May 01, 2011

Ani Bukan Sesiapa Denganku.

Suasana petang itu makin hening.. cuma sesekali suara nyaring motosikal melintas dihadapan, suara kenderaan semakin lama semakin perlahan.. akhirnya suasana sepi kembali.

Matahari semakin kuat pancaran sinaran merahnya.. tak lama lagi hari akan gelap. Beburung berterbangan kesatu arah yang sama.. mungkin sedang terbang menuju sarangnya.
Aku masih terdiam disebelah Ani, Ani tunduk kebawah sambil tangannya bermain-main rantai tangan emas bergantung lambang daun keladi atau bentuk love.
Aku sekadar memerhati dari sisinya. Ada ketika aku terhidu bauwan yang harum datang dari kedudukan Ani, mungkin haruman bedak Amami.
Aku memerhati kearah lambang 'love' pada rantai tangan Ani, memang sah Ani sudah punya kekasih hati. Tentu rantai tangan itu pemberian dari buah hatinya.

Semakin jelas Ani tentu tidak ditakdirkan untuk aku.. aduhh.. memang sudah nasib badan, semua sangkaan aku rupanya benar belaka.
Memang wanita suka dengan pemberian dari orang yang meraka sayang, seperti kelakuan Ani sekarang, begitu juga dengan Fidah!
Fidah juga aku hadiahkan rantai seutas tangan rantai tangan, cuma lambangnya bukan daun keladi seperti Ani.
Aku membeli rantai tangan kosong, kemudian aku membeli batu delima merah diikat emas bercangkuk.
Kemudian aku pasangkan jadi satu. Pada ketika itu aku berkerja di Kuala Lumpur.

Aku memberitahu Ani melalui surat bahawa sekembalinya aku pada Shawal, dia akan menerima hadiah tersebut!
Memang kusimpan baik baik hadiah tersebut dirumah sewaku di Kampung Ceras Baru sehingga aku kembali kekampung pada Shawal tahun itu.

Takala itu aku sering kali melihat dan memeluk gelang tersebut, aku sangat sayangkan kau Fidah!
Kau lah satu-satunya orang yang aku paling aku sayangi didunia ini! Ada kalanya aku terus terlena hingga kepagi dengan tanganku masih mengemgam erat rantai itu.
Fidah.. Fidah.. andai kutahu dimana silapnya.. andai kumampu alihkan masa, tidak kan ku ulangi kesilapanku yang dulu.

Angin petang masih membelai-belai rambut Ani, mata Ani kemerahan.. Ani bersedih.. aku tiada daya melakukan apa apa, kerana kutahu Ani terikat tanganya dengan lambang cinta!
Aku jadi ketawa dalam hati, ketawa disebalik duka.

Bibirku senyum namun didalamnya kecewa! Aku kecewa kerana aku sebenarnya sudah mula menyukai Ani, aku mula menyayangi dirimu Ani.
Sungguh tidak ku duga kemarinya aku kesini hanya untuk mengenangkan kesah duka perpisahan ku dengan Fidah.
Ani masih lagi bermain main dengan gelangnya, aku hanya diam dan memerhati. Aku dah tak kuasa memikirkan apa apa tengtang Ani.
Ani bukan sesiapa dengan aku! Tak perlu aku bertanyakan yang bertuah itu siapa? Yang memiliki dirinya itu teruna mana?

Ah.. biarkan saja dia. Itu bukan urusanku! perlu apa mahu bertanya segala? Tiba tiba Ani tersenyum girang lalu sedikit menjerit.
"Intan..! Intan..! kau nak kemana Intan?" Ani bangun dan berlari lari anak kearah jalan besar dihadapan.
Dipingir jalan sana kelihatan sesusuk tubuh anak gadis sedang tercegat menanti kedatangan Ani.
Mataku ikut menemani langkah Ani.. ah.. Ani, alangkah bertuahnya aku jika kau sudi menganti Fidah! bisik hatiku.

