March 04, 2013

Orang Sulu Sudah Terlambat.

Assalamualaikum...

Kecoh betul.. tidak semena-mena manusia islam mati begitu saja.

Kesian pun ada juga dengan Orang sulu ini. Mereka seolah-olah baru terbangun dari tidur, mereka tidak tahu apa yang mereka lakukan.

Pencerobohan mereka di Sabah itu betul-betul cari sakit saja... tidak bolihkah mereka ini menumpukan kepada kebangkitan kekayaan mereka dahulu, sebelum hendak menceroboh dan dengan niat hendak memiliki sebahagian dari Sabah itu.

Dengan kekuatan yang tidak sekuat mana, tidak usahlah bermimpi hendak melawan sebuah Negara yang lebih besar!

Yang lepas itu biarkanlah terlepas, janganlah dikenang lagi! nasi sudah jadi bubur..

Walaupun satu ketika dahulu memang wujud Kesultanan Sulu, tapi itu dahulu.. sekarang jika mereka berminat hendak mendirikan negara sekalipun tidak perlulah.

Ini kerana mereka secara sengaja mrncari penyakit! mereka terpaksa berdepan dengan Kerajaan Filipina, Indonesia dan Melaysia.

Sayanglah nyawa mereka hilang begitu saja tanpa ada keperluan yang pasti.
Sudah ramai juga anggota polis malaysia yang menjadi mangsa, dan ini membuatkan mereka tidak mungkin bolih dimaafkan lagi!

Saya ingin berpesan kepada orang melayu semua, ambillah kejadian ini sebagai satu pengajaran kepada kita semua, supaya jangan pekara begini berlaku kepada generasi bangsa melayu akan datang.

Bermaufakatlah dengan secara bijak untuk orang melayu di Malaysia.. janganlah kita berpecah-belah sesama sendiri! berkemungkinan kamu akan menerima nasib yang sama seperti bangsa Sulu ini.

Jangan Bangsa Melayu disini jadi seperti itu. Bersatulah demi anak cucu bangsa akan datang.

Untuk Bangsa Sulu ini seperti kata..

Asal kapas menjadi benang.
Dari benang dibuat kain
Barang yang sudah terlepas jangan dikenang
Kerana sudah menjadi hak orang lain..!

Al-fatihah kepada semua muslim yang sudah meninggal. Tuhan saja yang mengatahui segalanya.

sekian. wassalam.

Baca Lagi Hal Sulu



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




February 28, 2013

Bunga Mekar Dihati.

Assalamualaikum...

Salam ceria semua ye, hari ini penat sikitlah.. banyak keja kena buat.
Sampai tidak sempat hendak menulis kat sini.
Rasanya sudah dekat empat hari kut.. entah tidak pikir sangat..

Okey.. kekalkan segala yang membuatkan hidup anda bahagia seperti sekarang...
Jangan sesekali mengambil risiko yang menakibatkan keberantakan hidup..

Bagi mereka yang berkerja diluar daerah, pastikan keimanan anda kuat..!??
okeh.. jangan merapu nanti binasa diri dan keluarga dirumah.. ha.. ha..

sekian wassalam.

ermm.. ada lagi ni..
Kepada sesipa yang sudah cukup umur.. dan sudah mendaftar, sila semak kembali ada ke tidak nama anda dalam datar pilihanraya!

Pilihanraya sudah hampir.. sekali! jadi lihatlah kat mana anda kena mengundi pada tahun ini ye.. dibawah ini saya letakan link kelaman web tersebut.

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH

SURUHANJAYA PILIHANRAYA MALYSIA


Untuk kelangsungan kuasa/suara Melayu dalam Negara Malaysia tuan-tuan kenalan memilih UMNO, yang berada didalam BARISAN NASIONAL atau BN.

Undi anda adalah hak peribadi! walau bagaimana pun, gunakan satu undi anda itu dengan bijak! Keseimbangan kuasa Melayu didalam Malaysia hanyalah dengan menyokong UMNO!
[sila ambil berat]

Sayangi Bangsa! Baca Lagi.


