السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء
Salam ramadhan dan selamat berpuasa. Semoga hari anda ceria dan gembira walaupum terpaksa bekerja dibulan puasa ini.
Sebagai orang lama, berpuasa itu sudah tidak menjadi masaalah besarlah bagi saya kerana selain puasa ini diwajibkan, ibadah puasa ini hanya dilakukan sebulan sahaja dalam setahun.
Sekiranya saya tidak melakukan dengan penuh dan sebaik mungkin, belum tentu lagi ditahun hadapan saya masih berpeluang melakukan ibadah puasa, kerana jangka waktu yang panjang untuk kebulan Ramadhan tahun depan macam-macam pekara bolih berlaku.
Bak kata orang Ramadhan datang hanya setahu sekali,
tidak semua akan dapat melalui lagi, ada diantara kita akan pergi mengadap ilahi jika masih ada ini silalah patuhi, sebab ditahun hadapan kita belum tahu lagi.
Ramadhan yang sedang dilalui ini kita patut mensyukuri, berpuasa kerana mentaati perentah ilahi lakukan perentah jangan berbasa basi.
Ini lah makanan rohani yang Allah beri hanya setahun diberi sekali, terimalah dengan senang hati, berbuka puasa juga dengan rezeki yang Allah bagi.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. Selamat Menyambut Ramadhan Dan Puasa Yang Pertama Tahun Ini.
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana kita menjadi orang yang beruntung kerana masih diberi peluang untuk menjalankan ibadah puasa, yang paling ditunggu tunggu olih kita semua.
Selamat menjalankan ibadah puasa, semoga Allah Subhanahuwataala senantiasa memberikan rahmat dan keberkatan kepada kita bagi memgerjakanya.
Puasa bukanlah sekadar menahan lapar
dan dahaga tetapi juga menahan diri dari segala godaan pekara-pekara yang berdosa. Godaan pekara berdosa ini memang banyak ada sehari-harian yang kita lalui.
Ramadhan adalah waktu yang tepat bagi melatih diri kita tentang kesabaran keiklasan dan kebenaran, dengan latihan ini kita akan menjadi seorang insan anggun dengan keperibadian islam.
Kita bolih menjaga mulut untuk tidak makan agar berpuasa, akan tetapi untuk menjaga hati dan mulut supaya tidak membuat dosa itu yang payah. Begitu mudahnya hati menghasut mulut untuk bercakap dusta bercakap buruk tentang orang lain.
Semoga kita tidak digolangan orang-orang yang rugi
dibulan Ramadhan tahun ini kerana kita tidak dapat menahan diri dari godaan kejahatan mulut kita sendiri.
Dibulan yang suci ini marilah kita bersama-sama memperbaiki diri dengan memupuk rasa syukur atas semua nikmat yang Allah subhanahuwataala berikan kepada kita selama ini.
Bersyukur kerana kita tidak susah hidupnya seperti kesusahan hidup insan lain yang lebih susah. Misalnya kita mengeluh hidup kais pagi makan pagi, sebenarnya kita seribu kali lebih beruntung, kalau kita kais pagi makan pagi tapi, kita punyai dua mata untuk melihat.
Berbanding ada ramai lagi insan lain
yang hidup melarat kais pagi makan pagi dengan tidak mempunyai mata untuk melihat. Bersyukur lah selalu dengan diri kita dengan berusaha bersungguh-sungguh untuk meraih kejayaan dunia dan akhirat.
Dibulan yang suci ini marilah kita renungkan diri marilah kita bersemanggat ketika menjalankan ibadah puasa ini dengan tekun dan tabah agar Allah Subhanahuwataala sentiasa meredhoi setiap usaha baik kita.
Baiklah, Selamat menyambut bulan puasa dan selamat berpuasa kepada anda semua yang selalu menyokong saya, saya ucapkan terima kasih, semoga kita dikurniakan kesihatan yang baik agar dapat menjalankan ibadah puasa tahun ini dengan sempurna.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء
Salam bahagia semua saya mendoakan kebahagian milik anda semua.
Saya bahagia dengan cara saya sendiri iaitu belajar menulis didalam weblog ini. Hobi kita berbeza, mungkin hobi anda suka memancing, suka termenung, suka kumpul barang antik dan cubalah elak dengan hobi suka kumpul janda.. okey..😅
Bagi meneruskan cerita semalam iaitu cerita TAMAN TEMA AIR DESARU COAST ADVENTURELAND, sampai mana saya cerita semalam ye.. sebenarnya saya menulis terus kesini bukan rancang hendak tulis apa, saya terus tulis sahaja, bagi para penulis profesional mereka menulis ditempat lain dahulu kemudian baru masukan kedalam website kalau tidak silap sayalah.
