January 30, 2023

Peminat Burung Dalam Sangkar.

Assalamualaikum...salam berbahagia semua.

Bertemu lagi kita hari ini, cadangnya hari ini kita hendak bergerak keutara, olih kerana kita tidak dapat tiket bas ke-utara jadi kita tangguh dahulu hingga besok atau lusa. Kami sudah tidak selera lagi untuk memandu sendiri. Rasa lengoh belakang badan jika memandu jauh. Maklum lah usia sudah meningkat.!

Jadi sebelum balik kerumah kami bercadang untuk melihat-lihat kekedai yang ada disini.
Kami singgah dahulu hari ini kekedai menjual burung di Pekan Nanas. Kerana kami berminat kepada binatang peliharaan terutama burung.
Kegemaran ini memang ada sejak lama, cuma tidak terlalu tegar melayan kehendak hati, ada lah sekor dua burung, ayam hutan kacuk, ayam kampung dan itik hanya untuk memenuhi sedikit hobi ini.

Kami selalu berulang-alik antara utara dengan selatan, jadi tidak bolih memelihara terlaku banyak binatang.



salamceria





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



January 29, 2023

Roti Perata Abang Din - Din Murtabak

Assalamualaikum... salam sejahtera semua.
Pagi kita sarapan roti canai dikedai viral di pontian. Tukang menyediakan roti canai pun hebat. Seperti biasa kita oder dua roti kosong banjir. Kena dengan kuahnya.. memang sedap dan lazat.


Kepada anda yang datang ke Pontian bolih lah singgah dikedai makan Abang Din.
Jangan lupa sila singgah dikedai Abang Din Murtabak . Taman Sri Aman, Pontian.
🤝


salamceria





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



January 28, 2023

PERODUA Axia 2023

Assalamualaikum. Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan…


Nampak hebat cantik dan bergaya, sesuai untuk semua golongan. Kereta kecil yang ringkas untuk berulang alik ketempat kerja.


salamceria





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



March 27, 2022

Mana Lebih Utama Haji Atau Umrah.

Assalamualaikum...

Semoga semua anda sihat sejahtera seisi keluarga.

Jawaban ialah Haji. Kenapa Haji? Kerana Haji adalah rukun islam.

Hendak umrah silakan, tetapi jangan ada alasan untuk membenarkan apa yang kita lakukan.

Kerana.. Haji pertama adalah wajib, haji kedua adalah sunat.

Kebanyaakan ustad guru tidak menyatakan hal yang sebenar kerana ingin menjaga hati yang bertanya.

Takut mengecewakan mereka yang sukacita sangat hendak berpegian umrah.

Pada saya pun, anda suka lah hendak membuat keputusan yang bagaimana.. saya hanya mengkhabarkan apa yang benar antara Haji atau Umrah.

Jika mengikut turutan... Memang Haji yang utama dari Umrah.

Allah sahaja yang mengatahui segalanya.

terima kasih.


salamceria





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



February 26, 2021

Belokok Terkenang Sahabat Lama

Assalamualaikum...

Semoga anda berada didalam keadaan sihat sahaja, jaga lah cara makanan yang baik supaya kita akan kekal sihat, jika anda sihat, tentulah anda bolih selalu datang meninjau ke website blog saya ini.

Terima kasih sekali lagi kerana masih datang ke blog saya ini. Jika anda ada masa lapang sila semaklah tulisan saya yang sebelum ini!

Berkemukinan sehari dua lagi saya akan berangkat menuju ke Utara Semenanjung, iaitu ke Kulim Kedah.

Kini saya berada di Selatan Semenanjung lebih tepat lagi di Pontian Johor.

Digambar diatas itu tempat kenangan saya bersama Sahabat lama saya, tetapi sekarang dia sudah tiada lagi. Saorang sahabat yang rasanya susah hendak dicari ganti. Sentiasa memahami masaalah kita dan sentiasa bersedia membantu kita bila kita ada masaalah.

Jika tidak salah saya dan dia pernah kesini untuk mengambil gambar disekeliling sini adalah pada tahun 2015.
Dan gambar atas ini saya ambil pada tengah hari tadi, sekarang adalah bulan dua tahun 2021.

Nanti saya akan mencari kembali gambar tersebut dan meletakanya disini, gambar itu saya letak ke laman web pertama saya, dimasa itu saya gunakan platform 'tripod.com' itu lama dahulu.

Di Pasir Gudang. Banyak pengalaman baru ditempat ini. Menjala dan memancing sepuasnya. Selalu saja makan ikan fresh dari laut.

Di Pasir Gudang. Ketika bekerja dengan syarikat Etramarine Shipyard. Makan tidur atas kapal.


salamceria










Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