February 04, 2011

Main Game.

Salam sejahtera.. sukakah anda main game kartun..?
Game ni sekadar suka-suka saja..
Mai main game.... he. he...





erm.. kalau ada masa main le... tah nak cakap apa lagi.. selamat bercuti.. dan semoga anda semua berbahagia dan sukses selalu.. walaupun apa yang sedang anda lakukan dan rancangkan, ingat lah Allah selalu.. hee.. macam pesan orang tua-tua tu..

Setiap kejadian yang berlaku itu ada hikmahnya, jangan mudah putusasa sekiranya ada kejadian yang tidak berapa disukai berlaku terhadap kita.. renungkanlah setiap kejadian itu dengan ikhlas.. mesti ada hikmahnya..




Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




January 11, 2011

Kelibat Yang Memalukan Lagi Sukar Dimegertikan.

Assalamualaikum...

Salam hormat dan semoga anda semua berada didalam suasana yang aman lagi mengembirakan..
Terlebih dahulu saya menyusun jari sepuluh bermohon ribuan ringgit ampun dan maaf, sebab sudah lama saya tidak menjengah kemari..
Jangan lah pulak berperasan yang tak baik pulak.. saya masih hidup lagi... kepada yang berkenaan tu tak usahlah terlalu bersedih pulak.. cuma nya buat masa ni, saya sangat sibuk macam menteri besar yang dah bengrap...

Saya harap anda semua faham, dan selalu lah bertandang kesini dilain kali, jangan jemu-jemu kemari ye..
Kali ini saya nak luahkan sikit pandangan iklas ini..

erm... kebelakangan ini kalau anda rajin baca akhbar, anda akan sering terpaksa membaca berita berkenaan 'pembuangan bayi' suatu berita berita yang sangat memalukan lagi mengaibkan..! Anda lebih arif kenapa saya kata memalukan.
Betul.. sebab ianya seringkali berlaku dikalangan orang melayu. Apa nak jadi pun tak taulah..
Dengan keadaan politik orang melayu semakin tertekan.. dengan kuasa Raja melayu semakin tak dihormati.. pada masa yang sama gejala yang tidak sesuai dimiliki olih orang melayu, semakin belambak dan tidak termampu dielak lagi..

Saya berharap sangat kepada pemimpin-pemimpin melayu berjuanglah dalam arena politik dengan satu seruan iaitu.. berjuanglah, bergiatlah dalam politik hanya kerana 'ALLAH' dan mahu keredaan dia semata-mata. Sebab saya perhatikan sekarang ini.. kebanyakan para pemimpin melayu walau kat mana dia berada dan berkuasa, mereka ini lebih terjerumus kedalam situasi dimana mereka lebih berkiblatkan.. atau lebih mengutamakan kebendaan dunia semata-mata. atau lebih tepat lagi atas sifat mataduitan.!

Sifat mata duitan inilah yang menyebabkan tidak terkawalnya gejala rasuah diseluruh peringkat pentakbiran kerajaan, dan berlaku juga dikalangan diluar kerajaan. Rasuah juga menyebabkan hilangnya rizab-rizab melayu, tanah hutan rimba tadahan air pun turut gondol disebabkan sikap berkiblatkan wang ringgit.

Terima kasih buat mereka yang menjalankan tugas dengan penuh Amanah menjalankan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab, memberikan hak kepada mereka yang berhak tidak mecuri hak darpada yang berhak. Menjaga hak anak-anak genarasi yang sememangnya berhak memilikinya dimasa akan datang.

Semoga seluruh barokah kebaikan serta doa seluruh Solat Jumaat adalah milik mereka-mereka ini, iaitu mereka yang bertugas dengan penuh rasa tanggungjawab dengan memberikan hak menjaga hak hanya kepada yang berhak. Iman dan pegangan agama yang kuat bakal menyelamatkan manusia.

eh.. awak.. kenapa orang bukan islam lebih berjaya kat Negara Melayu Islam ni? depa tak sokong 'ALLAH' pun... depa sembayang tok pekong je..

