May 03, 2011

Aku Hanya Seorang Perindu.

Suara sang kodok bersahut sahutan ditengah sawah, ada yang jelas kedengaran dan ada pula sayup sayup berbunyi ditengah kegelapan malam. Nun dikejauhan kelihatan cahaya dari rumah Intan, samar samar ku lihat lampu yang dipasang pada tangga hadapan rumah Intan.

Dalam samar itu juga aku lihat sebuah kereta kaku didalam bangsal. Aku cuba menolih kekiri untuk melihat rumah Nenek Intan, tapi tidak kelihatan kerana terlindung olih pohon pohon kelapa. Memang agak pekat kegelapan malam ini, beberapa butir bintang berkelipan berjauhan antara satu sama lain.. tidak seperti selalu, mungkin malam ini bintang bintang bersembunyi disebalik awan.

Aku sengaja matikan lampu bilik, aku masih belum juga dapat tidur, malam sudah merangkak kepagi, puas aku berbaring kekiri dan kekanan.. tapi mataku masih belum bolih lena juga. Mataku terkebil kebil memandang keluar melalui tingkap yang ku buka, nak kata panas.. tidak panas! sudah dua kali aku pergi kearah tingkap, mengamati suasana malam yang gelap itu.

Setelah penat berdiri ditingkap aku merebahkan kembali badanku kekatil, namun masih juga belum dapat tidur. Penghuni rumah ini mungkin telah lama lena dibuai mimpi, cuma sesekali suara adik Din yang merepek dalam tidur! entah apa yang dibungkamkan.

Malam makin sepi, tidak kedengaran lagi suara batuk batuk kecil bapa Ani. Aku membayangkan kecerian wajah Ani. Tentunya Ani juga sudah nyeyak tidur, tidur lena dibuai mimpi bersama buah hatinya..

Petang tadi kami sempat makan buah Jambu air cicah dengan sambal kat rumah Nenek Intan, kat sana aku diceramah olih nenek Intan. Biasalah orang tua kalau kenal orang muda, tentu nasihat saja yang kita dapat.

"Kalau kerja tu.. kena pandai simpan duit..." kata nenek Intan. Katanya lagi kalau kita pandai simpan, sedikit sdikit lama lama jadi bukit. Kalau ada apa apa pekara senang selesaikan kalau ada duit simpanan. "Nak kawin ka.. nak buat rumah ka.. tak kelangkabut" kata nya menambah.

"Senang kalau sudah ada duit simpanan.. Lagi pun nanti kalau dah suka dengan anak dara orang senang nak masuk pinang!" Aku hanya angguk kepala saja, dan mengakui kata katanya. Memang pedas jugalah kata nenek intan tu.. sebab aku ni pun bukanya pandai sangat simpan duit!

Moto aku tu yang banyak makan duit... sama pedasnya dengan sambal belacan yang kami makan tu.. aku mula membayangkan duit dalam ASN aku tu, dah banyak kut duit tu beranak? sebab sudah bertahun! itu pun duit tanam semula kebun Ayah aku.
Ayah aku bagi sebab aku yang mengerjakan kebun getah tu, aku lah yang menebang dan membersihkan semuanya bersama Bapak saudara aku, kami sama umur dan nak jadi cerita Tok Wan aku tu, bolih pergi daftar dengan nama yang sama......! haru betui la...!

Memang agak pedas sambal tu.. tapi sedap dimakan... aku tengok Ani dengan Intan bukan main suka makan benda macam tu.. berpeluh peluh keduanya. Dalam sibuk itu.. aku sebuk pula tengok Intan.. tengok Ani.. tengok Intan.. tengok Ani.. keduanya hitam manis hidung mancung... Intan ada tahi lalat kat tepi dagu, tambah seri dengan rambut lurus panjang.

Ani berambut sedikit kerinting keduanya pun sama cantik juga. Bezanya Ani sangat ceria.. sedangkan Intan pendiam. Andai kedua duanya jadi milikku fuhh.. alang kah bahagianya aku macam lagu P.Ramli.

Malam semakin larut.. hembusan angin malam yang dingin sesekali menerjah masuk, mungkin embun pagi pun sudah mula turun. Aku bangun dan menutup tingkap kembali. Aku baring semula, ku pejam mata, tapi masih tak dapat lena. Yang kupuja puja datang menjelma! Aku terkenangkan Fidah, entah kenapa aku selalu teringat Fidah! sejak dari dulu aku masih tidak melupakan dia. Aku masih tidak lupa memory indah kita.

