yang serba kekurangan? Jika Israel mahu menghancur Gaza, cukup hanya kurang dari 24 jam, Gaza jadi padang jarak padang tekukur! benar, ini anggapan yang bukan main-main, cuba kita bayangkan senjata yang Israel ada, dengan jet pejuang serba moden, dibanding dengan senjata yang Hamas ada? ibarat Singa dengan Kucing Hutan!
Israel tahu sepenuhnya pegerakan Hamas di Gaza, dengan teknologi yang paling canggih, didalam tentera Zionis Israel, mereka tahu berapa ekor biri-biri yang ada di Gaza. Bermaksud mereka tahu sejak bila Hamas memiliki roket dan berapa banyak, Israel dengan mudah bolih musnahkan sejak dari awal jika mereka mahu! Jadi apa sebenarnya mahunya Israel, mahunya Amarika?
Mereka sebenarnya dalam perancangan yang lebih besar, bukan semata-mata berperang dengan Hamas.
US dengan Israel sekarang sedang memerangkap Iran, jika Iran salah perhitungan dengan turut campur tangan dengan menyerang Armada laut US, maka dengan itu akan menjadi alasan bagi US dengan Israel untuk menyerang Negara Iran, tentu target utama Israel serta US adalah Loji Nuclear Iran. Mereka akan ranapkan Loji Senjata Nuclear Iran terlebih dahulu, kemudian berbalik menghilangkan Gaza dari peta Israel.
Marilah kita mendoakan agar peperangan tidak berlanjutan, kerana ramai orang awam yang menderita! semoga Palestin terhindar dari musibah permainan kuasa besar dunia.
Bacaan Al'quran Al'karim 30 Juz Lengkap
Terima kasih! Jumpa lagi
Baca Lagi Kesah Fidah!
Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik⬆ scroll keatas ⬆
Kembara Bersama Royal Enfield Classic
Fakhirah Khairuddin
Takdir Tragedi Elmina
Kapal Terbang Kecil Terhempas! 10 Dikhuatiri Tekorban.
Keras Tangan Orang Kampung
Bercuti Di Royal Belum Gerik
Scammer Mencari Mangsa Melalui Akaun Telegram
Kembara Mencari Janda
Khasiat Ulam Pucuk Ubi Kayu Yang Diamalkan Orang Dulu Dulu Ramai Dari Kita Tidak Tahu
YAYASAN PATRIOT NEGARA PATRIOT 1437 I Love You Forever
Malaysia Akan Menjadi Seperti Singapura, dengan mempunyai PM bukan Melayu - Kata Tun Mahathir
Jangan Pernah Menyakitkan Hati Orang
Bercinta Dengan Awang Hitam
RICH MAN BUYS A HOMELESS GIRLS
Janda Janda GRO
McLaren Artura
Batam, Demontrasi Aman Bertukar Ganas
Komtar Banjir Kilat 4 SEP 2023
Pantau Keadaan Ternakan Kerang
Hat Yai - Jom Kita Pantau Sikit
Penoreh Getah Dipatuk Ular Tedung Selar