Aku masih dikerusi dibawah rumah hanya memerhati Ani berbual mesra dengan sahabatnya Intan.
Ani memegang tangan Intan sambil berbual, nampak seperti rakan yang sangat rapat.
Sesekali mereka memandang kearahku, aku hanya sekadar tersenyum dari jauh, kelakuan mereka berdua saling tak jauh dengan perangai Fidah dengan Siti ketika mereka bersama.

Faridah dengan Siti juga sahabat baikku, hanya aku menyintai Fidah atas sokongan Siti.
Siti yang banyak membantu aku takkala aku tergila gilakan Fidah dulu.
Maafkan aku Siti, kerana abaikan kau setelah aku ditinggalkan Fidah.

Ani melambai kearahku, aku geleng kepala tanda tidak mahu.
"Abang! mari kita temankan Intan kerumah neneknya" Ani memanggil sambil melambai-lambai kearahku.

Adik Din yang dari tadi memerhati kakaknya terus melangkah menhampiri mereka berdua.
Mahu tidak mahu aku memnuhi permintaan Ani. Dari kejauhan wajah Ani sangat ceria dan tersenyum sambil melirik kearah Intan. Aku jadi sedikit keliru.

Gaya Ani seolah-olah menolak aku kepada sahabatnya Intan. ah.. Ani! kau tidak menyelami hati aku!
"Abang, kenalkan ini sahabat Ani" kata Ani ketika kami berdekatan.

Ani senyum melirik lagi kearah Intan, Intan hanya sekadar sedikit tersenyum tak lebih... cuma menganguk saja.
Melihat keadaan tersebut Ani cepat cepat menambah.

"Abang, jom kita teman kan Intan kerumah neneknya, tak jauh bang.. kat depan sana tu saja" Aku mengangguk tanda setuju.

"Lagi pun bolih juga abang melihat-lihat keadaan sekeliling kampung ini." tambah Ani lagi.
Intan seusia dan sebaya dengan Ani, mereka berdua berbual ceria sambil berjalan.. aku mengikuti dari belakang.

Adik Din dengan kenakalannya sentisa merembas-rembas anak-anak pokok ditepi jalan. Sesekali Ani menolih kebelakang, entah apa yang mereka bualkan, Intan mencubit-cubit tangan Ani.
Ani menjerit manja pada sahabatnya.








Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


April 29, 2011

Hampir Saja Aku Melakukanya!

Oh Ani.. kau mengusarkan hatiku.. Apakah kau menangis kerana kasihankan aku, sebab kau tidak dapat menerima diriku ini. Atau kau sudah punya yang lain dan tidak juga mahu melukakan hati kedua ibu bapa seperti mana Fidah pernah lakukan pada aku!

Ani! kau tidak seperti Fidah.. dan kau juga aku harap, kau membenci apa yang ku terima dari Fidah. Dia yang ku sayang dan kupuja membiarkan diriku lemas kesaorangan, meninggalkan aku terkapai kapai ditengah lautan sengsara! dek kerana Fidah tidak mahu melukakan hati insan lain. Insan yang melahir dan membesarkan dia.. Fidah tak mahu megerti aku.

Fidah tidak mahu megerti bagaimana terseksanya jiwa raga ini suatu ketika dulu.. hampir lumpuh segenap sendi, hampir gugur jantung didada, hampir tercabut nyawa dari badan.

Hampir saja aku melakukanya! benar Fidah.. tanpamu disisi tiada erti hidup ku ini! hampir saja aku.. Ya Allah.. kau ampunni dosa ku ini, kerana aku hampir saja melakukan kemurkaan mu!
Ya Allah ampunni lah aku, ketika itu hambamu ini terlalu lemah pemikiran! kerana ketika itu, Fidah lah segalanya dalam hidupku.

Tiada Fidah disisi, bererti seolah tiada upaya untukku meneruskan hidup ini lagi. Begitu lah beban yang ku tanggung! begitu lah sengsara yang aku rasa.. bagaimana payahnya aku hendak memilikimu.. begitu payah juga aku nak melupakan kamu Fidah!

Aku terlalu menyangi dirimu Fidah, sehingga saat dan ketika ini hanya bayanganmu yang bermain dihatiku.
Ani, aku harap kau menangis bukan seperti Fidah. Fidah menangis mohon perpisahan dari ku. Aku mungkin tidak sanggup lagi mendengar kata perpiasahan dari mu pula Ani.

