March 10, 2013

Sudah Suratan Takdir.

[sambungan kesah Fidah-15]

Aku memerhati jam yang sedang berdetik detik mengerakan jarumnya.
Suasana malam yang agak hening membuatkan bunyi detiknya makin jelas kedengaran. Hari sudah agak lewat ni.. kenapa Nenek aku masih belum pulang lagi?

Jangan-jangan kereta Pakcik aku buat hal tak..?

Aku berharap sangat supaya Nenek dan mereka semua selamat pulang kerumah, aku kasihan pada Nenek ku yang dah tua dan selalu uzur tu.. kalau tidak kerana urusan aku disini, mungkin Nenek aku malas nak datang kesini sebab jauh dari rumah Nenek dan keadaan kesihatan Nenek yang tak menentu.

Ani dengan Intan sudah tiada dihadapan aku, mereka telah kedapur entah apa yang mereka sedang lakukan didapur, cuma sesekali mereka bergurau senda disana. Bunyi sudu jatuh kelantai diikuti ketawa kecil mereka. Mungkin mereka sedang menyediakan resepi untuk sarapan pagi besok.

Tinggal aku kesaorangan... Aku jadi sedikit runsing memikirkan hal-hal Aku dengan Ani.. apa lagi aku bersaorangan diruang tengah ni..

Aku bangun dan melangkah keruang tamu aku ingin membuka talivision tetapi tidak jadi, sebaliknya aku membuka pintu hadapan dan turun kebawah rumah, aku duduk dibangku panjang disitu.

Cahaya lampu luar diatas tangga terang menerangi halaman rumah. Aku memerhati sekeliling didalam kegelapan malam yang berbalam dek sedikit sangat sinaran sang bulan, yang terang hanya dihadapan rumah sahaja.

Aku duduk bersandar diatas bangku kayu dibawah rumah, takala itu hanya bunyi cenkerek dan sang kodok berselang-seli memecah keheningan malam.

Antara dengar dengan tidak, suara kedua gadis dari atas rumah masih menerjah kependengaran ku. Ada-ada saja gurau senda diantara mereka. Lagak seperti dua sahabat yang baru bertemu melepas rindu. Aku memerhati sekeliling.. cuma samar-samar kelihatan segala benda dibawah rumah ini.

Kemudian aku memandang kearah jalan diseberang, kalau-kalau kelibat lampu kereta Pakcik ku telah kembali, namun tiada tanda-tanda mereka akan muncul ketika ini.

Mungkin mereka singgah kerumah saudara-saudara yang berdekatan jalan agaknya fikirku. Aku harap mereka pulang dengan selamat secepat mungkin.

Nyayian sang unggas masih galak bersaing sesama sendiri. Gema sang kodok bersahutan antara yang jauh dan dekat, melahirkan satu irama yang cukup sentimental bagi yang berjiwa mulus dan menghayati alam.

Irama yang benar mengasyikan buat insan lara yang lemas dilautan cinta. Aku menarik nafas panjang, besok aku akan berangkat pulang, apa keputusan yang aku akan beri pada Ibu aku kali ini.

Rasanya tak sampai hati hendak mengecewakan hati kedua orang tuaku. Keduanya sangat berharap yang aku pulang dengan berita gembira serta mengakhiri penantian mereka selama ini.

Aku bagaikan mendengar suara ibuku mendesak aku supaya datang kesini bersama nenek. Emak menasihat aku supaya datang dan lihat dulu calun yang dicadangkan untuk aku.
"Mak rasa kau tidak sepatutnya membujang lagi..!" kata ibu.
"Ala.. mak ni..! relek la.. ada jodoh, kawin la saya nanti.." kata aku melayan ibuku.
"Nak relek apa lagi..? kau tu bukannya muda lagi.." tambah ibuku tak puas hati.

Sebenarnya aku pun dah rasa nak tamatkan zaman bujang aku.. tapi sejak semua rencana aku dengan tunangan ku Fidah itu tidak menjadi, telah membuatkan aku kecewa dan tiada punya semangat lagi nak memikirkan masaalah hendak berumahtangga. Cukuplah sekali aku merana kerana dia, dan tidak terlintas langsung nak cari yang lain sebagai peganti.

