June 07, 2011

Menghargai Tubuh Badan Sendiri.

Assalamualaikum... ahaak, hari ini terasa nak menaip la pulak! pada hal apa yang nak ditulis pun belum tahu lagi..
hehe.~ bukan apa.. cuma sekadar untuk memastikan yang jari jemari saya ni tidak kaku sebab lama tidak menaip...
Macam manapun saya berharap sangat yang saudara saudari semua berada didalam keadaan sihat sejahtera selalu, disamping keluarga tercinta..

Pada yang rajin bersenam menjaga kesihatan saya ucapkan shabas! kerana anda sangat menghargai tubuh badan yang dikurniakan 'Tuhan'

Dan kepada sesiapa yang selalu bangun lewat pagi, dan jarang bersenam diwaktu pagi.. apa kata kita mulai dari besok pagi.. cuba sekali bangun diawal pagi dan berjoging diluar rumah, anda akan dapat menikmati permandangan waktu pagi yang mengasyikan!

Kita jarang menikmati panorama waktu pagi yang indah.. dengan udara yang bolih dikatakan masih segar, sebenarnya kita rugi dalam hidup kalau tidak merasainya!

Kalau tak percaya cubalah...
Saya selalu bangun awal pagi dan berjoging sepanjang pantai disini.. pada saya memang menarik sekali panorama pagi hari tau...
Disamping dapat juga mencerdaskan minda serta badan sebelum memulakan tugas seharian. Walaupun kekadang saya kepenatan berkerja tetapi saya mesti berjoging walaupun dihalaman rumah.. hee.~

Oh ya.. jangan lupa menjaga makan, jangan makan.. makan.. dan makan.. sampai tidak perhatikan apa kah yang kita itu makanan yang sesuai dengan kita.
Dari makanan yang kita makan akan mempengaruhi kesihatan kita, mungkin juga bolih mempegaruhi mood kita bila tersalah pilih makanan.

Minuman yang manis mesti kita kuranggi, juga masakan yang manis hee.~ tp kalu senyum manis tak apa hee.~
Walaupun lemak sangat penting kepada badan, namun terlebih lemak juga memudaratkan badan. Apa lagi buat awek-awek kat luar sana.. tak rugi berbentuk badan langsing.. jadi cuba kawal makan..!

erm.. ok, hati-hati selalu. jumpalagi.

wassalam.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




May 30, 2011

I Cant Live Without You.

Hai... apa khabar? dan Assalamualaikum semua..!
erm... semoga anda sekalian sihat-sihat saja ek.. maaf le dah banyak hari saya tak menulis pe pe kat sini..

Bukan merajuk, tapi ada le sikit-sikit merajuk.. bab dah lama tak balik kampung hehe.. masa ni saya kat home town ceh.. hometown.. macam cakap kat tv je kan.. sikit-sikit komen cakap omputih! macam le tererr.. sangat cakap omputih, hehe.. kalau setakat baca dan faham sendiri tu biasa lah kan.. tp kalu nak tejemah kat orang len... hee... mana lah mampu no..

But..! english language is more important than other languages if you want to improve your self.. ee.. betul ke pe saya tulis ni.. erm... ok.. sekarang ni saya dah kat Pontian.. balik kampung..

Bab tak leh lama lama kat sana KB, rindu lah..kat kampung, i cant live without u.... acehh.. cehh... perasan!

okey.. terima kasih kerana masih sudi memerhati kat sini.. ada sesiapa nak dengar cerita lagi ka? nape tak de siapa bertanyakan cerita saya tu.. tak best ke cerita tu.. kalau suka cakap le.. nanti saya buat lagi.. hehe..







"What lies behind us, and what lies before us are tiny matters compared to what lies within us." Love Quote by Ralph Waldo Emerson

"When you love someone, all your saved-up wishes start coming out." Love Quote by Elizabeth Bowen (1899-1973)

"The greatest thing you'll ever learn. Is to love and be loved in return." Love Quote From "Unforgettable with Love" by Natalie Cole

"If you don't love too much, you don't love enough." Love Quote by Anonymous

"Marriage is like the army. Everybody complains, but you'd be surprised at how many re-enlist." by Anonymous

"Love is the greatest refreshment in life." Love Quote by Pablo Picasso

"The best and most beautiful things in this world cannot be seen or even heard, but must be felt with the heart." by Helen Keller

"If you judge people, you have no time to love them." by Mother Teresa


"True love burns the brightest... but the brightest flames leaves the deepest scars" Love Quote by Rin

"Love is a wonderful thing. You never have to take it away from one person to give it to another. There's always more than enough to go around." Love Quote by Pamela de Roy

"Love asks me no questions, and gives me endless support..." Love Quote by William Shakespeare

"If I Had a wish...i would be your tear... to be born in your eyes and to die on your lips... but if you were my tears...i would never cry in fear of losing you." Love Quote by Corona

"Love is like a butterfly, hold it too tight and it'll crush, hold it too loose and it'll fly away." Love Quote by Allie


A man is like a pillar, a woman like a crossbeam. A man is like the legs of a person, a woman like the trunk. A man is like the wings of a bird, a woman like the body. If the wings and the body become separated, then how can the bird fly? And if the pillar topples, then the crossbeam will surely fall to the ground. A home without a man is like a person without a soul. Love Quote by Anonymous



edited09/11/20





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



May 22, 2011

Pertama Kali Menang.

