June 15, 2011

Gadis Pilihan Keduaku.

Jam dinding sudah menunjukan kepukul lapan malam, namun Nenekku masih belum pulang lagi dari rumah Ustad Hassan. Aku berehat diruang tengah rumah ditemani Ani dan Intan. Sambil aku minum air dan makan pisang goreng yang disediakan Ani, aku membelek-belek album keluarga yang ada disitu.
Lepas satu, satu lagi aku buka untuk menatapi gambar-gambar didalamnya. Gambar lama Ani sekeluarga dan masa zaman persekolahan, memang Ani sejak dari kecil lagi memiliki rambut yang sedikit kerinting cantik beralun. Gambar gambar Ani berdua dengan Intan juga ada dan menarik perhatianku.

Rupanya mereka ini sahabat rapat sejak dari kecil lagi, maklumlah mereka tinggal berdekatan. Aku cuba membandingkan gambar tersebut dengan Ani dan Intan yang ada berhampiranku sekarang ini. Jauh beza meraka sekarang, mereka sekarang adalah dua remaja yang sedang meningkat naik usianya.

Keduanya sudah menjadi dara pujaan jejaka, umpama bunga yang sedang mekar mengharum ditaman. Tentu sudah banyak sang kumbang yang telah jatuh hati. Apalagi dengan keramahan mereka, seperti Intan.. awal perkenalan memang seperti gadis pendiam namun apabila sudah lama sedikit bukan main ramah lagi.. tidak sangka pada awalnya.
Begitu juga dengan Ani, sentiasa ceria cuma adakalanya seperti ada sesuatu yang merubahnya menjadi seakan pendiam. Atau mungkin juga Ani sedang risau memikirkan rencangan keluarganya.

Aku meletakan kembali album album ketempatnya, set kerusi kayu beralas kusen begitu selesa aku duduk. Sambil menjamah makanan aku memerhati kemesraan mereka berdua yang sedang membaca majalah. Ada-ada saja gurauan mereka yang membuatkan aku tumpang tersenyum sendiri. Ada saja yang mereka berdua pertikaikan dengan kandungan majalah yang dibaca, kemudian mereka ketawa mesra.

Petang tadi kami pergi ke tapak sejarah disitu. Ani membonceng moto dengan Intan, aku naik moto Ayah Ani sendirian. Aku mengekuri agak jauh dibelakang mereka, sambil memerhati keadan kampung disitu. Banyak pohon-pohon kelapa didalam kampung, kukira agak menarik juga panoramanya.

Kami menyusuri jalan jalan kampung kemudian melintasi jalan besar dipekan Lembah Bujang sebelum tiba di Candi tersebut. Keadaan Candi itu berdekatan sangat dengan rumah penduduk kampung. Aku sempat juga mengambil gambar disitu buat kenangan. Maklumlah ini kali pertama aku berada dan melihat Candi tersebut.

Intan bersahaja bila aku dan dia bergambar, hanya Ani nampak kekok bila bergambar dengan aku. Sampaikan Intan pun perasan akan keadaan tersebut.
"Ani.. rapat la sikit.. " kata Intan semasa aku dan Ani bergambar.
"Ini dah rapat la ni.. nak macam lagi.." balas Ani sambil menjeling kearah Intan.

Aku hanya tersenyum melihat gelagat dua sahabat tersebut. Tapi padaku sendiripun terasa kelainan sangat bila Ani berada disebelahku. Rasa macam meremang bulu romaku.. dak dik duk bunyi jantung di dada.. bila Ani sedikit bergerak menghampiri aku ketika itu. Namun bagi Intan, kami masih belum cukup rapat lagi kedudukan nya.

"Kalau macam ni.. rugi lah filem aku ni.." kata Intan lagi bergurau. Mungkin intan tidak megerti keadaan kami berdua atau memang dia sengaja hendak menyakat Ani. Tentunya Ani telah memberitahu pada Intan sebab kedatangan aku kemari. Kerana itu juga mungkin Intan telah mengangap aku bakal pasangan Ani sahabat baiknya. Nampaknya dia gembira dengan berita itu dan merestui hubungan Ani dengan aku.