Boy...
Anak Kucing yang manja dan comel, tapi sayang sudah lari semasa cuti tahun baru!



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




February 22, 2013

Janda Janda GRO.

Assalamualaikum...

Salam ceria, salam satu Malaysia.

Undilah 'Umno dan BN'

opss... sory tersasul pulak iklan politik!
sebenarnya saya nak cakap bab janda-jandaku sayang.
oh.. jandaku, jagalah dirimu dan anak-anak kita dengan baik... (dengan nada sedih..)

okeys...
Ini hari ada cerita baik punya, cerita muka depan Kosmo 22 Februari 2013.

Sembilan janda ingkar arahan mufti.

Sepuluh orang wanita termasuk sembilan daripada mereka bersetatus janda yang menyara hidup dengan berkerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan atau GRO masing-masing dijatuhi hukuman denda RM2800 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur semalam.

Kesemua tertuduh ditangkap di-pusat karaoke D'Carnival Lounge, No 333-335, Batu 2.1/2 Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.


Apa yang menarik tengtang cerita ini?
Tidak menarik pun.. biasalah jika sudah buat salah mestilah kena tangkap atau denda.

Saya rasa kalau setakat menangkap serta mendenda mereka ini bukanlah satu penyelesaian yang terbaik, malah membebankan pulak mereka ini dengan berbagai masaalah terutamanya dari segi keuwangan.
RM2800 denda itu bukannya sedikit duit.., jika bos diaorang yang bayarkan tentu nanti mereka kena bayar semula. Jadi mereka nak buat apa untuk membayar balik duit tadi?
Mereka terpaksalah kerja GRO lagi ditempat lain.. bos yang sama tapi kedai karaoke yang lain..

Tidak terfikir kah cara lain yang benar-benar boleh membantu mereka-mereka ini, terutamanya ibu tunggal atau janda-janda tadi?

Bukan kah lebih baik pehak berkenaan cuba selidiki latar belakang mereka semua, lihat dahulu apa masaalah mereka sehingga sanggup berkerja sebagai GRO seperti itu. Saya rasa mereka ini tidak akan berkerja begitu jika hidup mereka tiada masaalah keuwangan yang berat.

Sepatutnya pehak berkenaan cuba dahulu menyelesaikan masaalah keuwangan mereka, maklumlah janda... satu kehidupan keluarga hendak kena tanggung, anak-anak perlu duit untuk sekolah, bayar bil api-air, rumah, cukai pintulah.. cukai itu dan ini..

Satu bulan perbelanjaan makan sahaja, untuk satu keluarga empat orang anak sudah berapa ratus...?
Kalau dicampurkan semua sekali sudah jadi berapa duit yang mesti diperuntukan untuk terus hidup diri dan anak-anak pada setiap bulan?

Orang cakap memang le senang... sebab diaorang bukan yang menanggung..! lagipun lidah tu tidak mempunyai tulang.. ikut sedap hati nak cakap saja... tangkap, denda...
Orang surat khabar juga jual maruah orang lain nak cari duit...
Satu kampung sudah tahu... janda-janda ini menjadi semakin marah...

Setuju tak jika kita cuba selesaikan masaalah janda-janda yang benar-benar menanggung beban keuwangan untuk menyara hidup anak-anak mereka?
Tidak perlulah saya senaraikan apa kah keperluan janda-janda ini yang mesti ditolong.. mereka yang bertanggung jawab itu lebih tahu dan lebih berpelajaran dari saya.

Buatlah sesuatu yang sesuai dan benar-benar berfaedah yang dapat menolong kehidupan mereka anak beranak, saya rasa pehak yang menangkap dan mendenda janda-janda ini lebih memahami lagi apakah keperluan yang sangat penting untuk mereka bantu janda-janda ini semua.