Hidupku tiba tiba menjadi indah setelah menemui kamu Ani, walaupun sesingkat ini aku.. aku tidak mahu secepat ini juga kau mohon perpisahan dariku. aah.. Ani, tidak mungkin kau menangis mohon perpisahan dariku. Ani jangan kau pergi begitu saja.

Sinaran mentari petang mula menampakan cahayanya. Berkilau merah menerjah dicelah celah pepohon bakau diseberang jalan sana. Sesekali kelihatan seperti lampu berkelipan dipuncak pepohon bakau. Suasana petang di Lembah Bujang, Merbuk.

Kelihatan cukup menarik.. inilah kali pertama kujejak kakiku kesini. Indah permai sawah luas terbentang menghijau dipagari pohon bakau disebelah timurnnya. Lembah bujang juga ada kesan kesan sejarahnya. Sungguh mengasyikan sekali.

Aku tidak menjawab pertanyaan Ani.. suasana hening lagi.. kami berdua mendiamkan diri untuk seketika. "Abang.. kenapa sebelum ini kita tidak pernah berjumpa" tiba tiba Ani bersuara. Aku merenung kearah Ani, dia menegakan pandagannya kembali kehadapan.

Dia memandang jauh, seolah olah sedang memikirkan sesuatu. Apakah yang sedang difikirkan Ani? Apakah sedang memikirkan cara yang terbaik untuk menolak kehadiran aku! Tidak sudikah dia menerima ku?

Jika seandainya Ani menolak kasih sayangku.. aku relakan tidak mengapa, kerana ku tahu kita hanya merancang susuatu tetapi yang menentukan seterusnya bukanlah kekuasaan kita.

Ani kau tidak perlulah membebankan dirimu hanya semata mata takut aku berkecil hati, tak perlu lah Ani! Tidak perlulah kau memikirkan diriku ini jika kau sudah berpunya. Hanya keluarga mu sahaja yang tidak mengetahui pekara sebenar.

Ye lah kekadang cinta kita dengan kekasih tidak diketahui keluarga, kerana kita sering kali berahsia dalam hal cinta dengan keluarga. Dalam keadaan begitu kau ditentukan untuk aku, sedangkan kekasih mu belum bersedia menjemput mu.

Jika demikian renungan mu, jika itu yang merungsingkan kamu, tak perlu Ani.. tak perlu, tidak perlu kau bebankan dirimu.

Kerana aku amat memahami jiwa orang berkasih sayang, kerana aku pernah melalui itu semua! jiwa orang bercinta akan parah dan amat sengsara bila mereka dipisahkan.

Aku pernah ditinggalkan olih orang yang aku amat sayang, ya.. Fidah sudahpun tinggalkan aku, Fidah telahpun kecewakan aku.

Jadi jika kali ini perpisahan lagi bakal terjadi antara kita Ani.. tidak perlulah kau risaukan. Tidak perlulah kau fikirkan bagaiman jadinya diriku nanti! Tahulah aku membawa diri ini.. kau teruskanlah dengan perjalanan hidupmu mengikut haluan mu sendiri.

Jika benar demikian, aku lah orang yang mendoakan kebahagian mu. Andainya kau tahu aku mencintai mu sekalipun, itu semua tidak penting lagi.. yang penting kau berbahagia dengan pilihanmu. Aku hanya hadir tanpa kau duga.

"Entahlah Ani.. mungkin kita dipertemukan kemudian berpisah!" kata ku sambil cuba meneka kerungsingannya. Pada aku dia berbelah bagi antara permintaan keluarga dan kehendaknya sendiri.

Ani pantas menolih kearahku "Eh.. Abang ni, apa yang Abang cakap ni?". Kulihat mukanya berubah, Ani memandang kearah adiknya yang sedang bermain dibawah pokok. Seketika memandang ku kembali, direnungnya pada ku.

"Abang.. jika Abang kemari hanya sekadar memenuhi permintaan keluarga, Abang tak perlu pilih Ani" kata Ani perlahan, Ani tunduk sambil kakinya terus bermain-main diatas tanah, kemudian memandang dengan renungan sayu kehadapan. Angin petang masih lagi membelai-belai rambut Ani.

Aku jadi tergamam dengan kata katanya. Tidakah Ani tahu yang aku sebenarnya suka dengan dirinya. "Betul lah bang.. kita hanya sebentar bertemu! jika apa-apa pun keputusan Abang, Ani tetap terima.."

"Ani pun tahu siapa diri Ani" Ani menambah kata lagi. Kali ini suaranya bergetar dan hampir tidak kedengaran.
Ani menarik nafas panjang, dia tak dapat lagi menahan air matanya yang mengalir di pipi.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




April 27, 2011

Aku Betul Gila Dengan Kamu.

Suasana petang itu agak cerah sesekali angin bertiup kencang sehingga pelepah kelapa kering gugur kebumi. Lamunan ku terhenti seketika. Aku membetulkan duduk aku dikerusi panjang dibawah rumah.

Suasana hening.. tiada suara yang kedegaran dari atas rumah. Hanya   kedengaran sayup sayup ditengah sawah kicauan burung wakwak becuk   memanggil pasangan. Atau gembira mendapat makanan.

Entahlah aku tak mengerti bahasa burung! sama sahaja bunyinya..   iramanya.. mungkin juga si-ibu burung sibuk mengajar anaknya   menangkap anak anak ikan dipetak sawah!

 Aku memasang telinga mengamati kalau kalau ku dengar suara Ani dan   Adiknya diatas rumah. Tapi tak terdengar juga sebarang suara. Aku jadi   tak senang duduk.. mungkin Ani.. ahh.. tak mungkin! aku tahu Ani juga   sudah suka dengan aku, kerana dari tuturkata dan senyuman dia tentu   suka juga dengan aku.

Barang kali Ani masih berada didalam bilik bersiap siap untuk bertemu dengan aku dibawah rumah ini. Aku cuba amankan diri.. mungkin sebentar lagi Ani pasti turun juga kebawah.

Entah kenapa hati ini masih menyimpan rindu pada Faridah.. bagaimana gugupnya aku untuk memulakan bicara apabila bertemu dengan Fidah.. Fidah.. buat muka selemba bila kesempatan bertemu dengan ku! itu yang membuat aku payah untuk memulakan kata.

Tapi kerana hati sudah terpikat aku cuba dan terus mencuba, sehinggalah tiba satu hari yang benar benar telah memehak kepadaku, dan Fidah secara rasminya telah menjadi buah hatiku, kekasihku dan cinta hatiku! itulah pertama kali aku rasakan duniaku sentiasa ceria dan gembira.

Hari yang ku kira telah menjadi satu sejarah paling manis dalam hidupku! Seperti rancangan yang selalu kubuat untuk memikat mu, kesempatan pada hari keramaian majlis perkahwinan dikampung kami, tidak ku lepas begitu saja.

Aku ketika itu seperti biasa sentiasa mengintai kamu.. aku betul gila dengan kamu, telah puas kufikirkan bagaimana caranya hari itu untuk ku mendekatkan diri dan memastikan kamu biasa dengan aku. Dari situ nanti dapatlah aku meluahkan isi hati ku ini.

Dalam kesebukan aku ditugaskan mengendalikan tempat air bersama dua lagi rakanku, mata ku sentisa mencari cari kelibatmu jika sebentar kau tiada dalam pandaganku.. aku tahu kau juga sibuk mengendalikan hidangan didalam rumah.. hari itu hari keramaian kau mengenakan sepasang baju yang cantik dan sepadan dengan kamu, makin cantik dan berseri seri pada pandanganku.

Seperti yang diduga.. sidia datang dengan kedua tanganya membawa dua bekas air, menapak terus kearah tempat aku menyediakan air, aduh.. berdebar debar rasa hati.. "bertenang! hari ini hari yang menentukan samada aku berjaya atau tidak!" bisik hati ku.

Bejayakah aku memiliki kamu! Gagal lagikah aku untuk meluahkan isi hati!
Semua soalan berkumpul dikepala.. kau lantas meletakan bekas air itu diatas meja dihadapan ku. Tanpa berlengah aku terus menuangkan kan air oren kedalam bekas tersebut.

Aku cuba mengawal diri supaya tidak melakukan apa apa yang bolih merosakan rangcangan aku. "Err.. nak air oren saja atau nak air bandung juga" aku cuba memerankap sidia. Aku tak pasti adakah hari ini hari yang dapat melaksanakan rangcagan aku.

Aku menolih sekali imbas kearah wajanya dia tersenyum mesra.. lalu aku mengisi satu bekas lagi dengan air bandung. Kerana katanya eluk dihidang dua jenis air pada tetamunya. "Siti ada kat atas dia memembungkus kuih dengan Eton" Fidah menjawab tenang bila kutanyakan sahabat kami Siti.

"Kenapa nak jumpa Siti ka?" tambahnya lagi.. aduh.. kenapa aku bolih bertanya macam itu!

Aku cuba bergurau, dengan mengatakan semua air kat situ percuma hanya khas untuk dia saja, orang lain kena bayar! Nampaknya menjadi juga gurauanku.. dia ketawa mesra.

Aku tersenyum puas, puas kerana berbalas kata dengan kamu.
"Fidah.. cantik sungguh kamu ini, aku bahagia mendengar ketawa mu" Aku memandang mu yang berlalu pergi, seperti kau tahu aku masih memerhati mu, kau menolih dan berkata.. "Nanti kalau jumpa Siti saya beritahu dia ye..". "Err.. tak payah, tak payah.." kataku cepat tanpa berfikir lagi.

"hai.. sampai bercakap sorang sorang ni pasai apa pulak ni?" kata Ani menghampiri tempat aku duduk. "Nenek pi mana?" tanyaku walaupun ku tahu Nenek sudah pergi memancing dengan Makcik ku ditengah sawah.

Aku cuba menyembunyikan rasa terperanjatku kerana tanpa kusedari dia sudah berada berhampiranku. Kata nenek dia sudah lama tidak makan ikan puyu bendang! Bapa Ani pun sudah pergi kesurau dikampung, katanya ada kumpulan kat surau.

Walaupun pada sebenarnya mereka telah merancangkan pertemuan kami seolah-olah suaikenal antara kami, besarlah harapan mereka supaya kami sesuai untuk dijodohkan.

"Ah.. Ani, kau tidak seperti Fidah, lain sekali cara perkenalan ku antara kamu berdua. Namun yang pasti aku telah kehilangan Fidah tersayang.
Apakah Ani bolih menganti Fidah? Apakah Ani setabah Fidah?

"Kak Ani.. Kak Ani.. kat mana kak?" kami berdua menolih kearah suara kecil itu. Adik Din datang dan duduk disebelah aku. Kami bertiga duduk disitu menghadap kejalan besar dihadapan.

Aku dan Ani duduk diantara adiknya. Suasana hening seketika, kulihat Ani memandang tegak kehadapan, rambutnya tak henti henti dialun angin petang. Sesekali Ani membetulkan rambutnya yang jatuh dipipi.

Ani.. kau cantik, tapi tidak seperti Fidah. Ani.. matamu, rambutmu semua kupandang sangat menyenangkan. Tiada apa kurangnya kamu dibandingkan dengan Fidah.

"Dah dapat apa yang Abang cari?" tiba-tiba Ani bersuara. Dia menolih kearahku sambil menghadiahkan senyuman yang manja dan ceria.

Lalu dia berpaling memandang kearah adiknya dan berkata "Ye lah.. kata Mak, abang datang nak cari orang yang sesuai" seketika adik nya bangun lalu pergi bermain tidak jauh dari kami. Kami berdua memerhati Adik Din bermain sesuatu dibawah pokok sana.

"Kalau Abang nak.. nanti Ani temukan Abang dengan kawan Ani yang kat rumah sebelah sana tu!" kata Ani dengan nada perlahan dan menundukan mukanya kebawah. Kakinya menguis-guis diatas tanah.

