October 01, 2023

TASKA MAWARDAH TAMAN MEKAR SARI.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Taska Mawardah Taman Mekar Sari.
(fomat untuk diisi)



Taska Mawardah.
No 6 Lorong 14, Taman Mekar Sari,
13200, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Jumaat. 20 Oktober, 2023

- Pentakbir -


Taska Mawardah
Taman Mekar Sari - TAHUN 2023

- Guru Pengasuh -


Taska Mawardah Taman Mekar Sari - TAHUN 2023

- Anak-Anak -








Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


SOLAT SUNAT AWWABIN

selamat datang
SOLAT-SOLAT SUNAT - Panduan Lanjut
Lanjutan seterusnya dari penerangan solat sunat Awwabin ringkas - diruangan ini pula disediakan penerangan yang lebih jelas setiap rukun solat sunat tersebut, semoga ada kebaikan dan manafaat bagi kita semua.



SOLAT SUNAT AWWABIN - dibuat bersendirian. Selepas kita selesai mengerjakan solat sunat Ba'diyyah Maghrib.
Solat Sunat Awwabin
Awwabin bererti kembali iaitu kembali mengingati Allah SWT ketika berada dalam kelalaian. Sembahyang sunat ini biasa dilakukan di antara waktu Maghrib dengan waktu Isyak. Demi mendekatkan diri kepada Allah daripada kelalaian berbual kosong, sehingga timbul dosa dan pekara buruk angkara perbuatan mulut atau lain sebagainya diruang waktu antara Maghrib dan Insya, elok sangat dikerjakan solat sunat ini. Sembahyang sunat ini boleh dikerjakan 2 rakaat, 4 rakaat dan 20 rakaat.


Langkah-langkah mengerjakan Sembahyang Sunat Awwabin.
Sebelum kita mula mendirikan sembahyang sunat tersebut kita hendaklah membaca doa ini:

Yang artinya:

“Selamat datang wahai malaikat yang bertugas malam, selamat datang wahai dua malaikat pencatat yang mulia, tuliskan dalam rekodku sesungguhnya aku naik saksi bahawasanya Tiada yang lain melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Nabi Muhammad SAW itu hamba-Nya dan perutusan-Nya, aku naik saksi bahawasanya syurga itu benar, neraka itu benar, kalam itu benar. Aku naik saksi bahawa kiamat itu benar dan pasti akan datang tidak ragu lagi, Allah akan bangkitkan mayat daripada kubur. Hai! Tuhanku simpankanlah penyaksianku ini di sisi-Mu untuk hari yang aku perlukan kepadanya. Hai! Tuhanku simpankanlah amalanku, ampunkanlah dosaku, beratkanlah timbanganku yang baik dan pastikan dengannya pencapaian cita-citaku dan perkenankanlah untukku hai tuhan yang sangat Pemurah.”


Selesai membaca doa bolihlah melakukan solat sunat Awwabin dua rakaat dengan Lafaz dan Niat seperti dibawah:

Lafaz dan Niat solat sunat Awwabin

Angkat Takbir Seperti Biasa

* Bacaan tiap-tiap rakaat selepas al-Fatihah:
6 kali surah al-Ikhlas
1 kali surah al-Falaq
1 kali surah al-Nas

** Dalam rakaat kedua juga dibaca seperti dalam rakaat pertama,
kemudian selepas salam,
bacalah doa ini:

" AllahumMa SaddidNi Bil imaan WahFazHu AlayYa Fii haYaaatii Wainda Wafaatii wa Ba’da MamaaTii "

Artinya: “Ya Allah, penuhkanlah aku dengan iman dan peliharakanlah ia sepanjang hidupku, waktu matiku dan selepas matiku.”


Setelah selesai dua rakaat satu salam, kemudian bangun buat lagi sembahyang dua rakaat lagi dengan lafaz:

Lafaz dan Niat rakaat ketiga

" Usolli Sunatan Awwabin Rokataini Lillah hitaala "

Artinya: “Sahaja aku sembahyang sunat Awwabin dua rakaat kerana Allah SWT.”


Angkat Takbir Seperti Biasa

Selesai membaca surah al-Fatihah, bacalah pula mana-mana surah yang telah ditetapkan dalam dua rakaat itu.

rakaat ketiga: - surah al-Ikhlas
rakaat ketempat: - surah al-Falaq


Setelah selesai tahayyat akhir dan memberi salam:

" Assalamualaikum Warohmatullah "

Pada rakaat keempat setelah memberi salam kanan dan kiri, setiap kali salamnya bacalah doa ini:

" AllahumMa SaddidNi Bil imaan WahFazHu AlayYa Fii haYaaatii Wainda Wafaatii wa Ba’da MamaaTii "

Artinya: “Ya Allah, penuhkanlah aku dengan iman dan peliharakanlah ia sepanjang hidupku, waktu matiku dan selepas matiku.”


ALHAMDULILLAH
Selesai membaca doa, maka selesailah sembahyang sunat Awwabin empat (4) rakaat.
Sembahyang sunat Awwabin ini boleh dikerjakan dua (2) rakaat, empat (4) rakaat, enam (6)rakaat dan 20 rakaat mengikut kelapangan masa kita.


❖ ❀ ☪ ❀ ❖


Ada antara kita dikurniakan rezeki luas dan kewangan yang kukuh membolehkan mereka menunaikan umrah hampir setiap tahun. Ada juga antara kita yang kecil kuasa kewangannya hingga tidak mencukupi membeli makanan anak dan membayar pendidikan mereka.

Tidak kurang juga diberi olih Allah rezeki Yang melimpah sehingha mampu membina rumah megah setinggi tiga lantai berpagar batu separas kepala.

Ada yang tidak mempunyai rumah sehingga terpaksa memohon bantuan daripada orang ramai, sementara ada yang suka menderma, membantu orang miskin, tetapi pada masa sama tidak membayar hutang atau tidak memberi nafkah kepada anak ketika dalam perkahwinan atau selepas bercerai.

Semoga kita diberi hidayah dan petunjuk didalam melakukan amalan untuk bekalan dihari Akhirat kelak. Jika kita rezeki melimpah buatlah amalan baik dengan hartamu, jika kita serba kurang perbanyakanlah amalan ibadah dengan mengerjakan solat-solat sunat yang ada.

Allah maha pengasih maha pemurah lagi maha mengatahui.


❖ ❀ ☪ ❀ ❖


Semoga Bermanfaat

جزاكم الله خيراالجزاء

terima kasih, sila kembali lagi





Panduan Solat-Solat Sunat

Halaman ini masih dalam pembinaan

SOLAT-SOLAT SUNAT - Panduan Lanjut
Lanjutan seterusnya dari penerangan solat sunat ringkas disini disediakan penerangan yang lebih jelas setiap solat sunat tersebut, semoga ada kebaikan dan manafaat bagi kita semua.



SOLAT SUNAT ... bolih bersendirian atau berjamaah
Harap Maaf halaman ini masih didalam pembinaan, terima kasih atas sokongan anda sila kembali lagi dimasa hadapan..