March 11, 2013

Aku Terus Mencintai Kamu.

Tidak sangka akan alasan penanguhan yang aku berikan itu, membuatkan Bapak naik angin.. Bapak aku memang terkenal dengan sikap cepat marah, kalau bertentang pendapat denganya.

Dia hendak buat apa lagi dengan aku... aku bukanya anak kecil lagi kalau dia hendak rotan pun. Dengan suara yang garau dia membebel pada aku.

"Gila..!" itu kata bapak aku. Aku sekadar ketawa.. akhirnya terpaksalah kedua orang tuaku pergi semula kerumah mereka memberi tahu hal sebenar.

Selang tidak lama lebih kurang setahun aku dengar sidia sudahpun kahwin, baguslah.. beberapa hari kemudian pengantin baru datang menziarah kedua orang tuaku, kami sekeluarga melayan pengantin baru dengan baik.

Apa lagi kakak dan adik-adik ku, yang sangat gembira dengan kehadiran tetamu pengantin baru.
Ramah mesra dengan kami sekeluarga, pengantin lelaki pun tidak kurang mesra walaupun sedikit pemalu. Aku pun turut kepekan Malau membeli ais batu serta makanan.

Emak aku memesan supaya aku membeli tiga ekor ikan terebok untuk dimasak, emak cakap dia hendak menjamu pengantin baru! kami makan kendurilah hari itu, emak menjemput Ustad Idris jiran sebelah rumah dia juga saudara sebelah emak untuk bacakan doa'

Sayangnya semasa itu Bapa aku tiada dirumah, bapaku masuk gunung bersama rakanya mencari hasil hutan memang itu menjadi kerja sampingan penduduk dipinggir gunung ini.

Masa paling ramai masuk gunung adalah pada musim buah-buahan, dia orang tinggalkan sementara kerja biasa dilakukan kerana hasil hutan lebih lumayan. Jika bapak aku ada tentu dia pun gembira juga.

Aku cuba melayan mereka seperti tiada apa-apa pernah berlaku sedikit masa dahulu, pengantin lelaki hampir sebaya dengan aku, jadi aku cerita macam-macamlah tentang kerja aku di Kuala Lumpur dan macam mana aku dan rakanku selalu pergi Tasik Perdana kacau perempuan.

Namun dengan aku, sidia buat muka tak puas hati.. aku tak ambil pusing pun, walaupun agak ketara apa yang dia tunjukan, tapi aku cuba menjadi tuan rumah yang baik.

Sehingga sebelah petang masa mereka nak pulang pun dia sempat menjeling tajam kearahku bila aku bepesan pada suaminya supaya bawak moto baik-baik. Aku buat tak tahu saja dan menyuruh datang lagi bila ada masa.

Kepada Tuhan juga aku berharap semoga mereka berdua sentiasa hidup berbahagia selalu.

Aku dahulu tidak berjanji apa-apa dengan dia, mungkin salahnya aku rasa sebelum kedatangan aku dia sudah diberi tahu yang aku datang untuk melihat dia sebagai calun pasangan aku.

Atau juga, dia dimasa itu tiada sesiapa dihatinya, bila aku datang hanya aku sahaja yang orang yang pertama singgah dihatinya.
Kita sekeluarga sekadar merancang, hanya takdir yang menentukan segalanya.

Teruskalah hidup kamu yang bahagia itu untuk selamanya, anggaplah semuanya suratan Allah yang memehak dan memberi kebahagian kepada kamu berdua.

Dan aku..
Biarlah aku teruskan hidup dibanyangi Fidah sampai kesaat ini.

umpama....

Senang bukan, susah pun bukan.
Anak gembala tercari-cari.
Sayang bukan, pisah pun bukan.
Meniti bala berhari-hari.

Fidah sayang.. kau tidak bersalah sayang.. hanya aku yang bersalah! kerana aku terlalu mengharap kasihmu. Mengharap dirimu berada disisiku agar dapat menemani hidupku hingga akhir nanti.

Namun begitu aku megerti yang harapan itu hanya tinggal harapan dan tidak mungkin akan menjadi kenyataan lagi.
Namun hatiku begitu lara untuk megerti akan jurang yang dalam telah memisahkan kita. Aku juga sedar diketika ini.. aku hanya sekadar tersasar dari batas pengertian yang harus aku terima.

Kutidur tidak, kulalu tidak.
Pantang berdiri dipohon beringin.
Ketimur tidak, kehulu tidak.
Daku berlari mengejar angin.

