March 22, 2023

TAMAN TEMA AIR DESARU COAST ADVENTURELAND Tempat Percutian Yang Sangat Menarik [bahagian dua]

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Salam bahagia semua saya mendoakan kebahagian milik anda semua.

Saya bahagia dengan cara saya sendiri iaitu belajar menulis didalam weblog ini. Hobi kita berbeza, mungkin hobi anda suka memancing, suka termenung, suka kumpul barang antik dan cubalah elak dengan hobi suka kumpul janda.. okey..😅

Bagi meneruskan cerita semalam iaitu cerita TAMAN TEMA AIR DESARU COAST ADVENTURELAND, sampai mana saya cerita semalam ye.. sebenarnya saya menulis terus kesini bukan rancang hendak tulis apa, saya terus tulis sahaja, bagi para penulis profesional mereka menulis ditempat lain dahulu kemudian baru masukan kedalam website kalau tidak silap sayalah.

Disebabkan itu lah mungkin ada kesilapan saya dalam penulisan yang saya tidak nampak atau tahu. Saya harap dapatlah sahabat membantu. Saya akan letakan link whatsApp dibawah setiap cerita bolihlah sahabat whatsApp saya atau komen diruagan komen.

Okay kita teruskan cerita

yang semalam, sambung dekat perubahan yang tidak dijangkakan olih orang biasa tentang pembinaan IDPT ini.
Memang lama sebelum IDPT ini dibina orang kampung pun tahu juga sikit-sikit cerita tentang akan adanya projek petronas ini, cumanya mereka tidak tahu pasti apakah projek petronas itu sebesar mana?

Kebanyakan orang kampung hanya menganggarkan kemungkinan sebuah setesen pam Petronas akan didirikan disana, ini kerana pada masa itu tidak ada pam minyak besar di Sungai Rengit hanya ada pam tiada jenama yang kecil sahaja.

Sebenarnya pada masa itu

orang kawasan Sungai Rengit sangat memerlukan sabuah pam minyak yang besar, kerana apabila kedua-dua syarikat besar pembinaan Jeket Pelantar minyak secara serentak, menyebabkan kenderaan luar masuk kedaerah Sungai Rengit terlalu banyak.

Mereka terpaksa beratur panjang untuk mengisi minyak, warga tempatan pun terpaksa melalui pengalaman yang tidak selesa bila mengisi minyak.
Namun apabila tidak ada projek yang dilakukan olih Sembawang Shipyard dan Ramunia Fabrication maka keadaan pam ini dan pekan Sungau Rengit menjadi lengang dan sunyi.

Adakalanya hampir dua tahun tiada projek yang dijalankan, keadaan menjadi semakin sunyi dari deruan kenderaan, hanya sedikit bilangan kenderaan warga tempatan menggunakan jalan raya. Ada yang kelakar dengan mengatakan kita bolih berbaring ditengah jalan bila tiada projek di Sembawang Ramunia.

Baiklah, berbalik cerita Desaru,

Desaru kini sangat pesat membangun dan maju telah banyak banggunan perniagaan bertingkat dibina.

Ada hotel-hotel besar kedai dan pasaraya pun banyak. Pokoknya semua kemudahan telah ada.

Tempat-tempat riadah pun banyak didirikan olih pengusaha tempatan mahupum pengusaha dari luar negara. Hotel atau resort yang dulunya terbiar, sekarang sudah dibaik pulih dan beroperasi semula.

Dengan jalan lebuhraya yang besar

yang menghubungkan desaru dengan daerah luar semakin memainkan peranan mempercepatkan kemajuan Desaru.

Salah satu penyertaan baru kedalam ikonomi Desaru adalah pembinaan sabuah taman hiburan keluarga yang besar. Iaitu taman TAMAN TEMA AIR DESARU COAST ADVENTURELAND ia nya mula dibuka pada 18 Julai 2018 yang lalu. Jadi jika ada kesempatan anda bolih datang kesini bersama kawan atau dengan keluarga.

Harga tiket masuk pun sangat berpatutan. Rm75.00 seorang dan Rm110 seorang yang bukan warga negara. Buka setiap hari dari 10 pagi hingga ke pukul 06 petang.

klik dibawah untuk baca bahagian satu







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

No comments: