May 10, 2011

Wajah Kekasih Hatiku.

Kami makan bersama diatas lantai beralaskan tikar mengkuang dalam satu bulatan tapi dengan dua 'talam'. Aku juga turut menganguk sambil memandang kearah Ani, Ani macam selalu hanya membalas dengan senyuman yang memang manis! tapi tetiba hati ku menjadi cemburu bila terpandang rantai tangan yang dipakainya.
Rasa tidak selera nak meneruskan makan, gelisah memikirkan yang Ani sudah ada 'Boyfriend' "hai... kenapa lah lambat aku bertemu dengan mu Ani!" bisik hatiku.

Aku jadi perlahan menjamah makanan, sedikit lesu setelah melihat rantai itu, hilang selera nak merasa ikan haruan bakar tu. Rasa penasaran dalam memikirkan siapa pulak yang lebih awal memikat hati Ani! dan kenapa lah Nenek aku tidak bertanya Ani terlebih dahulu sebelum mereka perkenalkan Ani ini dengan Aku..! jiwa ku bergelora sendiri! jadi tak menentu, Ayah Ibunya sudah setuju kenapa pula dia bolih ada yang lain!

Tidak bolih jadi ni.. aku mesti beritahu Ani! Aku mesti khabarkan pada dia yang aku sudah suka padanya, aku harus segera memberitahu yang aku tidak suka dia memakai rantai itu lagi. Jenkel aku melihat bentuk daun keladi itu tergantung dilenganmu. Cemburu aku makin menjadi bila kulihat Ani sesekali memegang megang rantai tersebut, ee.. tak kuasa aku nak lihat lagi..!

Keadaan kereta Datsun 120Y masih dalam keadaan baik. Hadapannya sudah sedia menghala kejalan, enjinnya memang sengaja Pakcik ku hidupkan pada ketika itu juga Adik Din sibuk menolong Ayah nya mengelap dan membersihkan badan kereta dari habuk. Nampak seperti kereta itu jarang digunakan.

Aku memerhati dari kerusi panjang dibawah rumah. Nenek juga duduk menunggu disebelah ku.. Nenek sudah siap sedia hendak berangkat. Cuma menanti Makcik aku dengan Ani saja lagi yang masih kat dalam.

Tidak lama kemudian Ani dengan Ibunya keluar dan turut duduk dikerusi panjang sambil Ani sibuk membetulkan baju yang dipakai Ibunya. Kemudian membetulkan juga tudung yang Nenek pakai. Aku mencuri curi pandang pada Ani.

Cantik juga bila ku pandang dia, takala dia membetulkan tudung Nenek, jarak aku dengan Ani terlalu hampir sehingga aku tercium bauan yang dipakai Ani. Jari jemarinya halus membelai dan membaiki letak tudung Nenek. Tika itu juga aku terbayang raut wajah Faridah! oh..

Fidah, dimana saja aku berada, wajahmu aku terbayang juga. Apalah dosa ku sehingga aku dipisahkan dengan dia? Salahkah aku mencintai dia? Fidah.. aku sangat sayang padamu sayang! Biarpun kemarau merekah bumi ini! namun kasih sayangku tak akan berubah dan tak pernah kering..

Entahlah kenapa aku sukar untuk melupakan kamu, adakalanya aku rasakan seperti baru semalam kita berpisah.. aku sentiasa dibayangi kemesraan kita dahulu. Ku ingat lagi ketika kita pulang dari Padang Kota, kau memeluk aku erat ketika kita menaiki Fery, kau seram ketika Fery mula berlabuh.. hanya pada aku tempat kau berpaut!
Kau tidak peduli orang sekeliling lagi. "Abang.. pegang Fidah bang.. Fidah seram ni.." itulah pintamu dengan suara manja.

Aku sangat bangga memiliki kamu saat itu. Diwaktu itu akulah manusia yang paling terpana didunia ini dan orang yang paling bahagia didunia ini.

Takala diatas Fery kau selalu suka berada dibahagian hadapan, sepanjang perjalanan kau tak jemu-jemu memuji keindahan alam maya ciptaan tuhan. Tiupan angin meniup laju.. membelai belai rambutmu yang sedikit kerinting itu, sesekali kau membetulkan rambutmu dan aku tak jemu-jemu pula menatap wajahmu itu, wajah kekasih hatiku, aku memegang tanganmu erat seperti yang kau pinta.

"Hati-hati sayang..! nanti dilambung ombak!" kataku mengigatkan kamu. Kau menolih kepadaku serta menghadiahkan senyuman yang sangat indah. Seindah panorama pulau dan pantai yang kau sebut-sebut.

Senyuman mu itu Fidah.. selalu membuatkan hati begitu sayang padamu. Fidah.. itulah diri mu yang tabah menghadapi cabaran, walaupun kau seram.. kau tetap mahu menaiki Fery..! aku tahu kau gembira bila berada diatas Fery.

"Abang.. kita naik Fery saja lah kesana.. moto kita simpan kat warung kawan Abang tu ye.." kata mu setiap kali kita hendak ke Pulau Pinang, aku menurut saja permintaan mu. Belum sekali pun kita mengikut Jambatan Pulau Pinang kerana kau lebih suka naik Fery.. Padaku, asal kau gembira aku turut saja.. gembira mu Fidah, adalah kebahagiaan ku jua!

Pilu.. sepilunya.. bila ku terkenang itu semua! Namun apa daya kau tidak perduli..
Rindu.. serindunya tapi apakan daya kau sudah tiada disisi. Bagaikan pungguk rindukan bulan, begitulah ibaratnya diriku.

Teman tidurku hanyalah mimpi kamu.. teman jagaku hanyalah bayangan kamu. Hidupku hanya sekadar jodoh nyawa dibadan, disitu tiada bercahaya lagi dan tidak bersinarlagi..

"Abang ni.. tak habis-habis melamun.. apa yang Abang menungkan?" aku tersadar dari lamunan olih sapaan Ani. "Sampai Mak tanya pun Abang tak jawab.." tambah Ani dengan dahi sedikit berkerut.

Aku menolih kearah Makcik aku. "Ada Makcik.. lesen lori pun ada.." kataku selepas Ani beritahu Makcik aku bertanyakan pasal lesen memandu Aku.

Ani ketawa kecil.. Nenek hanya tersenyum, aku sedikit ketawa sambil memandang Ani.. Ani menghampiri Ayahnya di kereta, dan memasukan barang kedalam kereta.

"Makcik rasa nak pergi Teluk Cempedak, kelmarin.. Ani nak pergi ikut rombongan, tapi Makcik tak benarkan.." kata Makcikku atas keinginan Ani.

"Pakcik kau dah tidak larat lagi nak pandu jauh.. dekat dekat sini bolihla.." kata Makcik aku tentang suaminya.
"Baiklah.. nanti saya datang lagi, bolih kita pergi Teluk Cempedak tu ye.." kataku sambil melirik kearah Ani.

Ani yang datang semula kearah kami, hanya tersenyum manis. Semanis dan seindah bunga mawar kembang dipagi hari. Tapi sayang.. Ani sudah berpunya, rantai tangan sebagai tandanya! aku kembali resah dihati.

Aku melihat Pakcik aku menutup bonet hadapan mungkin sudah sedia untuk bertolak. Takkala itu Ani berkata "Mak.. nanti Ayah lalu ikut Pekan Merbuk kan? Mak singgah lah skejap betulkan rantai tangan Ani yang rosak ni" Makcik aku diam saja dengan permintaan Ani.

"Bolih lah Mak... sekejap saja kan.. dah lama Ani ikat dengan benang saja ni.." pinta Ani dengan gaya manja tapi bersungguh sungguh.
"Itulah.. dulu Mak hendak beli gelang biasa tu kau tak nak.. kau nak yang macam tu juga, yang macam itu kan mudah putus.." kata Makcik ku pada Ani.

"Tengok gelang Mak ni.. sudah berpuluh tahun tak bolih rosak" tambah Makcik aku sambil menyinsing legan baju menunjukan gelang emas yang tebal tebal dan berkilauan.
"Alaa.. Mak ni.. Gelang Mak tu fesyen lama.." kata Ani sambil memeluk leher Ibunya dengan manja sambil mencium pipi Makcik ku itu berkali-kali, Ani begitu mesra dan manja dengan Ibunya.

Aku terdiam seketika mendengar ungkapan Makcik ku kepada Ani. "Ahh.. Ani, maafkan Abang sayang! abang salah sangka terhadap mu!" kataku dalam hati.









Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


May 08, 2011

Pertama Dan Terakhir Dalam Hidupmu.

Aku dikejutkan dengan suara bingit yang amat sangat... Yaallah.. apa benda pulak tu? kataku dalam hati, sambil bergegas bangun membuka tingkap untuk melihat kebawah! Mak datuk..! hari dah siang sangat dah, alamak malulah aku kalau macam ini... dah lah tidur kat rumah orang.. bangun lewat la pulak tu.. his... buat malu kompeni betullah.. nampak sengaja nak tunjuk kat orang yang aku macam selalu bangun lewat kut! eeee...! malulah kat bakal mentua aku wei..!

Nak tak nak aku solat subuh juga walau pun hari dah siang. Tadi semasa aku naik keatas rumah selepas mandi pagi, makcik aku berikan kain baru dengan baju melayu dengan sejadah baru..

"Karia hang pi solat dulu pastu mai sarapan" kata makcik aku. "Sejadah yang kat bilik tu mak cik dah basuh.. sebab dah lama kat bilik tu" tambah makcik aku sambil menunjukan lipatan kain, baju dan sejadah yang diletakan diatas mesin jahit berdekatan pintu bilik aku.

"Lepas tu mai keluar cepat! nenek dengan makcik dok tunggu nak sarapan sekali, makcik tahu hang penat! sebab tu makcik tak bagi Adik Din gerak hang tidur" kata Makcik ku, aku hanya menjawab ya baiklah.. yang sebenarnya aku segan sangat bangun lewat kat rumah orang.

Lagi sekali bunyi memekakan telinga kedengaran. "sudah lah tu Din oi....! pasang balik la benda tu.. itu bukan bunyi moto... tu bunyi kelang padi..." marah marah sayang makcik aku pada anak lelaki dia sorang tu. Kedengaran Adik Din ketawa dibawah sana, aku pun naik geram juga dah dua kali dia buat aku terkejut, kali ini nasib baik tak tersedak air kopi sarapan aku. "Biarlah.. Mah oi.. dia kan budak budak lagi..!" sampuk Nenek ku membela cucu dia itu.

Nenek aku menyebut 'Mah' pada Makcik aku singkatan kepada nama penuh Makcik aku Asmah Binti Rejab "Minggu lepas mintak duit nak beli 'tiup' katanya tayar pancit, tu ha.. dah tinggal rangka saja moto tu.. entah apalagi yang dibuatnya pada moto tu.. tak habis habis dok 'pomen' moto buruk Ayah dia tu." rungut Makcik aku pada kami.

Selepas selesai sarapan aku turun kebawah, niat nak lihat apa kebenda yang si Din sedang buat dengan moto buruk Ayah dia tu. Sesampainya aku dimuka pintu hadapan, langkah ku terhenti seketika kerana terlihat Ani sedang berbual dengan Intan di jambatan hadapan sana. Aku melihat dari jauh mereka berdua seperti berbingcang sesuatu.

