Showing posts with label Kelang.. Show all posts
Showing posts with label Kelang.. Show all posts

March 11, 2013

Budak Kahwin Wanita Tua.

Budak sekolah berumur lapan tahun berkahwin dengan Wanita 61 tahun.

Seorang Budak bernama Sanele dari Tshwane, Afrika Selatan, berkata beliau telah diminta oleh nenek moyangnya yang telah meninggal dunia melalui mimpi supaya berkahwin, dan keluarga beliau, bimbang sesuatu musibah berlaku, keluarganya segera menganjurkan majlis perkahwinan itu.

'Sanele' diberi nama olih mediang datuknya, datuknya yang tidak pernah berkahwin secara 'sah' sebelum dia meninggal dunia, bila ditanya kepada Sanele dengan siapa dia mahu berkahwin? Dia memilih Helen kerana beliau sukakan Helen.

Sanele telah mengahwini Helen Shabangu yang juga seorang Ibu kepada lima orang anak berusia antara 37 hingga 27 tahun. Helen yang berkerja dipusat kitar semula berkata, 'Saya tidak mempunyai masalah dengan perkahwinan ini kerana saya tahu ia adalah permintaan nenek moyang kami, ianya akan mebuatkan 'roh' mereka gembira.'

Ibu Sanele, Patience Masilela berusia 46th berkata 'Ini adalah pertama kali telah berlaku dalam keluarga!
Dan dia berkata dangan tenang:
'Dengan cara ini kami membuatkan nenek moyang kami gembira. Jika kita tidak melakukan apa yang anak saya telah minta, maka sesuatu yang buruk akan berlaku dalam keluarga kami.

Patience Masilela yang telah kematian suami juga bekerja di pusat Kitar Semula yang sama dengan Helen, menambah: 'Saya akan mengatakan bahawa acara ini tidak salah.
'Sanele tidak ada masaalah dan dia gembira dengan perkahwianan ini seperti mana yang dia mahukan. Beliau kelihatan gembira untuk berkahwin dan sangat teruja.

Sanele dan pengantin perempuannya tidak menandatangani sijil perkahwinan dan tidak perlu untuk hidup bersama. Kedua-dua akan kembali semula kepada kehidupan normal mereka.

'Saya gembira bahawa saya berkahwin dengan Helen - tetapi saya akan pergi ke sekolah dan belajar bersungguh-sungguh, ujar Sanele lagi.
Sanele berkata dia berharap dia akan berkawin suatu hari nanti dengan wanita yang sesuai dengan umurnya apabila dewasa kelak.

Suami Helen Shabangu, Alfred, 65th, berkata: 'Saya dan anak-anak gembira dengan majlis ini. 'Kami tidak mempunyai masalah cara perkahwinan ini tetapi ada sebilangan penduduk kampung agak terperanjat.'
Alfred yang bekerja sebagai buruh binaan berkata, lagipun kami tahu ini bukanya perkahwinan sebenar, cuma satu acara untuk mengembirakan simati sahaja.

Cincin ditukar di hadapan 100 tetamu dan bersedia untuk acara ciuman pengantin.

Ciuman pengantin Murid Sekolah dengan wanita berusia 61 tahun, yang sudah berkahwin dan mempunyai lima anak.

Cincin tanda ikatan: Keluarga budak itu mengatakan perkahwinan itu hanya ritual dan tidak diiktiraf dalam undang-undang.

Helen dan Sanele berpimpin tangan penuh gaya turun dari pelamin.
'Ia adalah ritual. Kami hanya memriahkan acara, tetapi ia adalah tanda bahawa dia akan berkahwin satu hari nanti, ulas Helen.

Pasangan pengantin bergaya dengan pakaian tradisional dikelilingi tetamu.

Kelihatan seperti Ibu dengan Anak, pasangan pengantin baru berjalan menyusuri jalan berdekatan sebagai memenuhi acara tradisi majlis perkahwinan.


sunting11/11/20





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



March 10, 2013

Sudah Suratan Takdir.

[sambungan kesah Fidah-15]

Aku memerhati jam yang sedang berdetik detik mengerakan jarumnya.
Suasana malam yang agak hening membuatkan bunyi detiknya makin jelas kedengaran. Hari sudah agak lewat ni.. kenapa Nenek aku masih belum pulang lagi?

Jangan-jangan kereta Pakcik aku buat hal tak..?