Atau aku hanya seorang perindu tanpa dikasihani. Pilu rasanya bilamana kukenangkan pegangan erat mu padaku bila kita berpeluang bersiar-siar ke-Padang Kota diPulau Pinang. Kusangka cengkaman jarimu akan kekal bersamaku selamanya rupanya kau pergi begitu saja dengan membawa kasihku ini.

Fidah.. Itulah kali kedua kita ke tempat itu, kau katakan kau suka dengan tempat itu. Aku ikut menyukai apa yang kau suka. Atau aku pun sebenarnya memang suka dengan suasana disitu. Ada pantai yang memanjang.. ada ramai orang bersiaran kat situ.. tempat rehat yang nyaman dipersisir pantai.

Suatu ketika pernah kita berjanji akan kembali lagi kesitu bersama anak anak kita dan kita akan susun diatas Meriam tembaga kat situ.. Itulah usulku dan kau ketawa keriangan.
Semakin erat gengaman tanganmu dan aku merenung matamu.. bibirmu.. ah.. semuanya sempurna padaku. Aku katakan aku sayang padamu, ketika pipimu hampir dengan ku.. lantas aku pamirkan kasih sayang dari dalam hatiku, kau tidak cuba mengelak seperti selalu.

Oh.. Fidah, akulah orang yang paling bahgia ketika itu! Kusangka kebahgian ku itu akan kekal selamanya, namun semuanya tidak menjadi kenyataan.. Kau tahu Fidah! Bertapa riangnya aku bila melihat senyum dan tawamu ketika itu!
Percayakah kau Fidah, yang aku masih mengunjungi lagi bekas bekas peningalan cinta kita? disana aku mencari cari orang yang aku sayang, disisi Meriam tua itu aku menantimu.. tetapi tiada lagi.. tiada lagi bayanganmu..

Fidah! aku masih kesitu lagi, ketempat Meriam sejarah di-Padang Kota itu lagi bilamana aku bercuti kekampung. Begitulah kuatnya sayangku pada mu. Aku bukannya mengidam kan dia, cuma aku sayang sangat padanya. Walaupun sudah bertahun peristiwa berlalu namun aku masih tetap sayang padamu.
Fidah..! tiap detik aku mendoakan kebahagian mu, bahagia bersama pilihan orang tua mu. Dan aku sesekali tidak akan menggangu kehidupan mu.

Biarlah aku berkorban demi cinta, berkorban demi kasih sayang. Begitu juga kasih sayang ku pada mu ini, tidak bolih berubah selamanya! Bagaimana dulu kita berjanji, begitulah janji ku pegang sampai keahirnya!
Fidah.. kiranya jasad ku lebih awal meninggalkan badan, diatas nisan tolong tuliskan, inilah kubur korban percintaan!


sunting09/11/20





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.










Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


May 01, 2011

Ani Bukan Sesiapa Denganku.

Suasana petang itu makin hening.. cuma sesekali suara nyaring motosikal melintas dihadapan, suara kenderaan semakin lama semakin perlahan.. akhirnya suasana sepi kembali.

Matahari semakin kuat pancaran sinaran merahnya.. tak lama lagi hari akan gelap. Beburung berterbangan kesatu arah yang sama.. mungkin sedang terbang menuju sarangnya.
Aku masih terdiam disebelah Ani, Ani tunduk kebawah sambil tangannya bermain-main rantai tangan emas bergantung lambang daun keladi atau bentuk love.
Aku sekadar memerhati dari sisinya. Ada ketika aku terhidu bauwan yang harum datang dari kedudukan Ani, mungkin haruman bedak Amami.
Aku memerhati kearah lambang 'love' pada rantai tangan Ani, memang sah Ani sudah punya kekasih hati. Tentu rantai tangan itu pemberian dari buah hatinya.

Semakin jelas Ani tentu tidak ditakdirkan untuk aku.. aduhh.. memang sudah nasib badan, semua sangkaan aku rupanya benar belaka.
Memang wanita suka dengan pemberian dari orang yang meraka sayang, seperti kelakuan Ani sekarang, begitu juga dengan Fidah!
Fidah juga aku hadiahkan rantai seutas tangan rantai tangan, cuma lambangnya bukan daun keladi seperti Ani.
Aku membeli rantai tangan kosong, kemudian aku membeli batu delima merah diikat emas bercangkuk.
Kemudian aku pasangkan jadi satu. Pada ketika itu aku berkerja di Kuala Lumpur.

Aku memberitahu Ani melalui surat bahawa sekembalinya aku pada Shawal, dia akan menerima hadiah tersebut!
Memang kusimpan baik baik hadiah tersebut dirumah sewaku di Kampung Ceras Baru sehingga aku kembali kekampung pada Shawal tahun itu.

Takala itu aku sering kali melihat dan memeluk gelang tersebut, aku sangat sayangkan kau Fidah!
Kau lah satu-satunya orang yang aku paling aku sayangi didunia ini! Ada kalanya aku terus terlena hingga kepagi dengan tanganku masih mengemgam erat rantai itu.
Fidah.. Fidah.. andai kutahu dimana silapnya.. andai kumampu alihkan masa, tidak kan ku ulangi kesilapanku yang dulu.

Angin petang masih membelai-belai rambut Ani, mata Ani kemerahan.. Ani bersedih.. aku tiada daya melakukan apa apa, kerana kutahu Ani terikat tanganya dengan lambang cinta!
Aku jadi ketawa dalam hati, ketawa disebalik duka.

Bibirku senyum namun didalamnya kecewa! Aku kecewa kerana aku sebenarnya sudah mula menyukai Ani, aku mula menyayangi dirimu Ani.
Sungguh tidak ku duga kemarinya aku kesini hanya untuk mengenangkan kesah duka perpisahan ku dengan Fidah.
Ani masih lagi bermain main dengan gelangnya, aku hanya diam dan memerhati. Aku dah tak kuasa memikirkan apa apa tengtang Ani.
Ani bukan sesiapa dengan aku! Tak perlu aku bertanyakan yang bertuah itu siapa? Yang memiliki dirinya itu teruna mana?

Ah.. biarkan saja dia. Itu bukan urusanku! perlu apa mahu bertanya segala? Tiba tiba Ani tersenyum girang lalu sedikit menjerit.
"Intan..! Intan..! kau nak kemana Intan?" Ani bangun dan berlari lari anak kearah jalan besar dihadapan.
Dipingir jalan sana kelihatan sesusuk tubuh anak gadis sedang tercegat menanti kedatangan Ani.
Mataku ikut menemani langkah Ani.. ah.. Ani, alangkah bertuahnya aku jika kau sudi menganti Fidah! bisik hatiku.

Aku masih dikerusi dibawah rumah hanya memerhati Ani berbual mesra dengan sahabatnya Intan.
Ani memegang tangan Intan sambil berbual, nampak seperti rakan yang sangat rapat.
Sesekali mereka memandang kearahku, aku hanya sekadar tersenyum dari jauh, kelakuan mereka berdua saling tak jauh dengan perangai Fidah dengan Siti ketika mereka bersama.

Faridah dengan Siti juga sahabat baikku, hanya aku menyintai Fidah atas sokongan Siti.
Siti yang banyak membantu aku takkala aku tergila gilakan Fidah dulu.
Maafkan aku Siti, kerana abaikan kau setelah aku ditinggalkan Fidah.

Ani melambai kearahku, aku geleng kepala tanda tidak mahu.
"Abang! mari kita temankan Intan kerumah neneknya" Ani memanggil sambil melambai-lambai kearahku.

Adik Din yang dari tadi memerhati kakaknya terus melangkah menhampiri mereka berdua.
Mahu tidak mahu aku memnuhi permintaan Ani. Dari kejauhan wajah Ani sangat ceria dan tersenyum sambil melirik kearah Intan. Aku jadi sedikit keliru.

Gaya Ani seolah-olah menolak aku kepada sahabatnya Intan. ah.. Ani! kau tidak menyelami hati aku!
"Abang, kenalkan ini sahabat Ani" kata Ani ketika kami berdekatan.

Ani senyum melirik lagi kearah Intan, Intan hanya sekadar sedikit tersenyum tak lebih... cuma menganguk saja.
Melihat keadaan tersebut Ani cepat cepat menambah.

"Abang, jom kita teman kan Intan kerumah neneknya, tak jauh bang.. kat depan sana tu saja" Aku mengangguk tanda setuju.

"Lagi pun bolih juga abang melihat-lihat keadaan sekeliling kampung ini." tambah Ani lagi.
Intan seusia dan sebaya dengan Ani, mereka berdua berbual ceria sambil berjalan.. aku mengikuti dari belakang.

Adik Din dengan kenakalannya sentisa merembas-rembas anak-anak pokok ditepi jalan. Sesekali Ani menolih kebelakang, entah apa yang mereka bualkan, Intan mencubit-cubit tangan Ani.
Ani menjerit manja pada sahabatnya.








Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