جزاكم الله خيراالجزاء
Perubahan Bandar Desaru Sangat Drastik
dulu dengan sekarang, jom kita cerita sedikit apa yang berubahnya,Sebelum kita meneruskan cerita "TAMAN TEMA AIR DESARU COAST ADVENTURELAND Tempat Percutian Yang Sangat Menarik" kita imbas kembali perubahanya, perubahan ini dapat dirasai olih mereka yang pernah dan sering menggunakan laluan ini untuk ke Pekan Sungai Rengit, suatu ketika dahulu.
Dari Kota Tinggi ke Sungai Rengit biasanya mereka akan singgah sebentar disebuah setesen minyak kecil dikiri jalan berdekatan simpang kebandar Desaru, mereka mengisi minyak dan berehat sebelum meneruskan perjalanan ke Pekan Sungai Rengit.
Setibanya mereka di Sungai Rengit destinasi terakhir kebanyakan pengguna jalan raya pada masa itu ialah ke Teluk Ramunia, ini kerana sebelum ada Perojek IDPT di Tanjung Kapal Sungai Rengit, hanya Teluk Ramunia sahajalah yang menjadi tumpuan orang luar.
Bagi yang belum tahu, IDPT adalah singkatan dari Independent Deepwater Petroleum Terminal. Dibangunkan dikawsan yang sangat luas. Satu kawasan yang dirancang begitu rapi. Mengambil masa yang lama untuk direalisasikan.
Sebelum ada IDPT orang luar atau para pekerja dari luar datang ke Teluk Ramunia kerana disitu ada ruang kerja Sembawang Shipyard. Syarikat Sembawang Shipyard biasanya melakukan projek-projek besar. Sembawang Shipyard Engineering adalah pakar dalam membina Pelantar Minyak, mereka menggunakan ramai tenaga kerja profesional dari luar negara dan memerlukan ramai tenaga kerja mahir dan separa mahir tempatan.
image source from: https://www.thestar.com.my/business/business-news/2004/08/30/ramunia-beats-all-odds
Diteluk ramunia juga pada masa itu ada sebuah lagi syarikat engineering. Syarikat ini juga terlibat dalam kerja-kerja mebina pelantar minyak. Olih sebab peluang kerja yang banyak dikedua-dua syarikat ini, ramailah orang luar datang ke Sungai Rengit.
Syarikat yang kedua juga terlibat dalam bidang pembinaan pelantar minyak dan engineering lainya, Syarikat kedua besar disitu ketika itu adalah Ramunia Fabricators Sdn. Bhd. berlokasi hanya bersebelahan dengan Sembawang Shipyard Engineering.
Para pekerja ini menyewa kediaman kawasan sekitar Sg. Rengit, Pengerang juga kawasan Teluk Ramumia. Jadinya bandar Desaru ketika itu hanya persingahan mengisi minyak dan berehat sahaja.
Disebabkan itulah pada masa itu Bandar Desaru hanyalah bandar sepi kerana pengguna jalan raya tidak memasuki Bandar Desaru, mereka hanya singgah di Pertronas Desaru kemudian meneruskan perjalanan ke Teluk Ramunia
Lagi pula jarak dari Desaru ke Teluk Ramunia masih lagi jauh. Jadi mereka tidak ada keperluan untuk santai-santai di Desaru.
Namun ketika ini perubahan Bandar Desaru yang begitu cepat kerana adanya perubahan besar di Sungai Rengit Pengerang iaitu pembinaan 'IDPT Pengerang'
Inilah perubahan yang tidak dijangka-jangka olih kebanyakan orang biasa seperti kita, tapi bagi elit-elit kerajaan mereka sudah lama tahu akan terbenanya IDPT ini.
Sekurang-kurangnya perancangan bermula lima belas tahun sebelum fasa pertama IDPT bermula.
bersambung besok..
klik dibawah untuk baca bahagian dua
Terima kasih! Jumpa lagi
Baca Lagi Kesah Fidah!
👍
ReplyDeleteTerima kasih..atas sokongan anda.💗
Delete