"Abang, kalau Ani tak nak rapat.. Abang saja yang rapat kat Ani tu.." kata Intan lagi dengan gaya memerentah tapi lucu.. aku bergerak sedikit juga, sekadar memenuhi kemahuan Intan.

"Intan.. jangan banyak cakap, ketik saja kamera kau tu..!" kata Ani pula sambil melirik tajam kearah Intan. Intan ketawa mendengar kata kata dari Ani. Aku juga sengaja ketawa bersama Intan sambil aku memandang kearah Ani. Ani tertunduk malu bila aku dengan Intan ketawa begitu.

Dalam pada kami sedang bergilir-gilir mengambil gambar di situ, kami dikejutkan dengan panggilan nama Intan berulang kali.

"Intan.. Intan.. " kami bertiga berpaling kearah suara tersebut. Aku sendiri tidak pasti dari arah mana kah datangnya suara memabggil Intan tadi. Kami berpandangan kerana kurang pasti siapakah yang menyebut nama Intan.
"Intan.. Intan.. sini lah.. " terdengar lagi suara orang memanggil nama Intan. Kali ini barulah kami pasti siapa yang memanggil nama Intan. Rupanya panggilan dari seorang wanita. Serentak dengan itu Intan pun bersuara seakan terperanjat.

"laa.. Makcik Leha.... " kata Intan kearah wanita dengan tiga anak dan seorang lelaki. Agak aku lelaki tersebut suami kepada Makcik Leha yang disebut Intan. Kedudukan mereka agak jauh dari kami ketika itu. Aku tidak pasti sangat, jika ia, mungkin mereka membawa anak anak melihat lihat kawasan Candi itu juga.

"Itu Makcik aku dengan keluarganya.." kata Intan memberitahu aku dengan Ani. Lalu Intan meminta izin dari kami untuk bertemu dengan Makciknya di hujung sana. Intan nampak gembira bila mengatahui Makcik nya berada disitu juga.

Kami menganguk tanda setuju dia berjumpa dengan Makciknya. Dari jauh kami lihat Intan bersalaman serta bepelukan dengan Makciknya dalam suasana ceria. Kami berdua terdiam seketika selepas ditinggalkan Intan, sebenarnya Intanlah yang banyak meredakan keadaan kami.

Suasana nyaman dipersekitaran Candi tambah segar dengan angin petang bertiupan lembut membelai-belai pohon kelapa disekelilingnya. Aku menghayati keindahan suasana alam dikampung itu tanpa berbicara apa apa. Aku diam.. Ani membisu..!
Kami masih tidak bergerak kemana mana, masing-masing diam melayan bisikan hati sendiri. Sekilas jelingan keresahan pada wajah Ani agak ketara kupandang. Ani masih diam, cuma sesekali dia membetulkan rambutnya yang ditiup angin.
Aku memikirkan untuk memulakan bicara namun aku tidak pasti bagaimana harus ku mulai.

"Kan Cantik Intan tu bang..!" tiba tiba Ani memecah keheningan kami sejak tadi.
"Siapa cantik.?" soalku seperti tidak mendengar kata Ani atau hanya sekadar melanjutkan bicara.
"Intan.. " kata Ani lagi sambil menolih kearah Intan dikejauhan sana.

Aku turut memandang kearah Intan yang sedang rancak berbual dengan Makciknya. Memang Intan cantik molek ditambah tahi lalat penyeri wajah. Intan gadis remaja yang sedang berkembang mekar! pasti setiap jejaka akan tertarik dengan keindahan dan keayuan Intan.

"Memang cantik Intan tu.." kataku dalam hati, supaya tidak menyinggung perasaan Ani, gadis pilihan keduaku selepas Fidah. Aku terharu dapat mengenali Intan gadis Lembah Bujang ini. Sama juga dengan Ani, hanya Ani yang lebih awal mencuri hatiku, lalu aku lebih tertarik dengan Ani.
"Cuba abang perhatikan Intan tu betul-betul.. tak rugi abang pilih Intan tau..!" Ani menambah lagi dangan suara yang agak perlahan. Padaku kata katanya seakan ingin mencari kepastian dariku. Atau memang sebenarnya dia bermaksud begitu. Ini yang membuat aku sangsi untuk meluahkan apa yang tersimpan dalam hati ketika itu.

