May 20, 2011

Gementar Bila Kita Berduaan.

Aku terdiam memerhati gelagat Ani, lalu tanpa kusedar aku berkata "Ingatkan siapa yang berikan rantai tangan tu pada Ani..!" Ani menolih kearahku kehairanan.. kemudian memandang Ibunya, Makcik tersenyum pula kepada Nenek.. mereka semua ketawa kecil kearahku.

Aku tertunduk malu. Lalu aku hati berkata, "Ani.. lapang rasa hati abang sekarang.." Harapan aku terhadap Ani mulai mekar kembali, serasanya memang sudah sah Ani ini akan jadi milik aku.

Aku kembali gembira memikirkan Ani. Keluh kesah memikirkan hal Ani telah hilang semuanya. Rupanya dagang aku, bukan nya mengkuang layu! tapi dagang mengkuang berlipat! Semoga harapan ku untuk bersama Ani akan kekal menjadi kenyataan.

Aku dengan Ani tercegat diatas Jambatan hadapan rumah. "Ya.. kau tolong tenggokkan Ani.. kalau hendak pergi mana mana kunci semua pintu" kata Ayah Ani ketika mula hendak bertolak.

"Pakcik pergi sekejap saja.. kalau tidak ramai orang kat rumah Ustad.. cepatlah kami balik nanti." tambah nya lagi sambil menoleh kearah Ani, Ani menolih kearah Ibunya, Makcik ku menolih pula kearah Nenek.. Aku memandang kearah Nenek. Nenek tersenyum.. Aku ikut sedikit tersenyum, dan berkata "Baiklah Pakcik!"

Suasana agak bising olih bunyi kereta yang sedang Pakcikku menekan nekan pendal minyaknya. Perlahan lahan kereta bergerak.. menyusuri laluan keluar kejalan hadapan rumah. bye.. bye Akak.! bye Abang.! kata Adik Din keriangan sambil tangan nya melambai lambai kearah kami berdua.

Ani membalas lambaian adiknya aku pun ikut melambai juga.. "Ani.. ingat apa yang Mak pesan tu.." Kata Makcik ku ketika kereta sudah bergerak meninggalkan kami berdua diatas Jambatan.

Aku menolih kearah Ani, Ani menjeling kearahku sambil tersenyum! Apa pulak yang Makcikku pesan pada Ani tu aku pun tak tahu.. beransur ansur kereta Pakcikku hilang dari pandangan kami.

Suasana kembali sepi.. tiada sesiapa antara kami berdua yang memulakan bicara, aku hanya memandang kebawah kearah aliran air dibawah jambatan. Kelihatan sekumpulan anak anak ikan sedang mencari makanan dalam arus yang mengalir perlahan. Aku memerhati sebelah hulu sungai kecil itu sedangkan Ani memerhati disebelah hilir.

Kami masih lagi diam tidak berkata apa apa. Mungkin Ani sedang memerhati anak anak ikan atau mungkin juga melihat kuntuman teraratai yang sedang mekar berkembang.

Cuaca petang itu agak mendung namun disebelah timurnya cuaca terang benderang, persekitaran sawah yang luas membenarkan aku memandang suasana sekeliling dengan lebih jauh disana. Tiupan angin sesekali menerjah kearah kami, Ani membetulkan rambutnya yang diselak angin yang agak sejuk itu.

Walaupun aku tidak menolih kearahnya namun aku dapat rasakan keresahan yang dialaminya. Sebenarnya aku pun ikut merasa resah gelisah juga. Inilah kali pertama tiada orang lain selain kami berdua saja. Rasa tidak keruan biasa aku alami apabila berhadapan dengan orang yang aku suka dan aku mula tidak berani mengungkap akan kata kata.

Lidah jadi kelu untuk memulakan bicara, bimbang kalau salah kata. Ani.. kenapa hari ini kau diam begini, tidak seperti hari sebelumnya? apa kau juga gementar bila kita berduaan begini? atau kau tidak menyukai aku sebenarnya?

Dulu.. bila aku, pertama kali bertemu Fidah perasaan yang sama juga yang aku rasakan. Pertemuan pertama yang meninggalkan kenangan sampai keakhir hayat.

Mungkin juga Fidah pun tidak akan dapat melupakan nya.. aku memang rindu detik itu, Fidah.. resah, tidak sanggup aku menahan rindu padamu saorang! mengapa kini cinta kita musnah begitu saja, selagi hidup tetapku terkenang juga.

Ketika itu aku masih dikampung, aku merancang pertemuan itu bersama Siti "Bolih apa salahnya kalau abang nak jumpa Faridah" kata Siti bila aku ingin sangat jumpa Fidah secara berdua saja. Sebagai gadis kampung, Siti memanggil abang, tanda hormat dia pada aku yang lebih tua darinya.

"Siti rasa hari khamis depan paling sesuai" tambah Siti lagi bila aku mahu secepat mungkin untuk bertemu Fidah. Siti kawan kami yang sangat baik dia banyak menyokong hubunggan aku dengan Fidah buah hatiku.

Seperti yang dijanjikan aku menunggu dengan penuh debaran akan kedatanggan Fidah. Aku telah berkira kira apa yang perlu aku bicarakan apabila Fidah menjelma sebentar nanti. Memang gugup rasanya saat penantian itu, maklumlah itulah kali pertama kami akan berjumpa dan bersemuka. Tapi rindu ingin bertemu Fidah mengatasi segalanya.

Tidak lama selepas pertemuan pertama itu, aku mendapat kerja di Taiping. Agak jauh dari kampung ku didaerah Kulim. Dan kita pun mula hidup berjauhan, hanya surat menjadi penghubung kita diwaktu itu. Hanya bila aku bercuti panjang baru kita dapat bertemu dan pergi bersiaran.

Pada pertemuan pertama itu kita lebih banyak berbicara dalam hati saja. Hanya sedikit ungkapan antara kita, oh.. Fidah.. yang aku tahu, aku begitu senang dan berbahagia bila kau berada disamping ku. Dan kau Fidah dapat menyelami perasaan aku ketika itu. Aku rasa kau pun begitu juga, turut merasa bahagia.

Aku dapat lihat keceriaan pada senyumanmu, kegembiraan pada wajahmu. Jiwa kita seolah olah sebati menjadi satu, tidak perlu lagi sebarang kata antara kita. Penawar rindu ini padaku, hanya dikau seorang.

Hadir kamu disitu ada bahagiaku. Bila kita berdua hilang duka nestapa timbul rasa indah belaka. Oh.. Fidah, aku masih sangat sayang akan kamu! Cinta yang tulus ini hanyalah untukmu selamanya.

Bunyi deruan motosikal memecah keheningan kami ketika itu, ku lihat Ani tersenyum lebar kearah motosikal yang semakin menghampiri kedudukan kami.
"Intan.. sampaipun kau, kenapa lambat sangat..?" itulah ungkapan Ani takkala Intan mematikan moto. Intan tersenyum memandang Ani dan kemudian kearahku sebentar, sambil membetulkan kedudukan moto.

"Hai.. buat apa kita nak ganggu orang yang sedang berdua duaan" balas Intan ramah ceria tidak seperti semalam. "Intan.. kau jangan macam macam Intan.." Ani berkata seakan akan marah pada Intan. Agaknya Ani tidak marah pada Intan cuma dia malu dikata berduaan dengan aku.

"Apa pulak macam macam.. biasalah itu, apa salahnya kan?" kali ini Intan berkata sambil menolih kepadaku seolah olah supaya aku mengiyakan cakapnya. Aku hanya sekadar tersenyum saja kearah Intan, Ani tunduk sambil memegang bungkusan kecil dalam bakul moto Intan.

"Macam ni lah.. Ani, kau siap siap dulu, aku hantar kuih ni kat nenek aku sekejap, lepas tu kita pergilah.." kata Intan pada Ani. "erm.. baiklah kau cepat sikit tau, takut pulak hari hujan nanti" balas Ani pada Intan. Aku mengikuti Ani balik kerumah setelah Intan mula menghidupkan moto kerumah neneknya.

Dalam perjalanan yang memasuki rumah Ani bersuara dengan perlahan tapi jelas aku dengar.."Abang, macam mana dengan Intan tu bang?" Ia satu pertanyaan yang aku tak faham kenapa Ani bertanyakan soalan yang seperti itu.

Agaknya Ani seperti meminta aku menilai Intan untuk aku. Atau Ani seolah mencadangkan Intan jadi pilihan aku. Kenapa pula Intan? sedangkan aku telah mulai menyukainya.

Ani! sebenarnya aku sudah mula sayang padamu.. apalagi bila aku tahu rantai tangan itu bukan pemberian dari jejaka mana.. itu hanya pemberian Ibumu sendiri.

Lagipun kau pun tahu keluargamu begitu beria ia memilih aku sebagai calun suamimu. Atau memang Ani sebenarnya tidak menyukai aku? bahkan dia hanya melayani aku sebaiknya sebagai tetamu sahaja!








Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


May 16, 2011

Manis Kah Hidup Bermadu.

Assalamualaikum... salam semua!

Semoga anda ceria selalu disamping keluarga tersayang dan orang tersayang. Andai ada yang masih belum ada orang tersayang.. cari lah kat luar sana banyakk.. hanya pandai-pandailah memilih.. yang perempuan tak salah kalau anda mulakan dahulu..

Macam mana pun sila bagi masa, selidik dahulu background sesaorang tu.. jangan dok ingat yang manco dan cantik sje.. selain dari manco.. banyak lagi yang perlu difikirkan.. contohnya sekurang-kurangnya ada pekerjaan yang halal.. cewah!
Pada yang lelaki saya tak mau cakap le.. pandai-pandailah ko nak idup.. hehehe...

Eerm... kali ini saya terpanggil nak bercerita pasal Salleh Yaakub hidup bermadu, asalnya beristeri tiga.. lepas tu dengar lagi dah nak tambah lagi satu jadi empat isteri!

Lepastu kuar kat berita.. ramailah orang yang puji.. kata Abang Salleh pandai, cakap Abang Salleh hebat! dan berbagai bagai lagi...
Pada saya berita macam ini tidak perlulah diperbesar besarkan..
Sebabnya ianya bukan satu contoh yang baikpun... saya takut nanti ramai pulak Abang-abang yang lain terikut-ikut nak jadi Abang Salleh!! dan nak buat macam tu juga...

Madu, memang manis...! hingga melekat kat bibir manisnya..! Tetapi hidup bermadu tak mungkin manis!
Walau bagaimana pun.. hendak kawin berapa? itu hak masing-masing lah.. Akan tetapi.., kebanyakkan, kebanyakkan... lelaki yang bermadu, tidak mampu pun berbuat begitu! serta adil, siapa mampu angkat tangan..?

Buka mata luas-luas... kita ni hidup zaman Malaysia maju.. erm...! Bila maju... nak pakai kereta kan? Mampukah kita? akan jadi adilkah kita?
Lepas tu ada isteri, isteri, isteri... dan isteri.. nak rumahkan.? pastu ada anak, anak, anakkkk.... nak sekolahkan. pastu banyak lagi benda lain tu... tv plasma ke? dan... yang paling penting... bila tiba waktu malam.. [ sensor.. bla.. bla.. bal..] Mampu ke? Adil ke suami tu?

Kalau anda benar-benar mampu silakan... jangan salahkan takdir kemudian hari. Yang perempuan tu fikir-fikir lah sikit.. tak kan nak kata, sudah takdir aku dapat suami orang...!

Cuba bayangkan pada kaum lelaki, mau kongsi? tak maukan...! so macam tu juga dengan perempuan... kalau ada perempuan yang kata "I tak kesah hidup I bermadu empat pun.." suka hati dialah.

Tapi jangan merungut dalam diam.. [ sensor.. bla.. bla.. anak sakit bla.. bla.. tak bolih balik kampung...] Adilke dia? mampu ke dia?
hehehe... takkan nak kata Allah... dah takdir aku..

Takdir hanya setelah berlaku, jika belum berlaku.. kita bolih memilih cara untuk berbuat yang terbaik untuk diri.
Madu manis hanya untuk madu lebah saje... he.he.he..
ok lah.. sekian saja.
wassalam.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




May 10, 2011

Wajah Kekasih Hatiku.

