Lanjutan seterusnya dari penerangan solat sunat Awwabin ringkas - diruangan ini pula disediakan penerangan yang lebih jelas setiap rukun solat sunat tersebut, semoga ada kebaikan dan manafaat bagi kita semua.
SOLAT SUNAT AWWABIN - dibuat bersendirian. Selepas kita selesai mengerjakan solat sunat Ba'diyyah Maghrib.
Solat Sunat Awwabin Awwabin bererti kembali iaitu kembali
mengingati Allah SWT ketika berada dalam
kelalaian. Sembahyang sunat ini biasa dilakukan
di antara waktu Maghrib dengan waktu Isyak. Demi mendekatkan diri kepada Allah daripada kelalaian berbual kosong, sehingga timbul dosa dan pekara buruk angkara perbuatan mulut atau lain sebagainya diruang waktu antara Maghrib dan Insya, elok sangat dikerjakan solat sunat ini.
Sembahyang sunat ini boleh dikerjakan 2 rakaat, 4
rakaat dan 20 rakaat.
Langkah-langkah mengerjakan Sembahyang Sunat Awwabin.
Sebelum kita mula mendirikan sembahyang
sunat tersebut kita hendaklah membaca doa ini:
Yang artinya:
“Selamat datang wahai
malaikat yang bertugas malam, selamat
datang wahai dua malaikat pencatat
yang mulia, tuliskan dalam rekodku
sesungguhnya aku naik saksi bahawasanya Tiada yang lain melainkan Allah dan aku
naik saksi bahawasanya Nabi Muhammad
SAW itu hamba-Nya dan perutusan-Nya,
aku naik saksi bahawasanya syurga itu
benar, neraka itu benar, kalam itu benar.
Aku naik saksi bahawa kiamat itu benar
dan pasti akan datang tidak ragu lagi, Allah
akan bangkitkan mayat daripada kubur.
Hai! Tuhanku simpankanlah penyaksianku
ini di sisi-Mu untuk hari yang aku perlukan
kepadanya. Hai! Tuhanku simpankanlah
amalanku, ampunkanlah dosaku,
beratkanlah timbanganku yang baik dan
pastikan dengannya pencapaian cita-citaku
dan perkenankanlah untukku hai tuhan
yang sangat Pemurah.”
Selesai membaca doa bolihlah melakukan solat sunat Awwabin dua rakaat dengan Lafaz dan Niat seperti dibawah:
Angkat Takbir Seperti Biasa
* Bacaan tiap-tiap rakaat selepas al-Fatihah:
6 kali surah al-Ikhlas
1 kali surah al-Falaq
1 kali surah al-Nas
** Dalam rakaat kedua juga dibaca seperti
dalam rakaat pertama,
kemudian selepas salam,
bacalah doa ini:
" AllahumMa SaddidNi Bil imaan WahFazHu AlayYa Fii haYaaatii Wainda Wafaatii wa Ba’da MamaaTii "
Artinya: “Ya Allah, penuhkanlah
aku dengan iman dan peliharakanlah ia
sepanjang hidupku, waktu matiku dan
selepas matiku.”
Setelah selesai dua rakaat satu salam, kemudian bangun buat lagi sembahyang dua rakaat
lagi dengan lafaz:
Angkat Takbir Seperti Biasa
Selesai membaca surah al-Fatihah, bacalah pula
mana-mana surah yang telah ditetapkan dalam
dua rakaat itu.
Pada rakaat keempat setelah memberi salam kanan dan kiri, setiap kali salamnya bacalah doa ini:
" AllahumMa SaddidNi Bil imaan WahFazHu AlayYa Fii haYaaatii Wainda Wafaatii wa Ba’da MamaaTii "
Artinya: “Ya Allah, penuhkanlah
aku dengan iman dan peliharakanlah ia
sepanjang hidupku, waktu matiku dan
selepas matiku.”
ALHAMDULILLAH
Selesai membaca doa, maka selesailah sembahyang sunat Awwabin empat (4) rakaat.
Sembahyang sunat Awwabin ini boleh dikerjakan dua (2) rakaat, empat (4) rakaat, enam (6)rakaat
dan 20 rakaat mengikut kelapangan masa kita.
❖ ❀ ☪ ❀ ❖
Ada antara kita dikurniakan rezeki luas dan kewangan yang kukuh membolehkan mereka menunaikan umrah hampir setiap tahun. Ada juga antara kita yang kecil kuasa kewangannya hingga tidak mencukupi membeli makanan anak dan membayar pendidikan mereka.
Tidak kurang juga diberi olih Allah rezeki Yang melimpah sehingha mampu membina rumah megah setinggi tiga lantai berpagar batu separas kepala.
Ada yang tidak mempunyai rumah sehingga terpaksa memohon bantuan daripada orang ramai, sementara ada yang suka menderma, membantu orang miskin, tetapi pada masa sama tidak membayar hutang atau tidak memberi nafkah kepada anak ketika dalam perkahwinan atau selepas bercerai.
Semoga kita diberi hidayah dan petunjuk didalam melakukan amalan untuk bekalan dihari Akhirat kelak. Jika kita rezeki melimpah buatlah amalan baik dengan hartamu, jika kita serba kurang perbanyakanlah amalan ibadah dengan mengerjakan solat-solat sunat yang ada.
Allah maha pengasih maha pemurah lagi maha mengatahui.
Lanjutan seterusnya dari penerangan solat sunat ringkas disini disediakan penerangan yang lebih jelas setiap solat sunat tersebut, semoga ada kebaikan dan manafaat bagi kita semua.
SOLAT SUNAT ... bolih bersendirian atau berjamaah
Harap Maaf halaman ini masih didalam pembinaan, terima kasih atas sokongan anda sila kembali lagi dimasa hadapan..