September 18, 2023

Fatin Afifah Binti Abdul Razak

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Dalam video dibawah ini menunjukan saorang wanita yang mengatakan elektrik dirumahnya akan dipotong, dan mesti dibayar segeta, dia terpaksa pergi ke gereja mohon bantuan, keadaan hidupnya miskin dan mempunyai beberapa orang anak.

Video ini dirakam olih sesaorang yang datang memberi bantuan, kita bolih nampak dihadapan rumah ada bungkusan barang-barang keperluan harian.

Jadinya siperakam datang sambil memberi bantuan kepada keluarga wanita ini dan merakam kesusahan kakak ini sambil memohon bantuan dari orang ramai supaya membantu wanita ini.

Memang ramai orang susah disekeliling kita sebenarnya, dengan barang makanan sekarang sudah mahal dengan kerja yang bergaji hari, kadang ada kerja kadang tidak, jadinya susah lah hendak mendapatkan duit.

Sampai hendak makan pun sempit, apa lagi hendak bayar bil api air. Ditengah kesulitan macam itu tiada siapa pula sudi hadir membantu, atau jiran tetangga gagal mengesan kesempitan hidup wanita.

Elok-elok sudah diviralkan, sampai mintak bantuan dari gereja, datang pula video kedua mengatakan bahawa video pertama diatas tidak benar dan tidak pernah minta tolong dari gereja.

Video kedua kedengaran suara lelaki yang mengatakan vedio pertama adalah angkara sesaorang yang berniat jahat, keadaan sebenarnya tidak seperti dalam vedio pertama yang sudah viral satu malaysia, kata suara lelaki tersebut.

Dan wanita serta lelaki tersebut telah membuat lapuran polis, bagi melaporkan dan mengesahkan bahawa wanita itu tidak pernah meminta bantuan dari gereja. Semua itu angkara orang asing ysng berniat jahat.

Sekarang semuanya sudah jadi pening! cuba kita perhatikan kedua video tersebut, yang mana satu yang hendak dipakai ini?

Untuk panduan orang dalam kesempitan , jika hendak cepat ditolong orang atau olih pehak-pehak yang berkenaan, sila buat vedio dan viralkan, tentu tergopoh gapah pehak yang bertugas segera datang membantu.

Dengan cara ini mungkin bolih jadi cepat orang lain tolong kita.!

Ni nak tanya ni.. dalam kedua video itu orang yang sama ka? kompius betui..!








Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


September 17, 2023

Majlis Kesyukuran Dan Akikah Adik Nur Nawra Hanania

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Alhamdulillah , selamat sudah majlis kesyukuran dan akikah buat adik Nur Nawra Hanania , majlis dimulakan dengan bacaan Yasin dan tahlil.

Majlis diadakan dirumah Nenek Nur Nawra Hanania di Kampung Jermai , Sungai Taka , Selama , Kedah. Ramai saudara mara sahabat handai di kedua belah pehak ibu bapa Nor Nawra Hanania yang hadir.

Semua yang hadir mendoakan kebaikan , kemakmuran , kebahagian buat Adik Nur Nawra Hanania selamanya.








Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