Kami makan bersama diatas lantai beralaskan tikar mengkuang dalam satu bulatan tapi dengan dua 'talam'. Aku juga turut menganguk sambil memandang kearah Ani, Ani macam selalu hanya membalas dengan senyuman yang memang manis! tapi tetiba hati ku menjadi cemburu bila terpandang rantai tangan yang dipakainya.
Rasa tidak selera nak meneruskan makan, gelisah memikirkan yang Ani sudah ada 'Boyfriend' "hai... kenapa lah lambat aku bertemu dengan mu Ani!" bisik hatiku.

Aku jadi perlahan menjamah makanan, sedikit lesu setelah melihat rantai itu, hilang selera nak merasa ikan haruan bakar tu. Rasa penasaran dalam memikirkan siapa pulak yang lebih awal memikat hati Ani! dan kenapa lah Nenek aku tidak bertanya Ani terlebih dahulu sebelum mereka perkenalkan Ani ini dengan Aku..! jiwa ku bergelora sendiri! jadi tak menentu, Ayah Ibunya sudah setuju kenapa pula dia bolih ada yang lain!

Tidak bolih jadi ni.. aku mesti beritahu Ani! Aku mesti khabarkan pada dia yang aku sudah suka padanya, aku harus segera memberitahu yang aku tidak suka dia memakai rantai itu lagi. Jenkel aku melihat bentuk daun keladi itu tergantung dilenganmu. Cemburu aku makin menjadi bila kulihat Ani sesekali memegang megang rantai tersebut, ee.. tak kuasa aku nak lihat lagi..!

Keadaan kereta Datsun 120Y masih dalam keadaan baik. Hadapannya sudah sedia menghala kejalan, enjinnya memang sengaja Pakcik ku hidupkan pada ketika itu juga Adik Din sibuk menolong Ayah nya mengelap dan membersihkan badan kereta dari habuk. Nampak seperti kereta itu jarang digunakan.

Aku memerhati dari kerusi panjang dibawah rumah. Nenek juga duduk menunggu disebelah ku.. Nenek sudah siap sedia hendak berangkat. Cuma menanti Makcik aku dengan Ani saja lagi yang masih kat dalam.

Tidak lama kemudian Ani dengan Ibunya keluar dan turut duduk dikerusi panjang sambil Ani sibuk membetulkan baju yang dipakai Ibunya. Kemudian membetulkan juga tudung yang Nenek pakai. Aku mencuri curi pandang pada Ani.

Cantik juga bila ku pandang dia, takala dia membetulkan tudung Nenek, jarak aku dengan Ani terlalu hampir sehingga aku tercium bauan yang dipakai Ani. Jari jemarinya halus membelai dan membaiki letak tudung Nenek. Tika itu juga aku terbayang raut wajah Faridah! oh..

Fidah, dimana saja aku berada, wajahmu aku terbayang juga. Apalah dosa ku sehingga aku dipisahkan dengan dia? Salahkah aku mencintai dia? Fidah.. aku sangat sayang padamu sayang! Biarpun kemarau merekah bumi ini! namun kasih sayangku tak akan berubah dan tak pernah kering..

Entahlah kenapa aku sukar untuk melupakan kamu, adakalanya aku rasakan seperti baru semalam kita berpisah.. aku sentiasa dibayangi kemesraan kita dahulu. Ku ingat lagi ketika kita pulang dari Padang Kota, kau memeluk aku erat ketika kita menaiki Fery, kau seram ketika Fery mula berlabuh.. hanya pada aku tempat kau berpaut!
Kau tidak peduli orang sekeliling lagi. "Abang.. pegang Fidah bang.. Fidah seram ni.." itulah pintamu dengan suara manja.

Aku sangat bangga memiliki kamu saat itu. Diwaktu itu akulah manusia yang paling terpana didunia ini dan orang yang paling bahagia didunia ini.

Takala diatas Fery kau selalu suka berada dibahagian hadapan, sepanjang perjalanan kau tak jemu-jemu memuji keindahan alam maya ciptaan tuhan. Tiupan angin meniup laju.. membelai belai rambutmu yang sedikit kerinting itu, sesekali kau membetulkan rambutmu dan aku tak jemu-jemu pula menatap wajahmu itu, wajah kekasih hatiku, aku memegang tanganmu erat seperti yang kau pinta.