Fidah sayang.. bukan aku tidak cuba melupakan kamu, dan bukan juga aku tidak mengizinkan kau bahagia. Tetapi kenangan kelmarin sering menggangu takkala aku cuba membuang mu jauh dari ingatan.
Walaupun aku kekadang rasa bersalah kerana terus mencintai kamu, seolah-olah aku tidak rela kau berbahagia diketika ini. Percayalah aku langsung tidak berniat begitu, malah aku sangat mendoakan akan kebahagian hidupmu.

Sebagai seorang insan yang pernah kau sayang, aku tidak sesekali cuba menghampiri dirimu kembali. Malah aku sebenarnya semakin jauh membawa diri diperantauan. Supaya aku tidak menjadi duri dalam kebahagiaan hidup kamu.

Hendak roboh, robohlah padi.
Jangan timpa sipohon berduri.
Hendak berjodoh, pada yang sudi.
Entah berjumpa gerangan dicari.

Fidah sayang.. biar lah aku hidup sendirian diperantauan sini. Tiada kasih tiada sayang, tiada keluarga tempat mengadu. Siang bermandikan airmata, malam berselimut duka dalam meniti hari-hari yang masih tersisa.

Kampung halaman ayah bonda tercinta turut tertinggal bersama kenangan nestapa didesa sana. Kuharap dikejauhan sini aku dipertemukan dengan sesaorang insan yang mampu mengubat jiwa yang parah terluka ini.

Batang buluh dibelah empat,
Dibuat para menyimpan padi.
Bukanku suruh diri merempat.
Hati yang lara mengikut jadi.

Fidah sayang.. dan jika kau ada mendapat khabar tentang diriku, janganlah dikau meratapi aku. Kerana aku bukan sengaja membiarkan diriku jadi begini, bukan pula meraih simpati darimu.

Tidak perlu kau risaukan aku akan menyalahkan kamu hingga aku jadi begini, tidak Fidah.. tidak sekali-kali aku akan menyalahkan kamu. Kau teruskanlah hidupmu dengan penuh kebahagian.. ini adalah cara hidupku dan bukannya bala dari perbuatanmu!

Aku begini adalah kerana ini saja yang aku tahu, tiada yang lain yang dapat mengubat aku selain kamu.

Jasatku letih tiada berubat.
Pandaganku kabur semakin gelap.
Jiwa merintih rindu melarat.
Bilakah nyawa penamat harap.

Fidah sayang.. seringkali aku ingin pergi lebih jauh dari dirimu. Jauh sejauhnya dan tidak akan kembali lagi. Aku seperti merasakan bahawa sudah selesailah sudah kehidupan aku didunia ini.

Jika aku kembali kaku, tak usahlah menziarahi dan memehak akan aku. Kerana aku terlalu ingin lepas bebas dari lara dunia ini. Lepas dari sengsara kenangan kasih bersamamu didunia ini.










Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen


Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik Minat Anda.


Budak Kahwin Wanita Tua.

Budak sekolah berumur lapan tahun berkahwin dengan Wanita 61 tahun.

Seorang Budak bernama Sanele dari Tshwane, Afrika Selatan, berkata beliau telah diminta oleh nenek moyangnya yang telah meninggal dunia melalui mimpi supaya berkahwin, dan keluarga beliau, bimbang sesuatu musibah berlaku, keluarganya segera menganjurkan majlis perkahwinan itu.

'Sanele' diberi nama olih mediang datuknya, datuknya yang tidak pernah berkahwin secara 'sah' sebelum dia meninggal dunia, bila ditanya kepada Sanele dengan siapa dia mahu berkahwin? Dia memilih Helen kerana beliau sukakan Helen.

Sanele telah mengahwini Helen Shabangu yang juga seorang Ibu kepada lima orang anak berusia antara 37 hingga 27 tahun. Helen yang berkerja dipusat kitar semula berkata, 'Saya tidak mempunyai masalah dengan perkahwinan ini kerana saya tahu ia adalah permintaan nenek moyang kami, ianya akan mebuatkan 'roh' mereka gembira.'

Ibu Sanele, Patience Masilela berusia 46th berkata 'Ini adalah pertama kali telah berlaku dalam keluarga!
Dan dia berkata dangan tenang:
'Dengan cara ini kami membuatkan nenek moyang kami gembira. Jika kita tidak melakukan apa yang anak saya telah minta, maka sesuatu yang buruk akan berlaku dalam keluarga kami.

Patience Masilela yang telah kematian suami juga bekerja di pusat Kitar Semula yang sama dengan Helen, menambah: 'Saya akan mengatakan bahawa acara ini tidak salah.
'Sanele tidak ada masaalah dan dia gembira dengan perkahwianan ini seperti mana yang dia mahukan. Beliau kelihatan gembira untuk berkahwin dan sangat teruja.