Aku berharap sangat supaya Nenek dan mereka semua selamat pulang kerumah, aku kasihan pada Nenek ku yang dah tua dan selalu uzur tu.. kalau tidak kerana urusan aku disini, mungkin Nenek aku malas nak datang kesini sebab jauh dari rumah Nenek dan keadaan kesihatan Nenek yang tak menentu.

Ani dengan Intan sudah tiada dihadapan aku, mereka telah kedapur entah apa yang mereka sedang lakukan didapur, cuma sesekali mereka bergurau senda disana. Bunyi sudu jatuh kelantai diikuti ketawa kecil mereka. Mungkin mereka sedang menyediakan resepi untuk sarapan pagi besok.

Tinggal aku kesaorangan... Aku jadi sedikit runsing memikirkan hal-hal Aku dengan Ani.. apa lagi aku bersaorangan diruang tengah ni..

Aku bangun dan melangkah keruang tamu aku ingin membuka talivision tetapi tidak jadi, sebaliknya aku membuka pintu hadapan dan turun kebawah rumah, aku duduk dibangku panjang disitu.

Cahaya lampu luar diatas tangga terang menerangi halaman rumah. Aku memerhati sekeliling didalam kegelapan malam yang berbalam dek sedikit sangat sinaran sang bulan, yang terang hanya dihadapan rumah sahaja.

Aku duduk bersandar diatas bangku kayu dibawah rumah, takala itu hanya bunyi cenkerek dan sang kodok berselang-seli memecah keheningan malam.

Antara dengar dengan tidak, suara kedua gadis dari atas rumah masih menerjah kependengaran ku. Ada-ada saja gurau senda diantara mereka. Lagak seperti dua sahabat yang baru bertemu melepas rindu. Aku memerhati sekeliling.. cuma samar-samar kelihatan segala benda dibawah rumah ini.

Kemudian aku memandang kearah jalan diseberang, kalau-kalau kelibat lampu kereta Pakcik ku telah kembali, namun tiada tanda-tanda mereka akan muncul ketika ini.

Mungkin mereka singgah kerumah saudara-saudara yang berdekatan jalan agaknya fikirku. Aku harap mereka pulang dengan selamat secepat mungkin.

Nyayian sang unggas masih galak bersaing sesama sendiri. Gema sang kodok bersahutan antara yang jauh dan dekat, melahirkan satu irama yang cukup sentimental bagi yang berjiwa mulus dan menghayati alam.

Irama yang benar mengasyikan buat insan lara yang lemas dilautan cinta. Aku menarik nafas panjang, besok aku akan berangkat pulang, apa keputusan yang aku akan beri pada Ibu aku kali ini.

Rasanya tak sampai hati hendak mengecewakan hati kedua orang tuaku. Keduanya sangat berharap yang aku pulang dengan berita gembira serta mengakhiri penantian mereka selama ini.

Aku bagaikan mendengar suara ibuku mendesak aku supaya datang kesini bersama nenek. Emak menasihat aku supaya datang dan lihat dulu calun yang dicadangkan untuk aku.
"Mak rasa kau tidak sepatutnya membujang lagi..!" kata ibu.
"Ala.. mak ni..! relek la.. ada jodoh, kawin la saya nanti.." kata aku melayan ibuku.
"Nak relek apa lagi..? kau tu bukannya muda lagi.." tambah ibuku tak puas hati.

Sebenarnya aku pun dah rasa nak tamatkan zaman bujang aku.. tapi sejak semua rencana aku dengan tunangan ku Fidah itu tidak menjadi, telah membuatkan aku kecewa dan tiada punya semangat lagi nak memikirkan masaalah hendak berumahtangga. Cukuplah sekali aku merana kerana dia, dan tidak terlintas langsung nak cari yang lain sebagai peganti.

Biasanya aku sekadar pemerhati riwayat kehidupan insan lain yang terlebih dahulu merasai kepahitan kesah silam mereka, hanya kelucuan bermain difikiran kenapa masih memikirkan orang yang sudah tiada disisi?

Kenapa tidak dilupakan saja..! bunga bukan-nya sekuntum dan kumbang juga bukanya seekor! Malah ada yang lebih teruk, sehingga tidak mengenal lagi kehidupan yang dilalui. Mungkin hanya tuhan saja yang mengatahui penderitaan mereka itu.