Sebentar kemudian mereka pun beredar dan Ani pulang semula kerumah. Aku cuma diamkan diri diatas rumah, Ani tidak perasan akan aku dan dia terus kebelakang mungkin kedapur agaknya. Lalu aku turun kebawah, sesampai saja kaki ku ketanah Pakcik aku pun kembali dari Pekan Lembah Bujang dengan moto Honda EX5 barunya. Ani datang menyambut kepulangan Ayah nya dari pekan.

"Ani mak kau pi mana?" tanya Pakcik ku pada Ani. "Tanya mak nak pergi rumah Ustad Hassan pagi ni ke petang nanti?" kata Pakcik ku lagi. Ani menganguk dan berlalu kedapur. "Kita pergi petang saja lah.. pagi macam ni Ustad Hassan mana ada kat rumah..." Sahut Makcik aku dari atas rumah. Selepas menegakan moto, Pakcik aku memantau sekeliling rumah dan melihat moto buruknya disebelah bangsal padi yang dah tinggal rangka saja tu..

Adik Din awal awal lagi dah menyelinap kebilik mandi. Pakcik aku tidak menunjukan apa apa riaksi dengan keadaan moto itu. Dan berlalu kehujung sana lalu mengankat sesuatu dari dalam parit kecil dibelakang rumah. Aku menghampiri Pakcik aku, rupanya dia sedang melihat ikan yang terperangkap didalam bubu yang dipasang kat situ.

Sedar aku berada disitu, Pakcik ku memberitahu ku yang kesemua Tanah sawah disitu akan diserah pada Ani. Bahagian Adik Din akan dapat tanah sawah yang berhampiran Pekan Lembah Bujang. Aku hanya sekadar mendengar saja. "Kami sudah hampir kesenja.. harap harap ada orang yang menjaga Ani dengan baik." satu ungkapan yang jelas dan nyata maksud dan tujuannya terkeluar dari mulut Pakcik ku.

Aku menganguk perlahan.. Aku rasa ungkapan itu ditujukan keapda aku. "Maafkan saya Pakcik, Ani sudah ada yang punya! saya tidak bolih tolong jaga anak Pakcik tu." aku berkata sendiri dalam hati. Aku pandang kearah Pakcik aku yang sedang menunduk dengan rasa kasihan. "Nasib Ani lah nanti, Pakcik..., baik tak baik ke pilihan Ani nanti tu.." dengus aku lagi dalam hati, seolah olah aku saja yang sesuai menjaga Ani, dan seolah olah aku saja yang sesuai memiliki Ani.

"Ya.. nanti hang balik rumah, lekas lekas suruh Mak dan Ayah datang kesini ye.!" kata Pakcik aku agak perlahan tetapi jelas ku dengar sambil meletakan kembali 'bubu' kedalam air setelah mengeluarkan saekur ikan haruan. Memang sudah jelas dia mengharap aku mengambil Ani isteri ku.

Mereka semua sudah bulat kata memilih aku sebagai menantu dan menjaga diri Ani dan kehidupan Ani dimasa akan datang. Aduhhh.. kenapa lah Pakcik aku ni tidak tanya anak dara dia dulu... sudah ada kawan ke belum? sudah ada jantan ke belum? aaahh.. rimas betullah aku!

Hidangan tengah hari memang menyelerakan, terung bakar, ikan haruan bakar dicicah dengan sambal cili padi.. siap dengan gulai daging serta kerabu perut.. memang sodap.. mungkin mereka hendak menjamu tetamu seperti kami, atau selera mereka memang begini.
"Makan lah Ya.. tambah.. jangan malu malu buat macam rumah sendiri..." kata Pakcik aku ketika kami sedang makan. Pakcik aku memanggil aku dengan panggilan 'Ya' iaitu singkatan dari nama aku Zakaria, nama gelemer aku, erm.. seperti biasa.. 'Zek' atau bunyi huruf 'Z', pertama dan terakhir dalam hidup mu.

"aa.ah.. tambah lagi nasi tu Karia.. makan sampai kenyang, tadi Makcik suruh Ani masak lebih hari ini, kalau kau lapar nanti ulang lagi makan petang nanti!" tambah Makcik aku. "Lagi pun petang nanti kami semua hendak pergi berubat mata Nenek.

Kebetulan Nenek datang sini, apasalah nya cuba berubat dengan Ustad Hassan tu pula." sambung Makcik aku merujuk keadaan mata Nenek yang basah dan pedih tu. Nenek hanya menganguk saja tanda setuju.
Aku kesihan juga pada Nenek dia bersusah payah mencarikan jodoh untuk aku. Namun aku sendiri keliru siapakah bakal jodoh ku!



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




May 03, 2011

Aku Hanya Seorang Perindu.

Suara sang kodok bersahut sahutan ditengah sawah, ada yang jelas kedengaran dan ada pula sayup sayup berbunyi ditengah kegelapan malam. Nun dikejauhan kelihatan cahaya dari rumah Intan, samar samar ku lihat lampu yang dipasang pada tangga hadapan rumah Intan.

Dalam samar itu juga aku lihat sebuah kereta kaku didalam bangsal. Aku cuba menolih kekiri untuk melihat rumah Nenek Intan, tapi tidak kelihatan kerana terlindung olih pohon pohon kelapa. Memang agak pekat kegelapan malam ini, beberapa butir bintang berkelipan berjauhan antara satu sama lain.. tidak seperti selalu, mungkin malam ini bintang bintang bersembunyi disebalik awan.

Aku sengaja matikan lampu bilik, aku masih belum juga dapat tidur, malam sudah merangkak kepagi, puas aku berbaring kekiri dan kekanan.. tapi mataku masih belum bolih lena juga. Mataku terkebil kebil memandang keluar melalui tingkap yang ku buka, nak kata panas.. tidak panas! sudah dua kali aku pergi kearah tingkap, mengamati suasana malam yang gelap itu.

Setelah penat berdiri ditingkap aku merebahkan kembali badanku kekatil, namun masih juga belum dapat tidur. Penghuni rumah ini mungkin telah lama lena dibuai mimpi, cuma sesekali suara adik Din yang merepek dalam tidur! entah apa yang dibungkamkan.

Malam makin sepi, tidak kedengaran lagi suara batuk batuk kecil bapa Ani. Aku membayangkan kecerian wajah Ani. Tentunya Ani juga sudah nyeyak tidur, tidur lena dibuai mimpi bersama buah hatinya..

Petang tadi kami sempat makan buah Jambu air cicah dengan sambal kat rumah Nenek Intan, kat sana aku diceramah olih nenek Intan. Biasalah orang tua kalau kenal orang muda, tentu nasihat saja yang kita dapat.

"Kalau kerja tu.. kena pandai simpan duit..." kata nenek Intan. Katanya lagi kalau kita pandai simpan, sedikit sdikit lama lama jadi bukit. Kalau ada apa apa pekara senang selesaikan kalau ada duit simpanan. "Nak kawin ka.. nak buat rumah ka.. tak kelangkabut" kata nya menambah.

"Senang kalau sudah ada duit simpanan.. Lagi pun nanti kalau dah suka dengan anak dara orang senang nak masuk pinang!" Aku hanya angguk kepala saja, dan mengakui kata katanya. Memang pedas jugalah kata nenek intan tu.. sebab aku ni pun bukanya pandai sangat simpan duit!

Moto aku tu yang banyak makan duit... sama pedasnya dengan sambal belacan yang kami makan tu.. aku mula membayangkan duit dalam ASN aku tu, dah banyak kut duit tu beranak? sebab sudah bertahun! itu pun duit tanam semula kebun Ayah aku.
Ayah aku bagi sebab aku yang mengerjakan kebun getah tu, aku lah yang menebang dan membersihkan semuanya bersama Bapak saudara aku, kami sama umur dan nak jadi cerita Tok Wan aku tu, bolih pergi daftar dengan nama yang sama......! haru betui la...!