Sanele dan pengantin perempuannya tidak menandatangani sijil perkahwinan dan tidak perlu untuk hidup bersama. Kedua-dua akan kembali semula kepada kehidupan normal mereka.

'Saya gembira bahawa saya berkahwin dengan Helen - tetapi saya akan pergi ke sekolah dan belajar bersungguh-sungguh, ujar Sanele lagi.
Sanele berkata dia berharap dia akan berkawin suatu hari nanti dengan wanita yang sesuai dengan umurnya apabila dewasa kelak.

Suami Helen Shabangu, Alfred, 65th, berkata: 'Saya dan anak-anak gembira dengan majlis ini. 'Kami tidak mempunyai masalah cara perkahwinan ini tetapi ada sebilangan penduduk kampung agak terperanjat.'
Alfred yang bekerja sebagai buruh binaan berkata, lagipun kami tahu ini bukanya perkahwinan sebenar, cuma satu acara untuk mengembirakan simati sahaja.

Cincin ditukar di hadapan 100 tetamu dan bersedia untuk acara ciuman pengantin.

Ciuman pengantin Murid Sekolah dengan wanita berusia 61 tahun, yang sudah berkahwin dan mempunyai lima anak.

Cincin tanda ikatan: Keluarga budak itu mengatakan perkahwinan itu hanya ritual dan tidak diiktiraf dalam undang-undang.

Helen dan Sanele berpimpin tangan penuh gaya turun dari pelamin.
'Ia adalah ritual. Kami hanya memriahkan acara, tetapi ia adalah tanda bahawa dia akan berkahwin satu hari nanti, ulas Helen.

Pasangan pengantin bergaya dengan pakaian tradisional dikelilingi tetamu.

Kelihatan seperti Ibu dengan Anak, pasangan pengantin baru berjalan menyusuri jalan berdekatan sebagai memenuhi acara tradisi majlis perkahwinan.


sunting11/11/20





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



March 10, 2013

Sudah Suratan Takdir.

[sambungan kesah Fidah-15]

Aku memerhati jam yang sedang berdetik detik mengerakan jarumnya.
Suasana malam yang agak hening membuatkan bunyi detiknya makin jelas kedengaran. Hari sudah agak lewat ni.. kenapa Nenek aku masih belum pulang lagi?

Jangan-jangan kereta Pakcik aku buat hal tak..?

Aku berharap sangat supaya Nenek dan mereka semua selamat pulang kerumah, aku kasihan pada Nenek ku yang dah tua dan selalu uzur tu.. kalau tidak kerana urusan aku disini, mungkin Nenek aku malas nak datang kesini sebab jauh dari rumah Nenek dan keadaan kesihatan Nenek yang tak menentu.

Ani dengan Intan sudah tiada dihadapan aku, mereka telah kedapur entah apa yang mereka sedang lakukan didapur, cuma sesekali mereka bergurau senda disana. Bunyi sudu jatuh kelantai diikuti ketawa kecil mereka. Mungkin mereka sedang menyediakan resepi untuk sarapan pagi besok.

Tinggal aku kesaorangan... Aku jadi sedikit runsing memikirkan hal-hal Aku dengan Ani.. apa lagi aku bersaorangan diruang tengah ni..

Aku bangun dan melangkah keruang tamu aku ingin membuka talivision tetapi tidak jadi, sebaliknya aku membuka pintu hadapan dan turun kebawah rumah, aku duduk dibangku panjang disitu.

Cahaya lampu luar diatas tangga terang menerangi halaman rumah. Aku memerhati sekeliling didalam kegelapan malam yang berbalam dek sedikit sangat sinaran sang bulan, yang terang hanya dihadapan rumah sahaja.

Aku duduk bersandar diatas bangku kayu dibawah rumah, takala itu hanya bunyi cenkerek dan sang kodok berselang-seli memecah keheningan malam.

Antara dengar dengan tidak, suara kedua gadis dari atas rumah masih menerjah kependengaran ku. Ada-ada saja gurau senda diantara mereka. Lagak seperti dua sahabat yang baru bertemu melepas rindu. Aku memerhati sekeliling.. cuma samar-samar kelihatan segala benda dibawah rumah ini.

Kemudian aku memandang kearah jalan diseberang, kalau-kalau kelibat lampu kereta Pakcik ku telah kembali, namun tiada tanda-tanda mereka akan muncul ketika ini.

Mungkin mereka singgah kerumah saudara-saudara yang berdekatan jalan agaknya fikirku. Aku harap mereka pulang dengan selamat secepat mungkin.

Nyayian sang unggas masih galak bersaing sesama sendiri. Gema sang kodok bersahutan antara yang jauh dan dekat, melahirkan satu irama yang cukup sentimental bagi yang berjiwa mulus dan menghayati alam.

