July 25, 2010

Isteri Dia Buat Bebanyak Memang Bolih Diharap Dan Memuaskan Hati

Assalamualaikum.

Salam sejahtera semua..!


Oleh kerana hari ini sebuuk.. sikit, maka nya saya tak sempat buat awal untuk entry hari Ahad ini.

Sepatut nya hari Ahad ni banyak masa lapang kan.. tapi saya pulak dok pi ikut member antar tempeyek yang isteri dia buat kat kedai-kedai disini.. bergeliga juga otak member saya ini rupanya.. isteri dia buat bebanyak.. hari minggu dia pi jual mereta-rata.. tempat. waahhahaha.. kelakar kan?
Saya yang sikit ermm.. ni, pi tanya dia, ko tak malu ke jual cam ni? nak malu apa aku bukan mintak sedekah..!

Rasa nya saya pun nak buat cam dia jugak la..

tapi tak lah jual tempeyek... sekurang-kurangnya jual rumah ke, banglo ke, helikopter ke.. waahahaha...
Maknanya, pandai dia membelbagaikan sumber pendapatan keluarga dia, bagus idea member saya itu. Saya tak keluarpun dari kereta.. dia saja yang buat semua tu, bila lapar kita singgah makan kat warong tepi jalan.. fuhh.. makanan memang sedap betul.. tambah-tambah lagi makan free.. he. he. he..

Oklah.. tahu ke ape itu tempeyek? ermm dah tak de apa nak cakap lagi.. oh ya.. sentiasa berhati-hati kalau terasa deman ke sakit-sakit badan. Lekas pergi jumpa doktor.. kerana wabak demam denggi semakin melarat dan mencemaskan!
Yang mati saja sehingga Julai tahun ini, sudah 91 orang.. ramai tu..!
Ok hati-hati selalu...
wassalam.







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

July 24, 2010

kita sentiasa diperhatikan oleh orang lain

Assalamualaikum.

Salam sejahtera sahabat-sahabat semua yang mungkin dah terlanjur sampai ke sini! Saya ucapkan selamat datang..! Bagaimana hari anda hari ini? Tentu bertambah baik lagi pada hari ini kan?

Hari ni saya hendak merepek sikit pasal pentingnya kita bersikap jujur, jujur tanpa mengira siapakah mereka
yang kita hadapi, walaupun dia saorang kanak-kanak, kawan ataupun lawan, berlaku jujur dalam percakapan mahupun amalan seharian sangat penting, kerana kehidupan kita sentiasa diperhatikan oleh orang lain, biarlah kita dikenali dengan sifat jujur atau sebagai orang yang baik-baik.

Apabila tiada kejujuran, mulut sangat senang bercakap bohong, orang akan dapat tahu dengan mudah jika kita bercakap bohong. Jangan menipu atau berbohong kalau boleh dalam semua hal, kerana sikap seperti itu tidak dapat bertahan lama. Buat apa berbohong sedangkan keuntungan tidak seberapa..?

Dan sekarang melarat-larat sampai kedalam blog! waahaha.!
cian.. orang itu.! kesian sebab dia ingat orang tak tahu dia bohong dan menipu!

contoh nya:-

[ klik Digi sini..    ] dia tak klik pun..!

okey...

July 23, 2010

Dapatkan duit USD secara berdikit-dikit sekarang.

Pemberitahuan.
Wooo.. wooo... harap maaf, ini bukan iklan menipu....ini hanya saranan keras nih.. so.. anda boleh datang cuba sendiri dahulu, bukan kena beli apa-apa pun! Tidak ada paksaan, cuma elok kalu buat percubaan dahulu..! kalu tak sesuai, boleh delete saja!
Saya sendiri dah daftar... sekarang tengah galak menanti article muncul... anda hanya perlu baca article dan dapat USD tuu... klik pada gambar untuk mendapat gambaran yang lebih jelas lagi!
readbud - get paid to read and rate articles
Jangan ketinggalan..! sedikit-sedikit lama-lama kan jadi bukit...! Isi nama dan alamat dengan betul.. USD akan di kirimkan melalui cek, mungkin boleh di pindahkan ke PayPal Malaysia! Selamat Mencuba.



Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Jika anda belum mempunyai account PayPal sila daftar PayPal disini sekarang!

Patut kah kita ada halaman blog ni?

Assalamualaikum.
Salam sejahtera semua.
Hari ini saya dok pikir satu hal, setelah melawat kesatu laman blog yang dikira popular sangat tu..

Tuan blog tu tanya apa nikmatnya ada laman blog? saya jadi pegun sejenak.. memikirkan apa sangat lah nikmat mempunyai laman blog ni.. betul ke berblog ni ada nikmat?
Setahu saya, setakat dua bulan kebelakangan ini.. iaitu setelah mula berbelog tidoq saya pun dah selalu lewat tu..
pas tu kepala pun makin berpusing ligat memerah otak nak buat yang terbaik untuk blog ni...

Maklumlah... dah lama pi tinggal buat kerja penulisan ni... tetiba saja nak guna otak yang hampir tumpul ni nak berkarya semula.... perh... punya lah susah! Ini semua pasal kesah hidup seoarang blogger kat dalam sebuah Akhbar tak lama dulu... saya tertarik dengan kesah hidup dia sebagai blogger!

Sebagai orang baru berblog, munkin banyak kelemahan dalam blog ini, banyak pertanyaan berlegar kat kepala ni... cantik ke blog ni, berat kah pelawat nak masuk dan berbagai persoalan lagi..
dan apakah rasional nya saya meneruskan blog xaturen ni ha..?



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




July 22, 2010

Ditipu Rakan Internet

Kastam dedah 25 mangsa rugi beratus ribu diperdaya sindiket

Berhati-hati apabila membuat kenalan menerusi internet kerana satu sindiket antarabangsa dikesan menggunakan taktik itu untuk menipu mangsanya supaya memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun bank kononnya sebagai bayaran cukai atau denda ke atas bungkusan yang dihantar menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Sejak Jun lalu, Kastam Diraja Malaysia (KDRM) KLIA merekodkan lebih 25 kes penipuan membabitkan kenalan internet sindiket itu, sebahagian besarnya wanita Melayu dan Cina. Pengarah KDRM KLIA, Datuk Azizah Idris, berkata kes itu termasuk membabitkan seorang wanita tempatan yang ditipu sindiket itu sejumlah RM300,000, bulan lalu.

Beliau berkata, wanita itu dihubungi seorang lelaki mendakwa kenalan internetnya dari United Kingdom yang meminta mangsa memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun sebuah bank tempatan untuk membolehkannya mengambil bungkusan yang dikatakan mengandungi wang tunai RM2.5 juta dan komputer riba yang ditahan KDRM KLIA.

"Wanita terbabit hanya mengetahui ditipu selepas menghubungi KDRM KLIA apabila diminta sindiket berkenaan memasukkan RM15,000 lagi ke dalam akaun itu," katanya kepada Berita Harian.

Azizah berkata, siasatan awal mendapati sindiket terbabit menggunakan jaringan internet, seperti Facebook untuk berkenalan sebelum memperdayakan mangsa selepas beberapa bulan berkomunikasi.
Beliau berkata, sindiket terbabit yang dipercayai turut dianggotai rakyat Malaysia, dikatakan mencari mangsa sehingga ke Thailand, Singapura dan Australia berdasarkan aduan yang diterima KDRM KLIA.Katanya, semua kes itu diserahkan kepada polis kerana KDRM tidak mempunyai kuasa untuk menyiasatnya.

Beliau berkata, ada juga mangsa ditipu kononnya kenalan internet mereka ditahan pegawai KDRM kerana gagal menjelaskan cukai barang atau membawa masuk wang tunai melebihi had dan tidak mengisytiharkannya dalam Borang Kastam 22 (pengisytiharan wang tunai).Azizah berkata, KDRM tidak pernah meminta wang apabila menahan sesiapa atau merampas barang.








Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