"Tak perlu lah Ani.. orang yang abang cari dah ada pun kat depan mata" kata ku terus terang. "Siapa..?" katanya sambil mejeling manja kearah ku, seolah olah tidak memahami.

Ani memakai baju T juga tapi kali ini bercorak dan bertulisan 'Langkawi' bersama kain batik agak baru.

"Ani tak kesah macam mana pun orangnya, janji orangnya sayang dan setia dengan Ani cukuplah" begitulah kata Ani bila ku tanya bagaimana kah pilihan hatinya.

Aku memandang kearahnya, dari atas kebawah.. cukuplah.. aku memang sudah suka dan sayang dengan kamu Ani.. kata ku dalam hati. Ani masih lagi memandang ke bawah..

"Abang.. betulka apa yang emak cakap pada Ani tu..?" Ani bersuara dan perlahan lahan menolih kearahku.. matanya mengenang dengan air mata! Ani hampir menangis.

Ani kenapa kau menangis? Jangan kau menangis Ani! jangan kau menangis sepertimana Fidah. Fidah juga pernah menangis seperti ini, ketika malam perpisahan itu. Kenapa pula kau hendak menangis diketika pertemuan kita ini?


edited09/11/20





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



April 24, 2011

Ani Memeluk Aku Erat.

Aku melangkah terus kedalam.. rumah yang berlantaikan papan tebal, bersih dan berkilat.. mungkin selalu dibersihkan agaknya. Makcik ku menunjukan bilik untuk aku gunakan.
"Karia, hang pi salin kat bilik sebelah adik Din kau tu." adik Din tu dimaksudkan adalah anak makcik aku yang kecik tu, dalam darjah lima agak aku.

Kebetulan adik Din sedang berbuat sesuatu disatu sudut rumah. Aku bertanya apa yang sedang dibuatnya tu.. "gunting gambar, cikgu suruh tampal kat kertas lukisan.." katanya. "oo.. baik baik gunting.. nanti kena tangan." kataku.

Mungkin perbualan kami didengari sampai ke ruang tengah.. "Mak.! Dik din gunting kertas guna gunting kain yang Mak punya tu.." Terdengar suara Ani mengadu pada emaknya.. "Habih tumpui la gunting Mak tu.. Din oii.." kata makcik ku.

"Dah berapa bilah gunting hang pejahanamkan.. tu gunting mana pulak hang pi pakai.." tambah makcik ku membebel. "Dak ihh.. Din pakai gunting sekolah.. " kata Din memberi isyharat telunjuk dibibir padaku sambil sembunyikan gunting.

Aku hanya sekadar tersenyum dengan perangai nakalnya, dan beredar masuk kebilik yang makcik aku maksudkan tadi.
Bilik ini mengadap kearah jalan.. tingkap yang terbuka sedikit lalu aku buka sepenuhnya, aku menjeguk keluar nampak pohon Riangdot disebelah jambatan jalan masuk kerumah, agak rendang juga.

Teringat pohon Riangdot dikampung atok aku kat kampung Titi Teras kat kaki Gunung Jerai, biasa aku panggil tok wan, suami kedua nenek aku, bukan nenek yang aku ikut ni sekarang.. tetapi suami nenek yang ada kat dalam rumah ni sekarang.

Sebenarnya aku ada ramai Atok dan Nenek.. Atok lelaki sebelah Emak aku empat kali kawin, nenek betul sebelah mak aku dah tiada semenjak ibu aku masih kecil lagi.. selepas nenek benar aku tiada, atok lelaki mula kawin lagi.. lagi.. sampai yang keempat, keempat, kekal sampai tua.. mana yang dah cerai kawin lain..

Atok sebelah bapak aku.. kawin dua kali, nenek perempuan benar, kawin pula dengan Tok wan yang kat Titi Teras tu.. Nenek itu lah yang melahirkan Bapak aku dengan suami nenek aku yang aku ikut kerumah mak cik aku hari ini. fuhh... pening kepala nak mengira macam mana!