Disebabkan itu lah mungkin ada kesilapan saya dalam penulisan yang saya tidak nampak atau tahu. Saya harap dapatlah sahabat membantu. Saya akan letakan link whatsApp dibawah setiap cerita bolihlah sahabat whatsApp saya atau komen diruagan komen.
yang semalam, sambung dekat perubahan yang tidak dijangkakan olih orang biasa tentang pembinaan IDPT ini.
Memang lama sebelum IDPT ini dibina orang kampung pun tahu juga sikit-sikit cerita tentang akan adanya projek petronas ini, cumanya mereka tidak tahu pasti apakah projek petronas itu sebesar mana?
Kebanyakan orang kampung hanya menganggarkan kemungkinan sebuah setesen pam Petronas akan didirikan disana, ini kerana pada masa itu tidak ada pam minyak besar di Sungai Rengit hanya ada pam tiada jenama yang kecil sahaja.
Sebenarnya pada masa itu
orang kawasan Sungai Rengit sangat memerlukan sabuah pam minyak yang besar, kerana apabila kedua-dua syarikat besar pembinaan Jeket Pelantar minyak secara serentak, menyebabkan kenderaan luar masuk kedaerah Sungai Rengit terlalu banyak.
Mereka terpaksa beratur panjang untuk mengisi minyak, warga tempatan pun terpaksa melalui pengalaman yang tidak selesa bila mengisi minyak.
Namun apabila tidak ada projek yang dilakukan olih Sembawang Shipyard dan Ramunia Fabrication maka keadaan pam ini dan pekan Sungau Rengit menjadi lengang dan sunyi.
Adakalanya hampir dua tahun tiada projek yang dijalankan, keadaan menjadi semakin sunyi dari deruan kenderaan, hanya sedikit bilangan kenderaan warga tempatan menggunakan jalan raya. Ada yang kelakar dengan mengatakan kita bolih berbaring ditengah jalan bila tiada projek di Sembawang Ramunia.
Baiklah, berbalik cerita Desaru,
Desaru kini sangat pesat membangun dan maju telah banyak banggunan perniagaan bertingkat dibina.
Ada hotel-hotel besar kedai dan pasaraya pun banyak. Pokoknya semua kemudahan telah ada.
Tempat-tempat riadah pun banyak didirikan olih pengusaha tempatan mahupum pengusaha dari luar negara. Hotel atau resort yang dulunya terbiar, sekarang sudah dibaik pulih dan beroperasi semula.
yang menghubungkan desaru dengan daerah luar semakin memainkan peranan mempercepatkan kemajuan Desaru.
Salah satu penyertaan baru kedalam ikonomi Desaru adalah pembinaan sabuah taman hiburan keluarga yang besar. Iaitu taman TAMAN TEMA AIR DESARU COAST ADVENTURELAND ia nya mula dibuka pada 18 Julai 2018 yang lalu. Jadi jika ada kesempatan anda bolih datang kesini bersama kawan atau dengan keluarga.
Harga tiket masuk pun sangat berpatutan. Rm75.00 seorang dan Rm110 seorang yang bukan warga negara. Buka setiap hari dari 10 pagi hingga ke pukul 06 petang.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء
Perubahan Bandar Desaru Sangat Drastik
dulu dengan sekarang, jom kita cerita sedikit apa yang berubahnya,
Sebelum kita meneruskan cerita "TAMAN TEMA AIR DESARU COAST ADVENTURELAND Tempat Percutian Yang Sangat Menarik" kita imbas kembali perubahanya, perubahan ini dapat dirasai olih mereka yang pernah dan sering menggunakan laluan ini untuk ke Pekan Sungai Rengit, suatu ketika dahulu.
Dari Kota Tinggi ke Sungai Rengit biasanya mereka akan singgah sebentar disebuah setesen minyak kecil dikiri jalan berdekatan simpang kebandar Desaru, mereka mengisi minyak dan berehat sebelum meneruskan perjalanan ke Pekan Sungai Rengit.
Setibanya mereka di Sungai Rengit destinasi terakhir kebanyakan pengguna jalan raya pada masa itu ialah ke Teluk Ramunia, ini kerana sebelum ada Perojek IDPT di Tanjung Kapal Sungai Rengit, hanya Teluk Ramunia sahajalah yang menjadi tumpuan orang luar.
Bagi yang belum tahu, IDPT adalah singkatan dari Independent Deepwater Petroleum Terminal. Dibangunkan dikawsan yang sangat luas. Satu kawasan yang dirancang begitu rapi. Mengambil masa yang lama untuk direalisasikan.
Sebelum ada IDPT orang luar atau para pekerja dari luar datang ke Teluk Ramunia kerana disitu ada ruang kerja Sembawang Shipyard. Syarikat Sembawang Shipyard biasanya melakukan projek-projek besar. Sembawang Shipyard Engineering adalah pakar dalam membina Pelantar Minyak, mereka menggunakan ramai tenaga kerja profesional dari luar negara dan memerlukan ramai tenaga kerja mahir dan separa mahir tempatan.