"Keluarganya pun orang Alim juga bang.. senang memdidik anak-anak abang nanti.."
Aku terdiam bila Ani bebicara sampai ketahap itu, aku kurang pasti samada Ani benar benar bermaksud begitu atau sekadar masih ingin menduga aku lagi. Makin dibiarkan makin jauh pula Ani berkiasan, atau agaknya Ani juga kurang pasti samada aku suka padanya.
Lalu aku memberanikan diri dan sanggup menangung apa juga penerimaan dari dia. Namun pada itu, aku berharap sangat dia juga menyukai aku ini.

"Ani.. pandang abang, abang nak cakap sikit dengan Ani" aku bersuara lancar, sedangkan aku mulanya tidak yakin dapat memulakan bicara seperti itu.
"Ermm.. cakaplah.. abang nak cakap apa?" keyakinan aku mula menapak apabila mendapat sahutan bicara dari Ani. Ani merenung kearahku sambil menanti ungkapan dari aku seterusnya. Aku memerhati wajah Ani.. senang dipandang, mata dia cantik! hidung mancung.. bibirnya.. cukup menawan.

"Ani.. yang sesuai dengan abang, seperti yang abang cakap dulu.. sudah ada didepan abang!" aku memberanikan diri berterus terang padanya.
"Abang ni.. orang cakap betul-betul dia main-main pulak!" kata Ani dengan suara sedikit bergetar.
"Tidak Ani, Abang tak main-main.. Ani lah pilihan abang, bukan Intan!" kataku hampir saja aku memeluk Ani untuk memujuknya, kerana ketika itu dia sudah mula mengalirkan titisan jernih dikelopak matanya. Cepat-cepat dia menunduk dan mengesat air matanya.

"Ani.. kenapa Ani menangis ha..?" Ani tidak menjawab pertanyaan ku. Aku bertanya lagi jika dia tidak suka pada aku. Lebih baik aku tahu hal sebenar dari mulutnya sendiri sekarang ini daripada aku terus bermain dengan perasaan aku sendiri.

"Apa.. Ani tak sudi dengan abang ni..?" dia masih tunduk menahan air matanya.
Aku mula resah memikirkan Ani.








Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


June 10, 2011

Pakaian Seksi Untuk Pasti Suami Puas.

Assalamualaikum... hai.. apa khabar anda hari ni..?

saya baik dan ok je.. tak pening pun.. hanya terasa nak buat gempak sikit hehe..
itu pun kalau ada yang terasa lain macam je cerita xaturen kali ini.. nak tahu ceritanya..? ok ini bab rumah tangga agi.. orang yang belum berumahtangga pun boleh baca no.. tak de hal punya.. erm...
Isteri tak bolih selekeh ketika berada di rumah.

Presden Kelab Taat Suami Melaysia, Fauziah Ariffin mengakui beliau memenuhi keperluan batin suaminya dengan berpakaian menarik dan seksi.

Bukan seperti isteri masa kini yang kebanyakannya tidak melayan suami dengan baik dan hanya berpakaian cantik diluar, tetapi di rumah kelihatan selekeh dan tidak menarik. Pengarah Ikhwan Catering and Restaurent itu juga berkata, isteri mesti perlu tahu peranan mereka yang sebenar!

Okey... hari ini saya nak bersetuju dengan Fauziah Ariffin ini.
Bukannya nak menambah nambah, tetapi inilah yang selalu terjadi.. dan kalau kelab berkata tengtang ini pun bukannya nak mengata sesiapa.. tetapi iklas Kelab ini membebel supaya ada kalangan para isteri yang alpa pada tugas mereka, membetulkan keadaan ini agar tidak menambah punca kerosakan dalam masyarakat.

xaturen tidaklah mahu memberatkan fikiran para wanita semua.. cuma sekadar saling ingat mengigati antara kita.. erm... yang dah kawin ke.. yang belum kawin ke.. bolehlah nanti buat panduan atau peringgatan bila sudah berumahtangga...