Sepatutnya kita sedar, yang anak-anak mereka tanggung itu sebenarnya adalah harta negara, janda-janda ini adalah insan yang lemah.. mereka adalah saorang ibu sepertimana ibu-ibu yang lain.. mereka berusaha yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Jadi.., lebih bijak kita mengambil jalan yang bijak, supaya kita diingati sebagai sebuah oganisasi bijak untuk menguruskan hal-hal begini.

Sekian. wassalam.








Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


February 20, 2013

Meteor Jatuh Di Chelyabinsk Rusia.

Assalamualaikum...
erm... salam hormat semua!

Selamat datang selamat membaca blog yang tercanggih seantero dunia! Apa khabar jiwa-jiwa murni semua? adakah naik kerja selepas bercuti panjang mengembirakan?

Saya baru malam tadi sampai semula ketempat kerja di Kelang ini. Rasa macam lemah saje nak keja... erm... cuti lama sangat dan asyik duduk melepak saja kat rumah, jadi macam nak teruskan lagi melepaknya kat sini...

Tapi itu semua tidak mungkin terjadilah... banyak kerja sudah menanti.. ada sorang teman tu dia.. dia baru juga sampai.. sekali dengar kena hantar pergi Temerloh, apa lagi muncung sajalah mulutnya.. saya pun tidak mahulah tanya banyak-banyak.. takut pulak kena luku!

Ai.. orang sudah suruh pergi, pergi saja lah... kan tokeh bayar gaji! ye tak...? lainlah kalau kerja free macam zaman jepang!
Saya macam biasalah.. buatlah apa yang patut..! karang nanti tak pasal-pasal kena antar ke Temerloh pulak.

Okey.. ini kali nak cerita sikit Meteor yang jatuh di Russia sana tu.. Sebiji meteor jatuh dalam kawasan Chelyabinsk Rusia, telah membuatkan suasana kelang kabut dan menakutkan penduduk.

Seketul serpihan metior yang dianggarkan seberat 10 tan meluru pada kelajuan supersonik dan meletop gedeboom atas Pergunungan Ural di Rusia pada hari Jumaat, telah membuatkan berlakunya letupan yang sangat bertenaga sehingga menghancurkan cermin-cermin kaca banggunan, dan mencederakan beratus-ratus orang serta membuat orang ramai menjadi takut dan panik.

Kejadian ini adalah sangat dasyat dan ianya menunjukkan pertanda yang bumi kita duduki ni mempunyai risiko besar dimana bila-bila masa sahaja kita berada didalam keadaan merbahaya olih hentaman objek-objek yang berterabur dikawasan sistem matahari kita ...

Nasib baiklah meteor atau meteorit tidak tersasar jatuh didalam negara kita, kalau tidak punah ranahlah kebun kelapa sawit Teo Kim Kee yang seratus ekar di Temerloh tu...

Didalam alam semesta yang luas ini kita (bumi) hanyalah satu dari beribu juta bintang, dan dipenuhi dengan berbagai serpehan yang terjadi bilamana berlaku pelanggaran, tarikan graviti dan sebagainya ada juga bahan-bahan ini terhasil daripada letupan bintang yang sudah terlalu panas.

Dan Bumi hadir dan hidup diantara semua benda-benda ini, kejadianya pulak kesemua benda-benda ini senantiasa begerak. Olih kerana pegerakan ini berterusan lama kelamaan mereka akan tersasar sedikit demi sedikit dari pola asas dan akhirnya bertembung.

Begitulah lebih kurang jika orang tanya darimana meteor dan meteoric datang! Dan apa yang disebut hari akhir zaman atau kiamat adalah berkemungkinan berlaku pelanggaran antara Bumi dengan bintang lain yang sama atau lebih besar...

Kejadian tahi bintang atau meteoric tetap akan terus berlaku dimasa-masa hadapan, sebab ia adalah satu kehidupan yang kompleks (kehidupan yang tidak bolih dijangkau pemikiran)dan akhirnya kita hendaklah berbalik kepada Allah jualah tuhan yang serba mengatahui....

Bagaimanapun kejadian ini tidak mungkin dapat dielak diwaktu ini kerana manusia dibumi belum cukup pintar untuk melahirkan usaha teknologi yang dapat mengagak bila dan dimana akan jatuhnya benda-benda ini semua.

Namun dimasa akan datang manusia akan lebih pintar dan dapat menangkap atau memerangkap satu dua meteor dan meteoric yang mereka kenal pasti akan memberi impak kemusnahan yang besar, jika sekadar yang berlaku pada Jumaat lalu kat Russia tu masing-masing syarikat konsesi buat-buat tidak nampat saja, sebab kecik... talak untung mau tangkap....

Kerja-kerja menangkap ini bukan dilakukan didalam Atmosfera Bumi, tetapi ketika masih diluar sana.. jika terlalu besar barangkali mereka bergabung bagi meletupkan meteor tersebut sebelum menghampiri bumi.

Sebenarnya saya sangat berminat dengan kejadian alam semesta dan bintang-bintang yang bertaburan diangkasa. Saya bolih berjam-jam memerhati bintang dilangit. Menghayati kebesaran Allah dan merasa betapa kerdilnya manusia ini dialam semesta yang maha luas.

wassalam. (kaji bintang kampung)



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




February 16, 2013

Isteri Curang Suka Khianat Pasangan.

Assalamualaikum...
Petang tadi saya ada mendapat pangilan talipon dari saorang sahabat lama, dia meminta saya datang kerumahnya pada hari Ahad depan iaitu pada Lusa ini.

Kemungkinan besar saya akan pergi kerumahnya, lagi pun cuti masih panjang lagi. Sebenarnya sudah lama saya merancang untuk kerumah dia kerana hendak melihat peralatan muzik yang baru dibelinya.
Tapi saya masih belum sempat-sempat lagi hendak berbuat demikian..

Selain untuk melihat peralatan muzik, saya juga akan bertemu dengan saorang warga tua yang selalu saya bercakap hal politik dengan dia. Pak cik ni memang suka berbual tentang politik orang Melayu. Saya kekadang tu rasa kagum juga dengan cara dia bercakap.

Saya pernah berbual dengannya pasal isu kalimah 'Allah' yang hendak digunakan olih orang bukan Islam. Kata warga tua ini yang sebenarnya isu ini timbul kerana kepentingan politik semata-mata. Pehak yang sengaja timbulkan isu kalimah 'Allah' ini adalah untuk memecahkan perpaduan bangsa Melayu sahaja.

Jika hendakkan sangat kalimah 'Allah' ini masuk Islam sahajalah apa nak bising-bising lagi? katanya sambil mengerut dahi.

Kalimah 'Allah' hendak pakai, tapi Islam tidak mahu! apa ni..? (ini sahaja sudah jelas yang puak ini sengaja hendak lihat orang bangsa melayu di Malaysia ini kucar kacir, {Melayu Umno, PKR, PAS, DAP, Bebas, dan ahli Melayu Baru [yang baru pertama kali berangan nak mengundi.. terencat terus tidak tahu nak sokong siapa, bila isu ini timbul..!] bila bangsa Melayu bertelagah sesama sendiri siapa yang untung? bila suara orang Melayu berterabur... bila undi orang Melayu tidak kukuh siapa yang untung..?

Cuba bangsa Melayu ingat betul-betul..... UMNO, PAS, PKR, DAP, BEBAS bila parti ini semua berbahagi undi Bangsa Melayu, secara auotomatik suara orang Melayu tidak mempunyai kuasa........ ini belum kira Melayu yang langsung tidak pernah mengundi..! dan Melayu yang tidak mahu mengundi lagi, sebab malu pada diri sendiri... sebab selama ini sokong Umno PAS PKR DAP Bebas, tiba isu ini timbul.... pecah le kepala otak nak fikir...