Assalamualaikum... salam kasih sayang semua.. cewwah!

Tak salah dan memang digalakkan kita kita semua umat ni.. hidup didalam berkasih sayang....
yela... murah murahkan sikit senyuman mu itu... supaya senang hati orang len yang memandang....
Dulu masa saya kecik kecik, ada saorang kakak kat kampung, memang terkenal dengan peramahnya.. sudah le cantik.. asal bersua tak kira di mana, senyumannya lah yang menghiburkan.. ntah sekarang dah kat mana.. walaupun dia tidak kaya dari segi keuwangan.. tapi dia murah senyuman, semoga kakak tu berbahagia selalu.

ada segelintir..... tu, dia pilih orang dulu baru nak senyum.. kalu serebeh je.. dia tak tolih pun.. dia akan senyum pada yang manco.. cantik.. kalu budak serabai atau serabut atau selekeh sory.. dia tak layan.. maknanya senyumannya tidak iklas sesama insan.. hehe... so mulai sekarang senyum lah dengan iklas... jangan risau orang tak salah anggappun... asal anda iklas, tanda hati anda tulus berkasih sayang sesama insan.
okeh...

ini video yang saya bikin, masa tu kat Johor..  just suke suke..






Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




May 20, 2011

Gementar Bila Kita Berduaan.

Aku terdiam memerhati gelagat Ani, lalu tanpa kusedar aku berkata "Ingatkan siapa yang berikan rantai tangan tu pada Ani..!" Ani menolih kearahku kehairanan.. kemudian memandang Ibunya, Makcik tersenyum pula kepada Nenek.. mereka semua ketawa kecil kearahku.

Aku tertunduk malu. Lalu aku hati berkata, "Ani.. lapang rasa hati abang sekarang.." Harapan aku terhadap Ani mulai mekar kembali, serasanya memang sudah sah Ani ini akan jadi milik aku.

Aku kembali gembira memikirkan Ani. Keluh kesah memikirkan hal Ani telah hilang semuanya. Rupanya dagang aku, bukan nya mengkuang layu! tapi dagang mengkuang berlipat! Semoga harapan ku untuk bersama Ani akan kekal menjadi kenyataan.

Aku dengan Ani tercegat diatas Jambatan hadapan rumah. "Ya.. kau tolong tenggokkan Ani.. kalau hendak pergi mana mana kunci semua pintu" kata Ayah Ani ketika mula hendak bertolak.

"Pakcik pergi sekejap saja.. kalau tidak ramai orang kat rumah Ustad.. cepatlah kami balik nanti." tambah nya lagi sambil menoleh kearah Ani, Ani menolih kearah Ibunya, Makcik ku menolih pula kearah Nenek.. Aku memandang kearah Nenek. Nenek tersenyum.. Aku ikut sedikit tersenyum, dan berkata "Baiklah Pakcik!"

Suasana agak bising olih bunyi kereta yang sedang Pakcikku menekan nekan pendal minyaknya. Perlahan lahan kereta bergerak.. menyusuri laluan keluar kejalan hadapan rumah. bye.. bye Akak.! bye Abang.! kata Adik Din keriangan sambil tangan nya melambai lambai kearah kami berdua.

Ani membalas lambaian adiknya aku pun ikut melambai juga.. "Ani.. ingat apa yang Mak pesan tu.." Kata Makcik ku ketika kereta sudah bergerak meninggalkan kami berdua diatas Jambatan.

Aku menolih kearah Ani, Ani menjeling kearahku sambil tersenyum! Apa pulak yang Makcikku pesan pada Ani tu aku pun tak tahu.. beransur ansur kereta Pakcikku hilang dari pandangan kami.

Suasana kembali sepi.. tiada sesiapa antara kami berdua yang memulakan bicara, aku hanya memandang kebawah kearah aliran air dibawah jambatan. Kelihatan sekumpulan anak anak ikan sedang mencari makanan dalam arus yang mengalir perlahan. Aku memerhati sebelah hulu sungai kecil itu sedangkan Ani memerhati disebelah hilir.