Namun ternyata teragedi pahit mereka telah terpalit dan tertusuk keatas diriku sendiri. Hendak dikata apa.? mungkin sudah suratan takdir hidup yang mesti aku lalui.

Memang sangat mengecewakan.. kerana harapan yang aku impikan hancur begitu sahaja. Sejak itu fikiran ku jadi sangat keliru, tidak tahu hendak mentafsirkan apa yang telah berlaku keatas diriku.

Yang kekadang seperti kata orang, sesuatu musibah itu tanda Allah sayangkan nya, dia hendak menduga kesabaran umat Muhammad yang mana lebih kuat keimanan mereka. Dan mungkin juga musibah yang terjadi keatasku ada hikmatnya, yang barangkali aku sendiri yang tidak nampak kebaikan-nya.

Aku sebenarnya tidak ingin mengsangsikan apa yang berlaku semuanya atas kehendak Allah. Sebagai orang yang pernah sedikit sebanyak mempelajari hal yang berkaitan dengan ugama, aku redha.! Namun aku tak pasti samaada aku begitu pasti dengan hal ini.

"Engkau pergi dengan nenek, lihat dulu orangnya lepas tu baru buat keputusan." Desak ibu aku lagi.
"Adik-adik kau semua dah berkahwin, Mak takut kami tak sempat pula nak tengok kau bersanding!" Begitulah alasan ibuku dia beria-ia menyuruh aku kemari seolah-olah kali ini, memang menjadilah calun pilihan mereka.

Aku kekadang kasihan juga dengan kedua orang tua aku tu, kerana sebelum ini pun sudah beberapa calun yang aku tolak, dengan memberi berbagai alasan. Ada seorang tu, aku pergi juga berjumpa.. berkenalan, penerimaan dia kepada aku pun kira oklah juga.

Ada tanda-tanda sidiapun sudi juga dengan aku ini. Orangnya muda tiga tahun dari aku. Mulanya aku tak kesah kalau jadi pun dengan dia. Tetapi setelah aku pulang, aku khabarkan kepada orang tuaku, aku bagi tempuh setahun.. kalau tak ada orang ambil, aku ambil..!

Ibu aku terperanjat dengan kata-kata aku, bapak aku merah padam mukanya kalau aku masih kecil mungkin sudah kena penampar jepun lah... pak.. maafkan aku pak, bukan sengaja aku berkata begitu, atau sengaja untuk menyakiti hati mu, itulah yang sebenarnya apa yang aku rasa..

Aku tidak merasa apa-apa tengtang dia jadi bagaimana aku hendak mengambil dia..? pak.. sabarlah mungkin bukan sekarang masanya aku mencari penganti Fidah.

Fidah... aku sayang kamu.. dengarlah Fidah, aku sayang kamu...









Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


March 09, 2013

Aku Jatuh Cinta Lagi.

Assalamualaikum...

Salam semua, semoga ceria selalu.
Malam semakin lewat.. sejak dari tadi saya melihat-lihat YouTube, sebab hari ini saya pulang kerja awal.

Besokpun kerja sudah tidak berapa banyak lagi.. jadi kita orang duduk-duduk saja.. cukup time makan, cukup time balik..
Jika semasa banyak kerja, tak laratlah saya hendak berjaga malam macam ini.. besok kalau datang kerja pun hanya memenuhkan syarat saja, kalau tidak datang tentu bos tidak berapa suka..
Ada kerja ke tidak ada, kita mesti ada kat site juga...

Okeh... kali ini saya tidak mahu bercerita yang berat-berat, pasal politik ke.. pasal pencerobohan di Lahat Datu ke.. Itu semua biarlah polis tentera yang uruskan, cuma saya nak mengajak selepas solat tu, doakanlah keselamatan untuk mereka yang bertugas di Lahat Datu sekarang.

Doakan supaya mereka dapt menjalankan tugas dengan baik dan pulang dengan selamat kepada keluarga. Mereka semua berjuang bergadai nyawa demi negara Malaysia ini.

Kejadian ini juga mungkin memberi pengajaran kepada kita semua betapa pentingnya pasukan keselamatan kepada kita, merekalah yang menjaga keamanan Negara, jadi saya ingin menasihatkan kepada empunya page YouTube yang ada gambar atau video yang mencela anggota keselamatan.. sila dengan rela hati membuang atau remove segala bentuk video yang memperlekehkan anggota keselamatan kita.

Jika anda kekalkan video-video tersebut pun bukanya bolih meguntungkan kita, adalah lebih baik kita buang saja.. ok.
Ingatlah jika keburukan orang kita dedahkan bermakna kita mengumpul dosa tiap-tiap hari secara sengaja, sebab menghebahkan keburukan orang lain adalah fitnah!

Sedangkan kita hari-hari hidup adalah bergantung kepada pasukan keselamatan, kerana itu sudah memang tugas mereka.

Okeys... jangan cerita banyak lagi nanti lari tajuk kat atas tu..,

Siapa yang pernah jatuh cinta? saya rasa semua orang pernah jatuh cintakan...?
Apalagi bila orang yang kita jatuh cinta itu pun terima cinta kita, tentulah suke kan..? tentulah sangat sukenye... tapi ada juga cinta tidak berbalas!

Sampai menangis meraung mintak dicintai namun cintanya tidak berbalas juga..... kesian... sudah berbagai cara dilakukan tapi masih gagal menambat hati orang yang dicintai, jika seperti itu, bermakna orang itu bukan pasangan cinta kita... carilah orang lain yang dapat menerima cinta kita.

Masih ramai lagi diluar sana yang mencari-cari cinta... carilah mereka itu, mungkin mereka pasangan anda. Tidak cari manakan dapat, jangan harap sangat pada yang satu itu.. kecuali sesetengah manusia lebih bernasib baik, senang dapat kekasih, bercinta dan kahwin, ada yang susah sangat hendak dapat pasangan cinta dan berkahwin.

Dalam pada ghairah mencari cinta, kita kena awas dengan kasanova yang mempermainkan cinta untuk kepentingan diri. Kelak cinta hilang kemana, semua barang pun turut hilang..!!

Tidak kurang juga wanita yang mempermainkan cinta hanya untuk kepentingan diri sendiri juga! Orang yang tengah cinta tengah sayang sesaorang, dia tidak bolih berfikir yang waras, jadi dia tidak dapat mengecam adakah pasanganya benar-benar cinta kepada dia.

Adakalanya sahabat handai menasihatkan dia pun, dia tidak bolih terima. Bila sudah kena.. duit sudah kena kikis.. body dah kena terjah.. baru menyesal...

Jadi saya syorkan tidak menjadi kesalahan jika kita bertanya kepada beberapa orang yang rapat dengan kita atau kedua ibu bapa, jika mereka mengatahui hubungan anda.
Tanyakan pendapat mereka tengtang pasangan kita itu.

Lepas itu anda bolihlah mempertimbangkan pendapat mereka semua dan membuat keputusan yang terbaik untuk hidup anda!
Kebanyakan, kebanyakan.. bukan semua! jika orang yang betul-betul sayangkan kita, dia tidak sesekali mendorong kita kepada membuat pekara-pekara yang tidak baik terhadap kita.

Bak kata orang, nyamuk pun dia tidak benarkan gigit.. apalagi dia sendiri yang hendak gigit...!!?
Walaupun kebanyakan begitu... namun hal ini tidak sama untuk dibuat ukuran.. seperti kata orang, rambut sama hitam, tapi hati lain-lain.

Lain padi lain belalang, lain negeri lainlah juga orangnya... akhirnya bergantung jugalah kepada diri sendiri, untuk menguruskan hal peribadi sendiri,

Perbanyakanlah koleksi bacaan anda, semoga dengan banyak membaca akan dapat membantu mengenali kejujuran manusia.

errmm...
Yang lebih menarik ialah ada orang jatuh cinta walaupun sedang bercinta.
"Aku jatuh cinta lagi.. walaupun kita sama-sama dimiliki...."

Dari pengamatan saya pekara sebegini sering sangat berlaku, sebab apa? sebab orang lagi satu itu mungkin lebih baik dari kita...

Saya ada sepuluh cara untuk mengenal kesetian pasangan kita atau tip untuk menganalisa seberapa jauhkah sidia mencintai anda! saya akan turunkan lain kali saja.. malam sudah lewat ni...

So.. mari layan lagu ini, pandai dia menghiburkan, walaupun masih kecil namun bakatnya hebat! tidak puas saya medengarnya...

Jika anda suka bemakna anda sedang bercinta lah ni...

sekian jumpa lagi...

Ada yang baik dan elok itu dari Allah, yang buruk dari saya sendiri.

wassalam.









Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