Biasanya aku sekadar pemerhati riwayat kehidupan insan lain yang terlebih dahulu merasai kepahitan kesah silam mereka, hanya kelucuan bermain difikiran kenapa masih memikirkan orang yang sudah tiada disisi?

Kenapa tidak dilupakan saja..! bunga bukan-nya sekuntum dan kumbang juga bukanya seekor! Malah ada yang lebih teruk, sehingga tidak mengenal lagi kehidupan yang dilalui. Mungkin hanya tuhan saja yang mengatahui penderitaan mereka itu.

Namun ternyata teragedi pahit mereka telah terpalit dan tertusuk keatas diriku sendiri. Hendak dikata apa.? mungkin sudah suratan takdir hidup yang mesti aku lalui.

Memang sangat mengecewakan.. kerana harapan yang aku impikan hancur begitu sahaja. Sejak itu fikiran ku jadi sangat keliru, tidak tahu hendak mentafsirkan apa yang telah berlaku keatas diriku.

Yang kekadang seperti kata orang, sesuatu musibah itu tanda Allah sayangkan nya, dia hendak menduga kesabaran umat Muhammad yang mana lebih kuat keimanan mereka. Dan mungkin juga musibah yang terjadi keatasku ada hikmatnya, yang barangkali aku sendiri yang tidak nampak kebaikan-nya.

Aku sebenarnya tidak ingin mengsangsikan apa yang berlaku semuanya atas kehendak Allah. Sebagai orang yang pernah sedikit sebanyak mempelajari hal yang berkaitan dengan ugama, aku redha.! Namun aku tak pasti samaada aku begitu pasti dengan hal ini.

"Engkau pergi dengan nenek, lihat dulu orangnya lepas tu baru buat keputusan." Desak ibu aku lagi.
"Adik-adik kau semua dah berkahwin, Mak takut kami tak sempat pula nak tengok kau bersanding!" Begitulah alasan ibuku dia beria-ia menyuruh aku kemari seolah-olah kali ini, memang menjadilah calun pilihan mereka.

Aku kekadang kasihan juga dengan kedua orang tua aku tu, kerana sebelum ini pun sudah beberapa calun yang aku tolak, dengan memberi berbagai alasan. Ada seorang tu, aku pergi juga berjumpa.. berkenalan, penerimaan dia kepada aku pun kira oklah juga.

Ada tanda-tanda sidiapun sudi juga dengan aku ini. Orangnya muda tiga tahun dari aku. Mulanya aku tak kesah kalau jadi pun dengan dia. Tetapi setelah aku pulang, aku khabarkan kepada orang tuaku, aku bagi tempuh setahun.. kalau tak ada orang ambil, aku ambil..!

Ibu aku terperanjat dengan kata-kata aku, bapak aku merah padam mukanya kalau aku masih kecil mungkin sudah kena penampar jepun lah... pak.. maafkan aku pak, bukan sengaja aku berkata begitu, atau sengaja untuk menyakiti hati mu, itulah yang sebenarnya apa yang aku rasa..

Aku tidak merasa apa-apa tengtang dia jadi bagaimana aku hendak mengambil dia..? pak.. sabarlah mungkin bukan sekarang masanya aku mencari penganti Fidah.

Fidah... aku sayang kamu.. dengarlah Fidah, aku sayang kamu...









Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


Kembara Mencari Janda.

Assalamualaikum...
Kembara Mencari Janda! Kota Baru ramai janda, oooo.. no! okey mai terus baca apa yang menarik atau yang tertarik! Mula-mula mohon maaf bebanyak kaum Janda semua ye, yelah.. bila saya tulis janda, mungkin ada yang terasa.

Ada Janda Muda ada Janda Kaya ada Janda Panas, Janda tidur malam, Janda Tidur Malam??? yelah kalau sudah malam. siapa pulak nak celik sampai pagi.. kan, kan..?

Nak dijadikan cerita, adalah kenal dengan beberapa orang Janda Cantik Molek! maaflah cakap, sebenarnya saya tulis ni tak ada apa-apa pun..

kerja orang tak ade keje, saja-saja buat nak gempak sikit, tak ada lebih dari itu pun, keh. keh. keh.! jangan marah la.. kalau marah cepat merana..?

Macam manapun hidup menjanda ini sangat susah, semua hal keluarga kena buat sendiri. Lebih-lebih lagi yang memang tiada harta apa-apa, rumah pun sewa sahaja.
Samada menjanda kerana suami meninggal dunia atau bercerai.
Rumahtangga hancur separuh jalan ini bukanlah mereka suka, mana ada orang yang suka susah dan tidak bahagia, mereka sendiri tidak bermimpi untuk jadi sebegitu.
dan hidup mereka akan lebih malang lagi jika tiada pekerjaan yang tetap. Malah kalau yang berkerja terpaksa pula memandu atau menunggang moto dengan jarak yang agak jauh ketempat kerja. Keadaan ini sangat-sangat membebankan kehidupan mereka.

Hal anak-anak yang seramai tiga atau enam orang itu terpaksa diserahkan kepada Abang dan Kakak anak yang lebih besar dirumah.

Memang tidak tentu hala penjagaanya kerana mereka juga masih belum faham kehidupan. Mereka juga sebenarnya masih perlu dijaga. Jadi yang masih kecil yang terbiar sehingga ibu mereka kembali dari tempat kerja.

Dan kebimbangan sentiasa menghatui fikiran ibu-ibu tunggal ini bilamana anak-anak mereka terpaksa diserahkan dibawah jagaan jiran-jiran.

Mana tidak risau ibu-ibu tunggal ini, setiap hari ada saja kes penginayaan kanak-kanak bila berada dibawah jagaan orang lain.

Tetapi apakan daya mereka, mereka ini harus meninggalkan rumah seawal pagi untuk mencari rezeki dan pulang petang setiap hari.

Mungkin kita sering bersua dengan senyum dan keceriaan mereka para janda ini, namun hakikat keperitan hidup menjanda sangatlah berat dan susah.

Andai ada dikalangan kejiranan kita yang menjanda cuba bantu meringankan beban hidup mereka semampu kita. Jika kita memang berkemampuan apasalahnya sedekah sedikit secara tetap setiap bulan, insyaallah mereka akan mendoakan kebahagian hidup anda.

Allah sentiasa nampak apa yang kita lakukan, berikan dengan seiklas hati, jangan risau ada berkatnya sedekah anda! Bayangkan kita yang berkerja bergaji besar ini pun kekadang semput, apa lagi mereka ibu tunggal beranak lima!

okey... okey.. cukup dulu pasal janda, anda bagaimana? harap anda berbahagia ye...

emm.. saya macam biasa juga.. tidak ada apa yang menarik yang berlaku didalam kehidupan saya, cuma usia saja yang semakin meningkat! meningkat dan akan terus naik.. gaji saja yang payah hendak naik.. dalam pada itu, masih lagi buat macam biasa saja.

Yang menariknya saya ada berkenalan dengan gwe Kelate yang come dan sangat menarik perhatian saya. Masaalahnya kami dipisahkan dengan jurang usia yang sangat ketara. Sesekali jalan-jalan cari makan, jadi pandangan orang pulak..!

Setelah saya keluar dari kb dia pun tak bolih tahan.. dia pun keluar kerja kat luar kb, ermm..

So.. ermm... okeh.. tak mau cerita banyak kang kena marahlah pulak..
Bulan sembilan nanti nak pergi Kuala Kerai, ada sahabat hendak bertunang, tapi masih jauh lagi kan...
Pada sahabat tu.. jangan risau nanti aku mesti pergi...

Menara Jam Baru. Berlatarkan Pelangi Mall tempat tinggal saya.



Jabatan Kastam Kelantan.


Sekian. wassalam semoga jumpa lagi.









Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen


Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