September 29, 2023

Kulim Menuju Ke Pontian Jumpa Cucu

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Dalam hujan memulakan langkah menuju ke Perhentian Bas atau Setesen Bas Kulim. Perjalanan empat puluh kilometer itu agak perlahan kerana banyak kenderaan menggunakan jalan yang sama, ditambah lagi masing-masing memandu dengan perlahan dan cermat.

Dalam perjalanan kami senantiasa menjaga jarak dengan kenderaan dihadapan, sentiasa berwaspada dilokasi-lokasi yang selalu terjadi kemalangan, bukan apa dengan keadaan jalan yang basah tidak memungkinkan kita berhenti dengan serta-merta.

Banyak kes dalam sebulan lepas berlaku dijalan yang kami gunakan ini, mungkin juga disebabkan itu kami terasa seakan teroma dengan kemalangan yang menyebabkan kematian dan kecederaan yang kami dengar sebelum ini.

Mulut sentiasa membaca surah-surah yang sudah dihafal. Sepanjang jalan yang mana hafal dibaca semua, dah macam masuk kedalam hutan la pulak!

Akhirnya sampai lah juga disetesen bas Kulim, kami memang tidak biasa tempah tiket untuk naik bas, jadinya terus kekonter tiket, belilah dua tiket bas untuk perjalanan ke Pontian, Hujan masih renyai-renyai ketika ini.

Rasa lega sebab dapat juga tiket bas menuju ke Setesen Bas Larkin, Johor. Semua tiket awal pukul lapan malam, sembilan malam semua sudah dibeli, jadi kami bersyukur dapat dua tiket perjalanan pukul sepuluh malam.
Apa pun tak kesah lah tiket pukul berapa pun, asal dapat tiket saja sudah bagus, rasa tak sabar hendak jumpa cucu tersayang!















Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