Kami masih lagi diam tidak berkata apa apa. Mungkin Ani sedang memerhati anak anak ikan atau mungkin juga melihat kuntuman teraratai yang sedang mekar berkembang.

Cuaca petang itu agak mendung namun disebelah timurnya cuaca terang benderang, persekitaran sawah yang luas membenarkan aku memandang suasana sekeliling dengan lebih jauh disana. Tiupan angin sesekali menerjah kearah kami, Ani membetulkan rambutnya yang diselak angin yang agak sejuk itu.

Walaupun aku tidak menolih kearahnya namun aku dapat rasakan keresahan yang dialaminya. Sebenarnya aku pun ikut merasa resah gelisah juga. Inilah kali pertama tiada orang lain selain kami berdua saja. Rasa tidak keruan biasa aku alami apabila berhadapan dengan orang yang aku suka dan aku mula tidak berani mengungkap akan kata kata.

Lidah jadi kelu untuk memulakan bicara, bimbang kalau salah kata. Ani.. kenapa hari ini kau diam begini, tidak seperti hari sebelumnya? apa kau juga gementar bila kita berduaan begini? atau kau tidak menyukai aku sebenarnya?

Dulu.. bila aku, pertama kali bertemu Fidah perasaan yang sama juga yang aku rasakan. Pertemuan pertama yang meninggalkan kenangan sampai keakhir hayat.

Mungkin juga Fidah pun tidak akan dapat melupakan nya.. aku memang rindu detik itu, Fidah.. resah, tidak sanggup aku menahan rindu padamu saorang! mengapa kini cinta kita musnah begitu saja, selagi hidup tetapku terkenang juga.

Ketika itu aku masih dikampung, aku merancang pertemuan itu bersama Siti "Bolih apa salahnya kalau abang nak jumpa Faridah" kata Siti bila aku ingin sangat jumpa Fidah secara berdua saja. Sebagai gadis kampung, Siti memanggil abang, tanda hormat dia pada aku yang lebih tua darinya.

"Siti rasa hari khamis depan paling sesuai" tambah Siti lagi bila aku mahu secepat mungkin untuk bertemu Fidah. Siti kawan kami yang sangat baik dia banyak menyokong hubunggan aku dengan Fidah buah hatiku.

Seperti yang dijanjikan aku menunggu dengan penuh debaran akan kedatanggan Fidah. Aku telah berkira kira apa yang perlu aku bicarakan apabila Fidah menjelma sebentar nanti. Memang gugup rasanya saat penantian itu, maklumlah itulah kali pertama kami akan berjumpa dan bersemuka. Tapi rindu ingin bertemu Fidah mengatasi segalanya.

Tidak lama selepas pertemuan pertama itu, aku mendapat kerja di Taiping. Agak jauh dari kampung ku didaerah Kulim. Dan kita pun mula hidup berjauhan, hanya surat menjadi penghubung kita diwaktu itu. Hanya bila aku bercuti panjang baru kita dapat bertemu dan pergi bersiaran.

Pada pertemuan pertama itu kita lebih banyak berbicara dalam hati saja. Hanya sedikit ungkapan antara kita, oh.. Fidah.. yang aku tahu, aku begitu senang dan berbahagia bila kau berada disamping ku. Dan kau Fidah dapat menyelami perasaan aku ketika itu. Aku rasa kau pun begitu juga, turut merasa bahagia.

Aku dapat lihat keceriaan pada senyumanmu, kegembiraan pada wajahmu. Jiwa kita seolah olah sebati menjadi satu, tidak perlu lagi sebarang kata antara kita. Penawar rindu ini padaku, hanya dikau seorang.

Hadir kamu disitu ada bahagiaku. Bila kita berdua hilang duka nestapa timbul rasa indah belaka. Oh.. Fidah, aku masih sangat sayang akan kamu! Cinta yang tulus ini hanyalah untukmu selamanya.

Bunyi deruan motosikal memecah keheningan kami ketika itu, ku lihat Ani tersenyum lebar kearah motosikal yang semakin menghampiri kedudukan kami.
"Intan.. sampaipun kau, kenapa lambat sangat..?" itulah ungkapan Ani takkala Intan mematikan moto. Intan tersenyum memandang Ani dan kemudian kearahku sebentar, sambil membetulkan kedudukan moto.

"Hai.. buat apa kita nak ganggu orang yang sedang berdua duaan" balas Intan ramah ceria tidak seperti semalam. "Intan.. kau jangan macam macam Intan.." Ani berkata seakan akan marah pada Intan. Agaknya Ani tidak marah pada Intan cuma dia malu dikata berduaan dengan aku.

"Apa pulak macam macam.. biasalah itu, apa salahnya kan?" kali ini Intan berkata sambil menolih kepadaku seolah olah supaya aku mengiyakan cakapnya. Aku hanya sekadar tersenyum saja kearah Intan, Ani tunduk sambil memegang bungkusan kecil dalam bakul moto Intan.

