October 15, 2023

Israel Gentar Dengan Hamas

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Israel Gentar Dengan Pejuang Hamas?

Benarkah US dan Israel takut dan gentar dengan tentera Hamas?

Hamas menyerang Israel dengan gagah berani hingga mereka berjaya memasuki wilayah yang dikuasai Israel. Tentera Hamas juga berjaya membunuh ratusan tentera Israel dan merosakkan jentera serta kelengkapan perang di kem-kem tentera Israel yang mereka serang dan dapat dikuasai.


Sebagaimana keadaan dimedan peperangan tentu tidak dapat dielak kematian orang awam dipehak Israel, ramai juga orang awam Israel menjadi manggsa peluru-peluru tentera Hamas sama ada tentera Israel berselindung disebalik orang awam atau orang awam Israel cuba menyerang tentera Hamas.


Penyerangan tentera Hamas keatas Israel mendapat sokongan rakyat Palestin, mereka berasak-asak mengikuti pejuang-pejuang Hamas memasukki wilayah Israel setelah tembok batu dan pagar-pagar berduri berjaya mereka robohkan. Bertempiaran lah rakyat Israel melarikan diri dari serangan roket-roket serta tembakkan pejuang Hamas.


Namun kegembiraan orang Palestin tidak kekal lama, kerana serangan balas tentera Zionis Israel lebih dahsyat dah lebih parah. Tentera Zionis Israel melancar serangan peluru roket yang lebih kuat dan berkuasa. Serangan bom rejim Zionis Israel dengan sekelip mata merobohkan banggunan-banggunan diwilayah Palestin iaitu Gaza.


Serangan Hamas keatas Israel berasal dari Gaza, maka Gaza diserang dan bom semahunya olih tentera Israel, hingga kehari ini serangan bom terus dilancarkan, yang memusnahkan banggunan-banggunan yang disyaki milik tentera Hamas. Tidak terkecuali banggunan penempatan penduduk berhampiran juga hancur lebur olih rudal tentera Israel.


Sebagai sekutu kuat Israel, Amarika Syarikat telah mengatakan sokongan terhadap Israel. Dengan mengelar tentera Hamas Palestin sebagai tentera teroris, sebagai langkah memperkuat kedudukan Israel ditengah-tengah Negara Arab, Amarika Syarikat menkerahkan armada perangnya menuju kelaut Medeterranean.


Banyak jenis kapal perang yang terlibat antaranya ialah Strike Carrier USS Gerald R. Ford termasuk kapal pengangkut pesawat USS Gerald R. Ford, yang merupakan kapal pengangkut pesawat (aircraft carrier) terbesar di dunia.


Ia dijadikan sebagai tambahan kepada kapal penjelajah peluru berpandu kelas Ticonderoga USS Normandy.
Selain itu, turut terlibat sama ialah empat kapal pemusnah peluru berpandu kelas Arleigh-Burke, iaitu USS Thomas Hudner, USS Ramage, USS Carney dan USS Roosevelt.

Kenapa US menghantar begitu banyak kapal perang kelaut Medeterranean? Apakah US takut kepada Tentera Hamas Dari Gaza? atau US takut sekutunya Israel kalah melawan Tentera Hamas? Jika kita mengatakan ya, US Israel takutkan Hamas, kita salah sama sekali!


Ada apa pada Hamas dari Gaza yang serba kekurangan? Jika Israel mahu menghancur Gaza, cukup hanya kurang dari 24 jam, Gaza jadi padang jarak padang tekukur! benar, ini anggapan yang bukan main-main, cuba kita bayangkan senjata yang Israel ada, dengan jet pejuang serba moden, dibanding dengan senjata yang Hamas ada? ibarat Singa dengan Kucing Hutan!

Israel tahu sepenuhnya pegerakan Hamas di Gaza, dengan teknologi yang paling canggih, didalam tentera Zionis Israel, mereka tahu berapa ekor biri-biri yang ada di Gaza. Bermaksud mereka tahu sejak bila Hamas memiliki roket dan berapa banyak, Israel dengan mudah bolih musnahkan sejak dari awal jika mereka mahu! Jadi apa sebenarnya mahunya Israel, mahunya Amarika?


Mereka sebenarnya dalam perancangan yang lebih besar, bukan semata-mata berperang dengan Hamas.

US dengan Israel sekarang sedang memerangkap Iran, jika Iran salah perhitungan dengan turut campur tangan dengan menyerang Armada laut US, maka dengan itu akan menjadi alasan bagi US dengan Israel untuk menyerang Negara Iran, tentu target utama Israel serta US adalah Loji Nuclear Iran. Mereka akan ranapkan Loji Senjata Nuclear Iran terlebih dahulu, kemudian berbalik menghilangkan Gaza dari peta Israel.