Yang menjaga rumah, anak anak, memasak dan sebagainya itu memanglah tanggungjawab isteri, walaupun kita sudah ada orang gaji.. pekara ini perlu juga kita ambil berat, jangan bulat bulat diserahkan pada orang gaji.. isteri mesti kena pantau hal hal seperti ini, supaya suami merasa dia 'Suami yang dihormati'.

Dan paling penting kata Timbalan Presiden Presden Kelab Taat Suami Melaysia, Dr Rohaya Mohamed mengigatkan golongan isteri supaya patuh melayan suami seperti 'pelacur kelas pertama'. hehe.. ada sesiapa yang dapat bayangkan pelacur kelas pertama..? ada..? tak de.?
Kenyataan Dr Rohaya Mohamed memang telus.. pelacur kelas pertama ada bau petai ke..? tak ada kan..? haa.. macam tu lah lebih kurang Dr Rohaya Mohamed tu nak kiaskan.

Tetapi ada juga golongan wanita yang tidak setuju dengan Kelab ini serta kenyataan tersebut.. termasuk Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim. Juga yang tak kurang sinisnya mengkritik adalah Ketua Putri UMNO, Datuk Rosnah Rashid Shirlin. Begitu juga di laman web, facebook dan berbagai media lagi..

Pada saya tiada apa yang dapat dibanggakan sangat dengan kejayaan kerjaya anda, jika kepuasan si suami tidak diutamakan. erm... kehidupan anda mewah ke.. miskin ke.. terpelajar ke.. berjawatan besar ke.. takde makna jika sang suami berkerut dahi bila bersama..

ok. saya stop kat sini je, kita yang tulis ni pun bukan nya pakar sangat.. harap maaf.... erm..
bye.. jumpa lagi..!

wassalam.


edited09/11/20





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



June 07, 2011

Menghargai Tubuh Badan Sendiri.

Assalamualaikum... ahaak, hari ini terasa nak menaip la pulak! pada hal apa yang nak ditulis pun belum tahu lagi..
hehe.~ bukan apa.. cuma sekadar untuk memastikan yang jari jemari saya ni tidak kaku sebab lama tidak menaip...
Macam manapun saya berharap sangat yang saudara saudari semua berada didalam keadaan sihat sejahtera selalu, disamping keluarga tercinta..

Pada yang rajin bersenam menjaga kesihatan saya ucapkan shabas! kerana anda sangat menghargai tubuh badan yang dikurniakan 'Tuhan'

Dan kepada sesiapa yang selalu bangun lewat pagi, dan jarang bersenam diwaktu pagi.. apa kata kita mulai dari besok pagi.. cuba sekali bangun diawal pagi dan berjoging diluar rumah, anda akan dapat menikmati permandangan waktu pagi yang mengasyikan!

Kita jarang menikmati panorama waktu pagi yang indah.. dengan udara yang bolih dikatakan masih segar, sebenarnya kita rugi dalam hidup kalau tidak merasainya!

Kalau tak percaya cubalah...
Saya selalu bangun awal pagi dan berjoging sepanjang pantai disini.. pada saya memang menarik sekali panorama pagi hari tau...
Disamping dapat juga mencerdaskan minda serta badan sebelum memulakan tugas seharian. Walaupun kekadang saya kepenatan berkerja tetapi saya mesti berjoging walaupun dihalaman rumah.. hee.~

Oh ya.. jangan lupa menjaga makan, jangan makan.. makan.. dan makan.. sampai tidak perhatikan apa kah yang kita itu makanan yang sesuai dengan kita.
Dari makanan yang kita makan akan mempengaruhi kesihatan kita, mungkin juga bolih mempegaruhi mood kita bila tersalah pilih makanan.

Minuman yang manis mesti kita kuranggi, juga masakan yang manis hee.~ tp kalu senyum manis tak apa hee.~
Walaupun lemak sangat penting kepada badan, namun terlebih lemak juga memudaratkan badan. Apa lagi buat awek-awek kat luar sana.. tak rugi berbentuk badan langsing.. jadi cuba kawal makan..!

erm.. ok, hati-hati selalu. jumpalagi.

wassalam.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




May 30, 2011

I Cant Live Without You.