"Hati-hati sayang..! nanti dilambung ombak!" kataku mengigatkan kamu. Kau menolih kepadaku serta menghadiahkan senyuman yang sangat indah. Seindah panorama pulau dan pantai yang kau sebut-sebut.

Senyuman mu itu Fidah.. selalu membuatkan hati begitu sayang padamu. Fidah.. itulah diri mu yang tabah menghadapi cabaran, walaupun kau seram.. kau tetap mahu menaiki Fery..! aku tahu kau gembira bila berada diatas Fery.

"Abang.. kita naik Fery saja lah kesana.. moto kita simpan kat warung kawan Abang tu ye.." kata mu setiap kali kita hendak ke Pulau Pinang, aku menurut saja permintaan mu. Belum sekali pun kita mengikut Jambatan Pulau Pinang kerana kau lebih suka naik Fery.. Padaku, asal kau gembira aku turut saja.. gembira mu Fidah, adalah kebahagiaan ku jua!

Pilu.. sepilunya.. bila ku terkenang itu semua! Namun apa daya kau tidak perduli..
Rindu.. serindunya tapi apakan daya kau sudah tiada disisi. Bagaikan pungguk rindukan bulan, begitulah ibaratnya diriku.

Teman tidurku hanyalah mimpi kamu.. teman jagaku hanyalah bayangan kamu. Hidupku hanya sekadar jodoh nyawa dibadan, disitu tiada bercahaya lagi dan tidak bersinarlagi..

"Abang ni.. tak habis-habis melamun.. apa yang Abang menungkan?" aku tersadar dari lamunan olih sapaan Ani. "Sampai Mak tanya pun Abang tak jawab.." tambah Ani dengan dahi sedikit berkerut.

Aku menolih kearah Makcik aku. "Ada Makcik.. lesen lori pun ada.." kataku selepas Ani beritahu Makcik aku bertanyakan pasal lesen memandu Aku.

Ani ketawa kecil.. Nenek hanya tersenyum, aku sedikit ketawa sambil memandang Ani.. Ani menghampiri Ayahnya di kereta, dan memasukan barang kedalam kereta.

"Makcik rasa nak pergi Teluk Cempedak, kelmarin.. Ani nak pergi ikut rombongan, tapi Makcik tak benarkan.." kata Makcikku atas keinginan Ani.

"Pakcik kau dah tidak larat lagi nak pandu jauh.. dekat dekat sini bolihla.." kata Makcik aku tentang suaminya.
"Baiklah.. nanti saya datang lagi, bolih kita pergi Teluk Cempedak tu ye.." kataku sambil melirik kearah Ani.

Ani yang datang semula kearah kami, hanya tersenyum manis. Semanis dan seindah bunga mawar kembang dipagi hari. Tapi sayang.. Ani sudah berpunya, rantai tangan sebagai tandanya! aku kembali resah dihati.

Aku melihat Pakcik aku menutup bonet hadapan mungkin sudah sedia untuk bertolak. Takkala itu Ani berkata "Mak.. nanti Ayah lalu ikut Pekan Merbuk kan? Mak singgah lah skejap betulkan rantai tangan Ani yang rosak ni" Makcik aku diam saja dengan permintaan Ani.

"Bolih lah Mak... sekejap saja kan.. dah lama Ani ikat dengan benang saja ni.." pinta Ani dengan gaya manja tapi bersungguh sungguh.
"Itulah.. dulu Mak hendak beli gelang biasa tu kau tak nak.. kau nak yang macam tu juga, yang macam itu kan mudah putus.." kata Makcik ku pada Ani.

"Tengok gelang Mak ni.. sudah berpuluh tahun tak bolih rosak" tambah Makcik aku sambil menyinsing legan baju menunjukan gelang emas yang tebal tebal dan berkilauan.
"Alaa.. Mak ni.. Gelang Mak tu fesyen lama.." kata Ani sambil memeluk leher Ibunya dengan manja sambil mencium pipi Makcik ku itu berkali-kali, Ani begitu mesra dan manja dengan Ibunya.

Aku terdiam seketika mendengar ungkapan Makcik ku kepada Ani. "Ahh.. Ani, maafkan Abang sayang! abang salah sangka terhadap mu!" kataku dalam hati.









Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