Marilah kita mendoakan agar peperangan tidak berlanjutan, kerana ramai orang awam yang menderita! semoga Palestin terhindar dari musibah permainan kuasa besar dunia.








Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


October 14, 2023

Surah Yasin

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم


ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞
ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞
ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞
صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞
غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞


Dengan Nama Allah Yang Amat Pengasih Lagi Amat Penyayang. Segala puji hanya layak bagi Allah, Tuhan yang mencipta dan mengatur sekelian alam. Selawat dan salam diucapkan ke atas Nabi besar, Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat baginda sekelian.



Surah Yasin merupakan Surah yang ke 36 dari 114 Surah Yang terdapat dalam al-quran. Surah ini mengandungi 83 ayat, Yang semuanya diturunkan ketika Nabi Muhammad s.a.w , berada di Mekah, kecuali ayat yang ke 12 , yang diturunkan di Madinah selepas baginda berhijrah kesana. Surah Yasin digolongkan dalam surah makkiyah*


Antara tujuan Allah menurunkan surah Yasin adalah untuk menambah keyakinan dan semanggat baginda Rasulullah s.a.w terhadap perjuaganya yang suci itu, dimana ketika keadaan menjadi semakin mencabar akibat halangan dan tentangan dari kaum Quraisy terhadap baginda menjadi semakin memuncak dan semakin ganas..,





*Surah Makkiyah

Para ulama ahli tafsir membagi ayat-ayat Al-Quran berdasarkan tempoh masa dan tempat turunnya. Surah-surah Al-Quran yang turun sebelum hijrah ketika dakwah Islam berpusat di Makkah dikenal dengan sebutan surah Makkiyah. Lalu, apakah pengertian dan ciri-ciri surah Makkiyah dalam Al-Quran?


Selain surah-surah makiyah, surah-surah Al-Quran yang turun selepas hijrah, ketika dakwah Islam berpusat di Madinah dikenal dengan sebutan surah Madaniyah.


Secara umum, Al-Quran adalah kitab suci umat Islam. Ia menjadi pegangan dan panduan hidup seluruh kaum muslimin. Dari sejarahnya, Al-Quran diturunkan berangsur-angsur selama 23 tahun. Para ulama membagi masa turunnya Al-Quran menjadi 2 tempoh masa, iaitu ketika turunya di Mekkah dan ketika turunya di Madinah.


Tempoh masa turunya di Mekkah berlangsung selama 13 tahun masa kenabian Rasulullah SAW. Surah-surah yang turun pada dalam waktu 13 tahun awal dimulai ketika Nabi Muhammad menerima wahyu pertama di gua Hira tergolong surah Makkiyah.


Sementara itu, tempoh di Madinah dimulai sejak peristiwa hijrah berlangsung selama 10 tahun. Setelah hijrah, surah-surah yang turun pada kurun waktu itu disebut surah Madaniyah.


Secara sederhana, surah Makkiyah adalah surah atau sebagian besar ayat dalam surah tersebut turun di tempoh masa di Makkah, yakni sebelum umat Islam hijrah ke Madinah pada 622 masehi.


Pada bagian sebelumnya disebutkan bahwa tempoh Makkah berlangsung selama 13 tahun. Namun, detailnya bukan benar-benar 13 tahun, melainkan 12 tahun, 5 bulan, dan 13 hari. Para ulama tafsir membulatkannya menjadi 13 tahun.


Selain itu, meskipun disebut sebagai surah Makkiyah, tidak semua ayat pada surah tersebut turun di kota Makkah. Ada surah yang turun sewaktu nabi bepergian keluar Makkah, namun karena masih dalam tempo Makkah (sebelum hijrah), surah itu tetap dikenal sebagai surah Makkiyah.


Mengetahui perbedaan antara surah-surah Makkiyah dan Madaniyah sangat penting bagi orang yang mempelajari Al-Quran dan ilmu tafsir.


Salah satu faidahnya adalah untuk mengetahui hukum nasikh dan mansukh. Beberapa hukum Islam yang diturunkan di Makkah dihapuskan (mansukh) dengan ayat-ayat yang turun di Madinah (nasikh).


Manfaat lainnya juga mengajarkan tentang cara dakwah kepada khalayak. Ayat-ayat Makkiyah didominasi tentang akidah dan penguatan iman. Ketika Islam masih lemah, Allah SWT menurunkan ayat-ayat yang berkaitan dengan tauhid agar keyakinan terhadap Islam kian kokoh.


Sementara itu, saat Islam sudah kuat di Madinah, ayat-ayat yang diturunkan berkaitan dengan sosial-masyarakat, tata negara, muamalah, hingga hubungan sesama manusia.



