Bertemu lagi kita hari ini, cadangnya hari ini kita hendak bergerak keutara, olih kerana kita tidak dapat tiket bas ke-utara jadi kita tangguh dahulu hingga besok atau lusa. Kami sudah tidak selera lagi untuk memandu sendiri. Rasa lengoh belakang badan jika memandu jauh. Maklum lah usia sudah meningkat.!
Jadi sebelum balik kerumah kami bercadang untuk melihat-lihat kekedai yang ada disini.
Kami singgah dahulu hari ini kekedai menjual burung di Pekan Nanas. Kerana kami berminat kepada binatang peliharaan terutama burung.
Kegemaran ini memang ada sejak lama, cuma tidak terlalu tegar melayan kehendak hati, ada lah sekor dua burung, ayam hutan kacuk, ayam kampung dan itik hanya untuk memenuhi sedikit hobi ini.
Kami selalu berulang-alik antara utara dengan selatan, jadi tidak bolih memelihara terlaku banyak binatang.
Terima kasih!
Baca Lagi Kesah Fidah!