March 18, 2023

Mahkota Di Bandar Pontian Kecil, Johor.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Salam berbahagia salam ceria buat anda semua, semoga hari yang lebih indah dari semalam dan selamat ulang tahun kepada anda yang menyambut hari kelahiran pada hari ini 18/03/2023 . Happy Birthday .

Selamat Harijadi semoga dipermudahkan rezekinya dan diberi kesihatan berpanjangan.

Pagi ini saya berkesempatan memotret beberapa keping gambar untuk tatapan anda semua.

Khas buat tatapan sahabat yang berada jauh dari Bandar Pontian kalau yang berada di Pontian mereka sudah biasa kesini.
Padang mini yang ada Mahkota di Pontian.
Atau mungkin lebih dikenali sebagai;
Halaman Diraja, Pontian.

Memang menjadi tempat rekreasi pilihan untuk penduduk kawasan Pontian dan kawasan sekitar sini.

Saya sengaja mengambil dalam jarak jauh supaya anda bolih melihat dengan pandangan lebar, mungkin anda bolih zoom untuk melihat lebih jelas.

Baik, jika gambar tidak memuaskan, sila komen, mungkin saya akan cuba memotret dengan lebih baik lagi dimasa hadapan.

Apa pun terima kasih kerana masih memberi sokongan kepada saya. 🥰🥰

Bagi menambahkan cerita dari apa yang saya dengar atau apa yang saya lihat dimedia sosial, keadaan ekonomi rakyat semakin merosot, jadi adalah sekelompok manusia mengambil peluang ini bagi mencuri lagi duit rakyat dengan meminta mangsa menyertai sesuatu skim yang bolih mendapatkan uwang dengan mudah.

Orang-orang yang terpengaruh olih pujukan mereka akan melabur ratusan ringgit hanya kononya akan mendapat pulangan yang berganda.

Itulah SKIM CEPAT KAYA. Sekarang ini sudah timbul lagi skim cepat kaya! skim ini menggunakan berbagai cara untuk mempengaruhi kita supaya percaya dan menyertai skim yang mereka anjurkan.

Sejak dari dahulu lagi ramai yang sudah menjadi mangsa dan kerugian harta benda kerana menyertai skim seperti ini ! Mereka sangat bijak memperdayakan orang ramai supaya ikut serta kedalam skim mereka.

Berkemungkinan besar dalam alam kenyataan ini alam nyata.. tidak ada cara mudah untuk jadi kaya !! kecuali mereka bernasib baik kerana dilahirkan sebagai anak kepada saorang Raja atau jutawan.

Raja yang betul lah... bukan Raja Gunasegaram pulak.. Kalau Raja Gunasegaram tu hanya rakyat biasa macam kita juga. 😄

Jadi berhati-hatilah selalu jangan menyertai apa-apa skim pun dengan melabur sedikit, akan dapat banyak!!

Cukup sampai disini saja untuk kali ini, berjumpa lagi besok.
wassalam.







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!



No comments: