Februari 19, 2025

PASAR TANI - PASAR PAGI BALING

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء


Tuan Wahab Berbelanja Dipasar Tani Baling.

Hari Rabu Tahun 2025

Pasar Pagi Baling adalah tempat yang meriah dan penuh warna, di mana para penjual dan pembeli berkumpul untuk berdagang dan berinteraksi. Aroma rempah-rempah segar, sayuran hijau, dan buah-buahan yang ranum memenuhi udara, menciptakan suasana yang hidup dan bersemangat.


Suara tawar-menawar dan senyuman hangat dari para pedagang membuat pengunjung merasa disambut dengan baik. Pasar ini bukan hanya tempat untuk berbelanja, tetapi juga menjadi pusat kegiatan sosial dan budaya masyarakat setempat. Setiap sudut pasar menawarkan cerita dan pengalaman unik, menjadikan Pasar Pagi Baling sebagai jantung kehidupan sehari-hari di Baling.



Kami membeli beberapa jenis barang di Pasar Pagi Baling, seperti sayur-sayuran segar, buah-buahan tempatan yang ranum, dan rempah-ratus yang harum. Selain itu, kami juga membeli beberapa barangan keperluan harian seperti ikan dan daging yang dijual oleh peniaga tempatan.



Setiap pembelian kami bukan sahaja untuk memenuhi keperluan harian, tetapi juga sebagai sokongan kepada ekonomi komuniti setempat. Pasar Pagi Baling sememangnya menawarkan pelbagai pilihan barang yang berkualiti dengan harga yang berpatutan.











Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

hendak karam ditimba jua
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


Februari 15, 2025

GAMBAR-GAMBAR HANTU

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء



Kreatif Ke atau Sekadar Random? Jom Tengok


Gambar diatas adalah gambar sesaorang yang tidak ujud didunia nyata. Banyak gambar serupa ini diinternet, malah ada video yang bolih berkata-kata sama seperti video manusia nyata, tapi sebenarnya dijana olih AI.


Kecerdasan buatan yang bolih mrlukis atau menjelmakan wajah manusia seakan-akan ada wajah manusia sebenar seperti itu.


Dibawah ini ada beberapa lagi gambar palsu atau gambar yang dicipta olih AI.

Apa pun jika kita melihat dengan teliti, kita akan menemui kesalahan atau kejanggalan pada gambar palsu itu. Namun jika kita tidak diberitahu cara untuk membezakan gambar palsu ini kita tidak dapat membezakan sama sekali. Dibawah nanti saya hanya memberikan contoh untuk meneliti gambar palsu ini.

Digambar-gambar diatas jika sekali pandang, kita begitu teruja bagaimana gambar yang dihasilkan olih AI begitu cantik dan teliti, sebenarnya untuk pengatahuan anda, ada bahagian bahagian yang kita bolih menilai gambar tersebut palsu atau gambar manusia sebenar.


Baiklah.. cuba anda lihat perhiasan yang dipakai pada gambar tersebut, seperti rantai leher, anting-anting jika tiada anting-anting cuba lihat bentuk telinga mesti ada tidak kena atau janggal.


Jika anda zoom gambar itu.. lihat pada matanya cari kesalahan yang ada.!


Supaya lebih jelas anda mahu lihat palsunya gambar itu, lihatlah gambar yang ke-enam, lihat barisan gigi atas, bolih anda beritahu apa yang janggal? lihat juga anting-anting yang dikenakan.








Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

hendak karam ditimba jua
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