"Macam ni lah.. Ani, kau siap siap dulu, aku hantar kuih ni kat nenek aku sekejap, lepas tu kita pergilah.." kata Intan pada Ani. "erm.. baiklah kau cepat sikit tau, takut pulak hari hujan nanti" balas Ani pada Intan. Aku mengikuti Ani balik kerumah setelah Intan mula menghidupkan moto kerumah neneknya.

Dalam perjalanan yang memasuki rumah Ani bersuara dengan perlahan tapi jelas aku dengar.."Abang, macam mana dengan Intan tu bang?" Ia satu pertanyaan yang aku tak faham kenapa Ani bertanyakan soalan yang seperti itu.

Agaknya Ani seperti meminta aku menilai Intan untuk aku. Atau Ani seolah mencadangkan Intan jadi pilihan aku. Kenapa pula Intan? sedangkan aku telah mulai menyukainya.

Ani! sebenarnya aku sudah mula sayang padamu.. apalagi bila aku tahu rantai tangan itu bukan pemberian dari jejaka mana.. itu hanya pemberian Ibumu sendiri.

Lagipun kau pun tahu keluargamu begitu beria ia memilih aku sebagai calun suamimu. Atau memang Ani sebenarnya tidak menyukai aku? bahkan dia hanya melayani aku sebaiknya sebagai tetamu sahaja!








Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


May 16, 2011

Manis Kah Hidup Bermadu.

Assalamualaikum... salam semua!

Semoga anda ceria selalu disamping keluarga tersayang dan orang tersayang. Andai ada yang masih belum ada orang tersayang.. cari lah kat luar sana banyakk.. hanya pandai-pandailah memilih.. yang perempuan tak salah kalau anda mulakan dahulu..

Macam mana pun sila bagi masa, selidik dahulu background sesaorang tu.. jangan dok ingat yang manco dan cantik sje.. selain dari manco.. banyak lagi yang perlu difikirkan.. contohnya sekurang-kurangnya ada pekerjaan yang halal.. cewah!
Pada yang lelaki saya tak mau cakap le.. pandai-pandailah ko nak idup.. hehehe...

Eerm... kali ini saya terpanggil nak bercerita pasal Salleh Yaakub hidup bermadu, asalnya beristeri tiga.. lepas tu dengar lagi dah nak tambah lagi satu jadi empat isteri!

Lepastu kuar kat berita.. ramailah orang yang puji.. kata Abang Salleh pandai, cakap Abang Salleh hebat! dan berbagai bagai lagi...
Pada saya berita macam ini tidak perlulah diperbesar besarkan..
Sebabnya ianya bukan satu contoh yang baikpun... saya takut nanti ramai pulak Abang-abang yang lain terikut-ikut nak jadi Abang Salleh!! dan nak buat macam tu juga...

Madu, memang manis...! hingga melekat kat bibir manisnya..! Tetapi hidup bermadu tak mungkin manis!
Walau bagaimana pun.. hendak kawin berapa? itu hak masing-masing lah.. Akan tetapi.., kebanyakkan, kebanyakkan... lelaki yang bermadu, tidak mampu pun berbuat begitu! serta adil, siapa mampu angkat tangan..?

Buka mata luas-luas... kita ni hidup zaman Malaysia maju.. erm...! Bila maju... nak pakai kereta kan? Mampukah kita? akan jadi adilkah kita?
Lepas tu ada isteri, isteri, isteri... dan isteri.. nak rumahkan.? pastu ada anak, anak, anakkkk.... nak sekolahkan. pastu banyak lagi benda lain tu... tv plasma ke? dan... yang paling penting... bila tiba waktu malam.. [ sensor.. bla.. bla.. bal..] Mampu ke? Adil ke suami tu?

Kalau anda benar-benar mampu silakan... jangan salahkan takdir kemudian hari. Yang perempuan tu fikir-fikir lah sikit.. tak kan nak kata, sudah takdir aku dapat suami orang...!

Cuba bayangkan pada kaum lelaki, mau kongsi? tak maukan...! so macam tu juga dengan perempuan... kalau ada perempuan yang kata "I tak kesah hidup I bermadu empat pun.." suka hati dialah.

Tapi jangan merungut dalam diam.. [ sensor.. bla.. bla.. anak sakit bla.. bla.. tak bolih balik kampung...] Adilke dia? mampu ke dia?
hehehe... takkan nak kata Allah... dah takdir aku..

Takdir hanya setelah berlaku, jika belum berlaku.. kita bolih memilih cara untuk berbuat yang terbaik untuk diri.
Madu manis hanya untuk madu lebah saje... he.he.he..
ok lah.. sekian saja.
wassalam.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!