June 15, 2013

Pelabuhan Tanjung Pelepas [PTP] Kerja-Kerja Tambahan 2013.

Assalamualaikum...

Salam ceria semua yang kebetulan tersinggah disini!

Setiap hari kerja berterusan tanpa mengira panas dan hujan. Panasnya hingga tidak terkata! sebab itu kebanyakan pekerja yang bekerja buruh disini adalah dari luar negara.

Bilangan tenaga buruh tempatan adalah amat kurang, mungkinkah disebabkan mereka tidak tahan panas atau kerana imbuhan terlalu rendah! Tidak pasti pulak apakah sebab kurang pekerja buruh tempatan yang bekerja disini.

Hanya mereka sahaja yang tahu sebabnya, inilah.. kekadang itu, banyak peluang pekerjaan seperti ini sepatutnya diutamakan penduduk tempatan, akan tetapi sebaliknya pekerja luar yang disanjung dan dibayar gaji hampir sama dengan gaji penduduk tempatan.

Bila pembesar melaungkan perojek besar akan dilaksana dan memberi beribu peluang pekerjaan, namun yang sebenarnya hanya segelintir saja yang mendapat peluang bekerja disini, selebihnya dibolot olih pekerja dari luar negara.

Erm.... apa nak buat!!

Kebanyakan syarikat pembinaan yang ada, mereka lebih suka menggajikan pekerja luar negara, daripada anak-anak tempatan.

Seperti PTP ini, kekadang kerenah pentakbiran keselamatan dipintu masuk 'B' untuk kekawasan pembinaan ini pun satu kesilapan kerana mereka tidak membenarkan orang 'Tempatan' untuk memasuki dan meminta pekerjaan didalam sini!

Pernah terjadi kepada saorang penduduk tempatan memohon 'Pas sementara' untuk memasuki kawasan pembinaan, tetapi dihalang olih petugas wanita yang begitu sombong sekali dengan keras tidak membenarkan, alasanya tempat tersebut merbahaya!

Sedangkan semua syarat telah dipenuhi, seperti meletakan 'Lesen Memandu' nama Syarikat Pembinaan Tersebut pun telah diberitahu.

Nampak sangat 'Pengawal Keselamatan Wanita' tersebut tidak berhati perut! sedangkan Pak Cik berkenaan berhasrat untuk mendapat kerja disitu untuk menyara keluarganya. Tidakkah 'Pengawal Keselamatan Wanita' itu mengatahui ada beratus-ratus pekerja warga asing didalam tapak perojek situ? Sepatutnya benarkanlah Pak Cik itu masuk berjumpa dengan 'mandor' seperti yang diberitahu rakan Pak Cik itu.

Jika hendak menjaga keselamatan pun gunakanlah budi bicara yang cerdik sikit... kecualilah Pak Cik itu kelihatan seperti pembunuh upahan, wajib dihalang. Membawa senjata atau sebagainya yang mencurigakan!!

Maka biliklah Pak Cik itu dengan 'Hati' yang kecewa, bukan kecewa tidak dapat kerja! tetapi sangat kecewa dengan sikap/perangai 'Pengawal Keselamatan Wanita' yang tidak mempunyai belas kasihan kepada dirinya anak tempatan.

Dalam pada itu.. Jangan harap ada syarikat pembinaan Melayu yang turut serta mendapat tender projek-projek pembinaan yang semacam ini. Datanglah lihat sendiri...

Nak kata salah siapa dalam hal ini? rasanya salah orang Melayu juga.....


edited09/11/20





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



June 03, 2013

Pelabuhan Tanjung Pelepas [PTP] Kerja Pembesaran 2013.

Salam hormat semua,
Semoga anda cekalkan hati untuk meneruskan sebarang kegiatan yang berfaedah kepada diri anda semua, walaupun banyak rintangan dan dugaan silih berganti.

Jika kita takut menghadapi dugaan, nercaya semua yang kita impikan tidak mungkin akan menjadi kenyataan. Mungkin ada sesetengah orang sangat bernasib baik, serta selalunya berjaya didalam apa yang diusahakanya...

Namun peratusanya sangat sedikit, dan tidak bolih dianggap nasib semata-mata! kerana dia melakukan dengan cara yang betul, jadi usahanya berolih kejayaan.

Jika ditanya kenapa Orang Melayu berniaga selalunya tidak berapa berjaya atau tidak beberapa tahun kemudian semuanya bengrap!!

Termasuk yang berniaga sederhana atau yang berniaga runcit dikampung juga dibandar, kenapa cepat sangat lingkup gulung tikar??

Jawapan paling mudah ialah mereka ini berniaga hanya untuk mendapatkan pendapatan untuk diri mereka sendiri sahaja.. 'BUKAN' berniaga untuk diwarisi keturunan mereka seperti kaum Cina berniaga.

Jadi bila dapat untung sekali dua,,, mulalah berbelanja sakan yang bukan untuk kemajuan perniagaan...

jadi.. cepat bengerapsi... ha.. ha.. ha..


edited09/11/20





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



May 21, 2013

Pelabuhan Tanjung Pelepas [PTP] Kerja Lancar.

Assalamualaikum...

Salam berbahagia semua, hari ini kerja-kerja berjalan lancar seperti biasa.

Cuaca disini sangat panas, sesiapa yang tidak tahan panas jangan datang berkerja disini.. jadi belajar rajin-rajin sampai pandai, buat kerja kat opis..

Kebanyakan pekerja kasar atau tenaga buruh adalah diimpot dari dari luar Negara! macam-macam orang pun ada...

Kami sedang melakukan kerja-kerja pembesaran dan pelebaran kawasan pelabuhan. Senang cerita membuat lagi dua fasa iaitu fasa 9 , 10 , 11
Atau lebih dikenali sebagai sepertinya kami sedang membangun menambah walf 10, 11, 12. untuk pelabuhan PTP, hihi...

Jawatan saya disini, sebagai orang kuat tokey, kerja yang berat-berat tu saya lah yang buat, kalau setakat mesin komperossor yang beasar tu pun saya bolih angkat selembe je...

Korek lobang, angkat batu besar itu pekara biasa bagi saya.. haha.. saya kerja sebagai operator excavator disini. Mahunya tak kuat... tapi lebih dikenali sebagai dereber kobe, ye... kobe, sebab ada excavator jenama KOBE .. jadi semua dipanggil mesin kobe

Sama dengan toyota HILUX, asal lori kecik je... semua hilux.. tak kira apa jenis keluaran... semua hilux...

erm... itu saja kali ini, jari sudah lenguh.. ha. ha. ha..


kerja-kerja menanam besi keping panjang


besi keping ini untuk penahan ombak dan pasir


ini batang pailing kongkerit,
ini besar ini dua pemeluk lebih kurang,
besi ini dipacak dan diketuk dengan mesin
hingga tidak bolih masuk lagi kedalam tanah.


yang ini import Bangala mari


tapak-tapak untuk meletak
kontena sedang dalam pembinaan.










Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