Diteluk ramunia juga pada masa itu ada sebuah lagi syarikat engineering. Syarikat ini juga terlibat dalam kerja-kerja mebina pelantar minyak. Olih sebab peluang kerja yang banyak dikedua-dua syarikat ini, ramailah orang luar datang ke Sungai Rengit.
Syarikat yang kedua juga terlibat dalam bidang pembinaan pelantar minyak dan engineering lainya,
Syarikat kedua besar disitu ketika itu adalah
Ramunia Fabricators Sdn. Bhd. berlokasi hanya bersebelahan dengan Sembawang Shipyard Engineering.
Para pekerja ini menyewa kediaman kawasan sekitar Sg. Rengit, Pengerang juga kawasan Teluk Ramumia. Jadinya bandar Desaru ketika itu hanya persingahan mengisi minyak dan berehat sahaja.
Disebabkan itulah pada masa itu Bandar Desaru hanyalah bandar sepi kerana pengguna jalan raya tidak memasuki Bandar Desaru, mereka hanya singgah di Pertronas Desaru kemudian meneruskan perjalanan ke Teluk Ramunia
Lagi pula jarak dari Desaru ke Teluk Ramunia masih lagi jauh. Jadi mereka tidak ada keperluan untuk santai-santai di Desaru.
Namun ketika ini perubahan Bandar Desaru yang begitu cepat kerana adanya perubahan besar di Sungai Rengit Pengerang iaitu pembinaan 'IDPT Pengerang'
Inilah perubahan yang tidak dijangka-jangka olih kebanyakan orang biasa seperti kita, tapi bagi elit-elit kerajaan mereka sudah lama tahu akan terbenanya IDPT ini.
Sekurang-kurangnya perancangan bermula lima belas tahun sebelum fasa pertama IDPT bermula. bersambung besok..
Sejak sekian lama orang kampung mengamalkan makan Ulam Pucuk Ubi ketika makan nasi. Selain daripada pucuk ubi mudah didapati, pucuk ubi juga mengandungi khasiat tersendiri.
Kebanyakan orang kampung sendiri memang suka makan ulam ulaman ketika makan nasi tengah hari atau makan malam. Tidak sah jika tidak ada barang satu jenis ulaman disediakan.
Daun pucuk ubi yang direbus memang sedap kalau dimakan bersama sambal pedas ikan bilis, apalagi kalau daun pucuk ubi dimasak lemak cili api memang menyelerakan.
Selain ulam pucuk ubi ada juga ulam dari buah-buah pokok yang tumbuh meliar didalam hutan rimba.
Bila tiba musim buah-buah ulam hutan seperti buah jering, buah petai, Buah Genuak sudah tentulah makan tengah hari mereka tidak meriah jika tidak menyediakan ulaman buah tersebut.
Bolih dikatakan bila tiba musim buah itu,
mahu tidak mahu, tetap ada buah petai atau buah jering sebagai ulam ulaman.
Ketika musim buah buahan jering petai inilah penduduk kampung yang berada dipinggir rimba akan meraih pendapatan sampingan dengan mencari buah jering buah petai yang banyak tumbuh dihutan rimba berdekatan kampung.
Berbalik kepada ulam daun pucuk ubi, ramai antara kita sebenarnya tidak tahu kebaikan memakan ulam daun ubi. Sebenarnya ada banyak kebaikan untuk keesihatan badan jika kita makan pucuk ubi.
Jika kena dengan cara memasak yang betul seperti ibu-ibu dikampung tentu sekali menu daun pucuk ubi menjadi sangat lazat.
Sepertinya ada zat yang berfungsi sebagai anti kanser, bolih menguatkan tulang dan daya ingatan, masakan daun ubi juga mempunyai protin yang setara dengan menu masakan lain.
Selain dari bolih mencegah sembelit daun ubi juga mampu menjaga kesihatan mata serta
bolih menguatkan kekebalan tubuh.
Begitulah sedikit sebanyak yang perlu kita ketahui akan khasiat daun pucuk ubi yang selalu menjadi menu kegemaran orang kampung.
Ada juga kajian yang mengatakan bahawa asid amino dalam daun ubi berguna bagi memulihkan masaalah kulit dan mempercepatkan pemulihan luka.
Selepas ini jangan memandang rendah kepada pengemar daun pucuk ubi, ada baiknya kita turut cuba menjadikan daun pucuk ubi sebagai menu masakan kita, supaya kita juga turut mendapat mafaat yang sama.
Walaupun hanya daun pucuk ubi kayu tetapi khasiatnya banyak sekali manafaatnya kepada tubuh badan kita.