Hai... apa khabar? dan Assalamualaikum semua..!
erm... semoga anda sekalian sihat-sihat saja ek.. maaf le dah banyak hari saya tak menulis pe pe kat sini..

Bukan merajuk, tapi ada le sikit-sikit merajuk.. bab dah lama tak balik kampung hehe.. masa ni saya kat home town ceh.. hometown.. macam cakap kat tv je kan.. sikit-sikit komen cakap omputih! macam le tererr.. sangat cakap omputih, hehe.. kalau setakat baca dan faham sendiri tu biasa lah kan.. tp kalu nak tejemah kat orang len... hee... mana lah mampu no..

But..! english language is more important than other languages if you want to improve your self.. ee.. betul ke pe saya tulis ni.. erm... ok.. sekarang ni saya dah kat Pontian.. balik kampung..

Bab tak leh lama lama kat sana KB, rindu lah..kat kampung, i cant live without u.... acehh.. cehh... perasan!

okey.. terima kasih kerana masih sudi memerhati kat sini.. ada sesiapa nak dengar cerita lagi ka? nape tak de siapa bertanyakan cerita saya tu.. tak best ke cerita tu.. kalau suka cakap le.. nanti saya buat lagi.. hehe..







"What lies behind us, and what lies before us are tiny matters compared to what lies within us." Love Quote by Ralph Waldo Emerson

"When you love someone, all your saved-up wishes start coming out." Love Quote by Elizabeth Bowen (1899-1973)

"The greatest thing you'll ever learn. Is to love and be loved in return." Love Quote From "Unforgettable with Love" by Natalie Cole

"If you don't love too much, you don't love enough." Love Quote by Anonymous

"Marriage is like the army. Everybody complains, but you'd be surprised at how many re-enlist." by Anonymous

"Love is the greatest refreshment in life." Love Quote by Pablo Picasso

"The best and most beautiful things in this world cannot be seen or even heard, but must be felt with the heart." by Helen Keller

"If you judge people, you have no time to love them." by Mother Teresa


"True love burns the brightest... but the brightest flames leaves the deepest scars" Love Quote by Rin

"Love is a wonderful thing. You never have to take it away from one person to give it to another. There's always more than enough to go around." Love Quote by Pamela de Roy

"Love asks me no questions, and gives me endless support..." Love Quote by William Shakespeare

"If I Had a wish...i would be your tear... to be born in your eyes and to die on your lips... but if you were my tears...i would never cry in fear of losing you." Love Quote by Corona

"Love is like a butterfly, hold it too tight and it'll crush, hold it too loose and it'll fly away." Love Quote by Allie


A man is like a pillar, a woman like a crossbeam. A man is like the legs of a person, a woman like the trunk. A man is like the wings of a bird, a woman like the body. If the wings and the body become separated, then how can the bird fly? And if the pillar topples, then the crossbeam will surely fall to the ground. A home without a man is like a person without a soul. Love Quote by Anonymous



edited09/11/20





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



May 22, 2011

Pertama Kali Menang.

Assalamualaikum... salam kasih sayang semua.. cewwah!

Tak salah dan memang digalakkan kita kita semua umat ni.. hidup didalam berkasih sayang....
yela... murah murahkan sikit senyuman mu itu... supaya senang hati orang len yang memandang....
Dulu masa saya kecik kecik, ada saorang kakak kat kampung, memang terkenal dengan peramahnya.. sudah le cantik.. asal bersua tak kira di mana, senyumannya lah yang menghiburkan.. ntah sekarang dah kat mana.. walaupun dia tidak kaya dari segi keuwangan.. tapi dia murah senyuman, semoga kakak tu berbahagia selalu.

ada segelintir..... tu, dia pilih orang dulu baru nak senyum.. kalu serebeh je.. dia tak tolih pun.. dia akan senyum pada yang manco.. cantik.. kalu budak serabai atau serabut atau selekeh sory.. dia tak layan.. maknanya senyumannya tidak iklas sesama insan.. hehe... so mulai sekarang senyum lah dengan iklas... jangan risau orang tak salah anggappun... asal anda iklas, tanda hati anda tulus berkasih sayang sesama insan.
okeh...

ini video yang saya bikin, masa tu kat Johor..  just suke suke..






Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!