Jadi orang Melayu ini ambil jalan mudah, tok sah mengundi lah tahun ini.... fedup aku lah! katanya. Jadi makin menjadi-jadilah Bangsa Melayu kekurang tangan yang nak mengundi.... "YANG UNTUNG SIAPA? SSSSIIIIAAAPPPPAAAA....? Siapa lagi kalau bukan dalang (Musang) yang memulakan isu ini lah....!

Sekarang pun Melayu sudah tak ada 'KUASA' apa lagi jikalau taktik "MUSANG-MUSANG" berjaya, habislah orang Melayu.
Sekejap lagi bukan "SAHAJA" kalimah Allah..! Pembinaan Masjid pun tidak dibenarkan dikawasan perumahan!
Mu tok sah dok gebang la... suara (undi) Bangsa Melayu tak kuat, "KETUA" mu pun tidak bolih buat apa-apa....!

NAJIB ke, ANUAR ke, NIK AZIZ ke, bila sokongan mu sekadar cukup makan saja.... mu nok buat gapo...? kalau tak faham apa yang saya cakap, buat lah kajian sendiri..!

Ketua-ketua politik semua tahu hal ini... tapi demi kepetingan kuasa peribadi, dia orang hantam sajalah... 'Aku kalau setakat dua tiga keturunan pun cukup makan harta aku, rakyat (penyokong) manalah aku mana tahu, siapa dok suruh sokong berterabur macam ini, tidak mahu fikir dahulu akibatnya' sambil matanya menjeling kat saya, saya menganguk saja.

Yang logiknya kalimah 'Allah' ni mana bolih dibebas kepada semua ugama bukan Islam, kalau dia tampal kalimah Allah kat kedai daging khinzir macam mana? Papan tanda kedai tu berbunyi 'Selamat datang 'الله لوباما' daging segar' sipenjual adalah orang bukan Islam, tidakkah nanti jadi haru biru?

Ada pulak tu kait pasal lagu Sekolah ke, yang ada nama Allah, kena tukar edisi khas untuk yang bukan islam. Gila talak ke apa ni..? Ini semua suara orang yang tidak bersemangat Negara! Orang yang semacam inilah yang patut diharamkan, bukannya Kumpulan Al-Arqam.

Dulu bila ada Kumpulan Al-Arqam dicopnya sebagai perkauman, dan merbahaya kepada Malaysia! Hari-hari hantar surat bantahan (kononnya surat nasihat) kepadan pucuk kepinpinan. Akhirnya setelah bertahun-tahun diasak, kerajaan terpaksa mengalah dan mengharamkan Al-Arqam.

Yang sebenarnya Orang yang hendak sangat Kalimah Allah inilah yang perkauman dan sangat MERBAHAYA kepada Malaysia. Berkemungkinan keturunan dia orang ini akan membawa bencana kepada Negara Malaysia dimasa akan datang.
Mereka-mereka ini (Musang) seperti 'Isteri Curang Suka Khianat Pasangan'. ada-ada saja dia cari pasal sampai bercerai berai.. bila kat mahkamah dituduhnya sisuami yang tidak bertanggung jawab dan suamilah punca mereka bercerai! yang menjadi mangsa anak-anak yang ada dirumah...

Pada pendapat akulah.. kata Pak cik itu dengan bersemangat "walaupun aku ni bukan ahli Al-Arqam, kumpulan ini jauh seratus kali lebih baik kepada orang melayu, daripada daripada manusia-manusia "Musang" yang mengikis sedikit demi sedikit 'benda' daripada orang melayu.

Sekurang-kurangnya cara perniagaan Kumpulan ini memberi banyak faedah kepada orang melayu. Jika tidak diharamkan cabang perniagaan Al-Arqam, aku garenti Kumpulan Al-Arqam bergerak lebih hebat lagi dan sudah berjuta-juta wang mereka, sebab aku pun selalu beli barangan jualan mereka.

Macam itu lah keluh warga tua yang hendak jumpa esok, mungkin dia ada cerita baru nak dikongsikan lagi. Harap dia sihat sahaja ketika ini.

Jumpa lagi. wassalam.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!