Irama yang benar mengasyikan buat insan lara yang lemas dilautan cinta. Aku menarik nafas panjang, besok aku akan berangkat pulang, apa keputusan yang aku akan beri pada Ibu aku kali ini.

Rasanya tak sampai hati hendak mengecewakan hati kedua orang tuaku. Keduanya sangat berharap yang aku pulang dengan berita gembira serta mengakhiri penantian mereka selama ini.

Aku bagaikan mendengar suara ibuku mendesak aku supaya datang kesini bersama nenek. Emak menasihat aku supaya datang dan lihat dulu calun yang dicadangkan untuk aku.
"Mak rasa kau tidak sepatutnya membujang lagi..!" kata ibu.
"Ala.. mak ni..! relek la.. ada jodoh, kawin la saya nanti.." kata aku melayan ibuku.
"Nak relek apa lagi..? kau tu bukannya muda lagi.." tambah ibuku tak puas hati.

Sebenarnya aku pun dah rasa nak tamatkan zaman bujang aku.. tapi sejak semua rencana aku dengan tunangan ku Fidah itu tidak menjadi, telah membuatkan aku kecewa dan tiada punya semangat lagi nak memikirkan masaalah hendak berumahtangga. Cukuplah sekali aku merana kerana dia, dan tidak terlintas langsung nak cari yang lain sebagai peganti.

Biasanya aku sekadar pemerhati riwayat kehidupan insan lain yang terlebih dahulu merasai kepahitan kesah silam mereka, hanya kelucuan bermain difikiran kenapa masih memikirkan orang yang sudah tiada disisi?

Kenapa tidak dilupakan saja..! bunga bukan-nya sekuntum dan kumbang juga bukanya seekor! Malah ada yang lebih teruk, sehingga tidak mengenal lagi kehidupan yang dilalui. Mungkin hanya tuhan saja yang mengatahui penderitaan mereka itu.

Namun ternyata teragedi pahit mereka telah terpalit dan tertusuk keatas diriku sendiri. Hendak dikata apa.? mungkin sudah suratan takdir hidup yang mesti aku lalui.

Memang sangat mengecewakan.. kerana harapan yang aku impikan hancur begitu sahaja. Sejak itu fikiran ku jadi sangat keliru, tidak tahu hendak mentafsirkan apa yang telah berlaku keatas diriku.

Yang kekadang seperti kata orang, sesuatu musibah itu tanda Allah sayangkan nya, dia hendak menduga kesabaran umat Muhammad yang mana lebih kuat keimanan mereka. Dan mungkin juga musibah yang terjadi keatasku ada hikmatnya, yang barangkali aku sendiri yang tidak nampak kebaikan-nya.

Aku sebenarnya tidak ingin mengsangsikan apa yang berlaku semuanya atas kehendak Allah. Sebagai orang yang pernah sedikit sebanyak mempelajari hal yang berkaitan dengan ugama, aku redha.! Namun aku tak pasti samaada aku begitu pasti dengan hal ini.

"Engkau pergi dengan nenek, lihat dulu orangnya lepas tu baru buat keputusan." Desak ibu aku lagi.
"Adik-adik kau semua dah berkahwin, Mak takut kami tak sempat pula nak tengok kau bersanding!" Begitulah alasan ibuku dia beria-ia menyuruh aku kemari seolah-olah kali ini, memang menjadilah calun pilihan mereka.

Aku kekadang kasihan juga dengan kedua orang tua aku tu, kerana sebelum ini pun sudah beberapa calun yang aku tolak, dengan memberi berbagai alasan. Ada seorang tu, aku pergi juga berjumpa.. berkenalan, penerimaan dia kepada aku pun kira oklah juga.

Ada tanda-tanda sidiapun sudi juga dengan aku ini. Orangnya muda tiga tahun dari aku. Mulanya aku tak kesah kalau jadi pun dengan dia. Tetapi setelah aku pulang, aku khabarkan kepada orang tuaku, aku bagi tempuh setahun.. kalau tak ada orang ambil, aku ambil..!

Ibu aku terperanjat dengan kata-kata aku, bapak aku merah padam mukanya kalau aku masih kecil mungkin sudah kena penampar jepun lah... pak.. maafkan aku pak, bukan sengaja aku berkata begitu, atau sengaja untuk menyakiti hati mu, itulah yang sebenarnya apa yang aku rasa..

Aku tidak merasa apa-apa tengtang dia jadi bagaimana aku hendak mengambil dia..? pak.. sabarlah mungkin bukan sekarang masanya aku mencari penganti Fidah.

Fidah... aku sayang kamu.. dengarlah Fidah, aku sayang kamu...









Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