March 01, 2023

Kalah Dengan Godaan Kebiasaan Bermain Dengan Talipon Bimbit Sehingga Lupa Alam Kehidupan Sebenar Yang Perlu Dilalui

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Salam ceria dan salam persahabatan, bertemu lagi kita hari ini.
Apa pun kerjaya yang anda lakukan, saya doakan semoga anda terus menikmati kejayaan.

Baik, untuk meneruskan hayat blog ini, saya akan terus menulis sesuatu bagi melepasi hari-hari yang terus berlalu, mungkin hanya sebagai nota untuk saya kembali menatapnya suatu hari nanti.

Cubalah terhibur dengan coretan saya, hanya ini sahaja yang saya mampu lakukan..haha.~

Anak-anak muda sekarang sudah kurang minat membaca, mereka lebih banyak masa dihabiskan dengan talipon, mereka leka dengam hiburan didalam talipon, smartphone memang merugikan masa depan anak muda sekarang!

Dalam smartphone ada banyak permainan game, dan banyak totonan hiburan semata-mata. Masa yang mereka habiskan sehari-hari begitu banyak hanya kerana hiburan sahaja, bolih dikatakan tidak memberi faedah langsung bagi masa depan mereka.


Amat sedikit anak muda sekarang yang suka membaca akhbar harian, contoh pembacaan paling mudah tentulah akhbar harian. Belum lagi pembacaan buku-buku yang diterbitkan setiap tahun. Bila kurang membaca, mereka jadi kurang ilmu yang hendak dipraktikan didalam kehidupan mereka.

Sebagai contoh, jika anak muda rajin membaca, mereka akan menjumpai berbagai ilmu yang sangat bermanafaat terhadap kemajuan diri meraka sendiri. Tentu kita pernah mendengar selogan membaca itu jambatan ilmu.

Dengan banyak membaca mereka akan dapat ilmu baharu, bagaimana hendak menhadapi temuduga pekerjaan, bagaimana hendak menghormati orang tua dan mengekalkan rakan yang bermanafaat, ini hanya contoh sahaja ada banyak lagi ilmu yang kita dapat dengan membaca.

Kemana kita pergi kita akan lihat begitu ramai anak muda begitu tekun dengan permainan talipon, menonton hiburan dan hanya segelintir sahaja yang membaca ditalipon. Untung lah anak muda yang membaca ditalipon. Sebab banyak sekali bahan bacaan didalam talian. Mereka tentu dapat banyak ilmu yang bermanafaat.

Tahniah! kepada anak muda yang minat membaca ditalian, banyak kebaikan untuk dirimu sendiri.

Jangan nanti anak muda gagal dalam hidup hanya kerana kalah dengan godaan talipon atau smartphone! Jadikan smartphone barang berfaedah untuk diri sekarang dan masa depan.

Cukuplah catatan harian saya kali ini, jumpa lagi besok insyaallah.

semoga bermanafaat, jumpa lagi.
wassalam.







Terima kasih! jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!



2 comments:

uncle gedek said...

Banyak habiskan masa dengan fon.... Uncle la tu! hehehehe

♥xaturen♥ said...

Uncle dah tak dikira, sebab uncle sudah melepasi semua itu, macam saya juga..hee.~