Memang agak pedas sambal tu.. tapi sedap dimakan... aku tengok Ani dengan Intan bukan main suka makan benda macam tu.. berpeluh peluh keduanya. Dalam sibuk itu.. aku sebuk pula tengok Intan.. tengok Ani.. tengok Intan.. tengok Ani.. keduanya hitam manis hidung mancung... Intan ada tahi lalat kat tepi dagu, tambah seri dengan rambut lurus panjang.

Ani berambut sedikit kerinting keduanya pun sama cantik juga. Bezanya Ani sangat ceria.. sedangkan Intan pendiam. Andai kedua duanya jadi milikku fuhh.. alang kah bahagianya aku macam lagu P.Ramli.

Malam semakin larut.. hembusan angin malam yang dingin sesekali menerjah masuk, mungkin embun pagi pun sudah mula turun. Aku bangun dan menutup tingkap kembali. Aku baring semula, ku pejam mata, tapi masih tak dapat lena. Yang kupuja puja datang menjelma! Aku terkenangkan Fidah, entah kenapa aku selalu teringat Fidah! sejak dari dulu aku masih tidak melupakan dia. Aku masih tidak lupa memory indah kita.

Atau aku hanya seorang perindu tanpa dikasihani. Pilu rasanya bilamana kukenangkan pegangan erat mu padaku bila kita berpeluang bersiar-siar ke-Padang Kota diPulau Pinang. Kusangka cengkaman jarimu akan kekal bersamaku selamanya rupanya kau pergi begitu saja dengan membawa kasihku ini.

Fidah.. Itulah kali kedua kita ke tempat itu, kau katakan kau suka dengan tempat itu. Aku ikut menyukai apa yang kau suka. Atau aku pun sebenarnya memang suka dengan suasana disitu. Ada pantai yang memanjang.. ada ramai orang bersiaran kat situ.. tempat rehat yang nyaman dipersisir pantai.

Suatu ketika pernah kita berjanji akan kembali lagi kesitu bersama anak anak kita dan kita akan susun diatas Meriam tembaga kat situ.. Itulah usulku dan kau ketawa keriangan.
Semakin erat gengaman tanganmu dan aku merenung matamu.. bibirmu.. ah.. semuanya sempurna padaku. Aku katakan aku sayang padamu, ketika pipimu hampir dengan ku.. lantas aku pamirkan kasih sayang dari dalam hatiku, kau tidak cuba mengelak seperti selalu.

Oh.. Fidah, akulah orang yang paling bahgia ketika itu! Kusangka kebahgian ku itu akan kekal selamanya, namun semuanya tidak menjadi kenyataan.. Kau tahu Fidah! Bertapa riangnya aku bila melihat senyum dan tawamu ketika itu!
Percayakah kau Fidah, yang aku masih mengunjungi lagi bekas bekas peningalan cinta kita? disana aku mencari cari orang yang aku sayang, disisi Meriam tua itu aku menantimu.. tetapi tiada lagi.. tiada lagi bayanganmu..

Fidah! aku masih kesitu lagi, ketempat Meriam sejarah di-Padang Kota itu lagi bilamana aku bercuti kekampung. Begitulah kuatnya sayangku pada mu. Aku bukannya mengidam kan dia, cuma aku sayang sangat padanya. Walaupun sudah bertahun peristiwa berlalu namun aku masih tetap sayang padamu.
Fidah..! tiap detik aku mendoakan kebahagian mu, bahagia bersama pilihan orang tua mu. Dan aku sesekali tidak akan menggangu kehidupan mu.

Biarlah aku berkorban demi cinta, berkorban demi kasih sayang. Begitu juga kasih sayang ku pada mu ini, tidak bolih berubah selamanya! Bagaimana dulu kita berjanji, begitulah janji ku pegang sampai keahirnya!
Fidah.. kiranya jasad ku lebih awal meninggalkan badan, diatas nisan tolong tuliskan, inilah kubur korban percintaan!


sunting09/11/20





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.










Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