February 20, 2013

Meteor Jatuh Di Chelyabinsk Rusia.

Assalamualaikum...
erm... salam hormat semua!

Selamat datang selamat membaca blog yang tercanggih seantero dunia! Apa khabar jiwa-jiwa murni semua? adakah naik kerja selepas bercuti panjang mengembirakan?

Saya baru malam tadi sampai semula ketempat kerja di Kelang ini. Rasa macam lemah saje nak keja... erm... cuti lama sangat dan asyik duduk melepak saja kat rumah, jadi macam nak teruskan lagi melepaknya kat sini...

Tapi itu semua tidak mungkin terjadilah... banyak kerja sudah menanti.. ada sorang teman tu dia.. dia baru juga sampai.. sekali dengar kena hantar pergi Temerloh, apa lagi muncung sajalah mulutnya.. saya pun tidak mahulah tanya banyak-banyak.. takut pulak kena luku!

Ai.. orang sudah suruh pergi, pergi saja lah... kan tokeh bayar gaji! ye tak...? lainlah kalau kerja free macam zaman jepang!
Saya macam biasalah.. buatlah apa yang patut..! karang nanti tak pasal-pasal kena antar ke Temerloh pulak.

Okey.. ini kali nak cerita sikit Meteor yang jatuh di Russia sana tu.. Sebiji meteor jatuh dalam kawasan Chelyabinsk Rusia, telah membuatkan suasana kelang kabut dan menakutkan penduduk.

Seketul serpihan metior yang dianggarkan seberat 10 tan meluru pada kelajuan supersonik dan meletop gedeboom atas Pergunungan Ural di Rusia pada hari Jumaat, telah membuatkan berlakunya letupan yang sangat bertenaga sehingga menghancurkan cermin-cermin kaca banggunan, dan mencederakan beratus-ratus orang serta membuat orang ramai menjadi takut dan panik.

Kejadian ini adalah sangat dasyat dan ianya menunjukkan pertanda yang bumi kita duduki ni mempunyai risiko besar dimana bila-bila masa sahaja kita berada didalam keadaan merbahaya olih hentaman objek-objek yang berterabur dikawasan sistem matahari kita ...

Nasib baiklah meteor atau meteorit tidak tersasar jatuh didalam negara kita, kalau tidak punah ranahlah kebun kelapa sawit Teo Kim Kee yang seratus ekar di Temerloh tu...

Didalam alam semesta yang luas ini kita (bumi) hanyalah satu dari beribu juta bintang, dan dipenuhi dengan berbagai serpehan yang terjadi bilamana berlaku pelanggaran, tarikan graviti dan sebagainya ada juga bahan-bahan ini terhasil daripada letupan bintang yang sudah terlalu panas.

Dan Bumi hadir dan hidup diantara semua benda-benda ini, kejadianya pulak kesemua benda-benda ini senantiasa begerak. Olih kerana pegerakan ini berterusan lama kelamaan mereka akan tersasar sedikit demi sedikit dari pola asas dan akhirnya bertembung.

Begitulah lebih kurang jika orang tanya darimana meteor dan meteoric datang! Dan apa yang disebut hari akhir zaman atau kiamat adalah berkemungkinan berlaku pelanggaran antara Bumi dengan bintang lain yang sama atau lebih besar...

Kejadian tahi bintang atau meteoric tetap akan terus berlaku dimasa-masa hadapan, sebab ia adalah satu kehidupan yang kompleks (kehidupan yang tidak bolih dijangkau pemikiran)dan akhirnya kita hendaklah berbalik kepada Allah jualah tuhan yang serba mengatahui....

Bagaimanapun kejadian ini tidak mungkin dapat dielak diwaktu ini kerana manusia dibumi belum cukup pintar untuk melahirkan usaha teknologi yang dapat mengagak bila dan dimana akan jatuhnya benda-benda ini semua.

Namun dimasa akan datang manusia akan lebih pintar dan dapat menangkap atau memerangkap satu dua meteor dan meteoric yang mereka kenal pasti akan memberi impak kemusnahan yang besar, jika sekadar yang berlaku pada Jumaat lalu kat Russia tu masing-masing syarikat konsesi buat-buat tidak nampat saja, sebab kecik... talak untung mau tangkap....

Kerja-kerja menangkap ini bukan dilakukan didalam Atmosfera Bumi, tetapi ketika masih diluar sana.. jika terlalu besar barangkali mereka bergabung bagi meletupkan meteor tersebut sebelum menghampiri bumi.

Sebenarnya saya sangat berminat dengan kejadian alam semesta dan bintang-bintang yang bertaburan diangkasa. Saya bolih berjam-jam memerhati bintang dilangit. Menghayati kebesaran Allah dan merasa betapa kerdilnya manusia ini dialam semesta yang maha luas.

wassalam. (kaji bintang kampung)



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




No comments: