السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء
Abang Mati Gara-Gara Harta Pusaka.
Rebut Harta Pusaka Kerana Jahil Hukum Faraid.
Kerana merasakan mereka benar dan apa yang mereka lakukan bersama berapa ahli keluarga lain adalah benar, maka ramailah dikalangan kita telah membuat dosa kering. Kenapa kita katakan ramai orang buat dosa kering, sebabnya mereka merasa pembahagian yang mereka lakukan itu sudah benar, sedangkan mereka ini jahil dalam ilmu faraid, ilmu pembahagian harta pusaka. Mereka membahagi mengikut cadangan ahli keluarga dan kemahuan sendiri, walaupun semua mendapat bahagian harta tetapi tidak tepat sebagaimana yang dinyatakan didalam ilmu faraid.
Saya tercetus idea untuk menulis seperti ini adalah kerana ada berita TV3 malam ini tadi, [Thu.05.Oct.2023] mengatakan bahawa sesaorang telah membunuh Abang Kandung sendiri gara-gara berebut harta, kes ini berlaku di Johor, sedihkan, bila berlaku seperti itu, Abang yang mati ya sudah selamat mati tak perlu fikir apa lagi, yang adik terhukum penjara bertahun-tahun, kerana tidak puas hati dengan pembahagian harta pusaka akhirnya hidup merana.
Sebab itu sebaik-baik pembahagian harta adalah dengan mengikut hukum Faraid, jangan main bahagi sahaja, anak ini suka ini, ambik ini, anak yang itu suka tanah sana ambik sana, tidak bolih seperti itu!
Memanglah terpulang kepada tuan punya harta, tetapi jika mengikut hukum Faraid tidak sah atau tidak bolih, sebab akan jadi masaalah dikemudian hari (rasa tidak puas hati) hingga berlaku pergaduhan sesama adik beradik hingga tidak disengaja terbunuh.
Bila hati sudah panas , setan pun ikut campur.. Sudah tidak takut akan dosa dan api neraka lagi. Lupa bahawa kita semua akan mati. Hidup dengan adik beradik pun hanya sementara sahaja bukanya lama sangat pun.
Hendak tetap faraid bukan soal berkira, tak kanlah tidak bolih lebih sikit kurang sikit sesama adik beradik?. Tidak.! Tidak bolih bahagi lebih kurang.! wajib ikut pembahagian faraid semua selamat dan berpuas hati.
Ingatlah kita sendiripun akan sedikit sebanyak akan meninggalkan harta untuk anak-anak, jadi bahagilah mengikut hukum faraid, rancang jika hendak memberi pembahagian sebelum mati, supaya harta yang besar-besar dibahagi lebih lurus atau menjurus kearah hukum faraid.
Seeloknya setiap orang yang akan menjadi waris, patut sangat mempelajari ilmu Faraid (ilmu harta pusaka) kerana kita mempunyai tanggungjawap ke atas harta peninggalan ibu bapa kita khasnya, dan keluarga kita sendiri (anak isteri kita) amnya.
Bila semua tahu hukum hakam ilmu faraid, mereka tidak akan mahu menerima harta pusaka walaupun sudah diberikan waris sebelum meninggal. Dan tidak akan mengambil walaupun pingan mangkuk periuk belangga peninggalan waris sesuka hati.
Nampak macam terlalu berkira kan? tetapi itulah yang paling terbaik sebab kita tidak menanggong dosa kering. Tentu kita tidak mahu tanggong dosa kerana memiliki harta yang bukan hak kita walaupun harta itu hanya barangan kecil seperti parang cangkul atau basikal kalau motosikal dah kira barang besar. (ini serious bukan lawak)
Bukan alasan Kita menjaga ibu bapa lebih, kita mahu hak yang lebih.
Bila tidak faham ilmu faraid, tidak tahu apa itu faraid, lalu masing-masing pandai mengambil kain pelekat ayah, telekung emak, jam tangan ayah, cincin dan rantai emak. Ada yang ambil periuk belanga, tepak sirih emak. Belum kira ada yang ambil kipas, radio, kemera dan macam-macam lagi,
Yang sudah buruk ditinggalkan untuk adik beradik lain, barang baik semua berbahagi sesama yang rapat, disini terletaknya kesilapan yang akan menimbulkan perasan tidak puas hati hingga berlaku pergaduhan dan bermasam muka sampai tidak kesudahan!
[Puas hati atau tidak, itu atas anak-anak saja. Kita ini kadang-kadang anak-anak suka mempersoalkan tindakan ibu bapa, sedangkan kita pun akan jadi ibu bapa. Jika berterusan dengan tidak puas hati boleh dikatakan derhaka. Ibu bapa itu yang tak adil itu biarlah, mereka ada sebab tersendiri dan lebih kenal anak-anak mereka dan mereka tahu apa yang terbaik untuk anak. Jadi muhasabah diri sendiri lah . Sebab rezeki kita ada ibu bapa, itu pun dah cukup besar, kalau sebab kerana pembahagian itu pun tidak mampu nak berlapang dada, apa lagi hendak berbakti kepada mereka..! bakti anak yang baik adalah dengan meredhokan apa yang telah mereka tinggalkan untuk kita, redho dengan sebenar-benarnya supaya ayah ibu aman tenteram dialam sana!.
]
Okay .. cukup dulu catatan yang datang dari idea berita TV3 - Adik bunuh Abang sebab berebut harta pusaka.
Apa pendapat anda tengtang kes seperti ini?
Bacaan Al'quran Al'karim 30 Juz Lengkap
Terima kasih! Jumpa lagi
Baca Lagi Kesah Fidah!
catatan orang kampung
Coretan setiap hari
Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik⬆ scroll keatas ⬆
Kembara Bersama Royal Enfield Classic
Fakhirah Khairuddin
Takdir Tragedi Elmina
Kapal Terbang Kecil Terhempas! 10 Dikhuatiri Tekorban.
Keras Tangan Orang Kampung
Bercuti Di Royal Belum Gerik
Scammer Mencari Mangsa Melalui Akaun Telegram
Kembara Mencari Janda
Khasiat Ulam Pucuk Ubi Kayu Yang Diamalkan Orang Dulu Dulu Ramai Dari Kita Tidak Tahu
YAYASAN PATRIOT NEGARA PATRIOT 1437 I Love You Forever
Malaysia Akan Menjadi Seperti Singapura, dengan mempunyai PM bukan Melayu - Kata Tun Mahathir
Jangan Pernah Menyakitkan Hati Orang
Bercinta Dengan Awang Hitam
RICH MAN BUYS A HOMELESS GIRLS
Janda Janda GRO
McLaren Artura
Batam, Demontrasi Aman Bertukar Ganas
Komtar Banjir Kilat 4 SEP 2023
Pantau Keadaan Ternakan Kerang
Hat Yai - Jom Kita Pantau Sikit
Penoreh Getah Dipatuk Ular Tedung Selar
Kemalangan Jalan Raya Tiga Maut Berapa Lagi Cedera