Tapi syukur.... kesemua nenek ka.. atok ka.. semuanya baik baik belaka.. memang professional belaka.. hehe.. dan aku masih ingat kasih sayang tok wan tiri aku kat Titi Teras tu, mengendong kat atas bahunya bawak aku pergi kekedai, semasa usia aku masih kecil.. aku masih ingat sampai sekarang.

Dekat sana ada banyak pohon riangdot, semasa aku seusia Din.. aku dengan rakan sebaya memang selalu sangat panjat pokok tu.. memang best hidup masa kecil.. tak payah ingat kerja macam sekarang.. hehe...

Aku menoleh sebelah kiri rumah, kelihatan sebuah pondok untuk meyimpan padi apabila lepas dituai. Selepas selesai makan aku berehat diruang tamu sambil menonton tv.. penat berjalan.. yang lain ada kat dapur dan ruang tengah, aku dengan bakal adik ipar saja kat depan..

Adik din yang bukakan tv tu.. aku berbaring diatas kerusi kayu beralaskan kusen, aku luruskan kaki.. Ani berpakaian cantik, berbau harum semerbak, sedang membonceng moto dengan aku, kami menuju kesuatu tempat yang sangat indah..

Ani memeluk aku.. erat, sambil ketawa keriagan.. sesampai ditempat yang indah bagaikan taman dipenuhi bunga bungaan yang harun juga, kami berdua sangat bahagia, ketawa sambil berlari lari didalam taman yang segar tersebut..

Aku memimpin tangan Ani untuk menunjukan pemandagan yang indah dibawah sana.. seakan kami berada disuatu tempat yang tinggi. Aku dapat merasai lembut dan halusnya tangan Ani.. ada satu pohon yang condong berjuntai kebawah.. disitu aku memegang kedua tangan Ani..
Kami bertengtang mata.. "sungguh cantik kau Ani.." kata ku pada dia.. Ani hanya tersenyum.. pakaiannya pun indah bagai pakaian orang bangsawan!

"Aku sayang padamu Ani.." ucapku lagi padanya. Ani masih lagi tersenyum, manis sekali, tanpa berkata apa apa.. hanya tiupan bayu yang membelai rambutnya..

"Ani.. Ani jangan tinggalkan abang ye.." aku bersuara lagi.. Ani seperti tadi, hanya tersenyum, sangat manis.. dengan mata yang bersinar sinar..

Olih kerana Ani tidak berkata apa apa.. aku memandang kearah pemandangan dibawah, kelihatan beburung berterbangan diatas pepohon kayu.. sayup sayup dibawah sana, aku menolih semula untuk mengajak Ani pulang, risau nanti Makcik aku tercari cari Ani pulak..

Terperanjat aku bila dapati Ani sudah tiada dibelakangku.. aku memanggil namanya, tapi tiada jawapan.. "Ani.. kenapa naik kesana tu.. bahaya Ani.. turun kebawah sini.." kataku separuh menjerit bila ku lihat Ani berada ditempat yang lebih tinggi dari aku.

Ani tidak memandang kearahku dia seolah olah tidak mendengar panggilanku. dia berdiri tegak memandang kehadapan dengan rambut dan bajunya terbuai buai ditiup angin.. tangan kanannya memegang jari manis kiri, layak seperti seorang puteri.

Aku cuba menghampiri kepada Ani, dengan memanjat tebing.. tetapi tak bolih memanjat tebing tersebut.. bila aku cuba panjat.. aku jatuh semula.. begitulah berulang kali..

Aku mula cemas dan sangat risau dengan keselamatannya. Aku melihat disekeliling untuk meminta pertolongan.. tiba-tiba..
"Din.. hang pi kejutkan abang.. tok nak pi mengai dengan Mak hang.. hang dok rumah. tok sak ikut.." kata nenek aku.

ehh.. aku bingkas bangun dan duduk dikerusi. terdengar tapak kaki adik din datang untuk mengejutkan aku, sebenarnya aku telahpun terjaga dari tidur..

"Aku tertidur dan bermimpi rupanya.." tv pun dah dimatikan. Termengu aku sebentar mengenangkan mimpi aku itu.. "Ani.. jangan tinggalkan abang.." aku jadi sedih..









Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