Maksud saya.. para pemimpin melayu semua, wajib ada kekuatan iman yang teguh dan kuat..! jika iman mereka kuat, para pemimpin orang melayu ini akan takut sesangat kepada kemurkaan 'ALLAH'.... Tak mengiralah dari bahagian mana pun pemimpin melayu ini berada.. segenap penjuru alam melayu ni.. maknanya semua pemimpin politik pati apapun atau semua pemimpin kerajaan yang melayu atau melayu yang tidak makan gaji dengan kerajaan. Semua mereka ini wajib sama sekali berkiblatkan islam 'ALLAH'.

erm... tak perlulah pulak berjambang atau berserban labuh sampai kekaki... yang teramat penting keimanan didalam hati suci lagi bersih.. hati dan jiwa yang selalu takut akan seksa 'ALLAH' dikemudian hari kelak atas segala pekerjaan salah mereka! seperti mana yang 'ALLAH' telah janjikan.!

erm...Saya merayu sangat kepada tuan-tuan dan puan-puan pemimpin melayu, segeralah berrubah dan takutlah akan kemurkaan 'ALLAH'... kalau tidak....... melayu memang tak hilang didunia.. tapi hilang kat longkang jamban atau kat dalam sampah sarap.. percaya lah.

Pada masa itu bukan sekadar bayi yang ada tali pusat...! malah tua muda tak kira jantina malah pada masa tu.. orang akan sedih bab jumpa orang tua melayu kat tempat sampah masih pegang tongkat lagi.... iss.. iss.. sapa yang buang orang tua tu...? bebudak melayu le... sapa lagi...









Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


December 11, 2010

Masa memisahkan kita.

Assalamualaikum..
erm.. pejam celi-pejam pejam-celik sudah bebulan juga keje kat perak nun..
tetiba saja sekarang dah kat kampung pulak.. hee.. eleh.. buat heran le pulak.. itu lah masa terlalu cepat berlalu sehinggakan tak disedari banyak yang kita ketinggalan disebabkan kita senantiasa berada di perantauan..
Masa mula pergi dulu anak pokok betik kat belakang dapur baru sejengkal... le ni sudah tinggi paras bahu saya yang hitam ni.. ahak.. ahak..

Jadi banyaklah pengalaman baru yang saya perolehi dalam masa berulang alik ke Perak tu.. biasalah saya menggunakan pengakutan awam saja, bab lebih senang gitu... bayar kat Larkin RM55.00 naik tidur terus... jangan turun kat mana-mana pun.. walaupun bas berhenti dua tiga kali.. bas nak berenti biarkan, saya tarik selimut makin nyeyak tidur.. he.. he..
Besuk pagi lebih kurang pukul 7pagi dah sampai... Kemunting.. Kemunting.. tiak pemandu bas, apa lagi turun le.. wah... segar.. semalaman tidur.. Bas meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang.

Dalam banyak-banyak kenangan tu.. erm... ada yang menusuk jiwa.. waakaa.. kaa.. biasalah saya inikan bukan nya popular...masa tu kat perhentian bas, saya dok melagu tunggu orang ambik saya dengan Hilux, jadi bila ada awek yang rabun sudi berkenalan dan berbual dengan saya saya pun mulalah perasan.. kata adik perempuang saya ..  perasantan..!
Awek tu ok juga.. saya pun syok juga kat dia tu... saya pun merenyam ala-ala Achapan pelawak india tu...
cerita-punya cerita, kias punya kias punya kias tetiba... aiii.... ada baby sapa pulak sesat terkedek-kedek kat kami menunggu tu.. saya memang suka baby.. jadi saya pun hulurlah tangan.. takut dia jatuh ke ape..

eeh.. ada abang hendsome pulak datang...
pelan-pelan saya mengesut-gesut dan belah dari situ.. terus masuk kedai mamak sarapan sekali lagi..








Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen


Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik Minat Anda.