Ciri-ciri surah Makkiyah dalam Al-Quran di antaranya adalah sebagai berikut:-

  1. Surah Makkiyah didominasi oleh ayat-ayat pendek.
  2. Surah Makkiyah didominasi oleh pembahasan mengenai masalah akidah.
  3. Setiap surah yang di dalamnya mengandung ayat sajdah adalah surah Makkiyah.
  4. Setiap surah di dalamnya dinyatakan lafal "Kallâ" adalah surah Makkiyah. Lafal itu dinyatakan sebanyak 33 kali dalam 15 surah.
  5. Setiap surah yang didahului dengan panggilan: "Yâ Ayyuhâ an-Nâs" (Wahai Manusia) atau "Yâ Banî Adam" (Wahai Anak Adam).
  6. Setiap surah yang diawali dengan "Fawatih as-suwar" adalah surah Makkiyah.
  7. Setiap surah yang mengandung kisah-kisah Nabi dan umat terdahulu, kecuali kisah Adam dan Iblis yang disebutkan dalam surah Al-Baqarah adalah Makkiyah.



Berikut ini daftar lengkap 87 surah Makkiyah yang tertera dalam Al-Quran:-

1-Quran Surah. - Al Fatihah

2-Quran Surah. - Al An'am

3-Quran Surah. - Al A'raf

4-Quran Surah. - Yunus

5-Quran Surah. - Hud 

6-Quran Surah. - Yusuf

7-Quran Surah. - Ar-Ra'd

8-Quran Surah. - Ibrahim

9-Quran Surah. - Al Hijr

10-Quran Surah. - An Nahl

11-Quran Surah. - Al Isra'

12-Quran Surah. - Al Kahfi

13-Quran Surah. - Maryam

14-Quran Surah. - Thaha

15-Quran Surah. - Al Anbiya

16-Quran Surah. - Al Mu'minun

17-Quran Surah. - Al Furqan

18-Quran Surah. - Asy Syu'ara

19-Quran Surah. - An Naml

20-Quran Surah. - Al Qashash

21-Quran Surah. - Al Ankabut

22-Quran Surah. - Ar Ruum

23-Quran Surah. - Luqman

24-Quran Surah. - As Sajdah

25-Quran Surah. - Sabaa'

26-Quran Surah. - Fathir

27-Quran Surah. - Ya Sin

28-Quran Surah. - Ash Shaffat

29-Quran Surah. - Shad

30-Quran Surah. - Az Zumar

31-Quran Surah. - Al Mu'min

32-Quran Surah. - Al Fushshilat

33-Quran Surah. - Asy Syuraa

34-Quran Surah. - Az Zukhruf

35-Quran Surah. - Ad Dukhan

36-Quran Surah. - Al Jasiyah

37-Quran Surah. - Al Ahqaf

38-Quran Surah. - Qaaf

39-Quran Surah. - Az Zariyat

40-Quran Surah. - Ath Thur

41-Quran Surah. - An Najm

42-Quran Surah. - Al Qamar

43-Quran Surah. - Al Waqi'ah

44-Quran Surah. - Al Mulk

45-Quran Surah. - Al Qalam

46-Quran Surah. - Al Haqqah

47-Quran Surah. - Al Ma'arij

48-Quran Surah. - Nuh

49-Quran Surah. - Al Jin

50-Quran Surah. - Al Muzammil

51-Quran Surah. - Al Muddatstsir

52-Quran Surah. - Al Qiyamah

53-Quran Surah. - Al Mursalat

54-Quran Surah. - An Naba'

55-Quran Surah. - An Nazi'at

56-Quran Surah. - 'Abasa

57-Quran Surah. - At Takwir

58-Quran Surah. - Al Infithar

59-Quran Surah. - Al Muthaffifin

60-Quran Surah. - Al Insyiqaq

61-Quran Surah. - Al Buruj

62-Quran Surah. - Ath Thariq

63-Quran Surah. - Al A'la

64-Quran Surah. - Al Ghasyiyah

65-Quran Surah. - Al Fajr

66-Quran Surah. - Al Balad

67-Quran Surah. - Asy Syams

68-Quran Surah. - Al Lail

69-Quran Surah. - Adh Dhuha

70-Quran Surah. - Al Insyirah

71-Quran Surah. - At Tiin

72-Quran Surah. - Al 'Alaq

73-Quran Surah. - Al Qadr

74-Quran Surah. - Al 'Adiyat

75-Quran Surah. - Al Qari'ah

76-Quran Surah. - At Takatsur

77-Quran Surah. - Al 'Ashr

78-Quran Surah. - Al Humazah

79-Quran Surah. - Al Fiil

80-Quran Surah. - Al Quraisy

81-Quran Surah. - Al Ma'un

82-Quran Surah. - Al Kautsar

83-Quran Surah. - Al Kafirun

84-Quran Surah. - Al Lahab

85-Quran Surah. - Al Ikhlash

86-Quran Surah. - Al Falaq

87-Quran Surah. - An Naas









Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